Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
7.36K subscribers
8.39K photos
267 videos
4 files
2.03K links
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan.
Download Telegram
60 INDIVIDU DARIPADA KOMUNITI INDIA DI NEGERI PERAK TELAH DIBANTU DENGAN SUMBANGAN CSR SEPANJANG TAHUN 2022

Ipoh, 16 Mac 2023 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak pada 13 Mac lalu bertempat di Kompleks Kerajaan Negeri Perak (SUK).

Semasa kunjungan tersebut, Encik Mohd Arif Hamzah, Pengarah SSM Negeri Perak dan pegawai-pegawai dari pejabat SSM Negeri Perak telah mengadakan pertemuan dengan YB Tuan Sivanesan Achalingam, Pengerusi Kesihatan, Sumber Manusia dan Komuniti India bagi menyampaikan taklimat ringkas berkaitan fungsi dan peranan SSM, khasnya di Perak.

Taklimat juga berkisar mengenai sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) SSM kepada komuniti India di Perak di samping memberi peluang kepada golongan tersebut mendaftarkan perniagaan secara percuma melalui inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) SSM.
Pada tahun 2022, seramai 60 individu yang layak daripada komuniti India di negeri Perak telah dikenalpasti bagi sumbangan CSR di mana setiap seorang daripada mereka telah menerima sumbangan sebanyak RM500 bagi memulakan perniagaan, menjadikan keseluruhan jumlah sumbangan sebanyak RM30,000.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
*Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul*

Begitulah perasaan yang menyelubungi barisan pengurusan tertinggi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang hadir melawat YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya yang kini sedang mendapatkan rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur selepas menjalani pembedahan lutut.

Walaupun baru selesai menjalani pembedahan, Dato Sri Alexander masih mampu menguntumkan senyuman dan menyambut baik kehadiran SSM yang beliau pernah terajui semasa menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Jasa beliau kepada SSM melalui inisiatif-inisiatif yang mengutamakan kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia adalah tidak ternilai.

Seluruh warga kerja SSM mendoakan agar Dato Sri diberi kesembuhan, dipermudahkan segala urusan dan terus menjalankan tugas seperti sedia kala.
Liputan MalaysiaKini - Ahmad Sabki dilantik pengerusi SSM.

https://www.malaysiakini.com/news/658456

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
Kenyataan Media - SSM Lakar Satu Lagi Pencapaian Dengan Perasmian Bangunan Pejabat Baharu Miliknya Di Melaka.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM LAKAR SATU LAGI PENCAPAIAN DENGAN PERASMIAN BANGUNAN PEJABAT BAHARU MILIKNYA DI MELAKA

Melaka, 18 Mac 2023 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini melakar satu lagi pencapaian dengan perasmian bangunan pejabat baharu miliknya di Negeri Melaka.

Pejabat SSM Negeri Melaka yang baharu di Jalan Komersial, Taman Kota Fesyen MITC, Ayer Keroh telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Bangunan pejabat yang berkeluasan 10,395 kaki persegi ini merupakan fasiliti yang dapat menggalakkan lebih ramai usahawan di negeri Melaka mendaftarkan entiti perniagaan mereka di bawah akta yang dikawalselia oleh SSM.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah YBrs. Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM, YBrs. Dr. Zulqarnain Lukman, Anggota SSM, YBhg. Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Timbalan-Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SSM dan Pengarah-Pengarah Bahagian dan Negeri KPDN serta SSM, wakil badan-badan profesional dan setiausaha-setiausaha syarikat.

Semasa program berlangsung, SSM turut menyampaikan agihan Wakalah Zakat Korporat (WZK) SSM berjumlah RM74,000 kepada 24 entiti penerima termasuk peniaga yang terkesan banjir, masjid, surau, pusat tahfiz dan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SSM berjumlah RM15,000 kepada lima rumah kebajikan. Agihan keseluruhan yang disampaikan berjumlah RM89,000.
Don’t Miss Out on SSM Annual National Conference 2023

Coming to you on 25 & 26 July 2023!

Theme: Shared Responsibility in Strengthening AML/CFT Compliance: Risk, Challenges and Collaborations

Conference Fee: RM500.00 (Ends on 11 July 2023)

Grab your seat today. Register Online at e-COMTRAC
https://e-comtrac.ssm.com.my

More Info: https://bit.ly/3Y00HLI

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM