Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
7.36K subscribers
8.37K photos
267 videos
4 files
2.02K links
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan.
Download Telegram
Pelbagai kesalahan dikesan seperti gagal mempamerkan papan tanda nama perniagaan atau syarikat dan nombor pendaftaran, tidak mempamerkan sijil perakuan pendaftaran perniagaan, serta gagal mempamerkan nama dan nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat di kepala surat, invois, bil dan lain-lain dokumen yang digunakan perniagaan itu.

Satu peringatan kepada semua bahawa tindakan penguatkuasaan akan diambil sekiranya berlaku kesalahan di bawah peruntukan undang-undang yang dikawalselia oleh SSM bagi memastikan tadbir urus korporat sentiasa diamalkan oleh warga korporat dan komuniti perniagaan di Malaysia.

#PerniagaanAndabermulaDiSSM
SSM ANJUR PROGRAM CORPORATE BRIEFING SESSION BERSAMA SETIAUSAHA SYARIKAT PULAU PINANG

Bayan Lepas, 11 Oktober 2023 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Program Corporate Briefing Session 2023 (CBS2023) Bersama Setiausaha Syarikat Pulau Pinang yang telah berlangsung di Hotel Eastin Pulau Pinang pada 13 September lalu. Seramai 117 orang setiausaha syarikat telah menghadiri program tersebut.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Encik Sazuree Shuib, Pengarah Negeri SSM Pulau Pinang dan makluman mengenai Polisi Antirasuah SSM. Taklimat program telah disampaikan oleh Encik Tan Aik Hui & Puan P.I Punitarani Punithan, Eksekutif Seksyen Operasi dan Puan Lee Yng Fei, Pengurus Seksyen Penguatkuasaan.
Antara intipati program ini adalah taklimat dari Seksyen Operasi yang menyentuh berkaitan Prosedur dan Dokumentasi Permohonan Pembatalan Nama Syarikat, Permohonan Bantahan dan Penarikan Balik Pemohonan Pembatalan Nama Syarikat. Turut dikongsi bersama adalah berkenaan Prosedur dan Pendaftaran Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT). Taklimat juga membincangkan kesalahan lazim yang berlaku dalam dokumen berkanun syarikat yang diserahsimpan di SSM Pulau Pinang.

Taklimat daripada Seksyen Penguatkuasa menyentuh berkenaan dengan Pemantauan Juruaudit dan firma juruaudit, Pemeriksaan Rekod Perakaunan Syarikat & PLT, Kompetensi dan kesalahan setiausaha syarikat, Kepentingan benefisial serta isu-isu berbangkit penguatkuasaan.

SSM Pulau Pinang melalui hubungan kerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Pulau Pinang terutama berkaitan penyata kewangan syarikat dan dalam sesi ini, pegawai dari LHDNM telah menyampaikan taklimat berkaitan Tanggungjawab Majikan (Percukaian Syarikat).

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
MAKLUMAT PRODUK & PERKHIDMATAN SSM KINI DI HUJUNG JARI

Maklumat produk & perkhidmatan SSM kini boleh dimuatnaik menggunakan telefon pintar.

Hanya perlu imbas di kod QR yang tertera di poster.

Lebih mudah
Maklumat terkini
Padat

e-Katalog Produk & Perkhidmatan SSM ini juga boleh didapati laman web rasmi SSM di pautan link berikut:

LINK: https://www.ssm.com.my/bm/Pages/Publication/Brochures/Brochures.aspx

MUATNAIK SEKARANG!

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila emel ke enquiry@ssm.com.my

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
KUNJUNGAN HORMAT SSM SARAWAK KE KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA SARAWAK

Sarawak, 12 Oktober 2023 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Sarawak telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pada 18 September lalu.

Kunjungan ini telah diketuai oleh Encik Ramle Leen, Pengarah SSM Sarawak. dan disambut oleh Puan Debbie anak Jenggut Nyelang, Pengarah MOTAC Sarawak.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mewujudkan kolaborasi dan perkongsian strategik yang dapat dimanfaatkan terutamanya berkaitan penguatkuasaan dan kesedaran program kepada pengendali industri pelancongan di Sarawak.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
Liputan Kampung Mamak- SSM Serah Van jenazah & Agih Wakalah Zakat Korporat SSM Berjumlah RM148,000 di Kuantan

https://kampungmamak.com/ssm-serah-van-jenazah-agih-wakalah-zakat-korporat-ssm-berjumlah-rm148000-di-kuantan/

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SENARAI TERKINI SKIM KEPENTINGAN YANG BERDAFTAR

Skim kepentingan adalah platfrom untuk menjana pendapatan perniagaan serta mendapatkan dana atau pembiayaan alternatif bagi tujuan menjalankan aktiviti ekonomi.

Anda boleh melihat senarai terkini Skim Kepentingan yang berdaftar di pautan ini - https://www.ssm.com.my/bm/Pages/Register_Business_Company_LLP/Company/Interest_Scheme/Updated-Registered-Scheme-List.aspx

Maklumat lanjut skim kepentingan, layari https://www.ssm.com.my/bm/Pages/Register_Business_Company_LLP/Company/Interest_Scheme/Interest_Scheme.aspx

Untuk sebarang pertanyaan, sila emel ke enquiry@ssm.com.my.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
MAKLUMAT PRODUK & PERKHIDMATAN SSM KINI DI HUJUNG JARI

Maklumat produk & perkhidmatan SSM kini boleh dimuatnaik menggunakan telefon pintar.

Hanya perlu imbas di kod QR yang tertera di poster.

Lebih mudah
Maklumat terkini
Padat

e-Katalog Produk & Perkhidmatan SSM ini juga boleh didapati laman web rasmi SSM di pautan link berikut:

LINK: https://www.ssm.com.my/bm/Pages/Publication/Brochures/Brochures.aspx

MUATNAIK SEKARANG!

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila emel ke enquiry@ssm.com.my

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM