Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
7.36K subscribers
8.39K photos
267 videos
4 files
2.03K links
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan.
Download Telegram
Mari sertai Taklimat Virtual Transformasi Identiti Digital Melalui Kod QR SSM BizTrust pada bulan ini.  
 
Kenapa perlu hadir ? 
*TIPS menyakinkan pelanggan anda 
*Pendaftaran sesi taklimat adalah PERCUMA 
*TUTORIAL muat turun Kod QR SSM BizTrust 
*Peroleh ILMU tentang platform AgroBazaar Online 
*Peluang MELUASKAN perniagaan melalui program BIT  
*Tawaran pakej MENARIK solusi e-Dagang oleh SiteGiant  
 
Daftar sini: https://forms.office.com/r/5gmr9twK0j   

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM SANTUNI GOLONGAN YANG MEMERLUKAN DI KAMPUNG KRUBONG DENGAN SUMBANGAN VAN JENAZAH BERNILAI RM138,000 DAN WAKALAH ZAKAT KORPORAT BERJUMLAH RM63,500

Kampung Krubong, 16 Ogos 2023 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini telah menyampaikan sumbangan van jenazah kepada Masjid An-Nur Kampung Krubong, Melaka bersempena Majlis Serahan Sumbangan Van Jenazah "Road To Jannah".

Sumbangan van jenazah bernilai RM138,000 ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Amir Ahmad, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan Korporat) SSM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Zakat & Tanggungjawab Sosial Korporat SSM (JPZCSR).
Di samping sumbangan van jenazah, SSM turut menyantuni golongan yang memerlukan dengan sumbangan Wakalah Zakat Korporat berjumlah RM 63,500. RM20,000 telah disampaikan kepada dua masjid, RM6,000 kepada dua surau, RM2,500 kepada lima bekas pegawai masjid, RM25,000 kepada 50 orang asnaf dan RM10,000 kepada 50 pelajar asnaf.

Turut serta dalam majlis berkenaan adalah YBrs. Tuan Abdul Malik Dolah, Pengerusi Masjid An-Nur, Kampung Krubong dan Encik Farid Ahmad, Pengarah Bahagian Strategi & Komunikasi Korporat merangkap Timbalan Pengerusi JPZCSR.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
KUIZ SSM BIZTRUST

Adakah anda entiti perniagaan yang layak mendapatkan Kod QR SSM BizTrust? Mari jawab kuiz SSM BizTrust dan imbas Kod QR untuk jawapan.

#PercayaYakinSelamat #PersekitaranPerniagaanYangDipercayai #AdaBizTrustBaruBeli #PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM SUMBANG WAKALAH ZAKAT KORPORAT SSM BERJUMLAH RM2,000 KEPADA PELUKIS ASNAF ORANG KURANG UPAYA

Pasir Mas, 17 Ogos 2023, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Kelantan telah menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Korporat SSM berjumlah RM 2,000 kepada pelukis asnaf Orang Kurang Upaya (OKU), Encik Mohd Khairuddin Che Rani yang mempunyai kelebihan melukis menggunakan kaki dan mulut pada 10 Ogos lalu.

Penyampaian Wakalah Zakat Korporat ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Zawawi Ahmad, Pengarah Negeri SSM Kelantan, bertempat di Kampung Banggol Kemiang, Pasir Mas, Kelantan.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Encik Ruslan Daud, Pengurus Seksyen Penguatkuasaan, bersama empat orang pegawai SSM Kelantan.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
LANGKAH-LANGKAH MENDAPATKAN SIJIL PENDAFTARAN & MAKLUMAT PERNIAGAAN

EzBiz Online lebih mudah dan pantas. Jom daftar dan aktifkan ID EzBiz Online anda.

Maklumat lanjut, boleh layari www.ssm.com.my

Portal EzBiz Online yang sah
https://ezbiz.ssm.com.my/

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
HINDARI LAMAN WEB PIHAK KETIGA YANG TIDAK SAH

Suruhanjaya Syarikat Malaysia ingin mengingatkan kepada orang ramai agar berwaspada dengan laman sesawang oleh pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan pembaharuan perniagaan.

Pastikan anda semua layari laman web yang sah hanya di:https://ezbiz.ssm.com.my/

Maklumat lanjut, boleh layari www.ssm.com.my

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
Kenyataan Media - SSM Anjur Program Bimbingan Usahawan Bantu Memperkasa Perniagaan usahawan Selangor.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM