Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
7.35K subscribers
8.44K photos
272 videos
4 files
2.04K links
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan.
Download Telegram
Liputan Bernama - LEBIH 100,000 DAFTAR PERNIAGAAN MENERUSI SPPP HINGGA APRIL

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2304693

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM National Conference 2024 is coming to you on 27 & 28 August

Theme: Enhancing Corporate Transparency Building Resilience

Conference Fee: RM600.00

Don’t miss out! Join us virtually

Secure your spot now! Visit e-COMTRAC online platform https://e-comtrac.ssm.com.my for registration

For futher enquiries, please contact us at comtrac@ssm.com.my or Whatsapp us at 03-2299 5326
JELAJAH KARNIVAL KPDN SAPA KELATE DOH NI!!

Karnival KPDN di Zon Timur sapa kelate doh. Jange lupo singgah di Booth SSM dengan hadiah menarik dan Pocket Talk bersama pegawai SSM

πŸ—“οΈBilo ni?
6-8 June 2024 (Khamis - Sabtu)

⏰Maso mano?
10 pagi - 11 malam (Khamis & Jumaat)
10 pagi - 6 petang (Sabtu)
2.30 petang - 3 petang (Khamis - Pocket Talk SSM)

πŸ“Mano ni?
Tapak RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan

Adik kakok boleh berjumpa dengan pegawai SSM di Booth Kaunter SSM untuk pertanyaan dan khidmat nasihat. Nok aktifkan ID pengguna EzBiz pon boleh.

Gapo lagi?? Pakat Maghi blako-lako untuk memeriahkan lagi Karnival KPDN ni.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM ANJUR PROGRAM KESEDARAN 2024 DI SABAH

Kota Kinabalu, 6 Jun 2024 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Sabah telah menganjurkan Program Kesedaran bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat SSM Sabah. Seramai 41 peserta terdiri daripada setiausaha syarikat telah menghadiri program tersebut pada 4 April 2024

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang Akta Syarikat (Pindaan) 2024, Pengenalan kepada E-BOS dan kesalahan-kesalahan lazim dibawah Akta Syarikat 2016.

Taklimat telah disampaikan oleh Puan Ng Ling Chee, Pengurus Seksyen Operasi SSM, Encik Mohamad Khairunnizat Khori, Pengurus Seksyen Penguatkuasaan SSM dan Encik Fariz Linus, Eksekutif Seksyen Penguatkuasaan SSM.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
JELAJAH KARNIVAL KPDN SAPA KELATE DOH NI!!

Karnival KPDN di Zon Timur sapa kelate doh. Jange lupo singgah di Booth SSM dengan hadiah menarik dan Pocket Talk bersama pegawai SSM

πŸ—“οΈBilo ni?
6-8 June 2024 (Khamis - Sabtu)

⏰Maso mano?
10 pagi - 11 malam (Khamis & Jumaat)
10 pagi - 6 petang (Sabtu)
2.30 petang - 3 petang (Khamis - Pocket Talk SSM)

πŸ“Mano ni?
Tapak RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan

Adik kakok boleh berjumpa dengan pegawai SSM di Booth Kaunter SSM untuk pertanyaan dan khidmat nasihat. Nok aktifkan ID pengguna EzBiz pon boleh.

Gapo lagi?? Pakat Maghi blako-lako untuk memeriahkan lagi Karnival KPDN ni.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM ANJUR SESI TAKLIMAT RINGKAS TENTANG PINDAAN AKTA SYARIKAT 2024 KEPADA SETIAUSAHA SYARIKAT DAERAH KUANTAN

Kuantan, 7 Jun 2024 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Pahang telah menganjurkan sesi taklimat ringkas kepada 20 setiausaha syarikat di sekitar Kuantan melalui Program Kesedaran Setiausaha Syarikat pada 26 Mac 2024.

Program ini diadakan bagi memberi penerangan dan taklimat ringkas berkaitan Akta Syarikat (Pindaan) 2024.

Encik Hj Kamarudin Mohd Daud, Pengarah Negeri SSM Pahang telah memberikan ucapan aluan dan sesi taklimat ringkas telah disampaikan oleh Puan Zaidah Mohamed Zainun, Pengurus Seksyen Operasi, SSM Pahang.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
PEMATUHAN TERHADAP AKTA PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1956 (APP 1956)

Menurut Seksyen 5(1), APP 1956 sesuatu perniagaan hendaklah didaftarkan di bawah APP 1956 tidak lewat dari 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan.

Adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 12(1)(a), APP 1956 sekiranya seseorang yang menjalankan perniagaan gagal mendaftarkan perniagaannya di bawah Akta ini.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
Kenyataan Media - Setiausaha Syarikat Mengaku Tidak Bersalah Memberikan Maklumat Palsu Kepada Pendaftar Syarikat

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
Kenyataan Media - Pelaksanaan Penyasaran Subsidi Diesel Di Stesen-Stesen Minyak Di Semenanjung Malaysia
KUNJUNGAN HORMAT SSM KELANTAN KE PEJABAT AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM) WILAYAH KELANTAN

Kota Bharu, 10 Jun 2024 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Kelantan telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia Wilayah Kelantan dan di sambut oleh Encik Abu Samah Bin Mohd Nor, Pengurus Besar AIM Wilayah Kelantan pada 11 Mac 2024 lalu.

Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan peluang kolabrasi dan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak. Selain memperkenalkan Akta yang dikawalselia, SSM Kelantan turut mempromosi produk & perkhidmatan yang ditawarkan oleh SSM seperti Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) kepada golongan B40, Pelajar IPT dan Skim 1 Oku 1 Perniagaan (S1O1P).

Kunjungan ini telah di ketuai oleh Encik Mohd Zawawi Ahmad, Pengarah Negeri SSM Kelantan bersama Encik Luqman Baharam, Pengurus Seksyen Operasi SSM Kelantan.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM