Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
7.35K subscribers
8.44K photos
272 videos
4 files
2.04K links
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan.
Download Telegram
KAJI SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2025

Kami ingin menjemput anda untuk menyertai Kaji Selidik Kepuasan Pelanggan SSM.

Kaji Selidik ini bermula pada 1 April – 1 Jun 2025. Kami amat hargai jika anda boleh meluangkan masa kurang dari 5 minit untuk menyertai kaji selidik ini.

Sila klik pautan URL kaji selidik di bawah:

https://forms.office.com/r/kJsJ9JdZAN

Maklum balas anda amat kami hargai agar kami dapat menambah baik serta menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi pada masa akan datang.

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjawab kaji selidik ini.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi SSM di talian 03-7721 4000 atau e-mel csi@ssm.com.my atau layari laman sesawang www.ssm.com.my.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
Liputan Bernama - MBRS 2.0 Phase 3: June 1 Launch, End Of Physical Submissions

https://www.bernama.com/en/general/news.php?id=2417205

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM BERI TAKLIMAT PENDAFTARAN PERNIAGAAN KEPADA PELATIH PROGRAM LATIHAN ASAS KEUSAHAWANAN MYFUTUREJOBS NEGERI TERENGGANU 2025

Kuala Terengganu, 2 Mei 2025 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Terengganu telah menyampaikan taklimat kepada 25 orang pelatih Program Keusahawanan MyFutureJobs 2025 di Pejabat PERKESO Kuala Terengganu pada 16 April 2025.

Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan peranan SSM dan khidmat nasihat dalam meningkatkan pengetahuan para pelatih berkenaan pendaftaran perniagaan di SSM. Selain daripada itu, para pelatih juga didedahkan dengan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP).

Seramai 20 pelatih yang terdiri daripada pelajar Politeknik Kuala Terengganu dan GiatMara Kuala Terengganu telah membuat pengaktifan ID pengguna Ezbiz online.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Muhammad Haniff Shari, Eksekutif Seksyen Operasi SSM Terengganu dan dibantu oleh Encik Mohd Khairul Hazwan Abu Hassan, Pegawai SSM Terengganu.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
Sebanyak 25 premis perniagaan dan syarikat telah diperiksa dan SSM telah mengeluarkan sebanyak lima notis kompaun dan dua notis pematuhan bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Akta Syarikat 1965.

Operasi ini diketuai oleh Encik Zulkapli Salim, Pengurus Seksyen Penguatkuasaan SSM Negeri Kedah bersama dengan enam orang pegawai dan anggota penguat kuasa SSM manakala Majlis Daerah Pendang diketuai oleh Encik Masril Safizam Md Saad serta 14 orang pegawai dan anggota penguat kuasa Majlis Daerah Pendang.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
SSM PERKUKUH PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN DI SARAWAK DENGAN PERASMIAN PEJABAT BAHARU DI MIRI

Saksikan video Majlis Perasmian Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Cawangan Miri yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 27 April 2025.

Pejabat SSM Cawangan Miri ini berfungsi sebagai pusat utama kepada komuniti sektor korporat di Miri serta kawasan-kawasan sekitarnya, termasuk Bintulu, Limbang dan Lawas bagi memudahkan pelbagai urusan berkaitan pendaftaran syarikat dan perkongsian liabiliti terhad (PLT). Pejabat ini juga menyokong transaksi perniagaan lain seperti pemfailan dokumen berkanun, khidmat nasihat pelanggan, surat perakuan serta verifikasi pengguna.

Klik dan tonton video ini untuk menyaksikan detik-detik menarik sepanjang Majlis Perasmian Pejabat SSM Cawangan Miri!

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
Notis - Makluman Mengenai Pindaan Jadual Fi Bagi Pemerakuan Dokumen Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM BUKA KAUNTER BERGERAK PENDAFTARAN PERNIAGAAN DI PROGRAM PEMERKASAAN WANITA PARLIMEN TAPAH ANJURAN PEJABAT MARA NEGERI PERAK

Ipoh, 6 Mei 2025 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Perak telah membuka kaunter bergerak sempena Program Pemerkasaan Wanita Parlimen Tapah anjuran Pejabat MARA Negeri Perak yang diadakan di Grand Kampar Hotel, Kampar, Perak pada 11 April 2025.

SSM telah membuka Kaunter Bergerak Pendaftaran Perniagaan (KBPP) bagi memberi peluang kepada para usahawan untuk menerima khidmat nasihat berkaitan pendaftaran perniagaan dan juga Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP).

Para usahawan mengambil peluang untuk mengaktifkan ID EzBiz dan mendapatkan khidmat nasihat berkenaan pendaftaran perniagaan daripada tiga orang petugas KBPP. Turut hadir bersama Encik Mohd Norzuwairi Mohd Nor Rashid, Pengurus Seksyen Penguatkuasaan, SSM Perak.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
GET READY FOR THE 14th SSM NATIONAL CONFERENCE (SSMNC2025)

SSM National Conference has made its mark as a signature regulatory education and networking platform for corporate professionals to stay relevant in the ever-changing business environment.

Conference Fee:
Physical - RM1,500
Virtual - RM700

All registration on first come first serve basis. Closing date on 5 August 2025. Terms and Conditions Apply.

Don’t miss out! It's a hybrid conference. Join us in person or virtually.

Secure your spot now! Visit SSM4U online platform https://ssm4u.com.my/ecomtrac/ for registration.

For futher enquiries, please contact us at comtrac@ssm.com.my or WhatsApp at 03-2299 5335.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM BERI TAKLIMAT SEMPENA PROGRAM KESEDARAN SETIAUSAHA SYARIKAT PERINGKAT NEGERI PAHANG BIL 2/2025

Kuantan, 7 Mei 2025 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Pahang telah memberikan taklimat kepada 22 setiausaha syarikat di sekitar Kuantan melalui Program Kesedaran Setiausaha Syarikat pada 21 April 2025.

Program ini diadakan bertujuan memberi penerangan dan taklimat berkaitan pelaksanaan mandatori MBRS 2.0, maklumat terkini tentang penguatkuasaan dan pengenalan kepada platform rasmi pembekalan maklumat koporat SSM.

Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Cik Nur Amirah Mohamad Sharif, Eksekutif Unit Syarikat SSM Pahang, Encik Zainudin Shuttar, Eksekutif Seksyen Penguatkuasaan SSM Pahang, En Azhar Mohamed, Eksekutif Unit Khidmat Pelanggan SSM Pahang dan Puan Syakila wakil daripada Raffcomm Technologies Sdn. Bhd. (E-Info).

Program ini telah disempurnakan oleh Tuan Hj Kamarudin Mohd Daud, Pengarah Negeri SSM Pahang.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
Kenyataan Media - Pengarah Syarikat Didakwa Atas Pertuduhan Penyalahgunaan Harta Syarikat Tanpa Kelulusan Mesyuarat Agung

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
Kenyataan Sebut Harga - Pembekalan Mesin Pengimbas Bahan Analog (Microfilm/ Microfiche) Bagi Aktiviti Pendigitalan Imej Oleh Bahagian Perkhidmatan Pendaftaran

Sebut harga adalah dipelawa kepada Perniagaan/ Syarikat/ Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) yang berpengalaman dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam kod bidang yang ditetapkan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini untuk: No. SSM 4/2025 'Pembekalan Mesin Pengimbas Bahan Analog (Microfilm/ Microfiche) Bagi Aktiviti Pendigitalan Imej Oleh Bahagian Perkhidmatan Pendaftaran'.

Dokumen sebut harga berbentuk salinan lembut (soft copy) boleh didapati secara percuma dengan mengemukakan permohonan kepada e-perolehan@ssm.com.my bermula 7 Mei 2025 sehingga 15 Mei 2025. Hanya penyebut harga yang LAYAK akan menerima kata laluan atau pautan muat turun melalui e-mel bagi muat turun dokumen sebut harga tersebut.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
KAJI SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2025

Kami ingin menjemput anda untuk menyertai Kaji Selidik Kepuasan Pelanggan SSM.

Kaji Selidik ini bermula pada 1 April – 1 Jun 2025. Kami amat hargai jika anda boleh meluangkan masa kurang dari 5 minit untuk menyertai kaji selidik ini.

Sila klik pautan URL kaji selidik di bawah:

https://forms.office.com/r/kJsJ9JdZAN

Maklum balas anda amat kami hargai agar kami dapat menambah baik serta menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi pada masa akan datang.

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjawab kaji selidik ini.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi SSM di talian 03-7721 4000 atau e-mel csi@ssm.com.my atau layari laman sesawang www.ssm.com.my.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM ANJUR PROGRAM LATIHAN MBRS 2.0 FOR PREPARERS - FINANCIAL STATEMENTS DI KELANTAN

Kota Bharu, 8 Mei 2025 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menganjurkan program latihan Malaysian Business Reporting System (MBRS 2.0) yang telah diadakan selama dua hari bermula 22 sehingga 23 April 2025 bertempat di Hotel Renai Kota Bharu pada 23 April 2025.

Program yang dianjurkan bertujuan memberi penerangan dan taklimat berkaitan pelaksanaan mandatori MBRS 2.0 ini telah disertai seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada setiausaha syarikat di negeri Kelantan.

Program ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Zawawi Ahmad, Pengarah SSM Negeri Kelantan.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM SUMBANG WAKALAH ZAKAT KORPORAT KEPADA GOLONGAN YANG MEMERLUKAN BERJUMLAH RM15,000 SEMPENA PROGRAM SENTUHAN KASIH, JUALAN RAHMAH MADANI DAN ADVOKASI KEPENGGUNAAN DI BEAUFORT, SABAH

Beaufort, 8 Mei 2025 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengagihkan Wakalah Zakat Korporat SSM berjumlah RM15,000 kepada golongan yang memerlukan bersempena Program Sentuhan Kasih, Jualan Rahmah Madani dan Advokasi Kepenggunaan di Dewan Perpaduan DHRM Kg. Lago, Beaufort pada 3 Mei 2025.

Agihan Wakalah Zakat Korporat SSM berjumlah RM15,000 telah diagihkan kepada 100 orang asnaf di mana setiap seorang menerima RM150.

Sumbangan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
PELAKSANAAN MANDATORI MBRS 2.0 FASA KETIGA

Susulan daripada pelancaran sistem Malaysian Business Reporting System (MBRS 2.0) dan pelaksanaan mandatori Fasa 1 pada 1 Disember 2024 dan Fasa 2 pada 1 Mac 2025, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mewajibkan serah simpan dokumen-dokumen dan permohonan berikut bagi fasa ketiga berkuatkuasa 1 Jun 2025.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
Kenyataan Sebut Harga - Perkhidmatan Perlindungan Insurans Harta Benda, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Bagi Tahun 2026

Sebut harga adalah dipelawa kepada Perniagaan/ Syarikat/ Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) yang berpengalaman dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam kod bidang yang ditetapkan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini untuk: No. SSM 5/2025 'Perkhidmatan Perlindungan Insurans Harta Benda, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Bagi Tahun 2026'.

Dokumen sebut harga berbentuk salinan lembut (soft copy) boleh didapati secara percuma dengan mengemukakan permohonan kepada e-perolehan@ssm.com.my bermula 8 Mei 2025 sehingga 15 Mei 2025. Hanya penyebut harga yang LAYAK akan menerima kata laluan atau pautan muat turun melalui e-mel bagi muat turun dokumen sebut harga tersebut.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM ANJUR DIALOG PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD BERSAMA PIHAK INSTITUSI KEWANGAN, AGENSI KERAJAAN DAN SETIAUSAHA SYARIKAT TAHUN 2025

Kuala Terengganu, 9 Mei 2025 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Terengganu telah mengadakan Dialog Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat SSM Negeri Terengganu pada 24 April 2025. Seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada wakil institusi kewangan, agensi Kerajaan dan pihak Setiausaha Syarikat di negeri Terengganu menyertai program ini.

Objektif program ini adalah untuk memberi penerangan lengkap berkenaan PLT yang merangkumi tatacara penubuhan, pengurusan akaun dan kaedah pembelian maklumat PLT melalui portal Xcess SSM dan e-Info.

Taklimat PLT telah disampaikan oleh Encik Muhammad Haniff Shari, Eksekutif Seksyen Operasi SSM Terengganu dan taklimat e-Info oleh wakil daripada Raffcomm Technologies Sdn. Bhd.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM