Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
7.34K subscribers
8.57K photos
277 videos
4 files
2.06K links
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan.
Download Telegram
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
HINDARI LAMAN WEB PIHAK KETIGA YANG TIDAK SAH

Suruhanjaya Syarikat Malaysia ingin mengingatkan kepada orang ramai agar berwaspada dengan laman sesawang oleh pihak ketiga. Pastikan anda semua layari laman web yang sah hanya di: https://ezbiz.ssm.com.my/

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
Kenyataan Sebut Harga - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ingin mempelawa kepada mana-mana Pembida/ Petender untuk membida tawaran Sebut Harga No. SSM 16/2023 “Perkhidmatan Penyewaan Mesin Penapis Air Bagi Kegunaan Pekerja Suruhanjanya Syarikat Malaysia (SSM)”.

Dokumen sebut harga berbentuk salinan lembut (soft copy) boleh didapati secara percuma dengan mengemukakan permohonan kepada e-perolehan@ssm.com.my bermula 20 September 2023 sehingga 27 September 2023. Hanya penyebut harga yang LAYAK akan menerima kata laluan atau pautan muat turun melalui e-mel bagi muat turun dokumen sebut harga tersebut.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM KELANTAN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)

Kota Bharu, 20 September 2023 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Kelantan telah menerima kunjungan hormat dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang diketuai oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato' Dr. Razli Che Razak bersama dua orang pegawai pada 29 Ogos lalu.

Tujuan kunjungan adalah bagi membincangkan peluang kolaborasi dan kerjasama strategik antara UMK dan SSM. Beberapa perkara telah dibincangkan antaranya adalah Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) kepada pelajar UMK, Program Latihan Pengarah Syarikat (CDTP) dan juga program kesedaran dan keusahawanan.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SESI PERKONGSIAN PERANAN MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) KEPADA WARGA KERJA SSM PERAK

Perak, 20 September 2023 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Perak telah mengadakan sesi perkongsian berkaitan fungsi dan peranan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) secara fizikal dan MsTeam pada 30 Ogos lalu.

Sesi Perkongsian ini telah disampaikan oleh En. Muhammad Jami’atul Islam Roslan, wakil MBJ SSM Negeri Perak kepada semua warga Kerja SSM Perak.

Dengan wujudnya MBJ Warga Kerja SSM Perak, ianya boleh menyalurkan cadangan penambahbaikan faedah pekerja khasnya daripada SSM Perak kerana wakil MBJ ini boleh membawa cadangan Warga Kerja SSM Perak ke Mesyuarat MBJ.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SIRI PENDIDIKAN SKIM KEPENTINGAN

Kenali Skim Kepentingan dengan lebih mendalam melalui Siri Pendidikan Skim Kepentingan.

Siri 11 - Apakah Yang Perlu Anda Ambil Tahu Sebelum Membuat Pelaburan?

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
Suruhanjaya Syarikat Malaysia will be organizing a Corporate Talk on “Environmental, Social And Governance (ESG) – Steps Towards Sustainability”.

This webinar’s purpose is to provide awareness on ESG factors, impacts, and benefits. Aside from that to understand the purposes and importance of environment, social and governance (ESG) in the organisation and to implement ESG towards business sustainability.

Join us to learn more about “Environmental, Social And Governance (ESG) – Steps Towards Sustainability”.

To register, click https://e-comtrac.ssm.com.my
For more information, contact us at comtrac@ssm.com.my or whatsapp us at 03-2299 5326.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SIRI PENDIDIKAN SKIM KEPENTINGAN

Kenali Skim Kepentingan dengan lebih mendalam melalui Siri Pendidikan Skim Kepentingan.

Siri 11 - Scam Alert!

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM SERTAI PROGRAM SIRI JELAJAH GIG, KEUSAHAWAN DAN TRANSISI KE PEKERJAAN FORMAL

Kuching, 21 September 2023 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Sarawak telah dijemput bagi menyertai Program Siri Jelajah Gig, Keusahawanan dan Transisi Ke Pekerjaan Formal di Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Sarawak pada 30 Ogos lalu.

Program ini mensasarkan pekerja gig, penjaja dan peniaga-peniaga kecil bahagian Kuching dan kawasan-kawasan yang berdekatan secara fizikal. Seramai 126 Peserta telah hadir bagi menyertai program tersebut.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
HINDARI LAMAN WEB PIHAK KETIGA YANG TIDAK SAH

Suruhanjaya Syarikat Malaysia ingin mengingatkan kepada orang ramai agar berwaspada dengan laman sesawang oleh pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan pembaharuan perniagaan.

Pastikan anda semua layari laman web yang sah hanya di: https://ezbiz.ssm.com.my/

Maklumat lanjut, boleh layari www.ssm.com.my

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
LARANGAN PENGGUNAAN LOGO SSM TANPA KEBENARAN

SSM tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan pinjaman wang untuk menggunakan logo SSM.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM SERTAI PROGRAM ST@Y 2023 @APBMBG ANJURAN APBM

Taiping, 22 September 2023 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Perak telah dijemput ke Program ST@Y 2023 @APBMBG - EMPOWER BAKERS Siri 1 (Kuih Talam Tradisional Melayu) anjuran Cawangan Penyelarasan dan Strategik, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak pada 4 September lalu.

Sesi taklimat berkaitan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) dan Kesalahan-kesalahan Lazim dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 telah dijalankan dan disampaikan oleh Encik Mohd Norzuwairi Mohd Nor Rashid, Pengurus Seksyen Penguatkuasaan SSM Perak.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
PROGRAM KOLABORASI SSM BERSAMA RAFFCOMM

Kota Bharu, 22 September 2023 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Kelantan telah berkolaborasi dalam menyampaikan taklimat berkaitan maklumat korporat SSM terkini yang dianjurkan bersama Raffcomm Sdn Bhd pada 5 September lalu.

Program yang telah dirasmikan oleh Encik Mohd Zawawi Ahmad, Pengarah Negeri SSM Kelantan ini dihadiri seramai 35 peserta terdiri daripada setiausaha syarikat negeri Kelantan dan wakil agensi kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Mohamed Niza Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Raffcomm Sdn Bhd dan Puan Hafiza Roslan, Eksekutif Raffcomm Sdn Bhd. Manakala taklimat berkaitan produk dan perkhidmatan terkini oleh e-Info dan pembekalan maklumat korporat oleh SSM telah disampaikan oleh Encik Amran Piee, Eksekutif Seksyen Operasi.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM