Spa Bekam Ar Rayyan Kota Kinabalu
1.1K subscribers
310 photos
52 videos
5 files
211 links
Info mengenai promo yang kami jalankan dan juga info mengenai Tarikh Sunnah Berbekam pada setiap bulan.

https://t.me/spabekamarrayyankk

Untuk tempahan slot boleh whatsapp kami www.wasap.my/60165008787/t.tempahslotbekam
Download Telegram
Tak ada harta yang boleh membeli kesihatan seperti sediakala dan masa lapang yang sudah berlalu.
Start maghrib hari ini dah mula tarikh sunnah tau. Ada yang mau book slot jam 6.30 pm hari ni? 😉
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
KENAPA AR RAYYAN JADI PILIHAN?

Kami sempat meluangkan masa dengan Mejar (B) Mohd Yusof Zainuddin, Pengarah TVETec@USIM untuk ketahui kenapa mereka memilih Spa Bekam Ar Rayyan sebagai salah satu rakan strategi.
Satu kajian di Semarang, Jawa Tengah mendapati terapi bekam kering yang dibuat satu hingga dua kali sebulan dengan konsisten boleh membantu mengawal tekanan darah tinggi.

Ayuh, kita ikhtiar dengan kaedah bekam sebagai rawatan komplimentari darah tinggi.
Hubungi kami untuk booking slot.
https://linktr.ee/arrayyankk
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
BUKAN OMONG KOSONG!
Bekam boleh bantu legakan simptom gout dan tahap asid urik dalam badan! Kajian ni dibuat oleh pelajar-pelajar di Kalibaru, Jawa Timur.

Selain berbekam, kami sarankan pesakit gout untuk ubah pemakanan dan dapatkan rawatan dari pakar kesihatan. Jadikan bekam sebagai salah satu rawatan pelengkap kepada penyakit gout.

Berminat nak dapatkan terapi bekam kaki?
Hubungi kami 0165008787
BEKAM KAKI
Pakej bekam wet cupping bahagian kaki menggunakan 13 cups.
Manfaat bekam kaki:
❤️ Melegakan kekejangan otot
❤️ Pengaliran darah lancar
❤️ Bantu kurangkan stress pada kaki
❤️ Kurangkan simptom gout
❤️ Melegakan sakit sendi

Kenapa pilih Spa Bekam Ar Rayyan?
Jarum pakai buang
Terapis terlatih dan berpengalaman
Bersih
Selesa & privasi
Tak perlu cukur kepala
PERCUMA
‼️ Urutan Gua Sha
‼️ Bekam Kering

Booking sekarang!
0165008787
2
Jom berkenalan dengan penyakit yang biasa kita dengar, tapi masih ramai yang tidak ambil serius. Diabetes Mellitus.
PEREMPUAN TIDAK PERLU BERBEKAM BASAH KERANA SETIAP BULAN MEREKA DATANG HAID: MITOS ATAU FAKTA??

Haid adalah pendarahan faraj yang biasa berlaku sebagai sebahagian daripada kitaran bulanan wanita.  Secara umumnya setiap bulan, badan wanita sentiasa bersedia untuk kehamilan. Jika tiada kehamilan berlaku, rahim(uterus) akan melepaskan lapisannya (endometrium) keluar melalui rahim bersama dengan sejumlah darah (35%), tisu endonetrium, lendir serviks dan cecair vagina (65%).

Darah haid tidak keluar bersama dengan bahan- bahan punca penyakit/CPS, bahan-bahan toksik atau bahaya daripada tubuh secara bertapis sepertimana yang mampu dilakukan melalui terapi bekam. Jika adapun bahan² berkenaan, ia mungkin keluar bersama dengan 35% darah tersebut dalam nisbah yang seimbang dengan jumlah total darah tubuh.  Period berlebihan (menorrhagia) kadangkala boleh menyebabkan kehilangan banyak darah sekaligus menurunkan paras hemoglobin dalam tubuh. Sebab itulah kadangkala ada segelintir wanita kelihatan pucat selain mengalami gejala sakit abdomen ketika period. Secara umum, wanita lebih kerap mengalami kekurangan paras hemoglobin berbanding lelaki disebabkan oleh kitaran haid setiap bulan. Ditambah pula lelaki mempunyai hormon endrogen lebih banyak berbanding wanita di mana hormon ini berfungsi merangsang pembebasan hormon erithropoeitin/ EPO yang penting untuk penghasilan sel darah merah oleh tulang sum-sum. Sebab itulah julat normal hemoglobin berbeza di antara lelaki (13.2 -16.6 grams per deciliter) dan  perempuan (11.6 - 15 grams per deciliter).

Terapi bekam boleh dilakukan kepada sesiapa saja termasuk wanita selagi ada indikasi, berada dalam keadaan stabil dan tiada kontraindikasi. Darah haid tidak menyingkir keluar bahan² punca penyakit atau bahan² bahaya secara bertapis melainkan hanya sejumlah darah, tisu-tisu dinding rahim, lendir serviks dan cecair vagina sahaja. Banyak kajian yang menbuktikan bahawa golongan wanita mendapat pelbagai manfaat kesihatan melalui terapi bekam seperti kitaran haid lebih lancar, tahap kesakitan ketika haid (dysmennorhea) atau selepas melahirkan anak berkurangan, jerawat hilang atau berkurangan, kulit wajah lebih sihat dan "berseri" dan banyak lagi.

MA SABRI.

Ref:

1.Hijama (wet cupping) for female infertility treatment: a pilot study. Hassan Abduljabbar, Anhar Gazzaz, Samiha Mourad, Ayman Oraif
International Journal of Reproduction, Contraception, Obstetrics and Gynecology 5 (11), 3799-3802, 2016

2. Using of Cupping Therapy among Palestinian Women in Reproductive Age using a Cross-Sectional Survey. Eman Alshawish, Haneen Habiballah, Alaa Habiballah, Duha Shellah
Diversity and Equality in Health and Care 18 (2), 2021

3. Comparison of the Effect of Dry Cupping Therapy and Acupressure at BL23 Point on the Primiparous Women's Intensity of Postpartum Perineal Pain: A Randomized Clinical Trial. Marzieh Akbarzade, Mehrnoush Ghaemmaghami, Zahra Yazdanpanahi, Najaf Zare, Amir Azizi, Abdolali Mohagheghzadeh
Qom University of Medical Sciences Journal 8 (6), 26-31, 2015
👍1
Bekam bukan sahaja membersihkan 'sampah' dari saluran darah.

Sampah di saluran limfatik dan ruang interstitial antara sel juga akan diangkut keluar.

Apa yang istimewanya rawatan bekam ini ?

Bekam membantu filtrasi pada saluran kapilari, limfatik dan ruangan antara sel dengan menciptakan satu kecenderungan tekanan melalui tarikan negatif.

Ia seperti penyaring dimana zat-zat kecil yang sudah tidak diperlukan dan zat-zat yang berlebihan disaring manakala zat-zat yang besar seperti sel darah merah, sel darah putih, molekul protein yang besar akan dipertahankan.

Dalam rawatan bekam, bukan hanya unsur larut air 'hidrofilik' sahaja yang keluar malah unsur larut lemak 'hidrofobik' juga dapat disingkirkan.

Ini luar biasa kerana ginjal yang normal hanya mengeluarkan unsur larut air sahaja.

Jadi bekam lebih hebat dari ginjal dan boleh menggantikan fungsi ginjal ? Jangan salah faham !

Kelebihan rawatan bekam bukan bermakna bekam menggantikan peranan ginjal.

Ini sebab ginjal mempunyai banyak fungsi lain lagi selain sistem perkumuhan. Ginjal mengeluarkan eritropoietin yang mempunyai peranan dalam penghasilan sel darah merah, renin sebagai pengaturan tekanan darah dan kalsitriol membentuk aktif vitamin D yang menjaga kesihatan tulang.

Hargai ginjal anda dengan gaya hidup sihat dan jadikan bekam sebagai usha pencegahan penyakit kronik yang semakin meningkat.

Kalau di lihat pada gambar di bawah, glomerulus, basement membrane dan kapsul bowman seperti ilustrasi kepada proses kerja bekam dimana glomerulus seperti kapilari di bawah kulit, basement membrane seperti kulit dan kapsul bowman seperti cawan bekam.

Semoga bermanfaat.

Credit: Dr. Azrinaz
👍2
Info Tarikh Sunnah Bulan ini! 📢

TARIKH SUNNAH BEKAM NOVEMBER 2022 / 1444H
👉12 NOV 2022 - 17 RABI'ULAKHIR
- SABTU
👉14 NOV 2022 - 19 RABI'ULAKHIR
- ISNIN
👉16 NOV 2022 - 21 RABI'ULAKHIR - RABU

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Hijriyyah), maka ia sembuh dari segala macam penyakit”. (HR Abu Daud)

📱Book your slot now
https://linktr.ee/arrayyankk

Slot Terhad!
DISKAUN UNTUK JARI BIRU!

Tunjuk jari bertanda dakwat SPR dan nikmati diskaun 15% di semua cawangan Spa Bekam Ar Rayyan seluruh Malaysia! Hanya untuk 2 hari saja guys.

https://linktr.ee/arrayyankk
PANGGILAN TERAKHIR!! 📢

DISKAUN UNTUK JARI BIRU!

Tunjuk jari bertanda dakwat SPR dan nikmati diskaun 15% di semua cawangan Spa Bekam Ar Rayyan seluruh Malaysia! Hanya untuk 2 hari saja guys.

https://linktr.ee/arrayyankk
Tahniah Dato' Seri Hj. Anwar Ibrahim kerana telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Semoga Malaysia dapat dipimpin secara adil, saksama dan sejahtera.
Dulu Abg Ray ingat jerawat di dahi tanda kuat berangan.. rupanya mitos jak. Rupanya jerawat di kawasan muka ni tanda-tanda badan tak sihat! 🥺

https://linktr.ee/arrayyankk
👍1