Sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun SSM Ke-22, SSM telah menganjurkan pelbagai aktiviti untuk pelanggan dan warga kerja SSM seperti Hari Bersama Pelanggan, pembukaan pelbagai reruai pameran termasuk reruai khidmat nasihat berkenaan perkhidmatan dan produk SSM serta SSM’s Raya Games.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Anggota-Anggota Suruhanjaya, Pengurusan Tertinggi SSM dan seluruh warga kerja SSM.
Sementara itu, Majlis Sambutan Ulang Tahun SSM Ke-22 turut disambut secara serentak di peringkat negeri dan cawangan SSM.
#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

KUNJUNGAN HORMAT SSM SABAH KE PEJABAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH
Kota Kinabalu, 17 April 2024 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Sabah telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah di Kompleks Pentadbiraan Kerajaan Persekutuan pada 6 Mac 2024. Kunjungan hormat ini telah disambut mesra oleh YBhg. Datuk Makhzan Mahyuddin, Setiausaha Persekutuan Sabah.
Sesi kunjungan tersebut telah diketuai oleh Encik Mohd Arif Hamzah, Pengarah SSM Sabah berserta pegawai-pegawai Kanan SSM Sabah.
Taklimat berkaitan fungsi dan peranan SSM sebagai agensi Kementerian perdagangan Dalam negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam pendaftaran dan kawalselia korporat terulung di Malaysia telah dimaklumkan kepada Datuk Setiausaha Persekutuan Sabah.
Bagi mengakhiri sesi kunjungan tersebut, YBrs Datuk Makhzan Mahyuddin menjemput YBrs En. Mohd Arif Hamzah, Pengarah SSM Sabah menandatangani buku pelawat di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah.

SIRI PENDIDIKAN AKTA SYARIKAT (PINDAAN) 2024
Kenali Akta Syarikat (Pindaan) 2024 dengan lebih mendalam melalui Siri Pendidikan Akta Syarikat (Pindaan) 2024.
Siri 8: Kluster Polisi 2 - Memperkukuh Kerangka Rehabilitasi Korporat - Penambahbaikan Peruntukan Berkaitan Skim Perkiraan atau Kompromi (SPK)

SESI TAKLIMAT SSM BIZTRUST: DIGITALISASI PEMANGKIN PERNIAGAAN
Ketahui inisiatif-inisiatif SSM, PERNAS dan SIRIM dalam membantu meningkatkan pendigitalan perniagaan di taklimat SSM BizTrust: Digitalisasi Pemangkin Perniagaan yang akan diadakan pada 24 April 2024 (Rabu) jam 9.30 hingga 11.30 pagi.
Daftar secara percuma melalui pautan https://forms.office.com/r/pX4xHbQJNR

SELAMAT MENYAMBUT HARI PENGUAT KUASA KPDN KE-52
Pengurusan Tertinggi dan Warga Kerja Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Penguat Kuasa Ke-52 Kepada Pasukan Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
#KPDN

MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN SSM YANG KE-22 DI IBU PEJABAT, PEJABAT NEGERI DAN CAWANGAN SSM SELURUH MALAYSIA
Sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Ke-22, SSM telah menganjurkan pelbagai aktiviti untuk pelanggan dan warga kerja SSM seperti Hari Bersama Pelanggan, pembukaan pelbagai reruai pameran termasuk reruai khidmat nasihat berkenaan perkhidmatan dan produk SSM.
Hari Bersama Pelanggan SSM ini telah dianjurkan di Lobi, Menara SSM@Sentral dan di Pejabat Negeri dan Cawangan SSM seluruh Malaysia.