OFFICIAL SMK Seri Sepang
2.68K subscribers
416 photos
27 videos
93 files
105 links
Untuk info kepada ibubapa/penjaga tentang program dan aktiviti sekolah.
Download Telegram
MESYUARAT AGUNG PIBG 2022

TARIKH/HARI : 21/5/2022 (SABTU)
MASA : 9.00 pagi - 1.00 tengah hari
TEMPAT : Di kediaman masing-masing melalui link berikut :
https://meet.google.com/qec-nohp-tak

Semua ibu bapa dan guru dijemput hadir mesyuarat online tersebut.

Terima kasih atas kerjasama semua.

KOLABORASI TONGGAK PRESTASI
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ibu bapa.

Selaras dengan usul *Pemakaian Pakaian Seragam Pasukan Badan Beruniform Pada Setiap Hari Rabu* yang telah diterima dan diluluskan dlm Mesyuarat Agung PIBG ke 37 baru baru ini, mohon semua ibu bapa mengambil perhatian beberapa perkara di bawah :

*Perkara 1:*
Pemakaian Baju Seragam Pasukan Badan Beruniform pada *setiap* hari Rabu yang dibenarkan adalah seperti berikut :-
1. Pakaian seragam lengkap badan beruniform.
2. Half uniform (t-shirt badan beruniform bersama seluar badan beruniform)

*Perkara 2:*
Semua murid *tidak dibenarkan sama sekali*

1. Memakai pakaian sukan @baju PJK (kuning hitam) beserta seluar sukan.
atau
2. Memakai t-shirt unit beserta seluar sukan atau seluar sekolah.

*Perkara3:*
Pelaksanaan secara beransur ansur pemakaian Pakaian Seragam Pasukan Badan Beruniform yang lengkap diharap dapat dilaksanakan dengan kerjasama dan sokongan guru-guru badan beruniform dan ibu bapa dalam tempoh terdekat.

*Perkara 4:*
Sekiranya, dalam tempoh peralihan perlaksanaan ini, ahli-ahli badan beruniform tidak mampu memenuhi Perkara 1, ahli-ahli badan beruniform *hanya dibenarkan memakai uniform lengkap sekolah sahaja*

*Perkara 5:*
Peraturan pemakaian Pakaian Seragam Lengkap Pasukan Badan Beruniform setiap hari Rabu *terpakai* pada setiap minggu termasuk pada minggu-minggu peperiksaan/ pentafsiran/ ujian peringkat sekolah *kecuali* melibatkan perlaksanaan Peperiksaan Awam Kerajaan seperti SPM, upacara rasmi sekolah tertentu jika ada dan akan di maklumkan dari masa ke masa.

*Perkara 6:*
Untuk mencapai hasrat *hari Rabu Hari Pemakaian Pakaian Seragam Pasukan Badan Beruniform* perhimpunan pagi pada setiap hari Rabu akan disusun mengikut barisan badan beruniform bermula minggu selepas cuti 15 hb Jun 2022.

Diharap penjelaskan di atas akan memberi tempoh masa kepada semua murid agar bersedia dari segi mantal, fizikal dan material.

Kerjasama semua pihak diperlukan bagi *merealisasikan kemenjadian* Pasukan Badan Beruniform SMKSS ke tahap yang lebih baik.

KOLABORASI TUNGGAK PRESTASI.

Saya yang menjalankan amanah:
Penyelaras dan penolong penyelaras
Badan Beruniform SMKSS.
Assalamualaikum..

*Untuk makluman semua ibubapa dan penjaga.*

*Bermula 12 Jun 2022 pihak KPM telah mewajibkan semua murid untuk memakai pakaian seragam sekolah lengkap*.

Berhubung dengan ketetapan ini bermula 12 Jun 2022 semua murid wajid mematuhi peraturan berpakaian mengikut buku peraturan sekolah.

Pakaian semasa pendidikan jasmani adalah *baju sukan Dan tracksuit sekolah.*

*Kopiah*
Pemakaian kopiah tidak dibenarkan

*Baju Melayu*

Pemakaian baju Melayu pada hari Jumaat digalakkan dan mesti lengkap bersampin Dan bersongkok

*Stokin*
-Diwajibkan sepanjang waktu persekolahan.
- Paras stokin mesti melebihi paras buku lali.

*Rambut*
-Rambut hendaklah dipotong pendek dan rapi untuk murid lelaki mengikut panduan dalam buku peraturan sekolah.
-Rambut murid perempuan yang tidak memakai tudung hendaklah sentiasa diikat menggunakan pengikat rambut, tidak berfesyen dan disisir kemas.
- Murid tidak dibenarkan mewarna rambut.

*Kuku*
- Kuku mesti dipotong pendek dan dalam keadaan bersih. Kuku tidak boleh diwarnakan atau memakai inai.

*Jam Tangan*
- Jam tangan pintar (smartwatch) yang mempunyai ciri yang boleh membuat panggilan telefon dan boleh merakam gambar dan video *TIDAK DIBENARKAN*.

*Barang kemas atau perhiasan*
- Barang kemas dan perhiasan terutama subang, rantai atau gelang tangan berharga tidak dibenarkan di pakai di sekolah.


*peraturan peraturan lain tertakluk kepada buku peraturan sekolah*

Pemeriksaan berkala akan dilakukan oleh unit disiplin & pengawas untuk memastikan semua murid mematuhi peraturan sekolah. Tindakan disiplin boleh diambil kepada murid yang gagal untuk mematuhi peraturan sekolah.

*Unit Disiplin & Pengawas SMKSS*
Forwarded from Rosli Ahmad
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tuan/ Puan,

Berhubung semakan pusat PKSK 3, penjaga/pemohon boleh buat semakan melalui pautan spt berikut

https://sites.google.com/moe.gov.my/sst3bpsbp/home

Justeru mohon kerjasama tuan/puan utk bantu membuat hebahan kpd pemohon/ penjaga.

Utk makluman jua, pemakluman secara emel juga telah dikongsikan melalui alamat emel yg didaftarkan.

Perhatian dan kerjasama tuan/puan bagi kelancaran PKSK 3 ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berikut merupakan pautan semakan Slip Keputusan PS1 2022 bagi Tingkatan Peralihan - Tingkatan 5.

https://sites.google.com/view/smkss-slip

Panduan:
1️⃣ Masukkan ID (No KP atau No Pasport bg murid bukan warganegara)
2️⃣ Klik download

Ibu bapa dan murid boleh membuat semakan keputusan melalui pautan ini.

Harap maklum.
https://youtu.be/ncxfBVKylQs

SOAL SELIDIK PELAKSANAAN GENERATIONAL END GAME/ GENERASI PENAMAT

*SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) - KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA*

*MAKLUMAN UNTUK IBUBAPA DAN PENJAGA*

Generational End Game (GEG) merupakan satu cadangan peruntukan undang-undang di bawah deraf Akta baharu kawalan tembakau dan merokok di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Peruntukan ini khusus bagi larangan penjualan dan aktiviti merokok dalam kalangan Generasi yang lahir pada 1 Januari 2005 dan seterusnya.

Berikan maklumbalas persetujuan Tuan/ Puan untuk anak / jagaan anda menyertai soal selidik ini di pautan berikut:

https://forms.gle/geyrPv3LJfji9k8k8

*SOAL SELIDIK MURID - TINGKATAN 4 & 5 SAHAJA*

Berikan pendapat adik-adik mengenai cadangan peruntukan ini melalui pautan berikut:

https://forms.gle/3bBK8nVKXhGTzg2M9
Peringatan mesra kepada ibu bapa/penjaga. Mohon maklumkan ketidakhadiran anak tuan/puan kepada Guru Kelas berserta surat makluman, surat cuti sakit atau sebarang dokumen berkaitan ketidakhadiran anak. Sekiranya tiada sebarang surat/dokumen berkaitan, ketidakhadiran anak tuan/puan akan direkodkan sebagai TIADA SEBAB. Sekiranya perkara ini berterusan, pihak sekolah akan mengambil tindakan disiplin ke atas anak tuan/puan. Terima kasih.
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Untuk makluman dan tindakan semua ibubapa dan penjaga.

Bermula 12 Jun 2022 pihak KPM telah MEWAJIBKAN semua murid untuk memakai PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH LENGKAP.

Berhubung dengan ketetapan ini bermula 12 Jun 2022 semua murid wajid mematuhi peraturan berpakaian mengikut buku peraturan sekolah.

Pakaian semasa pendidikan jasmani adalah BAJU SUKAN Dan TRACKSUIT SEKOLAH.

KOPIAH

Pemakaian kopiah tidak dibenarkan

BAJU MELAYU

Pemakaian baju Melayu pada hari JUMAAT digalakkan dan mesti lengkap bersampin Dan bersongkok.
Murid hanya dibenarkan memakai SONGKOK apabila murid memakai BAJU MELAYU SHJ.

STOKIN
-Diwajibkan sepanjang waktu persekolahan.
- Paras stokin mesti melebihi paras buku lali.

RAMBUT

-Rambut hendaklah dipotong pendek dan rapi untuk murid lelaki mengikut panduan dalam buku peraturan sekolah.
-Rambut murid perempuan yang tidak memakai tudung hendaklah sentiasa diikat menggunakan pengikat rambut, tidak berfesyen dan disisir kemas.
- Murid tidak dibenarkan mewarna rambut.

KUKU

- Kuku mesti dipotong pendek dan dalam keadaan bersih. Kuku tidak boleh diwarnakan atau memakai inai.

JAM TANGAN
- Jam tangan pintar (smartwatch) yang mempunyai ciri yang boleh membuat panggilan telefon dan boleh merakam gambar dan video TIDAK DIBENARKAN

BARANG KEMAS atau PERHIASAN

- Barang kemas dan perhiasan terutama subang, rantai atau gelang tangan berharga tidak dibenarkan di pakai di sekolah.

*peraturan peraturan lain tertakluk kepada buku peraturan sekolah*

Pemeriksaan berkala akan dilakukan oleh unit disiplin & pengawas untuk memastikan semua murid mematuhi peraturan sekolah. Tindakan disiplin boleh diambil kepada murid yang gagal untuk mematuhi peraturan sekolah.


Kerjasama ibubapa amat dihargai

KOLABORASI TONGGAK PRESTASI

PENGURUSAN SMKSS
Assalamualaikum Dan Selamat sejahtera,

Mohon kerjasama semua ibubapa.

1. Untuk memastikan anak2 sihat sebelum hadir ke sekolah.

2. Sekiranya tidak sihat , ada simpton demam, batuk dan selesema , Sila dapat rawatan di klinik. Mohon pastikan dalam surat cuti sakit dinyatakan sebab2 diberi cuti .

3. Maklumat perlu diberikan kepada pihak sekolah seandainya ada di kalangan anak2 mendapat Influenza.

4. SOP yang sama perlu diambil sekiranya ada kes Influenza untuk mencegah jangkitan berleluasa.


Kerjasama semua ibubapa amat dihargai

KOLABORASI TONGGAK PRESTASI


PENGURUSAN SMKSS
Assalamualaikum Dan Selamat sejahtera
Untuk makluman ibu bapa, esok Rabu 29 Jun adalah Hari kokurikulum.
Semua murid perlu berpakaian unit uniform lengkap atau separa lengkap.
Murid tidak dibenarkan memakai baju sukan.

Berikut adalah masa Perjumpaan kokurikulum :

Sesi pagi:
1.00 hgg 4.00 ptg

Sesi petang;
7.30 hgg 10.30 pagi.

* Peringatan: murid yang tidak sihat jangan hadir.

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan