OFFICIAL SMK Seri Sepang
2.69K subscribers
416 photos
27 videos
93 files
105 links
Untuk info kepada ibubapa/penjaga tentang program dan aktiviti sekolah.
Download Telegram
PENGUMUMAN!!!

Semakan Kemasukan ke Sekolah Khusus Tahun 2022 mulai 15 Mac 2022.

Tarikh rayuan secara dalam talian bermula 15 Mac hingga 29 Mac 2022. Semakan dan rayuan boleh dibuat melalui URL berikut:

Tingkatan 1 (SBP & SMKA) : https://spskt1.moe.gov.my/

Tingkatan 4 (SBP, SMKA, SMT & MTD) / Tahun 1 SVM : https://spskt4.moe.gov.my/

#SekolahkuSejahtera
#KPMKomited
#KeluargaMalaysia
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Mohon kerjasama semua ibubapa mengemaskini data pendapatan di http://public.moe.gov.my selewat2nya 19 April 2022.
*ORIENTASI TINGKATAN 1 TAHUN 2022*

TARIKH : *28 MAC- 1 APRIL*
HARI : *ISNIN - JUMAAT*
SASARAN : *Semua Murid Tingkatan 1*

Link google Meet joining info :
https://meet.google.com/czi-naaw-dfq
*Anda masih belum jelas pembelajaran di Menengah Atas?*


UBNK SMKSS dengan ini akan mengadakan Orientasi Tingkatan 4 dengan ketetapan berikut:

Tarikh : 28 Mac - 1 April 2022
Hari : ISNIN - JUMAAT
Masa : 11.00 PAGI
Sasaran : SEMUA MURID TING 4
Medium : Google Meet

Link : meet.google.com/hbq-iffo-ehu

Terima kasih🌹🌹🌹
1️⃣ Seiring dengan kenyataan media daripada Kementerian Pendidikan Malaysia di atas, di sini dipaparkan senarai calon SPM 2021 SMK Seri Sepang yang terlibat dengan Sesi Kedua SPM bagi Ujian Bertutur Bahasa Melayu (1103/3) Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (1119/3), Ujian Mendengar Bahasa Melayu (1103/4) dan Ujian Mendengar Bahasa Inggeris (1119/4).

2️⃣Setiap calon perlu menguruskan sendiri Penyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) seperti yang diminta oleh LPM yang akan dijadikan dokumen rujukan untuk menduduki ujian atau peperiksaan bertulis nanti. Sila rujuk langkah-langkah yang perlu dibuat.

3️⃣ Senarai calon terlibat dengan peperiksaan bertulis pula akan dipaparkan pada 1 April 2022 beserta Jadual Waktu LPM.

4️⃣ Untuk makluman, LPM telah menetapkan bahawa calon WAJIB HADIR kertas tersebut. Calon yang tidak melaksanakan ujian-ujian tersebut akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran BAHASA MELAYU / BAHASA INGGERIS.

5️⃣Diharap ibu bapa/penjaga calon yang terlibat dapat sama-sama memastikan anak-anak mengambil maklum tindakan yang perlu dibuat dan hadir pada hari ujian berkenaan dilaksanakan.

Moga dipermudahkan semua urusan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Puan Noor Aliza (0198475453) atau Puan Zumaliawati (0192647274)

Terima kasih.
Assalamuaikum dan selamat sejahtera.. Berikut adalah maklumat tentang kehadiran bersemuka dan pdpr mulai 4/4/2022 - 20/5/2022 bagi SMK SERI SEPANG. Terima kasih
*TAKLIMAT SLDN KV McDONALD'S BERSAMA GBKSM WPKL DAN SELANGOR 2022*

Salam rakan rakan GBKSM yang dikasihi.
Berikut adalah maklumat tentang program di atas

Tarikh : *1 April 2022 (Jumaat)*
Masa : *9.00 -11.00 pagi*
Medium :
Google Meet (Untuk GBKSM SAHAJA)
Youtube (Untuk Ibubapa Dan Pelajar  Yang berminat

Link Google Meet
https://meet.google.com/bjz-xuwy-tnn

Link Youtube LIVE
https://www.youtube.com/watch?v=VbZB8yuQsKQ

Ucaptama Oleh:
Puan Hafidzah binti Omar
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Kluster Pembangunan Kurikulum Dan Program TVET,
BPLTV,KPM

PANEL 1
Ts Mohd Saifulnizal bin Sabian
Ketua Penolong Pengarah
Unit Jaminan Kualiti dan Pengiktirafan Program SKM. BPLTV. KPM

PANEL 2
En Rosli Bin Salim
Pengurus Sumber Manusia,
McDonald's Academy

*KEHADIRAN PESERTA AKAN DIREKODKAN DALAM SPLKPM*

Mohon jasabaik rakan rakan GBKSM  menyebarluas dan mempromosikan taklimat ini kepada ibubapa dan anak anak lepasan tingkatan 3 2021 (sekarang berada di tingkatan 4)
MAKLUMAN CALON/IBU BAPA CALON SPM 2021 SESI 2:

1️⃣ Di sini disertakan Jadual Waktu Ujian Bertutur dan Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta Ujian Amali Sains. Senarai calon yang terlibat adalah seperti yang dipaparkan sebelum ini.

2️⃣ Di bawah ini pula Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis yang akan bermula 11 APRIL 2022. Di sini disertakan juga senarai calon yang terlibat.

3️⃣ Diminta semua calon terlibat menyemak, mengesahkan dan mencetak sendiri Penyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) SPM dari portal LPM. PPP ini wajib dibawa sebagai dokumen rujukan selain Kad Pengenalan untuk menduduki peperiksaan. Tatacara berkaitan disertakan di bawah.

4️⃣ SU dan Penolong SU SPM akan mengadakan GMeet taklimat SPM sesi dua dengan calon terlibat. Diminta calon tersebut menyertai kumpulan tele kuarantin untuk maklumat lanjut. Pautan tele telah diwujudkan pada 2 Mac 2022. Sila rujuk SU/Penolong SU untuk maklumat lanjut.

Terima kasih