Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
7.36K subscribers
8.4K photos
267 videos
4 files
2.03K links
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan.
Download Telegram
APA ITU PERKHIDMATAN E-ADVERTISEMENT?

Ia merupakan perkhidmatan dan penyiaran Maklumat Statutori Syarikat di laman sesawang SSM (www.ssm.com.my)

Pelanggan boleh menghantar permohonan di portal ssm4u.com.my

Cara Memohon
1) Daftar masuk di ssm4u.com.my
2) Klik Portal SSM Xcess
3) Pilih Entity Search - Registration of Company (ROC)
4) Lengkapkan dan hantar permohonan pengiklanan anda

Pengiklanan boleh dibuat dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kedua-dua sekali

Paparan Iklan
Iklan Maklumat Statutori Syarikat akan dipaparkan di Portal Rasmi SSM (www.ssm.com.my)

Kenapa perlu memilih e-Advertisement?
- Perkhidmatan sah yang disediakan oleh SSM
- ⁠Permohonan secara dalam talian dalam tempoh 24/7
- ⁠Paparan iklan lebih lama iaitu 7 hari
- ⁠Lebih murah. Hanya RM500 sahaja bagi setiap permohonan
- ⁠Pembayaran secara elektronik

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
DAPATKAN PRODUK PEMBEKALAN MAKLUMAT PEMUNYAAN BENEFISIAL

Kaedah Pembelian:
1) Daftar dan verifikasi pemohon di portal SSM4U (www.ssm4u.com.my).

2) Lengkapkan Borang Permohonan Akses Maklumat Pemunyaan Benefisial melalui portal rasmi SSM.

3) Pembekalan maklumat dalam tempoh 3 hari bekerja. Pemohon akan menerima maklumat dalam format PDF melalui e-mel.

Rujuk poster untuk maklumat lanjut.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
Makluman - Aktiviti Penyelenggaraan Sistem

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM’S CORPORATE TRAINING PROGRAMMES

SSM’s corporate training programmes are now open for registration! Sign up Today! @ https://www.SSM4U.com.my/ecomtrac

Kindly click https://www.ssm.com.my/Pages/Training_Academy/Training_Calendar-and_Brochure/2025.aspx for more information on SSM 2025 Training Calendar.

Should you have any further enquiry, please contact us at enquiry@ssm.com.my or WhatsApp us at 03-2299 5335.

We look forward to seeing you soon. Stay safe and please continue to adhere to safety and health guidelines.

#eCOMTRAC-Quality Training Through Online Facilitations.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM SERTAI OPERASI BERSEPADU (OPS GOLDIE) ANJURAN NATIONAL ANTI-FINANCIAL CRIME CENTRE

Tawau, 7 Mac 2025 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Cawangan Tawau dengan kerjasama Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Mineral Geosains Sabah telah menyertai Operasi Bersepadu, Ops Goldie, anjuran National Anti-Financial Crime Centre (NFCC) telah diadakan di Kubota Sentral dan Bukit Mantri, Balung pada 11 Februari 2025.

Hasil Pemeriksaan medapati kesalahan dibawah Seksyen 30(2) Akta Syarikat 2016 dan Seksyen 30(1)(b) Akta Syarikat 2016, kerana gagal memaparkan nombor pendaftaran syarikat pada papan tanda di premis perniagaan beroperasi.

Operasi ini dihadiri oleh Encik Muhammad Sofian Nurillah, Encik Awang Aqmar Zulfadhli Awang Jamaludin dan Encik Razalie Ali Mardan dari SSM Cawangan Tawau.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM MENAWARKAN DATA MAKLUMAT SETIAUSAHA SYARIKAT

SSM menawarkan Data Maklumat Setiausaha Syarikat atau Company Secretary Information Data (CSID) yang boleh didapati secara dalam talian.

CSID boleh diakses di portal penyedia perkhidmatan SSM:

SSM e-Info di www.ssm-einfo.my
MyData SSM di www.mydata-ssm.com.my
SSM SEARCH di www.ssmsearch.com
SAFEDATA SSM di www.safedata-ssm.com

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM BERI TAKLIMAT PENDAFTARAN PERNIAGAAN DAN SPPP KEPADA PELATIH PLBV PERHEBAT LUMUT, PERAK.

Lumut, 7 Mac 2025– Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Perak telah dijemput memberikan Taklimat Pendaftaran Perniagaan dan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) kepada Pelatih Pusat Latihan & Bimbingan Veteran (PLBV) Perhebat Lumut, Perak pada 20 Februari 2025.

SSM telah memberi taklimat mengenai peranan SSM, kepentingan pendaftaran perniagaan, SPPP dan tatacara pendaftaran melalui sistem EzBiz Online.

Taklimat disampaikan oleh Encik N. Vijayasegaran Nadeson, Pengurus Seksyen Operasi SSM Perak.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
Kenyataan Media - Syarikat Serta Pengarah Syarikat Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Gagal Menyediakan, Mengedarkan Dan Menyerah Simpan Penyata Kewangan Kepada Pendaftar

#PerniagaanAndaBermulDiSSM
Kenyataan Media - SSM Dakwa Kenaf Trading Global Sdn Bhd, Ketua Pengarah Eksekutif Dan Pengarah Kerana Tawar Skim Tidak Berdaftar Kepada Orang Awam

PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM ANJUR TAKLIMAT KESEDARAN BERSAMA SETIAUSAHA SYARIKAT SEKITAR KUCHING

Kuching, 10 Mac 2025 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Sarawak telah menganjurkan program Taklimat Kesedaran Bersama Setiausaha Syarikat Siri 2/2025 yang bertempat di Dewan Empurau, Pejabat SSM Sarawak pada 20 Februari 2025. Program tersebut dihadiri seramai 41 orang peserta terdiri daripada setiausaha syarikat.
Dua sesi taklimat berkaitan dengan “MBRS Mastery” telah disampaikan oleh Puan Sivamalar dan Puan Khairah Izzati daripada Seksyen Operasi SSM Sarawak. Sesi taklimat daripada Seksyen Penguatkuasaan berkenaan Company Secretary : Competency Issues & Professionalism Under The Companies ACT 2016 turut disampaikan oleh Tuan Kelvin Fossillian, Pengurus Seksyen Penguatkuasaan SSM Sarawak.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kadar pengetahuan dan pemahaman berkenaan makluman terkini MBRS dan hebahan produk-produk terbaru SSM seperti pembelian Produk PLT, BRECLE, Pemunyaan Benefisial, CSID, dan empat platform rasmi SSM bagi mendapatkan maklumat korporat. Juga diselitkan Pengumuman fasa ketiga Akta Syarikat (Pindaan) 2024 dan Akta Perkongsian (Pindaan) Perkongsian Liabiliti Terhad 2024.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
GET READY FOR THE 14th SSM NATIONAL CONFERENCE (SSMNC2025)

SSM National Conference has made its mark as a signature regulatory education and networking platform for corporate professionals to stay relevant in the ever-changing business environment.

Conference Fee:
Physical    - RM 1,500.00
Virtual     - RM 700.00

All registration on first come first serve basis. Closing date on 5 August 2025. Terms and Conditions Apply.

Don’t miss out! It's a hybrid conference. Join us in person or virtually.

Secure your spot now! Visit SSM4U online platform https://ssm4u.com.my/ecomtrac/ for registration.

For futher enquiries, please contact us at comtrac@ssm.com.my or WhatsApp at 03-2299 5335.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM KINI MENAWARKAN SURAT PENGESAHAN DAFTAR SEMULA PERNIAGAAN

Anda boleh mendapatkan Surat Pengesahan Daftar Semula Perniagaan atau Business Re-register Confirmation Letter (BRECLE) di portal penyedia perkhidmatan SSM:

SSM e-Info di www.ssm-einfo.my
MyData SSM di www.mydata-ssm.com.my
SSM SEARCH di www.ssmsearch.com
SAFEDATA SSM di www.safedata-ssm.com

Kadar Fi yang ditawarkan:
Tanpa CTC – RM10.00
Dengan CTC – RM15.00
*Tidak termasuk Caj Perkhidmatan dan Cukai Perkhidmatan sebanyak 8% yang dikenakan ke atas caj perkhidmatan.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM