INFO SPA 9
68.6K subscribers
18.2K photos
18.2K links
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Group Info SPA9 ini ditubuhkan bagi memudahkan orang awam yang ingin mengetahui info-info terkini berkaitan kerjaya dalam sektor perkhidmatan awam.
Download Telegram
[Pengambilan Rasmi] Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia (JUPEM)
.
Ambilan Jawatan Berikut:
.
1. Pelbagai Kekosongan
.
Pegisian Kementerian & Jabatan Berikut;
.
πŸ“Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia (JUPEM)
.
Permohonan Terbuka Seluruh Negeri Bagi Tahun 2020.
.
BAGAIMANA MOHON
.
Cara mudah mohon:
.
1. Daftar & Login Portal SPA di (https://edubestari.com/daftar-spa9/)
2. Kemaskini Butiran Permohonan
3. Pilih Jawatan Berkaitan Seperti Diiklankan
4. Buat Kemaskini Permohonan
.
Tarikh Tutup Permohonan - 18 Oktober 2020
.
#BantuShare biar ramai dapat manfaat.
.
Join Chanel Info RASMI SPA di πŸ‘‰https://t.me/spa9i
5 Soalan Temuduga Bocor Jawatan SPA, Ini Soalan Selalu Ditanya [Hafal Ya]

Berikut dikongsikan 5 soalan yang mesti ditanya oleh penemuduga anda.

1. Ceritakan serba sedikit tentang diri anda.

Apabila anda mendapat soalan ini, anda tidak perlu meminta penemuduga menyemak resume, cover letter dan sijil anda. Mereka hanya mahu mendengar sisi terbaik tentang diri anda yang paling unik supaya mereka terpanggil dan merasakan anda adalah calon yang terbaik untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

2. Apa yang anda tahu tentang syarikat / jabatan ini?

Pastikan anda membuat beberapa kajian mengenai syarikat / jabatan yang akan anda hadir temuduga. Mudah sahaja, layari laman web, media sosial dan blog syarikat / jabatan tersebut dan dapat seberapa banyak maklumat.

Antara maklumat yang boleh anda perolehi ialah :

Misi dan visi syarikat.
Kejayaan dan pencapaian syarikat.
Peneraju syarikat seperti CEO, Pengurus Besar dan staf-staf terbaik syarikat.
Tugas dan produk yang dikeluarkan syarikat.
Pelbagai maklumat yang berkaitan kelebihan syarikat.

3. Apakah kekuatan anda yang boleh anda sumbangkan kepada syarikat kami?

Jika anda mendapat soalan ini, terus fokus kepada kemahiran anda yang paling utama iaitu kemahiran teknikal.  Ini adalah kerana kemahiran teknikal ini berkaitan dengan ilmu serta praktikal yang betul untuk menyiapkan sesuatu tugasan.

Contoh :

πŸ“Mahir menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Words, One Note, Outlook, Excell, Skype, Power Point dan Publisher.
πŸ“Mahir menggunakan sistem Payroll dan Auto Count.
πŸ“Serta ceritakan beberapa kemahiran yang bersesuaian dengan pekerjaan anda.
πŸ“Seterusnya senaraikan beberapa kemahiran insaniah (Soft Skill) yang ada pada anda. Kemahiran ini amat penting untuk diketengahkan ketika anda menjawab soalan berkaitan kemahiran. Jangan tinggalkan kelebihan anda yang perlu majikan tahu.

4. Setiap orang ada kelemahan, apa pula kelemahan anda?

Tujuan majikan bertanyakan mengenai soalan ini adalah untuk mengetahui cara anda menyelesaikan masalah yang berlaku di persekitaran waktu bekerja anda.

Jadi, anda boleh menjawab soalan ini dengan mengemukakan kelemahan seterusnya cara untuk memperbaiki kelemahan anda iaitu β€œSaya merasakan saya kurang fasih untuk bercakap bahasa Inggeris dihadapan pelanggan dan terasa sedikit kekok walaupun saya tahu ayat yang saya gunakan adalah betul. Untuk mengatasi masalah ini, saya sentiasa bersedia membuat sedikit skrip dan belajar untuk bercakap dalam bahasa Inggeris bersama rakan sekerja untuk memantapkan penguasaan bahasa saya.”

5. Mengapa anda tidak mahu lagi bekerja di syarikat lama anda?

Pertama sekali, anda perlu menjawab beberapa kelebihan daripada aspek pengalaman terbaik yang pernah anda dapati serta nyatakan beberapa nilai positif yang boleh dibawa ke syarikat baru nanti.

Kemudian gunakan teknik LAMPS untuk menjawab persoalan penemuduga tadi.

LOCATION : Ceritakan bahawa jarak kediaman yang terlalu jauh daripada tempat anda bekerja sekarang.

ADVANCEMENT : Anda tidak dapat mengembangkan kerjaya anda kerana tidak mempunyai begitu banyak peluang untuk kenaikan pangkat serta alasan yang lain.

MONEY : Anda boleh nyatakan mengenai kos sara hidup ulang alik ke tempat kerja yang jauh, bayaran gaji yang tidak setimpal dengan kemahiran, skop kerja dan beberapa sumbangan anda pada syarikat.

PRIDE / PRESTIGE : Nyatakan bahawa anda ingin menyumbangkan kemahiran yang ada pada anda kepada syarikat yang lebih baik dari segi tugasan anda, budaya kerja serta menjayakan misi dan visi syarikat.

SECURITY : Ceritakan mengenai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku beberapa kemungkinan mengenai syarikat lama anda seperti masalah kewangan syarikat lama anda. Namun, anda tidak perlu huraikan dengan terlalu mendalam mengenai perkara ini kepada penemuduga anda.
.
#bantushare Join Grup Info SPA Malaysia πŸ“² https://t.me/spa9i
Tips Baru Dan Mudah Cara Perkenalkan Diri Semasa Interview. Confirm Markah Tinggi

Temuduga oh temuduga.

Realitinya temuduga itu pengalaman menyeronokkan dalam proses bina kerjaya.

Apa nak jawab jika ditanya β€œSila perkenalkan diri anda?”

Mungkin anda mempunyai cara tersendiri untuk memperkenalkan diri di hadapan penemuduga. Tetapi anda perlu mempunyai cara yang unik serta lain daripada orang lain agar menarik minat penemuduga untuk mendengar jawapan anda.

Malahan, anda perlu memperkenalkan diri dengan cara yang teratur agar jawapan yang diberikan tidak berulang-ulang atau ada yang tertinggal ketika menjawabnya.

5 Tips Mudah Memperkenalkan Diri

Untuk memperkenalkan diri anda dihadapan penemuduga, anda boleh ikuti 5 tips yang dikongsikan ini seperti :

1. Nyatakan Nama, Umur, Status Diri

Untuk pertama sekali, sebutkan nama penuh anda serta nama panggilan, umur dan status diri anda. Status ini ialah sama ada anda masih bujang atau sudah berkahwin.

2. Latar Belakang Pendidikan

Pada bahagian ini, ceritakan dimana anda belajar. Tetapi ingat, jangan pula anda ceritakan tempat anda sambung belajar dari zaman tadika pula. Ringkaskan dengan pendidikan menengah dan pendidikan terakhir anda. Sebutkan nama institusi, tahun bergraduan dan jenis kelulusan.

3. Pengalaman Kerja

Mengapa perlu ceritakan serba sedikit tentang pengalaman kerja anda? Ini kerana jawapan anda berkaitan pengalaman kerja ini terdapat 3 faktor utama untuk menarik perhatian majikan seperti :

πŸ“Majikan dapat menyemak kelayakan anda sepadan dengan kehendak mereka.
πŸ“Adakah anda mempunyai pengalaman yang dikehendaki majikan?
πŸ“Adakah kemahiran dan pengalaman anda sesuai dengan kehendak majikan?

Jadi, pastikan pengalaman anda sepadan dengan jawatan yang dipohon agar ia memenuhi kehendak majikan kerana mereka mempunyai sebab-sebab tertentu untuk menawarkan jawatan tersebut kepada anda.

4. Pencapaian Yang Diperoleh

Jika anda pernah terlibat dengan projek yang diberikan oleh majikan sebelum ini walaupun tugasan yang anda lakukan adalah sekecil-kecil tugas, sila ceritakan serba ringkas kepada penemuduga.

Tidak pernah terlibat dengan sebarang projek besar dalam syarikat? Jika tiada, ceritakan tugasan harian yang paling penting dan paling utama anda lakukan sehingga membantu kelancaran syarikat.

5. Kesesuaian Dengan Jawatan Yang Dipohon

Pada bahagian ini, cakap dengan yakin bahawa anda adalah seorang yang boleh membuat kerja atau tugasan yang diberikan oleh majikan anda. Tetapi tidak perlu over confident dan melebih-lebih sehingga merosakkan pandangan penemuduga kepada anda.

Cara Untuk Mudah Menjawab Soalan Temuduga

Untuk memudahkan anda menajwab soalan-soalan penemuduga, apa yang perlu anda lakukan ialah :

Sentiasa membuat latihan menyoal dan menjawab soalan-soalan yang kemungkinan akan ditanya ketika temuduga nanti.

Ingin tahu contoh-contoh soalan glemer temuduga? Klik sini dan buat latihan untuk membina keyakinan diri anda.

Ketika menjawab soalan ini, cuba ringkaskan dan padatkan jawapan anda sebaik mungkin. Seeloknya jawab soalan ini tidak melebihi 10 minit. Anda juga boleh rujuk sini untuk ketahui cara memperkenalkan diri.

Artikel asal diubahsuai dari panel penulis Portal Kerjaya yang anda boleh baca disini Cara Perkenalkan Diri Semasa Interview

#BantuShare biar ramai dapat manfaat.

Join chanel khas Info SPA9 & Jawatan Kerajaan di πŸ“² https://t.me/spa9i
Soalan Temuduga Femes Anda Perlu Hafal. Apa Jua Jawatan Ini Antara Soalan Basic Bakal Di Tanya

Temuduga pun ada soalan femes juga ya. Soalan-soalan ini walaupun nampak mudah tetapi boleh goyah juga keyakinan calon bila hendak dihuraikan. Rujuk juga soalan temuduga mencabar ini

Manakan tidak, calon hafal jawapan yang susah, tetapi yang lain pula keluar. Sabar, sesi temuduga anda panjang lagi tau.

Nak tahu tak apakah soalan-soalan yang femes tu? Jom tengok sini, baca sampai habis dan hafal jawapannya. Jangan lupa baca koleksi 100 soalan temuduga SPA ini

Contoh Soalan Femes Dalam Temuduga Kerajaan

Soalan ini memang femes dalam setiap temuduga kerajaan. Antara soalan tersebut ialah :

1. Sila perkenalkan diri anda 

Untuk soalan ini, anda hanya sebutkan :

πŸ“Nama penuh & Nama panggilan
πŸ“Umur/Asal
πŸ“Perihal keluarga secara ringkas
πŸ“Kelebihan anda

2. Anda mempunyai ijazah, mengapa anda memohon jawatan bagi diploma?

Ini memang sering ditanya apabila penemuduga melihat fail sijil akademik anda. Anda tidak perlu panik. Nyatakan sahaja perkaitan bidang yang sesuai dengan jawatan yang dipohon dan nyatakan minat anda yang mendalam dengan pekerjaan tersebut.

3. Adakah anda sanggup sekiranya ditempatkan jauh daripada tempat tinggal sekarang atau ke Sabah Sarawak?

Sanggup tak dihantar bekerja jauh daripada ibu ayah dan kampung halaman anda? Pastinya semua calon akan menjawab ya. Jangan menjawab ya sahaja. Sebaliknya anda perlu sertakan sebab mengapa dan kenapa anda sanggup ditempatkan ke tempat lain yang jauh daripada keluarga anda.

4. Siapakah Perdana Menteri terkini dan Yang Di Pertuan Agong (YDPA) sekarang?

Penting untuk anda ketahui nama penuh Perdana Menteri, YDPA serta senarai terkini kabinet negara. Ini menunjukkan anda mengambil tahu tentang perkembangan pentadbiran negara terkini serta Menteri bagi Jabatan/Kementerian bakal anda bekerja nanti.

5. Apakah isu-isu panas dan terkini yang berlaku di Malaysia?

Bagaimana untuk menjawab soalan ini? Pentingnya disini untuk anda membaca surat khabar sama ada secara online atau menonton berita dan mengambil tahu isu terkini yang berlaku di dalam negara. Seeloknya elakkan untuk menceritakan tentang keadaan politik yang sedang berlaku walaupun ianya merupakan isu terkini yang panas dan menarik ketika itu.

6. Apakah dasar-dasar Kerajaan (berkaitan jawatan)?


Anda perlu dapatkan maklumat daripada buku atau rujukan yang berkaitan kerana ia melibatkan fakta yang sahih. Jadi, anda perlu membuat persediaan dengan secukupnya kerana soalan mengenai dasar-dasar kerajaan pasti muncul untuk jawatan tertentu.

7. Apakah misi dan visi Jabatan / Kementerian ini?

Dapatkan maklumat berkaitan misi dan visi Jabatan/Kementerian yang akan anda hadir temuduga. Pastikan anda tahu ya Jabatan/Kementerian tersebut. Kemudian anda boleh dapatkan semua jawapan yang berkaitan di portal rasmi setiap Jabatan/Kementerian tersebut.

8. Mengapakah kami perlu mengambil anda untuk mengisi jawatan ini?

Untuk menjawab soalan ini, anda perlu ceritakan mengenai kelebihan dan kemahiran anda yang sesuai dan sepadan dengan jawatan yang dipohon.

Pastikan anda tidak cerita sampai melebih-lebih dan panjang lebar pula. Fokus dan ringkaskan supaya menarik perhatian penemuduga. Baca kami huraikan dengan lanjut disini.

9. Mengapa anda memilih untuk bekerja dengan Kerajaan dan tidak dengan Swasta?

Macam perangkap pula soalan ini ya. Jangan risau, tiru sahaja jawapan ini. Atau baca lanjut disini.

” Saya ingin berbakti dengan seluruh kemahiran dan kebolehan yang ada pada saya serta dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk kerajaan dan rakyat amnya”

β€œBekerja dengan kerajaan serta untuk jawatan ini adalah minat dan cita-cita saya sejak zaman sekolah dan mendapat sokongan daripada seluruh keluarga. Besar hati sekiranya saya dapat menjawat jawatan ini.”

Posting ini diubahsuai dari artikel asal berikut 10 Soalan Femes Temuduga Kerja Kerajaan
Jawatan Kosong Terkini SUHAKAM
.
Kekosongan jawatan dibawah:
.
πŸ“PEMBANTU TADBIR N19

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Rujuk iklan πŸ“² https://kerjaya.co/suruhanjaya-hak-asasi-manusia-malaysia-suhakam-pembantu-tadbir/

Permohonan rasmi boleh dilakukan melalui pautan yang disediakan

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Permohonan tutup - 15 Oktober 2020.

Sila salurkan sebarang pertanyaan atau aduan di halaman Aduan/Pertanyaan di pautan e-perjawatan untuk bantuan selanjutnya.

#BantuShare biar ramai dapat manfaat.

Join Chanel Info RASMI SPA di πŸ“²https://t.me/spa9i
[Pengambilan Rasmi] Iklan Jawatan Guru MRSM Di Buka

Kekosongan jawatan:
.
1. Guru Pelbagai Subjek
.
Cara mudah mohon:
.
1. Rujuk iklan jawatan diatas
2
. Permohonan adalah secara bertulis (resume)
3. Sekeping gambar terbaru
4. Salinan sijil
5. Salinan kad pengenalan
6. Sijil-sijil akademik & dokumen berkaitan
7. Hantar borang permohonan ke alamat yang tertera
.
Tarikh Tutup Permohonan 18 Oktober 2020
.
Tolong SHARE Ke Grup Sebelah Biar Ramai Mohon & Berpeluang Dapat Kerja
.
Join Chanel Info RASMI SPA di πŸ“²https://t.me/spa9i
Koleksi Soalan Yang Boleh Anda Gunakan Untuk Bertanya Majikan atau Penemuduga Semasa Sesi Temuduga Berlangsung

Anda pernah tak disoal dengan soalan berikut β€œanda ada apa-apa soalan?”

Dah tentu pernah bukan. Setiap calon temuduga dah tentu mempunyai pengalaman ditanya soalan diatas.

Sebagai calon anda perlu menjawab soalan sebegini.

ITU SEBENARNYA SOALAN ASAS TEMUDUGA

Sebagai seorang calon temuduga, anda juga perlu menyediakan beberapa soalan untuk ditanya kepada penemuduga untuk memastikan anda mendapatkan maklumat yang seterusnya mengenai pekerjaan tersebut dan juga keadaan sesuatu syarikat.

Nak lebih faham pastikan anda baca - persediaan sebelum, semasa & selepas IV

Pastikan soalan yang disediakan kreatif dan berkaitan dengan misi dan visi syarikat serta matlamat kerjaya anda. Soalan yang ditanya juga mempunyai markah-markah tertentu dan mungkin ianya satu bonus untuk anda.

Apakah soalan-soalan yang bakal menarik perhatian majikan jika disoal oleh calon temuduga?

Contoh Soalan Untuk Ditanya Ketika Temuduga

Jika anda bakal hadir ke temuduga dalam masa yang terdekat atau pada bila-bila masa sahaja, anda boleh jadikan soalan ini sebagai contoh dan panduan kerana ianya mempunyai sebabnya yang sangat menarik.

1. Mengapa jawatan ini dikosongkan?

Mungkin jawatan tersebut adalah jawatan yang baru diwujudkan, pekerja yang dahulu diberhentikan atau pekerja sebelumnya meletakkan jawatan.

Sebagai calon sangat penting untuk tahu mengapa jawatan tersebut kosong kerana cabaran kerja adalah sangat berbeza.

2. Untuk jawatan ini, dengan siapa saya perlu laporkan diri dan bekerjasama dengan siapa?

Soalan ini bertujuan untuk memahami situasi kerja yang akan dihadapi oleh calon sekiranya diterima kerja nanti.

Dari sudut pandangan penemuduga pula, mereka akan melihat ketersediaan calon untuk bekerja dalam pasukan dan dapat mengurus pihak-pihak yang berkepentingan dalam sesuatu syarikat.

3. Apakah yang diharapkan dari penjawat setelah bekerja selama 3, 6, 9 dan 12 bulan? (KPI pekerja dan syarikat)

Soalan in bertujuan untuk memahami cara ukur prestasi cara kerja seorang pekerja sama ada calon boleh mencapainya atau tidak. Sekurangnya calon dapat membuat persiapan dengan baik agar dapat bekerja dengan baik dan mencapai kehendak syarikat.

Melalui soalan ini juga penemuduga memahami anda adalah seorang yang fokus dengan kerja dan akan mencapai matlamat yang ditetapkan.

4. Selepas mengenali saya, adakah terdapat kekurangan dari segi kemahiran dan pengalaman yang bakal menjejaskan peluang saya untuk menjawat jawatan ini?

Dengan bertanyakan soalan ini, secara tidak langsung anda akan memahami pandangan atau perspektif penemuduga terhadap anda selepas temuduga dijalankan.

Calon juga berpeluang untuk menjelaskan apa yang kurang pada pandangan mata penemuduga sekiranya penemuduga menyatakan pandangan mereka.

Jadi bukan satu masalah lagi jika penemuduga bertanya β€œanda ada apa-apa soalan?”.
.
Jika penemuduga bertanyakan soalan ini, pastikan anda mempunyai beberapa soalan untuk disoal kepada penemuduga.
.
Artikel ini diubahsuai dari artikel asal berikut - Soalan Menarik Perhatian Penemuduga
.
Info ini Membantu tak? Kalau membantu tolong lah share ke grup sebelah. Biar ramai baca
.
Join Chanel Info RASMI SPA di πŸ“²https://t.me/spa9i
Apa maksud di sebalik kod/gred DG,KP,N, DH dan lain-lain dalam setiap jawatan perkhidmatan awam?
.
Kita semua perasan setiap jawatan ada kod-kod tertentu, tetapi tak ramai yang nak ambil tahu apa maksud sebenarnya.
.
Sebenarnya setiap kod atau gred jawatan adalah mewakili kementerian, jabatan dan sektor-sektor tertentu.
.
Ketahui maksud setiap kod jawatan di sini.

πŸ“² https://edubestari.com/maksud-gred-jawatan/
[Pengetahuan Kerjaya SPA9]

Pastikan Resume Anda Sentiasa Updated Dengan 8 Perkara Berikut

Dalam dunia yang sentiasa banyak persaingan untuk mendapatkan pekerjaan, pentingnya disini untuk sentiasa update resume anda agar mudah mendapat pekerjaan yang anda idamkan.

Anda juga perlu menyemak semula resume anda sekiranya membuat permohonan baharu untuk mendapatkan pekerjaan dan terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan sebelum anda menghantar resume anda.

Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira ketika update semula resume anda?

Baca: Jangan ulangi 9 kesilapan ketika menghantar resume ini.

8 Perkara Yang Perlu Dilakukan Ketika Update Resume

1. Masukkan Keywords Yang Bersesuaian

Semak semula apakah deskripsi tugasan yang telah dinyatakan oleh syarikat tersebut. Kemudian masukkan keywords yang sesuai dan sepadan dengan pekerjaan tersebut. Pastikan keywords tersebut adalah berkaitan dengan kehendak pekerjaan, kemahiran, majikan yang lalu dan kelayakan anda.

Rujuk tips penggunaan keywords dalam resume, cv dan cover letter ini untuk memudahkan anda.

2. Keluarkan Maklumat Lama

Maklumat yang berkaitan dengan pengalaman kerja yang lalu 10 hingga 15 tahun lepas boleh digantikan dengan pengalaman kerja yang terkini.

Juga, tidak perlu masukkan maklumat persekolahan serta pengajian kolej semata-mata untuk padatkan resume anda dengan maklumat-maklumat yang tidak diperlukan.

3. Masukkan Maklumat Yang Terkini

Bahagian ini adalah bahagian yang paling penting. Masukkan maklumat profesional anda seperti :

πŸ“Pekerjaan terkini
πŸ“Maklumat pendidikan terkini
πŸ“Kemahiran terkini

4. Keluarkan Objektif Resume

Gantikan objektif resume anda dengan profil resume anda. Ia lebih menekankan tentang :

πŸ“Kemahiran
πŸ“Pengalaman
πŸ“Pencapaian

Pastikan 3 perkara ini mempunyai kaitan dengan jawatan yang dipohon kerana profil resume adalah cara yang terbaik untuk anda menawarkan kepada majikan perkara yang mereka inginkan.

5. Tonjolkan Pencapaian Anda

Senaraikan pencapaian anda ketika update resume anda. Masukkan nombor seperti peratusan pencapaian anda pada pengalaman kerja yang lalu. Ini menunjukkan anda berjaya mencapai target dan melakukan tugasan dengan baik.

6. Baca Semula

Setelah siap di update, pastikan anda membaca semula atau meminta rakan untuk membaca resume anda agar dapat mengenalpasti kesilapan atau kesalahan kecil yang dilakukan.

7. Update Resume Online

Jika anda pernah menghantar resume secara online dimana-mana laman web, juga gantikan atau update resume anda dengan resume yang terkini. Apabila anda update dengan resume terkini, secara automatik juga sistem akan padankan dengan pekerjaan yang lebih relevan dan sesuai dengan anda.

8. Update Dengan Kerap

Ia adalah satu perkara yang bagus kerana apabila anda mendapat pekerjaan yang baru, pencapaian terkini dan menyambung belajar, anda boleh terus masukkan ke dalam resume anda. Ia lebih mudah apabila anda sentiasa update resume berbanding update selepas berpuluh tahun.

Artikel asal diubahsuai dari 8 Perkara Updated Dalam Resume
.
Jom Join Kami Di Chanel Info SPA9

Join Chanel Info RASMI SPA9 di πŸ“²https://t.me/spa9i
Apa Yang Tidak Diperlukan Dalam Cover Letter Anda. No 5 Jangan Sesekali Masukkan

Cover letter merupakan satu dokumen yang sangat penting ketika membuat permohonan kerja.

Sesetengah permohonan kerja, bakal majikan meminta pemohon kerja menghantar resume beserta cover letter dan sesetengahnya tidak kisah anda hantar atau tidak cover letter ketika membuat permohonan kerja.

Dengan adanya cover letter, ia melengkapkan permohonan kerja anda dan memudahkan permohonan kerja anda. Namun diingatkan untuk tidak membuat kesilapan seperti tidak memasukkan maklumat dengan betul atau beberapa kesilapan ya tidak disengajakan.

Cover letter ini merupakan satu peluang untuk anda menjual diri anda kepada bakal majikan dan tunjukkan bahawa anda adalah calon terbaik untuk menjawat jawatan tersebut.

Juga lihat ” Cover letter checklist iaitu apa yang perlu anda buat sebelum hantar kepada majikan.”

Apa Yang Tidak Diperlukan Dalam Cover Letter Anda

Perkara yang tidak diperlukan dalam cover letter anda ialah :

1. Kesalahan Ejaan Dan Tatabahasa

Cover letter adalah satu bukti yang nyata untuk menujukkan kelebihan diri anda terutamanya dari segi kemahiran menulis dan kelemahiran untuk membuat sesuatu tugasan dengan terperinci.

Untuk mengelakkan daripada berlakunya kesalahan yang sekecil ini, baca berkali-kali cover letter anda atau minta rakan anda untuk membaca cover letter anda.

2. Kesalahan Nama Syarikat, Kesalahan Nama Mereka Yang Dihubungi

Pastikan anda double check untuk memastikan alamat atau nama syarikat atau nama orang yang perlu dihubungi adalah betul. Jika anda lakukan kesalahan ini, bagaimana pula untuk siapkan tugasan anda nanti?

3. Masukkan Maklumat Yang Tidak Betul

Ada calon yang memasukkan maklumat tidak betul ke dalam cover letter dan apabila bakal majikan mendapati ianya tidak sama dengan resume yang dilampirkan, bakal majikan merasakan calon telah menipu mereka dan tidak mungkin mengambil calon tersebut sebagai pekerja mereka.

4. Kelayakan Yang Anda Tidak Miliki

Diingatkan juga supaya anda tidak memasukkan kelayakan yang anda tidak miliki ke dalam cover letter anda. Ini adalah idea yang tidak baik dan fokuskan dengan kemahiran serta kelebihan anda yang sedia ada.

5. Gaji Yang Dipohon

Jangan sesekali masukkan masukkan gaji yang dipohon kecuali diminta oleh bakal majikan.

Perkara ini tidak begitu penting untuk dimasukkan ke dalam cover letter anda dan tunjukkan kesungguhan serta minat anda pada pekerjaan tersebut. Jadi, jangan sesekali masukkan perkara ini ke dalam cover letter anda.

6. Maklumat Tidak Berkaitan Dengan Pekerjaan

Jangan masukkan maklumat yang tidak berkaitan dengan pekerjaan tersebut dalam cover letter anda. Fokuskan dengan kelebihan anda untuk menjawat jawatan tersebut dan apakah yang anda tawarkan kepada bakal majikan.

8. Minat Yang Keterlaluan

Jangan terlalu menunjukkan yanga nda sangat berminat dengan pekerjaan tersebut seolah-olah anda sangat terdesak untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Jangan merayu untuk dipanggil temuduga dan sebagainya.

Tonjolkan sahaja kelebihan anda pada bakal majikan anda.

9. Apa Yang Anda Mahukan

Cover letter bukanlah satu perkara yang bertujuan untuk menyatakan kehendak anda, tetapi menawarkan sesuatu kepada bakal majikan anda.

Jadi jangan bercerita tentang apa yang anda mahukan dalam pekerjaan anda didalam CV anda

Semoga info ini membantu anda membina kerjaya ideal anda.

Juga dapatkan jenis-jenis cover letter yang perlu anda tahu beserta contohnya disini.

Jom Join Kami Di Chanel Info SPA9

Join Chanel Info RASMI SPA9 di πŸ“²https://t.me/spa9i
Iklan Kekosongan Jawatan Kementerian Luar Negeri (KLN). Kekosongan PSH Bahagian Inspektorat Kini Di Buka
.
Kekosongan jawatan dibawah:
.
πŸ“PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)

Permohonan rasmi boleh dilakukan melalui pautan yang disediakan

KAEDAH PERMOHONAN

a) Mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut :-

i) Curriculum Vitae (CV),
ii) gambar berukuran paspot terkini,
iii) salinan kad pengenalan;
iv) salinan sijil-sijil tamat pengajian lengkap dengan transkrip ke alamat
emel
syarkawi@kln.gov.my;
b) Setiap permohonan yang dihantar hendaklah diberikan tajuk β€˜Pekerja
Sambilan Harian’ pada sabjek emel tersebut;

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Oktober 2020.
.
#BantuShare biar ramai dapat manfaat.

Join Chanel Info RASMI SPA di πŸ“²https://t.me/spa9i
[Pengambilan Rasmi] Permohonan Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29/Kerani JPA Di Buka ~ 743 Kekosongan di Jabatan Perkhidmatan Awam
.
Ambilan Jawatan Berikut:
.
1. Penolong Pegawai Tadbir N29 / 743 Kekosongan
.
Pegisian Kementerian & Jabatan Berikut;
.
πŸ“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
.
Permohonan Terbuka Seluruh Negeri Bagi Tahun 2020.
.
BAGAIMANA MOHON
.
Cara mudah mohon:
.
1. Daftar & Login Portal SPA di (https://edubestari.com/mohon-penolong-pegawai-tadbir-jpa/)
2. Kemaskini Butiran Permohonan
3. Pilih Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29
4. Buat Kemaskini Permohonan
.
Tarikh Tutup Permohonan - 2 November 2020
.
#BantuShare biar ramai dapat manfaat.

Join Chanel Info RASMI SPA di πŸ‘‰https://t.me/spa9i
[Iklan Rasmi] Kekosongan Mahkamah Persekutuan Malaysia
.
Ambilan Jawatan Berikut:
.
1. Jurubahasa
.
Pegisian Kementerian & Jabatan Berikut;
.
πŸ“Mahkamah Persekutuan Malaysia
.
Permohonan Terbuka Seluruh Negeri Bagi Tahun 2020.
.
BAGAIMANA MOHON
.
Cara mudah mohon:
.
1. Daftar & Login Portal SPA di (http://kini.my/spa9-login-sistem-pendaftaran-pekerjaan-dalam-perkhidmatan-awam/)
2. Kemaskini Butiran Permohonan
3. Pilih Jawatan Jurubahasa
4. Buat Kemaskini Permohonan
.
Tarikh Tutup Permohonan - 2 November 2020
.
#BantuShare biar ramai dapat manfaat.

Join Chanel Info RASMI SPA di πŸ‘‰https://t.me/spa9i
[Iklan Rasmi] Kekosongan Jabatan Penyiaran Malaysia
.
Permohonan Terbuka Seluruh Negeri Bagi Tahun 2020.
.
BAGAIMANA MOHON
.
Cara mudah mohon:
.
1. Daftar & Login Portal SPA di (http://kini.my/spa9-login-sistem-pendaftaran-pekerjaan-dalam-perkhidmatan-awam/)
2. Kemaskini Butiran Permohonan
3. Pilih Jawatan Yang Diiklankan
4. Buat Kemaskini Permohonan
.
Tarikh Tutup Permohonan - 3 November 2020
.
#BantuShare biar ramai dapat manfaat.

Join Chanel Info RASMI SPA di πŸ‘‰https://t.me/spa9i
Interviewer Sebenarnya Tahu Yang Anda Menipu Masa Menjawab 3 Soalan Ini
.
Jadi pastikan anda berhati-hati apabila penemuduga tanya 3 soalan berikut.
.
πŸ“²http://kini.my/tipu-interviewer/
Laluan bagi graduan Ijazah Sarjana Muda dan Lepasan Diploma(tanpa pendidikan/bukan pendidikan) untuk memohon jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH41 dan DH29 di Politeknik dan Kolej Komuniti dengan Pengkhususan kelayakan seperti di bawah ini..dan boleh daftar di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran(SPP) yang boleh di mohon sepanjang masa..cuma bila SPP membuat pengiklanan perjawatan ..update kan semula pendaftaran(kemaskini juga perlu dilakukan bila sudah tamat tempoh setahun)..sila buat pendaftaran dan layari..

Semua permohonan jawatan di bawah SPP boleh dilakukan sepanjang tahun. Permohonan boleh dikemukakan melalui Sistem mySPP.
.
Nak daftar? Ikut panduan lengkap daftar ini πŸ‘‰ http://kini.my/sistem-pengambilan-anggota-perkhidmatan-pendidikan-myspp/
Billionaire dunia seperti Bill Gates pernah menyatakan tidak suka dengan 'bad hires'. Jadi waktu sesi saringan akhir bersama CEO, mereka sudah ada set soalan yang mencabar minda calon.
.
Soalan bukan sekadar soalan!
.
Melalui jawapan calon-calon ini, mereka akan segera tahu membezakan pekerja yang betul-betul 'akan bekerja' dan staf yang hanya mahu mendapatkan kerja.
.
Ketahui 5 soalan temuduga yang ditanya oleh billionaire dunia kepada calon pekerja dan jawapan yang mereka cari ini.

πŸ“² https://edubestari.com/soalan-temuduga-billionaire/