KELEBIHAN MENDAFTARKAN PERNIAGAAN DENGAN SSM
Pelbagai kelebihan mendaftarkan perniagaan dengan SSM antaranya:
- Diperakui sah kewujudannya menurut undang-undang
- Menikmati pelbagai insentif pinjaman dan latihan
- Menunjukkan kredibiliti dan komitmen untuk berniaga
- Pengurusan kewangan yang lebih terurus
#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

SSM ANJUR OPERASI BERSEPADU BERSAMA KPDN DAN MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU
Kuala Terengganu, 27 Disember 2024 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Terengganu telah menganjurkan operasi bersepadu bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang melibatkan 15 orang pegawai dan anggota penguatkuasa pada 22 Oktober 2024.
Operasi bersepadu ini dijalankan di Pasar Chabang Tiga dengan tujuan memastikan setiap peniaga dan penjaja kecil mematuhi peruntukan akta yang dikawal selia oleh SSM, KPDN dan MBKT.
Sebanyak 25 premis perniaagan telah diperiksa dan SSM telah mengeluarkan lapan notis peringatan bagi kesalahan di bawah Seksyen 12(1) (a), Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 kerana menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan perniagaan.
#PerniagaanAndaBermuladiSSM

Kenyataan Media - Pengarah Syarikat Berstatus Bankrap Mengaku Tidak Bersalah Bertindak Dalam Pengurusan Syarikat
#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
Liputan Malaysia Gazette Online - Pengarah syarikat bankrap mengaku tidak bersalah terlibat pengurusan syarikat
https://malaysiagazette.com/2024/12/29/pengarah-syarikat-bankrap-mengaku-tidak-bersalah-terlibat-pengurusan-syarikat/
#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
https://malaysiagazette.com/2024/12/29/pengarah-syarikat-bankrap-mengaku-tidak-bersalah-terlibat-pengurusan-syarikat/
#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM JALANKAN OPERASI BERSEPADU BERSAMA JABATAN KESIHATAN NEGERI KEDAH
Gurun, 30 Disember 2024 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Kedah telah menjalankan operasi bersepadu bersama Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang telah diadakan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gurun Arah Utara di Lebuh raya PLUS, Gurun, Kedah pada 23 Oktober 2024.

Operasi ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap pemilik premis perniagaan dan syarikat yang beroperasi di Kawasan R&R Gurun Arah Utara sentiasa mematuhi undang-undang yang dikawal selia oleh kedua-dua agensi terlibat disamping mengeratkan hubungan kerjasama di antara agensi penguatkuasaan.
Hasil operasi, sebanyak 21 premis perniagaan dan syarikat telah diperiksa dan mengeluarkan lima notis kompaun bagi kesalahan-kesalahan yang telah dikesan semasa operasi dijalankan.
Operasi ini telah diketuai oleh Encik Zulkapli Salim, Pengurus Seksyen Penguatkuasaan SSM Negeri Kedah bersama dengan tujuh anggota penguatkuasa SSM serta lima anggota penguatkuasa JKN Kedah dari Pejabat Kesihatan Daerah Yan.

SSM ANJUR TAKLIMAT BERSAMA SETIAUSAHA SYARIKAT BADAN-BADAN PROFESIONAL DI PULAU PINANG
Seberang Jaya, 30 Disember 2024 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Pulau Pinang telah mengadakan program kesedaran bersama Badan Profesional Setiausaha Syarikat, iaitu Persatuan Setiausaha Syarikat Bumiputera Wilayah Utara ( SUTERA), The Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators (MAICSA), License Secretary (LS), Malaysian Association of Company Secretaries (MACS) dan Malaysian Institute Of Accountants (MIA) pada 14-21 Oktober 2024.

Seramai 101 orang setiausaha dan pembantu setiausaha syarikat telah menghadiri program tersebut. Objektif program kesedaran ini adalah untuk memberikan pendedahan dan kesedaran kepada setiausaha syarikat mengenai penambahbaikan platform MBRSv2. Penekanan diberikan kepada penyelesaian isu-isu teknikal dan pematuhan serahsimpan penyata tahunan dengan maklumat yang betul dan lengkap.
Taklimat berkaitan Akta Syarikat (Pindaan) 2024 dan penerangan ringkas berkaitan produk katalog SSM. Hasil Program kesedaran ini mendapat maklumbalas yang positif daripada setiausaha syarikat yang hadir kerana telah berjaya memuatnaik dan serahsimpan 25 dokumen penyata tahunan melalui platform MBRSv2 semasa program berlangsung.
Taklimat telah disampaikan oleh Puan Zahidah Ibrahim dan Encik Muhammad Nasrizal Saidin, Encik Tan Aik Hui dan Puan Punitarani Punithan, Pegawai-pegawai SSM Pulau Pinang.

SIRI PENDIDIKAN SYARIKAT BERHAD MENURUT JAMINAN
Kenali Syarikat Berhad menurut Jaminan (SBMJ) dengan lebih mendalam melalui Siri Pendidikan SBMJ.
Siri 1 - Apakah definisi Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ)?

SSM ANJUR PROGRAM PENDIDIKAN BERSAMA IPT DAERAH TAWAU
Tawau, 31 Disember 2024 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Cawangan Tawau telah menganjurkan program pendidikan kepada pelajar IPTA di daerah Tawau melalui taklimat kesedaran berkaitan akta-akta yang ditadbir oleh SSM pada 23 Oktober 2024.
Program yang berlangsung di Dewan Al Khawarizmi, Politeknik Tawau Sabah ini telah disertai seramai 100 pelajar.
Taklimat berkaitan Jenis Entiti Perniagaan telah disampaikan oleh Puan Norhaidah Darwis, manakala taklimat Pengenalan Kepada Produk dan Perkhidmatan SSM telah disampaikan oleh Encik Mohammad Ariff Abdul Karim, pegawai dari SSM Cawangan Tawau. Selain itu, kaunter khidmat nasihat juga turut disediakan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan nasihat secara lebih terperinci.

Siri 2 - Apakah objektif penubuhan Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ)?

SSM BERI TAKLIMAT DAN BUKA KAUNTER PENDAFTARAN PERNIAGAAN DI PROGRAM PEMERKASAAN WANITA 2024 NEGERI KELANTAN
Machang, 31 Disember 2024 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Kelantan telah memberi taklimat dan membuka kaunter pendaftaran perniagaan anjuran Pejabat MARA Daerah Machang bertempat di Dewan Transformasi Ilmu Bukit Tiu, Machang pada 24 Oktober 2024.
Program telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Sri Haji Ahmad Jazlan Yaakub, Pengerusi FELCRA Berhad.
Program ini telah dihadiri seramai 300 orang penduduk sekitar dan pelajar dari Giat MARA Machang. SSM mengambil peluang ini untuk mempromosikan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP).
Taklimat dan kaunter pendaftaran telah dikendalikan oleh Puan Hanorliana Daud, Encik Nor Shahidi Shafiee dan Puan Roslinda Hamzah, Pegawai-pegawai SSM Kelantan.

TRANSFORMASI IDENTITI DIGITAL PERNIAGAAN ANDA
Tahukah anda semua entiti yang berdaftar dengan SSM boleh mendapatkan Kod QR SSM BizTrust melalui portal SSM4U?
Jom muat turun Kod QR SSM BizTrust perniagaan anda!
#PerniagaanAndaBermulaDiSSM #PercayaYakinSelamat #PeniagaBeretika #PersekitaranPerniagaanYangDipercayai #AdaBizTrustBaruBeli

Pengumuman - Perubahan Cuti Hujung Minggu di Negeri Johor dan Hari Kelepasan Am Pada 6 Januari 2025
#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
#PerniagaanAndaBermulaDiSSM