Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
7.36K subscribers
8.39K photos
267 videos
4 files
2.03K links
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan.
Download Telegram
SERTAI KAMI KE PROGRAM USAHAWAN MUDA 2024 (PUM24) PERINGKAT MELAKA & MUAR

Jom sertai Program Usahawan Muda 2024 (PUM24) Peringkat Negeri Melaka dan Muar yang akan dianjurkan secara dalam talian di Microsoft Teams pada 30 September 2024 bermula pukul 9.00 pagi.

Taklimat dan perkongsian berkenaan Sesi Usahawan Bijak, Usahawan Berdaftar, Sesi Revolusi Pemasaran Digital dan Sesi Success Story Sharing akan diadakan sepanjang program berlangsung.

Rujuk poster untuk maklumat lanjut.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
KELEBIHAN MENDAFTARKAN PERNIAGAAN DENGAN SSM

Pelbagai kelebihan mendaftarkan perniagaan dengan SSM antaranya:

- Diperakui sah kewujudannya menurut undang-undang
- Menikmati pelbagai insentif pinjaman dan latihan
- Menunjukkan kredibiliti dan komitmen untuk berniaga
- Pengurusan kewangan yang lebih terurus

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM ANJUR PROGRAM DIALOG KORPORAT BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN

Muar, 18 September 2024 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Cawangan Muar telah menganjurkan Program Dialog Korporat Bersama Pihak Berkepentingan bertempat di Classic Hotel, Muar pada 5 Jun 2024.

Program ini telah dirasmikan oleh Encik Azrin Mohd Ripin, Pengarah SSM Negeri Johor.

Taklimat ini telah dihadiri seramai 50 setiausaha syarikat dan pembukaan Booth bersama Agensi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan HRD Corp.

Taklimat berkaitan Akta Syarikat (Pindaan) 2024, Beneficial Ownership (BO) & Customer Relationships Management (CRM) ini telah disampaikan oleh Encik Nazren Shah Muhammad daripada Eksekutif Unit Operasi (Syarikat) SSM Cawangan Muar .

Sesi taklimat berkaitan Pematuhan Di Bawah Akta Yang Dikawal Selia oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah disampaikan oleh Encik Mohd Fairus Shahid, Eksekutif Unit Pematuhan SSM Cawangan Muar.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SESI TAKLIMAT SSM BIZTRUST: DIGITALISASI PEMANGKIN PERNIAGAAN

Ketahui inisiatif-inisiatif yang ditawarkan oleh SSM, FAMA dan SiteGiant dalam taklimat ini pada 25 September 2024 (Rabu) jam 9.30 hingga 11.30 pagi.

Daftar secara percuma melalui pautan https://forms.office.com/r/jtSvRjRvbA

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
Liputan The Edge Malaysia - East West Horizon Plantation charged for alleged trust deed violation

https://www.theedgemalaysia.com/node/726688

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
KARNIVAL KPDN 2024 ZON SARAWAK

🗓️ 20 - 22 September 2024 (Jumaat - Ahad)
📍 Tapak Metrocity Events Park, Matang, Kuching, Sarawak

Pelbagai program dan aktiviti menarik khas untuk pengunjung yang hadir, antaranya adalah khidmat nasihat dan perkhidmatan pendaftaran perniagaan di Booth SSM.

Imbas Kod QR untuk Mengetahui Tentatif Sepanjang 3 Hari Program Karnival KPDN 2024 Zon Sarawak.

#KPDNKITA
#RahmahItuBerkat
#KarnivalKPDN2024
#KarnivalKPDN2024ZonSarawak
#KitaPenggunaDayaNegara
#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM BERI TAKLIMAT DI BENGKEL PEMBANGUNAN AGROPRENEUR LADA

Kuching, 19 September 2024 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Sarawak telah memberi taklimat pada Bengkel Pembangunan Agropreneur Lada Siri 5/2024 yang dianjurkan oleh Lembaga Lada Malaysia bertempat di Mulu Hall Raia Hotel, Kuching pada 19 Jun 2024.

Taklimat berkenaan Prosedur Pendaftaran Perniagaan ini telah disampaikan oleh Puan Suhana Duen, Pegawai Seksyen Operasi SSM Sarawak.

Seramai 30 orang peserta terdiri daripada para pekebun dan orang awam yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai Usahawan Hiliran Lada Lembaga Lada Malaysia.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
KARNIVAL KPDN 2024 ZON SARAWAK

🗓️ 20 - 22 September 2024 (Jumaat - Ahad)
📍 Tapak Metrocity Events Park, Matang, Kuching, Sarawak

Pelbagai program dan aktiviti menarik khas untuk pengunjung yang hadir, antaranya adalah khidmat nasihat dan perkhidmatan pendaftaran perniagaan di Booth SSM.

Imbas Kod QR untuk Mengetahui Tentatif Sepanjang 3 Hari Program Karnival KPDN 2024 Zon Sarawak.

#KPDNKITA
#RahmahItuBerkat
#KarnivalKPDN2024
#KarnivalKPDN2024ZonSarawak
#KitaPenggunaDayaNegara
#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
Liputan Malaysia Gazette - Malaysia komited patuhi piawaian pemunyaan benefisial – Armizan

https://malaysiagazette.com/2024/08/27/malaysia-komited-patuhi-piawaian-pemunyaan-benefisial-armizan/

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM SANTUNI PELAJAR ASNAF SK MEKASAR, PASIR MAS, KELANTAN

Pasir Mas, 20 September 2024-Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Kelantan telah menyampaikan Wakalah Zakat Korporat SSM bersempena Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG, SK Mekasar yang berlangsung di Dewan Aula Lestari SK Mekasar, Pasir Mas, Kelantan pada 20 Jun 2024.

Sumbangan Wakalah Zakat Korporat berjumlah RM15,300 ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Zawawi Ahmad, Pengarah Negeri SSM Kelantan diiringi oleh Encik Ruslan Daud, Pengurus Seksyen Penguatkuasaan SSM Kelantan dan Puan Siti Fairuz, Eksekutif Seksyen Penguatkuasaan SSM Kelantan.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM TERIMA KUNJUNGAN RASMI DELEGASI DARI CORPORATE AFFAIRS COMMISSION, NIGERIA

Kuala Lumpur, 20 September 2024 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menerima kunjungan rasmi delegasi dari Corporate Affairs Commission (CAC), Nigeria bertempat di Menara SSM@Sentral pada 19 September 2024.

Objektif lawatan delegasi tersebut bertujuan untuk meningkatkan pendaftaran dalam talian dan ketelusan perniagaan di Nigeria, menyokong CAC dalam mempertingkatkan proses pendaftaran automatik dengan model sistem SSM serta memahami cara SSM mengatasi isu pematuhan undang-undang berkaitan pendaftaran, pembatalan, dan pengawalseliaan non-profit organization.

Kunjungan rasmi yang diketuai oleh Encik Hussaini Ishaq Magaji, Ketua Pegawai Eksekutif CAC telah disambut oleh Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM.

Turut hadir bersama adalah wakil-wakil delegasi daripada CAC, Malaysian Institute of Management (MIM) serta Pengurusan Tertinggi SSM.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM SUMBANG WAKALAH ZAKAT KORPORAT BERJUMLAH RM12,600 KEPADA GOLONGAN YANG MEMERLUKAN

Pulau Redang, 20 September 2024 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Korporat (WZK) berjumlah RM12,600 kepada golongan yang memerlukan bersempena Program Santai Pengguna bersama Komuniti Kampung Baru Pulau Redang, Terengganu pada 19 September 2024.

Sumbangan Wakalah Zakat Korporat berjumlah RM300 seorang yang disampaikan kepada 30 penduduk asnaf dan 12 anak yatim asnaf ini telah berlangsung di Dewan Komuniti Kampung Baru, Pulau Redang.

Sumbangan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN).

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM