Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
7.36K subscribers
8.4K photos
267 videos
4 files
2.03K links
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan.
Download Telegram
Selari dengan usaha Kerajaan dalam membantu pemulihan ekonomi negara pasca pandemik COVID-19, YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengumumkan tiga inisiatif pengurangan kompaun bagi tahun 2023 pada 10 Januari lalu.

Inisiatif pertama melibatkan pengurangan kompaun sebanyak 90% daripada nilai asal ke atas syarikat yang berstatus ‘dissolved’ di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Syarikat 2016.

Bagi inisiatif kedua, SSM memperkenalkan pengurangan kompaun sebanyak 90% daripada nilai asal kompaun bagi semua kesalahan lazim di bawah Akta Syarikat 2016.

Bagi inisiatif ketiga, SSM meneruskan pengurangan kompaun sebanyak 90% daripada nilai asal kompaun bagi semua kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965.
Lanjutan daripada pengumuman tersebut, YBhg. Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM hari ini mengumumkan penerusan lima lagi inisiatif sedia ada dengan beberapa penambahbaikkan, menjadikan bilangan keseluruhan lapan inisiatif SSM pada tahun 2023.

Bagi inisiatif keempat, SSM melanjutkan tempoh masa pendaftaran SSM BizTrust secara percuma sehingga 31 Disember 2023 dan memperluaskan penggunaan Kod QR SSM BizTrust kepada entiti Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) berdaftar yang boleh diperolehi secara automatic.

Bagi inisiatif kelima, SSM meneruskan pelaksanaan inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang diperkenalkan pada tahun 2021 untuk menawarkan pendaftaran perniagaan secara percuma kepada usahawan kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa. Pada tahun 2023, syarat SPPP diperluaskan kepada pasangan suami dan isteri usahawan B40.

Inisiatif keenam pula, SSM meneruskan pelaksanaan Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1O1P) yang menyediakan pendaftaran dan pembaharuan perniagaan secara percuma.

Inisiatif ketujuh, SSM akan meneruskan cadangan pindaan bagi menambahbaik peruntukan-peruntukan di bawah Akta Syarikat 2016 berkaitan mekanisma penyelamat korporat dan skim kompromi atau perkiraan.

Melalui inisiatif kelapan pula, SSM akan meneruskan cadangan untuk memperkenalkan peruntukan-peruntukan berkaitan mekanisma penyelamat korporat di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012.
Don’t Miss Out on SSM Annual National Conference 2023

Coming to you on 25 & 26 July 2023!

Theme: Shared Responsibility in Strengthening AML/CFT Compliance: Risk, Challenges and Collaborations

Conference Fee: RM500.00 (Ends on 11 July 2023)

Grab your seat today. Register Online at e-COMTRAC
https://e-comtrac.ssm.com.my

More Info: https://bit.ly/3Y00HLI
Don’t Miss Out on SSM Annual National Conference 2023

Coming to you on 25 & 26 July 2023!

Theme: Shared Responsibility in Strengthening AML/CFT Compliance: Risk, Challenges and Collaborations

Conference Fee: RM500.00 (Ends on 11 July 2023)

Grab your seat today. Register Online at e-COMTRAC
https://e-comtrac.ssm.com.my

More Info: https://bit.ly/3Y00HLI
Dapatkan produk terbaharu iaitu Butir Pertukaran Nama Syarikat dan Analisis Saham Syarikat!

Butir Pertukaran Nama Syarikat
• Memaparkan maklumat berkaitan pertukaran nama lama sesebuah syarikat

Analisis Saham Syarikat
• Memaparkan kedudukan peratusan saham sesebuah syarikat

Maklumat lanjut, boleh layari www.ssm.com.my

Portal MyData
https://www.mydata-ssm.com.my/

Portal SSM E-info
https://www.ssm-einfo.my/

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
Notis - Penyelenggaraan Sistem SSM MyCoID

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
Pengumuman - Penutupan Pengoperasian Pejabat SSM UTC Kuala Lumpur

#PerniagaanAndaBermuladiSSM
SELAMAT MEMPERINGATI PERISTIWA AGUNG ISRAK & MIKRAJ

Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengucapkan Salam Israk Mikraj, 27 Rejab 1444H bersamaan 18 Februari 2023 kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

#PerniagaanAndaBermuladiSSM
Notis Pemberitahuan - Sistem MyCoID telah kembali beroperasi seperti biasa.

#PerniagaanAndaBermuladiSSM
Don’t Miss Out on SSM Annual National Conference 2023

Coming to you on 25 & 26 July 2023!

Theme: Shared Responsibility in Strengthening AML/CFT Compliance: Risk, Challenges and Collaborations

Conference Fee: RM500.00 (Ends on 11 July 2023)

Grab your seat today. Register Online at e-COMTRAC
https://e-comtrac.ssm.com.my

More Info: https://bit.ly/3Y00HLI
Don’t Miss Out on SSM Annual National Conference 2023

Coming to you on 25 & 26 July 2023!

Theme: Shared Responsibility in Strengthening AML/CFT Compliance: Risk, Challenges and Collaborations

Conference Fee: RM500.00 (Ends on 11 July 2023)

Grab your seat today. Register Online at e-COMTRAC
https://e-comtrac.ssm.com.my

More Info: https://bit.ly/3Y00HLI
Notis - Dokumen Konsultasi Berhubung Cadangan Semakan Kriteria Pengecualian Audit Bagi Syarikat Persendirian Di Malaysia.

Dokumen konsultasi berhubung "Cadangan Semakan Kriteria Pengecualian Audit Bagi Syarikat Persendirian Di Malaysia" boleh diakses melalui laman sesawang www.ssm.com.my

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
Notice - Consultative Document on Proposed Review of Audit Exemption Criteria for Private Companies in Malaysia.

The Consultative Document on the "Proposed Review of Audit Exemption Criteria for Private Companies in Malaysia" can be accessed via www.ssm.com.my

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
Kenyataan Media - Larangan Penggunaan Logo SSM Tanpa Kebenaran

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
Larangan Penggunaan Logo SSM Tanpa Kebenaran.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM