INFO SPA 9
68.6K subscribers
18.3K photos
18.2K links
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Group Info SPA9 ini ditubuhkan bagi memudahkan orang awam yang ingin mengetahui info-info terkini berkaitan kerjaya dalam sektor perkhidmatan awam.
Download Telegram
Channel created
Channel photo updated
Cara Daftar SPA9 Akaun Baru & Akaun Tamat Tempoh

Setelah sistem permohonan kerja dalam Perkhidmatan Awam dinaik taraf ke sistem baharu, kini anda sudah boleh menggunakan sistem SPA9 untuk pendaftaran pekerjaan.
.
Sekiranya anda masih belum pernah mendaftar SPA8i atau akaun anda sudah tamat tempoh, anda perlu membuat pendaftaran baru di SPA9.
.
Pendaftaran baru adalah WAJIB untuk membuat permohonan jawatan dalam Perkhidmatan Awam.
.
Rujuk di sini untuk panduan mendaftar akaun SPA9 untuk pendaftaran pekerjaan.

πŸ“² https://edubestari.com/daftar-spa9/
.
#BantuShare Biar Ramai Mohon & Berpeluang Dapat Kerja
.
Join Chanel Info RASMI SPA di πŸ“²https://t.me/spa9i
Take note ya. Biru tu warna terbaik bagi menghadiri apa jua jenis temuduga
[Rasmi 1156 Kekosongan] Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Awam H11 Pelbagai Kementerian & Jabatan Di Buka
.
Ambilan Jawatan Berikut:
.
πŸ“‚Pembantu Awam H11
πŸ“‚Jawatan Tetap Seluruh Negeri
πŸ“‚Kelayakan Minima Tingkatan 3
πŸ“‚Terbuka Untuk Semua
.
Pegisian Kementerian & Jabatan Berikut;
.
✏️Jabatan Kastam Diraja Malaysia
✏️Jabatan Perdana Menteri
✏️Kementerian Pertahanan Malaysia
✏️Kementerian Tenaga & Sumber Asli
.
Permohonan Terbuka Seluruh Negeri Bagi Tahun 2020.
.
Info Iklan Jawatan Di Sini πŸ“² https://kerjaya.co/pembantu-awam-h11/
.
Ambil peluang keemasan ini untuk mohon.
.
BAGAIMANA MOHON
.
Cara mudah mohon:
.
1. Daftar & Login Portal SPA di (https://edubestari.com/daftar-spa9/)
2. Kemaskini Butiran Permohonan
3. Pilih Jawatan Pembantu Awam H11
4. Buat Kemaskini Permohonan
.
Tarikh Tutup Permohonan - 18 Oktober 2020
.
#BantuShare biar ramai dapat manfaat.

Join Chanel Info RASMI SPA di πŸ‘‰https://t.me/spa9i
πŸ“’Tips TemudugaπŸ“’

πŸ’₯1. Penampilan DiriπŸ’₯

-Berpakaian kemas dan rapi juga merupakan satu perkara yang dititik beratkan oleh pihak penemuduga
-Bagi lelaki kemeja warna plain,tidak bercorak dan tidak menampakkan warna yang terang, tali leher, seluar slack warna hitam dan kasut bertutup warna hitam.
-Rambut mesti kemas dan tiada fesyen yang berketerlaluan,trim misai,trim jambang,trim janggut(buang jika perlu)
-Bagi wanita berbaju kurung warna yang tidak terlalu menonjol,tiada ikot cutting badan..tudung warna tidak menonjol,jangan terlalu byk sgt sangat manik2 ke apa ke ,jangan mekap yang keterlaluan dan kasut bertutup.
- Bertudung bagi wanita muslim (kalau boleh pakai tudung jenis bawal je, siakap, jenahak, kerapu tidak sesuai sama sekali)🀣

πŸ’₯2.Cara KendiriπŸ’₯

-Cara masuk setelah nama calon dipanggil .Hendaklah berjalan dengan cara yang sesuai/sopan .Point juga dikira melalui cara kendiri . Ketuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk dan beri salam jika panel penguji adalah muslim.
-Terus serahkan fail yang mengandungi sijil dn doc2 yg perlu diserahkan kepada panel penguji dan jangan duduk sehingga diberitahu untuk duduk..
-Duduk dalam keadaan yang sopan dan selesa..jangan menyandar atau membongkak badan.. Pastikan eye contact calon dan panel sentiasa bertentangan..jangan jawab sambil tunduk atau malu2.. Bukan orang nak meminang kita sampai nak malu2 nak tunduk2..kita nak mohon kerja...

πŸ’₯3. Keyakinan DiriπŸ’₯

-Hendaklah menjawab sesuatu soalan yang diberikan oleh pihak penemuduga dengan tepat dan cekap ..Jgn terpinga2 sekiranya tak dapat jawab sesuatu soalan yang diberikan ..Sebaliknya hendaklah menjawab "Maaf Tuan/Puan/Dato saya tdk dpt menjawab soalan itu"Dan pihak penemuduga akan menukar soalan yang lain .Sekiranya tdk dapat menjawab juga .Jwapan sama hendaklah diberikan .Penemuduga bkn mahu melihat sgt jwapan yg anda beri ..Tetapi kecekapan menjawab mnjadi keutamaan ..Jgn pernah sesekali gelabah ..Seelok2 nya selawat semasa menunggu giliran utk ditemuduga ..😁(sebagai tambahan bagi calon muslim)

πŸ’₯4. SuaraπŸ’₯

-Setiap pertanyaan dan jawapan yang diberikan ,hendaklah bersuara lantang (Bukan menjerit,terpekik terlolong dalam bilik temuduga) .Tapi bersuara kuat dan jelas....

πŸ’₯5. Sebab Ingin BekerjaπŸ’₯

- Hendaklah dijawab dengan jawapan yang sesuai .(Jgn pulak ckp sebab nk beli kereta,beli rumah,nak cepat kahwen bg yang belum berkahwin) dan tentu2 kena reject awal..Hahaha ..πŸ˜‚
-Jawab dengan jawapan2 yang logik dan rasional..itu terpulang pada daya pemikiran tersendiri
-Jangan negatifkan berkaitan isu negara dan jangan sesekali membangkang idea yang diberikan oleh panel sebaiknya fikirkan jalan yang selesaikan masalah itu..
-Jangan libatkan mna2 parti politik dalam sesi temuduga..
-Jika ditanya sama ada sanggup ditempatkan di sabah atau sarawak.. Jangan sesekali saya tak nak sabah sarawak sebab jauh dengan family dan bla bla bla.. Disitu dah nampak korang tak berminat untuk jawatan tu.. Panel cuma nk tgok kesanggupan kita bertugas walaupun di mana kita ditempatkan.. Nak selamat jawab je "Ye, Saya Sanggup Ditugaskan Di Sabah Mahupun Sarawak" settle masalahπŸ˜‚..panel tak tanya banyak dah..kalau dia tya kenapa suka??..pandai2 jawab la..dia sje2 je tu tya ha..jawab je dgn baik..

πŸ’₯6 . Akhir TemudugaπŸ’₯

-Apabila selesai temuduga yang dijalankan ,dan telah diberi kebenaran oleh pihak penemuduga untuk keluar ,hendaklah berdiri tegak dan mengucapkan terima kasih kepada penemuduga sama ada brpngkat Tuan/Puan atau Dato' dan keluar melalui pintu yang di sediakan serta berjalan dengan cara yang sesuai ... Jika lelaki dan panel penemuduga itu lelaki disyorkan salam sebelum keluar.. Ibarat kita masuk rumah orang dan nak keluar mesti la ada sopannya..


Sekian, Semoga Urusan Temuduga Tuan/Puan/Saudara/Saudari Dipermudahkan Dan Peroleh KejayaanπŸŽ‰


Jom Join Info SPA9 ~
https://t.me/spa9i

.
#temuduga
Senarai 20 soalan yang paling banyak di tanya dalam sesi temuduga
.
Semoga membantu anda
.
JOIN GRUP SPA9 di https://t.me/spa9i
[Pengambilan Rasmi] Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
.
Ambilan Jawatan Berikut:
.
1. Pegawai Pendaftaran
.
Pegisian Kementerian & Jabatan Berikut;
.
πŸ“Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
.
Permohonan Terbuka Seluruh Negeri Bagi Tahun 2020.
.
Info Iklan Jawatan Di Sini πŸ“² https://kerjaya.co/job-jabatan-pendaftaran-negara-jpn/
.
BAGAIMANA MOHON
.
Cara mudah mohon:
.
1. Daftar & Login Portal SPA di (https://edubestari.com/daftar-spa9/)
2. Kemaskini Butiran Permohonan
3. Pilih Jawatan Pegawai Pendaftaran
4. Buat Kemaskini Permohonan
.
Tarikh Tutup Permohonan - 18 Oktober 2020
.
#BantuShare biar ramai dapat manfaat.

Join Chanel Info RASMI SPA di πŸ‘‰https://t.me/spa9i
[Pengambilan Rasmi] Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia (JUPEM)
.
Ambilan Jawatan Berikut:
.
1. Pelbagai Kekosongan
.
Pegisian Kementerian & Jabatan Berikut;
.
πŸ“Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia (JUPEM)
.
Permohonan Terbuka Seluruh Negeri Bagi Tahun 2020.
.
BAGAIMANA MOHON
.
Cara mudah mohon:
.
1. Daftar & Login Portal SPA di (https://edubestari.com/daftar-spa9/)
2. Kemaskini Butiran Permohonan
3. Pilih Jawatan Berkaitan Seperti Diiklankan
4. Buat Kemaskini Permohonan
.
Tarikh Tutup Permohonan - 18 Oktober 2020
.
#BantuShare biar ramai dapat manfaat.
.
Join Chanel Info RASMI SPA di πŸ‘‰https://t.me/spa9i
5 Soalan Temuduga Bocor Jawatan SPA, Ini Soalan Selalu Ditanya [Hafal Ya]

Berikut dikongsikan 5 soalan yang mesti ditanya oleh penemuduga anda.

1. Ceritakan serba sedikit tentang diri anda.

Apabila anda mendapat soalan ini, anda tidak perlu meminta penemuduga menyemak resume, cover letter dan sijil anda. Mereka hanya mahu mendengar sisi terbaik tentang diri anda yang paling unik supaya mereka terpanggil dan merasakan anda adalah calon yang terbaik untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

2. Apa yang anda tahu tentang syarikat / jabatan ini?

Pastikan anda membuat beberapa kajian mengenai syarikat / jabatan yang akan anda hadir temuduga. Mudah sahaja, layari laman web, media sosial dan blog syarikat / jabatan tersebut dan dapat seberapa banyak maklumat.

Antara maklumat yang boleh anda perolehi ialah :

Misi dan visi syarikat.
Kejayaan dan pencapaian syarikat.
Peneraju syarikat seperti CEO, Pengurus Besar dan staf-staf terbaik syarikat.
Tugas dan produk yang dikeluarkan syarikat.
Pelbagai maklumat yang berkaitan kelebihan syarikat.

3. Apakah kekuatan anda yang boleh anda sumbangkan kepada syarikat kami?

Jika anda mendapat soalan ini, terus fokus kepada kemahiran anda yang paling utama iaitu kemahiran teknikal.  Ini adalah kerana kemahiran teknikal ini berkaitan dengan ilmu serta praktikal yang betul untuk menyiapkan sesuatu tugasan.

Contoh :

πŸ“Mahir menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Words, One Note, Outlook, Excell, Skype, Power Point dan Publisher.
πŸ“Mahir menggunakan sistem Payroll dan Auto Count.
πŸ“Serta ceritakan beberapa kemahiran yang bersesuaian dengan pekerjaan anda.
πŸ“Seterusnya senaraikan beberapa kemahiran insaniah (Soft Skill) yang ada pada anda. Kemahiran ini amat penting untuk diketengahkan ketika anda menjawab soalan berkaitan kemahiran. Jangan tinggalkan kelebihan anda yang perlu majikan tahu.

4. Setiap orang ada kelemahan, apa pula kelemahan anda?

Tujuan majikan bertanyakan mengenai soalan ini adalah untuk mengetahui cara anda menyelesaikan masalah yang berlaku di persekitaran waktu bekerja anda.

Jadi, anda boleh menjawab soalan ini dengan mengemukakan kelemahan seterusnya cara untuk memperbaiki kelemahan anda iaitu β€œSaya merasakan saya kurang fasih untuk bercakap bahasa Inggeris dihadapan pelanggan dan terasa sedikit kekok walaupun saya tahu ayat yang saya gunakan adalah betul. Untuk mengatasi masalah ini, saya sentiasa bersedia membuat sedikit skrip dan belajar untuk bercakap dalam bahasa Inggeris bersama rakan sekerja untuk memantapkan penguasaan bahasa saya.”

5. Mengapa anda tidak mahu lagi bekerja di syarikat lama anda?

Pertama sekali, anda perlu menjawab beberapa kelebihan daripada aspek pengalaman terbaik yang pernah anda dapati serta nyatakan beberapa nilai positif yang boleh dibawa ke syarikat baru nanti.

Kemudian gunakan teknik LAMPS untuk menjawab persoalan penemuduga tadi.

LOCATION : Ceritakan bahawa jarak kediaman yang terlalu jauh daripada tempat anda bekerja sekarang.

ADVANCEMENT : Anda tidak dapat mengembangkan kerjaya anda kerana tidak mempunyai begitu banyak peluang untuk kenaikan pangkat serta alasan yang lain.

MONEY : Anda boleh nyatakan mengenai kos sara hidup ulang alik ke tempat kerja yang jauh, bayaran gaji yang tidak setimpal dengan kemahiran, skop kerja dan beberapa sumbangan anda pada syarikat.

PRIDE / PRESTIGE : Nyatakan bahawa anda ingin menyumbangkan kemahiran yang ada pada anda kepada syarikat yang lebih baik dari segi tugasan anda, budaya kerja serta menjayakan misi dan visi syarikat.

SECURITY : Ceritakan mengenai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku beberapa kemungkinan mengenai syarikat lama anda seperti masalah kewangan syarikat lama anda. Namun, anda tidak perlu huraikan dengan terlalu mendalam mengenai perkara ini kepada penemuduga anda.
.
#bantushare Join Grup Info SPA Malaysia πŸ“² https://t.me/spa9i
Tips Baru Dan Mudah Cara Perkenalkan Diri Semasa Interview. Confirm Markah Tinggi

Temuduga oh temuduga.

Realitinya temuduga itu pengalaman menyeronokkan dalam proses bina kerjaya.

Apa nak jawab jika ditanya β€œSila perkenalkan diri anda?”

Mungkin anda mempunyai cara tersendiri untuk memperkenalkan diri di hadapan penemuduga. Tetapi anda perlu mempunyai cara yang unik serta lain daripada orang lain agar menarik minat penemuduga untuk mendengar jawapan anda.

Malahan, anda perlu memperkenalkan diri dengan cara yang teratur agar jawapan yang diberikan tidak berulang-ulang atau ada yang tertinggal ketika menjawabnya.

5 Tips Mudah Memperkenalkan Diri

Untuk memperkenalkan diri anda dihadapan penemuduga, anda boleh ikuti 5 tips yang dikongsikan ini seperti :

1. Nyatakan Nama, Umur, Status Diri

Untuk pertama sekali, sebutkan nama penuh anda serta nama panggilan, umur dan status diri anda. Status ini ialah sama ada anda masih bujang atau sudah berkahwin.

2. Latar Belakang Pendidikan

Pada bahagian ini, ceritakan dimana anda belajar. Tetapi ingat, jangan pula anda ceritakan tempat anda sambung belajar dari zaman tadika pula. Ringkaskan dengan pendidikan menengah dan pendidikan terakhir anda. Sebutkan nama institusi, tahun bergraduan dan jenis kelulusan.

3. Pengalaman Kerja

Mengapa perlu ceritakan serba sedikit tentang pengalaman kerja anda? Ini kerana jawapan anda berkaitan pengalaman kerja ini terdapat 3 faktor utama untuk menarik perhatian majikan seperti :

πŸ“Majikan dapat menyemak kelayakan anda sepadan dengan kehendak mereka.
πŸ“Adakah anda mempunyai pengalaman yang dikehendaki majikan?
πŸ“Adakah kemahiran dan pengalaman anda sesuai dengan kehendak majikan?

Jadi, pastikan pengalaman anda sepadan dengan jawatan yang dipohon agar ia memenuhi kehendak majikan kerana mereka mempunyai sebab-sebab tertentu untuk menawarkan jawatan tersebut kepada anda.

4. Pencapaian Yang Diperoleh

Jika anda pernah terlibat dengan projek yang diberikan oleh majikan sebelum ini walaupun tugasan yang anda lakukan adalah sekecil-kecil tugas, sila ceritakan serba ringkas kepada penemuduga.

Tidak pernah terlibat dengan sebarang projek besar dalam syarikat? Jika tiada, ceritakan tugasan harian yang paling penting dan paling utama anda lakukan sehingga membantu kelancaran syarikat.

5. Kesesuaian Dengan Jawatan Yang Dipohon

Pada bahagian ini, cakap dengan yakin bahawa anda adalah seorang yang boleh membuat kerja atau tugasan yang diberikan oleh majikan anda. Tetapi tidak perlu over confident dan melebih-lebih sehingga merosakkan pandangan penemuduga kepada anda.

Cara Untuk Mudah Menjawab Soalan Temuduga

Untuk memudahkan anda menajwab soalan-soalan penemuduga, apa yang perlu anda lakukan ialah :

Sentiasa membuat latihan menyoal dan menjawab soalan-soalan yang kemungkinan akan ditanya ketika temuduga nanti.

Ingin tahu contoh-contoh soalan glemer temuduga? Klik sini dan buat latihan untuk membina keyakinan diri anda.

Ketika menjawab soalan ini, cuba ringkaskan dan padatkan jawapan anda sebaik mungkin. Seeloknya jawab soalan ini tidak melebihi 10 minit. Anda juga boleh rujuk sini untuk ketahui cara memperkenalkan diri.

Artikel asal diubahsuai dari panel penulis Portal Kerjaya yang anda boleh baca disini Cara Perkenalkan Diri Semasa Interview

#BantuShare biar ramai dapat manfaat.

Join chanel khas Info SPA9 & Jawatan Kerajaan di πŸ“² https://t.me/spa9i
Soalan Temuduga Femes Anda Perlu Hafal. Apa Jua Jawatan Ini Antara Soalan Basic Bakal Di Tanya

Temuduga pun ada soalan femes juga ya. Soalan-soalan ini walaupun nampak mudah tetapi boleh goyah juga keyakinan calon bila hendak dihuraikan. Rujuk juga soalan temuduga mencabar ini

Manakan tidak, calon hafal jawapan yang susah, tetapi yang lain pula keluar. Sabar, sesi temuduga anda panjang lagi tau.

Nak tahu tak apakah soalan-soalan yang femes tu? Jom tengok sini, baca sampai habis dan hafal jawapannya. Jangan lupa baca koleksi 100 soalan temuduga SPA ini

Contoh Soalan Femes Dalam Temuduga Kerajaan

Soalan ini memang femes dalam setiap temuduga kerajaan. Antara soalan tersebut ialah :

1. Sila perkenalkan diri anda 

Untuk soalan ini, anda hanya sebutkan :

πŸ“Nama penuh & Nama panggilan
πŸ“Umur/Asal
πŸ“Perihal keluarga secara ringkas
πŸ“Kelebihan anda

2. Anda mempunyai ijazah, mengapa anda memohon jawatan bagi diploma?

Ini memang sering ditanya apabila penemuduga melihat fail sijil akademik anda. Anda tidak perlu panik. Nyatakan sahaja perkaitan bidang yang sesuai dengan jawatan yang dipohon dan nyatakan minat anda yang mendalam dengan pekerjaan tersebut.

3. Adakah anda sanggup sekiranya ditempatkan jauh daripada tempat tinggal sekarang atau ke Sabah Sarawak?

Sanggup tak dihantar bekerja jauh daripada ibu ayah dan kampung halaman anda? Pastinya semua calon akan menjawab ya. Jangan menjawab ya sahaja. Sebaliknya anda perlu sertakan sebab mengapa dan kenapa anda sanggup ditempatkan ke tempat lain yang jauh daripada keluarga anda.

4. Siapakah Perdana Menteri terkini dan Yang Di Pertuan Agong (YDPA) sekarang?

Penting untuk anda ketahui nama penuh Perdana Menteri, YDPA serta senarai terkini kabinet negara. Ini menunjukkan anda mengambil tahu tentang perkembangan pentadbiran negara terkini serta Menteri bagi Jabatan/Kementerian bakal anda bekerja nanti.

5. Apakah isu-isu panas dan terkini yang berlaku di Malaysia?

Bagaimana untuk menjawab soalan ini? Pentingnya disini untuk anda membaca surat khabar sama ada secara online atau menonton berita dan mengambil tahu isu terkini yang berlaku di dalam negara. Seeloknya elakkan untuk menceritakan tentang keadaan politik yang sedang berlaku walaupun ianya merupakan isu terkini yang panas dan menarik ketika itu.

6. Apakah dasar-dasar Kerajaan (berkaitan jawatan)?


Anda perlu dapatkan maklumat daripada buku atau rujukan yang berkaitan kerana ia melibatkan fakta yang sahih. Jadi, anda perlu membuat persediaan dengan secukupnya kerana soalan mengenai dasar-dasar kerajaan pasti muncul untuk jawatan tertentu.

7. Apakah misi dan visi Jabatan / Kementerian ini?

Dapatkan maklumat berkaitan misi dan visi Jabatan/Kementerian yang akan anda hadir temuduga. Pastikan anda tahu ya Jabatan/Kementerian tersebut. Kemudian anda boleh dapatkan semua jawapan yang berkaitan di portal rasmi setiap Jabatan/Kementerian tersebut.

8. Mengapakah kami perlu mengambil anda untuk mengisi jawatan ini?

Untuk menjawab soalan ini, anda perlu ceritakan mengenai kelebihan dan kemahiran anda yang sesuai dan sepadan dengan jawatan yang dipohon.

Pastikan anda tidak cerita sampai melebih-lebih dan panjang lebar pula. Fokus dan ringkaskan supaya menarik perhatian penemuduga. Baca kami huraikan dengan lanjut disini.

9. Mengapa anda memilih untuk bekerja dengan Kerajaan dan tidak dengan Swasta?

Macam perangkap pula soalan ini ya. Jangan risau, tiru sahaja jawapan ini. Atau baca lanjut disini.

” Saya ingin berbakti dengan seluruh kemahiran dan kebolehan yang ada pada saya serta dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk kerajaan dan rakyat amnya”

β€œBekerja dengan kerajaan serta untuk jawatan ini adalah minat dan cita-cita saya sejak zaman sekolah dan mendapat sokongan daripada seluruh keluarga. Besar hati sekiranya saya dapat menjawat jawatan ini.”

Posting ini diubahsuai dari artikel asal berikut 10 Soalan Femes Temuduga Kerja Kerajaan
Jawatan Kosong Terkini SUHAKAM
.
Kekosongan jawatan dibawah:
.
πŸ“PEMBANTU TADBIR N19

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Rujuk iklan πŸ“² https://kerjaya.co/suruhanjaya-hak-asasi-manusia-malaysia-suhakam-pembantu-tadbir/

Permohonan rasmi boleh dilakukan melalui pautan yang disediakan

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Permohonan tutup - 15 Oktober 2020.

Sila salurkan sebarang pertanyaan atau aduan di halaman Aduan/Pertanyaan di pautan e-perjawatan untuk bantuan selanjutnya.

#BantuShare biar ramai dapat manfaat.

Join Chanel Info RASMI SPA di πŸ“²https://t.me/spa9i
[Pengambilan Rasmi] Iklan Jawatan Guru MRSM Di Buka

Kekosongan jawatan:
.
1. Guru Pelbagai Subjek
.
Cara mudah mohon:
.
1. Rujuk iklan jawatan diatas
2
. Permohonan adalah secara bertulis (resume)
3. Sekeping gambar terbaru
4. Salinan sijil
5. Salinan kad pengenalan
6. Sijil-sijil akademik & dokumen berkaitan
7. Hantar borang permohonan ke alamat yang tertera
.
Tarikh Tutup Permohonan 18 Oktober 2020
.
Tolong SHARE Ke Grup Sebelah Biar Ramai Mohon & Berpeluang Dapat Kerja
.
Join Chanel Info RASMI SPA di πŸ“²https://t.me/spa9i