SPA PERAK - INFO
6.89K subscribers
212 photos
3 videos
6 files
240 links
Ini adalah saluran informasi rasmi SPA Perak
Download Telegram
PENGUMUMAN KEPADA CALON TEMU DUGA JAWATAN PENGHANTAR NOTIS GRED N11 DAN CALON TEMU DUGA JAWATAN PENGHULU GRED NP29 SESI 2

1. Calon-calon temu duga bagi jawatan Penghantar Notis Gred N11 boleh membuat semakan tarikh Ujian DASS yang telah dihantar ke alamat emel yang didaftarkan di portal SPA9.

2. Surat panggilan temu duga kepada calon jawatan Penghulu Gred NP29 Sesi 2 telah dihantar melalui emel yang didaftarkan di portal SPA9.

Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 05-2540615 SPA Negeri Perak atau emel spa@perak.gov.my

SPA Negeri Perak
Kunjungan hormat YAA Tuan Haji Ab Rahman Thobroni Bin Mohd Mansor, Ketua Hakim Syarie Negeri Perak yang baharu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak pada 2 Ogos 2021.

Kunjungan hormat ini telah disambut oleh Ahli Suruhanjaya YBhg Dato' Kamaruddin bin Awang dan Setiausaha SPA Negeri Perak.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak mengucapkan tahniah kepada YAA Tuan Haji Ab Rahman Thobroni bin Mohd Mansor di atas pelantikan sebagai Ketua Hakim Syarie Negeri Perak yang baharu mulai 1 Ogos 2021.
Apabila salah seorang daripada kamu bersin, maka hendaklah ia menyebut Alhamdulillah. Dan menjawab bagi saudara atau sahabatnya yarhamkallah. Maka apabila seseorang menyebut kepadanya (orang yang bersin) Yarhamkallah maka hendaklah menyebut Yahdikumullah wa Yuslih baalakum.
Riwayat al-Bukhari (6224)
SALAM AWAL MUHARRAM
1 MUHARAM 1443
10 OGOS 2021

"Semoga Tahun Baru ini memberi kita semua kebahagiaan, kedamaian, dan kemakmuran. Di jauhkan dari segala malapetaka yang merbahaya" aminn ya rabb
MAKLUMAN TERKINI : PANGGILAN TEMU DUGA SECARA DALAM TALIAN BAGI JAWATAN BERIKUT :
1) Penghantar Notis Gred N11

Surat panggilan temu duga telah diemelkan kepada calon-calon yang berjaya. Calon yang berjaya boleh menyemak emel yang telah dihantar di folder INBOX,SPAM atau PROMOTION.

Carian menggunakan kata kunci SPA Perak juga boleh dilakukan sekiranya tidak menjumpai emel panggilan.

Jawatan-jawatan lain akan dimaklumkan kelak.
semakanurusanpermohonan.jpg
2.3 MB
Semakan Permohonan Urusan Perkhidmatan

Mulai Jun 2021, status semua urusan permohonan perkhidmatan boleh disemak melalui Sistem Semakan Urusan Perkhidmatan.

Sistem ini boleh dicapai melalui laman sesawang rasmi SPA Perak, spa.perak.gov.my di bawah menu Penjawat Awam.
JOM SERTAI PROGRAM SPA YANG DISEDIAKAN UNTUK ANDA SECARA MAYA PADA 14 OGOS 2021 (SABTU)

TAKLIMAT HARI KERJAYA SPA: URUSAN PENGAMBILAN DAN PELANTIKAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM MULAI JAM 9.30 PAGI HINGGA 1.00 TENGAH HARI

Saksikan taklimat ini yang disampaikan khas oleh Penceramah Bahagian Pengambilan SPA secara langsung di FB Rasmi SPA https://www.facebook.com/SPAMalaysia.gov

HARI BERTEMU PELANGGAN SPA SECARA MAYA MULAI JAM 10.00 PAGI HINGGA 1.00 TENGAH HARI

Anda berpeluang untuk mengajukan pertanyaan secara terus kepada Pegawai SPA kami untuk urusan-urusan anda di SPA. Istimewa tahun ini, program ini dijalankan mengikut konsep Temu Duga Secara Online In Situ (TSOI) SPA.

MACAMANA NAK SERTAI

*Mulai jam 10 pagi hari Sabtu (14/8/21)*, pilih kaunter urusan mana yang anda mahukan dan klik sahaja pautan link yang diberikan mengikut kaunter urusan pilihan anda seperti di bawah:

Kaunter 1: Semakan Pendaftaran SPA9
(pautan link akan diberikan pada hari jumaat 13/8/21)

Kaunter 2: Semakan Permohonan Jawatan Pelaksana (SRP/PMR/PT3/SPM/SVM/SKM/SIJIL)
(pautan link akan diberikan pada hari jumaat 13/8/21)

Kaunter 3: Semakan Permohonan Jawatan Pelaksana, Pengurusan dan Profesional (HSC/STP/STPM/STAM/SIJIL MATRIKULASI KPM/SIJIL/DIPLOMA/IJAZAH)
(pautan link akan diberikan pada hari jumaat 13/8/21)

Kaunter 4: Semakan Separa Perubatan, Semakan Urusan Pegawai Perubatan dan Semakan Urusan Naik Pangkat Dan Tatatertib
(pautan link akan diberikan pada hari jumaat 13/8/21)

Kaunter 5: Semakan Urusan Peperiksaan / Ujian Fizikal dan Semakan Urusan Perkhidmatan
(pautan link akan diberikan pada hari jumaat 13/8/21)

SYARAT PENYERTAAN – Rujuk poster yang disertakan

Jangan lupa isikan juga maklum balas anda di pautan ini https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScGQFD2jkHm0C4bkJt0dZk-igWh-NTKQRMeUcWWGu-GPN4W2A/viewform?usp=pp_url atau di QR code poster selepas program ini nanti.

Jangan lupa temu janji kita!
PERTANDINGAN FOTOGRAFI KEMERDEKAAN 2021 "MALAYSIA PRIHATIN" *DILANJUTKAN SEHINGGA 26 Ogos 2021*

Jadi jangan lepaskan peluang, serlahkan rasa cinta kepada negara dan berpeluang menangi hadiah menarik.

Untuk maklumat lebih lanjut / sebarang pertanyaan sila hubungi terus ke talian 017-726 3953 – Encik Firdaus Ehsan, Bahagian Korporat, SUK Perak.

https://www.facebook.com/276251662518154/posts/2165573840252584/