Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
7.35K subscribers
8.41K photos
269 videos
4 files
2.03K links
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan.
Download Telegram
Notis - Aktiviti Simulasi Pemulihan Bencana

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SIRI PENDIDIKAN SKIM KEPENTINGAN

Kenali Skim Kepentingan dengan lebih mendalam melalui Siri Pendidikan Skim Kepentingan.

Siri 5 - Apakah Jenis-Jenis Skim Kepentingan?

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
Kenyataan Tender - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ingin mempelawa kepada mana-mana Pembida/ Petender untuk membida tawaran Tender No. SSM 8/2023 "Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti, Pengoperasian Dan Penyelenggaraan Bangunan Di Bangunan SSM Sarawak, Lot 11115, Seksyen 64, Kuching Town Land District, Jalan Pending, City Square Fasa 1, 93450 Kuching, Sarawak Untuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia".

Dokumen tender boleh dibeli dengan harga RM500.00 setelah Borang Semakan Kelayakan Petender disahkan di Seksyen Pengurusan Perolehan, Tingkat 25, Menara@SSM Sentral bermula 13 September 2023 sehingga 27 September 2023. Hanya Petender yang layak selepas semakan kelayakan petender dibenarkan untuk membeli dokumen tender.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM ANJUR PROGRAM MEMBUDAYAKAN KEUSAHAWANAN DI MENARA SSM PERAK

Perak, 11 September 2023 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Perak telah menganjurkan Program Membudayakan Keusahawanan dan Taklimat SSM dengan Kerjasama empowerNCER khusus kepada peniaga dan Usahawan Mikro bawah kategori B40 pada 24 Ogos lalu.

Program yang berlangsung di Menara SSM Perak ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Arif Hamzah, Pengarah Negeri SSM Perak.

Seramai 150 orang peserta telah hadir dan 135 orang peserta layak mendaftarkan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) SSM. Pada masa yang sama, para peserta program ini turut mendengar taklimat khusus daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) Perak berkaitan topik 'Saya Peniaga Bijak Cukai'.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SIRI PENDIDIKAN SKIM KEPENTINGAN

Kenali Skim Kepentingan dengan lebih mendalam melalui Siri Pendidikan Skim Kepentingan.

Siri 6 - Apakah Kerangka Kerja Perlindungan Pemegang Kepentingan Di Bawah Skim Akta Kepentingan 2016?

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
LARANGAN PENGGUNAAN LOGO SSM TANPA KEBENARAN

SSM tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan pinjaman wang untuk menggunakan logo SSM.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
Kenyataan Sebut Harga - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ingin mempelawa kepada mana-mana Pembida/ Petender untuk membida tawaran Sebut Harga No. SSM 15/2023 “Kerja-Kerja Ubahsuai Pejabat Di Tingkat 24 dan 25, Menara SSM@Sentral, Kuala Lumpur Sentral Untuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia".

Dokumen sebut harga berbentuk salinan lembut (soft copy) boleh didapati secara percuma dengan mengemukakan permohonan kepada e-perolehan@ssm.com.my bermula 11 September 2023 sehingga 18 September 2023. Hanya penyebut harga yang LAYAK akan menerima kata laluan atau pautan muat turun melalui e-mel bagi muat turun dokumen sebut harga tersebut.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM BERI TAKLIMAT DI KOLEJ POLYTECH MARA (KPTM) KUANTAN

Kuantan, 12 September 2023 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Pahang dijemput untuk memberikan taklimat berkaitan pendaftaran perniagaan dan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) di Dewan Al-Farabi KPTM Kuantan pada 24 Ogos lalu.

Taklimat yang telah disampaikan oleh Encik Muhammad Haniff Shari, Eksekutif Khidmat Pelanggan telah disertai oleh 300 pelajar KPTM Kuantan.

Pada masa yang sama, SSM juga telah membuka kaunter pendaftaran perniagaan, semakan kompaun perniagaan dan promosi Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP).

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM