INFO RASMI WARGA SMSTJ
1.73K subscribers
975 photos
23 videos
53 files
111 links
Download Telegram
Asalamualaikum  dan salam sejahtera. Mohon tindakan ibu bapa utk menghubungi guru tingkatan atau PK HEM jika anak murid STJ tidak dapat pulang ke asrama hari ini kerana banjir dan tidak sihat.Esok 2 Dis ialah UASA dan PASA tingkatan 1,2 ,3 dan ting 4 . Utk ting 5 ujian bertutur SPM pada 2 Dis.
Kami guru STJ mendoakan agar semua anak STJ sihat dan selamat dalam perjalanan pulang ke asrama.
TAHNIAH EMIR DANIEL!

Kami dengan rasa bangga mengucapkan syabas kepada Emir Daniel bin Muhammad Ishamuddin atas kejayaan cemerlang meraih pingat Perak dalam International Science Olympiad for Southeast Asia (ISOCSEA) dan pingat Gangsa dalam International Mathematics Olympiad for Southeast Asia (IMOCSEA).

Pencapaian ini bukan sahaja membuktikan dedikasi dan usaha gigih Emir Daniel, tetapi juga mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan!

MySTJ @ JUARA SENTIASA UNGGUL

#ISOCSEA
#IMOCSEA
Semua warga Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar mengucapkan selamat maju jaya kepada 135 murid Invictus yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bermula 2 Januari 2025. Teruskan usaha gigih, disiplin, dan doa. Anda adalah kebanggaan kami. Percayalah, setiap langkah mendekatkan anda kepada kejayaan. Kami sentiasa menyokong dan mendoakan anda. Invictus, melangkah dengan berani!

MySTJ @ Juara Sentiasa Unggul
Forwarded from Rohana Masrom
Forwarded from Mohd Rozi
Forwarded from C. Pian
Forwarded from C. Pian
Forwarded from TPO4 Nur Farahiyah Airina
Forwarded from TPO4 Nur Farahiyah Airina