Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
7.36K subscribers
8.4K photos
267 videos
4 files
2.03K links
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan.
Download Telegram
SSM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA KONSULAT JENDERAL REPUBLIK INDONESIA JOHOR BAHRU

Johor Bahru, 18 Mac 2024 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Johor telah menerima kunjungan hormat daripada Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru yang diwakili oleh Bapak Mohamad Rizali Noor, Konsul KJRI Johor Bahru dan Bapak E. Ridwan Prawira Kusumah, Pegawai Perhubungan Ekonomi KJRI Johor Bahru pada 21 Februari 2024.

Kunjungan daripada KJRI Johor Bahru ke pejabat SSM Johor init telah disambut oleh Encik Azrin Mohd Ripin, Pengarah Negeri SSM Johor, Encik Mohd. Hamdan Mohd. Jaffar, Pengurus Seksyen Penguatkuasaan SSM Johor dan Puan Puan Norehan Azili, Pengurus Seksyen Operasi SSM Johor.
Tujuan kedatangan wakil KJRI Johor Bahru ke Pejabat SSM Johor adalah untuk mendapatkan informasi berkaitan peluang dan syarat-syarat pemerbadanan syarikat oleh Warga Indonesia kerana mereka mendapati dalam keadaan ekonomi yang semakin baik, ramai pelabur dari Indonesia berminat untuk memulakan perniagaan mereka di Malaysia.

Pihak KJRI Johor Bahru telah diberikan informasi berkaitan pemerbadanan syarikat, pendaftaran perniagaan dan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) disamping informasi berkaitan peranan SSM. Selain itu juga, pihak SSM Johor telah berkongsi maklumat berkaitan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh SSM.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
KENAPA KITA PERLU DAFTAR PERNIAGAAN?

Setiap perniagaan yang dijalankan perlu berdaftar dengan SSM selaras peruntukan undang-undang di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

Jangan lupa Like/ Follow dan Share:-
• FB: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi)
• Instagram: https://www.instagram.com/ssmofficialpage/
• Twitter: https://twitter.com/ssmofficialpage
• Telegram: https://t.me/ssmofficialpage
• TikTok: https://tiktok.com/@ssmofficialpage

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SESI TAKLIMAT SSM BIZTRUST: DIGITALISASI PEMANGKIN PERNIAGAAN

Ketahui inisiatif-inisiatif SSM, PERNAS dan SiteGiant dalam membantu meningkatkan pendigitalan perniagaan di taklimat SSM BizTrust: Digitalisasi Pemangkin Perniagaan yang akan diadakan pada 27 Mac 2024 (Rabu) jam 9.30 hingga 11.30 pagi.

Daftar secara percuma melalui pautan https://forms.office.com/r/0TyXQYue4w

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM BERI TAKLIMAT PENDAFTARAN PERNIAGAAN DAN SPPP KEPADA PELAJAR KOLEJ TESDEC

Marang, 19 Mac 2024 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Terengganu telah memberi taklimat kepada pelajar kolej Terengganu Skills Development Centre (TESDEC) pada 21 Februari 2024. Seramai 100 pelajar dan lima orang pegawai akademik termasuk tenaga pengajar telah hadir bagi menyertai sesi taklimat ini.

Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan pendaftaran perniagaan dan mempromosikan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) yang disampaikan oleh Puan Nurhafizah Ismail, Eksekutif Seksyen Operasi SSM Terengganu. Selepas taklimat, para pelajar telah memanfaatkan peluang ini dan membuat pengaktifan ID pengguna EzBiz melalui kaunter perkhidmatan yang disediakan.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
ADA PERNIAGAAN, TAPI TAK DAFTAR SSM?

Jom kita lihat syarat-syarat untuk mendaftar perniagaan dengan SSM.

Jangan lupa Like/ Follow dan Share:-
• FB: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi)
• Instagram: https://www.instagram.com/ssmofficialpage/
• Twitter: https://twitter.com/ssmofficialpage
• Telegram: https://t.me/ssmofficialpage
• TikTok: https://tiktok.com/@ssmofficialpage

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
KELEBIHAN MENDAFTARKAN PERNIAGAAN DENGAN SSM

Pelbagai kelebihan mendaftarkan perniagaan dengan SSM antaranya:

- Diperakui sah kewujudannya menurut undang-undang
- Menikmati pelbagai insentif pinjaman dan latihan
- Menunjukkan kredibiliti dan komitmen untuk berniaga
- Pengurusan kewangan yang lebih terurus

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA TELEKOM MALAYSIA KELANTAN

Kota Bharu, 20 Mac 2024 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada Telekom Malaysia (TM) Kelantan yang diketuai oleh Puan Rozainee Muhamad, Pengurus TM Kelantan bersama tiga orang pegawai TM pada 14 Februari 2024.

Kunjungan hormat ini membincangkan kerjasama stategik dua hala yang boleh dilaksanakan bagi mempromosikan produk & perkhidmatan yang ditawarkan oleh kedua dua pihak, selain memperkenalkan peranan dan fungsi utama serta akta- akta yang dikawalselia oleh SSM.

Kunjungan hormat ini disambut mesra oleh Encik Mohd Zawawi Ahmad, Pengarah Negeri SSM Kelantan bersama Encik Ruslan Daud, Pengurus Seksyen Penguatkuasaan SSM Kelantan dan Encik Luqman Baharam, Pengurus Seksyen Operasi SSM Kelantan.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM National Conference 2024 is coming to you on 27 & 28 August

Theme: Enhancing Corporate Transparency Building Resilience

Conference Fee: RM600.00

Don’t miss out! Join us virtually

Secure your spot now! Visit e-COMTRAC online platform https://e-comtrac.ssm.com.my for registration

For futher enquiries, please contact us at comtrac@ssm.com.my or Whatsapp us at 03-2299 5326
Notis- Makluman Operasi SSM Customer care (SSMCC) Suruhanjaya Syarikat Malaysia Sepanjang Bulan Ramadan 2024/ 1445H

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
Liputan Lumi News Malaysia - Skim pelaburan haram, Kenaf Development Fund (KDF) kaut RM140 juta diserbu SSM

https://luminews.my/news/2022613

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM JALANKAN PEMERIKSAAN OPS SEPADU BERSAMA KPDN DAN MBMB

Melaka, 21 Mac 2024 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Melaka telah menjalankan pemeriksaan Ops Sepadu bertempat di Aeon Bandaraya Melaka pada 22 Februari 2024.

Pemeriksaan ini telah dilakukan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Sebanyak 11 premis telah diperiksa dan seramai 16 anggota penguatkuasa dari tiga agensi yang terlibat dalam pemeriksaan ini.

Hasil daripada operasi ini, sebanyak dua notis kompaun telah ditawarkan atas kesalahan di bawah Akta Syarikat 2016.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM