Skuad Al-Qassam
39.1K subscribers
18.9K photos
7.43K videos
2 files
1.95K links
Unzur ma qala wala tanzur man qala

Lihat apa yang dikata dan jangan lihat siapa yang kata
Download Telegram
MASA YANG BAIK UNTUK MENGKHATAM AL-QURAN

Al-Imam al-Sayyid Abdullah ‘Alawi al-Haddad al-Hadrami al-Syafi’i (1132 H) rahimahullah berkata:

Orang yang mahu mengkhatam al-Qur’an, sebaik-baik masa untuk mengkhatamnya ialah diawal pagi, ataupun di awal malam, supaya ia menyaingi waktu para Malaikat beristighfar, sehingga mendapat bahagian dari istighfar Malaikat itu. Ada tersebut suatu riwayat di dalam athar: Bahawasanya sesiapa yang mengkhatam al-Qur’an di saat mana pun dari waktu malam, maka para Malaikat akan beristighfar untuknya hingga ke siang harinya.

Begitu pula, jika ia mengkhatam di saat mana pun dari waktu siang, maka para Malaikat akan beristighfar untuknya hingga ke petang hari itu. Tentulah orang yang mendapat istighfar para Malaikat itu ialah orang yang dibahagiakan Allah, yang mendapat kebaikan yang banyak disebabkan istighfar dan doa para Malaikat itu.

Hendaklah orang itu memperbanyak doa ketika mengkhatam al-Qur’an, kerana masa itu adalah masa yang mulia lagi diberkati, masa di mana semua pohonan dan doa dikabulkan, dan masa itulah juga diturunkan Allah rahmat-Nya.

Al-Imam al-Nawawi (676 H) rahimahullah berkata: “Hendaklah orang yang mengkhatam al-Qur’an itu memperbanyak doa ke atas kaum Muslimin dalam hal-hal yang mendatangkan kebaikan.” Beliau telah menyusun beberapa doa khas untuk dibaca di dalam khatam al-Qur’an, dan dicatitkannya di dalam kitabnya al-Tibyan; iaitu sebuah kitab yang baik berfaedah sekali bagi kita. Di dalam kitab itu dikhususkan suatu ruang untuk membicarakan tentang adab-adab menghafal dan membaca al-Qur’an, yang mana setiap peminat bacaan al-Qur’an harus menatap dan mengetahui selok-beloknya.

Al-Nashaaih al-Diniyah wa al-Washaaya al-Imaaniyah, 219-220.

Wallahua’lam. Sollu’alannabi.

https://t.me/skuadpemudaislam
NASIHAT AGAMA : ORANG-ORANG YANG RUGI

Waktu akan terus berputar-putar tidak akan pernah kembali. Jadi, jika anda tidak berbuat kebaikan pada hari ini, itu tidak akan berulang lagi. Rugi anda. Ada kesempatan untuk bersedekah tidak digunakan rugi sangat. Ada kesempatan untuk ibadat sunnah tidak digunakan rugi betul. Ada kesempatan untuk solat Tahajud anda gunakan untuk menonton bola atau bermain game misalnya, ia tidak akan berulang lagi selepas dari itu.

Hari ini akan hilang, besoknya sudah diganti. Demikian Allah sudah menetapkan;

كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ

...”Sejak (saat) Allah menciptakan langit dan bumi...”

HR. Al-Bukhari (5550) dalam sahihnya.

Seperti itulah waktu, makanya jika anda tidak gunakan untuk dalam kebaikan, ruginya luar biasa apatah lagi yang tidak beriman. Maka turunlah ayat;

وَالْعَصْرِ
إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ


“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.”

(Surah al-‘Asr [103]: ayat 1-2)

Setiap manusia itu punya potensi rugi. Rugi.

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

“Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

(Surah al-‘Asr [103]: ayat 3)

Kata Allah; kecuali orang-orang beriman. Awas hati-hati ya, jadi ruginya pada orang yang tidak beriman dalam menggunakan waktunya (semasa hidup) tidak menjadi ibadah pada dirinya. Amat rugi!

Wallahua’lam. Sollu’alannabi.

-MTS-

https://t.me/skuadpemudaislam
SIRAH NABAWI : SAIDINA HAMZAH BIN ABDUL MUTALIB رضي الله عنه MENGISYTIHAR KEISLAMANNYA

Di saat suasana diselubungi mendung penindasan dan kezaliman, dengan izin Allah Subhanahu wa Ta’ala, terbukalah jalan untuk mereka teraniaya itu, dengan kemasukan Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib (wafat 3 H) ke dalam Islam. Beliau memeluk Islam di penghujung tahun keenam pengutusan Baginda. Pendapat teramai menegaskan kemasukan beliau pada bulan Zulhijjah.

Sebab keislamannya seperti dikisahkan, iaitu di suatu hari Abu Jahal melalui berhampiran Rasulullah di bukit al-Safa’, tiba-tiba Abu Jahal memaki dan mencerca Rasulullah namun Rasulullah berdiam tidak menjawab sebarang patah perkataan pun, tetapi Abu Jahal semakin melampau, diambilnya seketul batu lalu dihentakkannya ke kepala Rasulullah menyebabkan luka hingga berdarah.

Beliau beredar dari situ terus ke Kelab Quraisy dan duduk bersama-sama mereka, seorang hamba perempuan Abdullah bin Jad’an berada dirumahnya di bukit Safa’ menyaksikan kejadian yang berlaku tadi, di masa itu Saidina Hamzah baru tiba dari pemburuan menggalas panahnya, hamba tadi menceritakan kepada Saidina Hamzah segala yang terjadi tadi, Saidina Hamzah sangat marah -beliau terkenal sebagai seorang pemuda yang berani di kalangan Quraisy dan paling tegas pendirian- beliau terus meluru tanpa mempedulikan sesiapa pun di hadapannya.

Memang bersedia untuk bertindak terhadap Abu Jahal di mana sahaja ditemuinya, setibanya di dalam Masjid al-Haram terus beliau berdiri tepat dengan kepala Abu Jahal dan bersuara: “Woi bontot besar! Sedap-sedap kau maki / menghina anak saudaraku sedangkan aku telah ikut agama dia.” Terus sahaja beliau menghentakkan kepala Abu Jahal dengan batang panahnya menyebabkan luka dan berdarah. Beberapa orang dari Qabilah Bani Makhzum kelompok Abu Jahal bangun memprotes dan membantah di atas tindakan Saidina Hamzah itu. Bani Hasyim, dari pihak Saidina Hamzah pun bangun memprotes juga tetapi Abu Jahal menjawab dengan katanya: “Biarkanlah untuk Abu Ammarah, memang beliau berhak, kerana sebelum ini aku telah mencaci / menghina anak saudaranya itu dengan seburuk-buruknya.”

Kemasukan Saidina Hamzah ke dalam Islam pada mulanya sebagai tindak balas seorang yang keras pendirian, kerana beliau tidak senang anak saudaranya dipermain-mainkan. Selepas itu, Allah Subhanahu wa Ta’ala membuka dadanya untuk berpegang teguh dengan Islam, dengan itu kaum muslimin pun menumpang kekuatannya.

Kitab al-Rahiq al-Makhtum, halaman 89.

Ibrah Kisah

Kita sebagai muslim mesti kena ada rasa marah sekiranya Junjungan Besar yang lagi mulia Nabi Muhammad dihina, dicerca dan seumpama dengannya. Apabila ada sahaja manusia-manusia yang senak otaknya membuat unsur-unsur penghinaan terhadap keperibadian Nabi, maka wajib kita sebagai muslim pertahankan sebaik mungkin. Iya, orang kata kita doa sahaja orang yang bukan Islam itu dapat hidayah daripada Tuhan.

Tuan-tuan, ingin sekali penulis ingatkan kembali rumus hidayah jangan ditunggu mesti berusaha, kerana Allah memberikan hidayah terhampar luas. Usaha yang bagaimana? Kita sebagai muslim, perlihatkan akhlak yang dibawa Nabi Muhammad , tidak fasih dalam pengucapan awam menerangkan tentang Islam, lakukan dengan cara perbuatan atau adab-adab yang diajarkan oleh Islam.

Kisah di atas telah memberikan kejutan yang besar terhadap golongan Musyrikin Kafir Quraisy di Mekah. Yang menyebabkan mereka tidak mampu membalas perbuatan yang dilakukan oleh Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib رضي الله عنه . Lihatlah bagaimana berita yang diviralkan sampai ke pengetahuan Saidina Hamzah, kemudian beliau terus pertahankan maruah Rasulullah daripada terus dihina, dicaci, dimaki oleh Musyrikin Mekah.
Umat Islam pada hari ini, mesti dipasakkan rasa sensitiviti terhadap Syariat Islam yang seringkali diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam. Tunjukkan ammarah bukan bermaksud kita perlu bergaduh, perlu bertumbuk, perlu rosakkan harta awam dan lain-lain, bukan itu yang dimaksudkan. Kemarahan itu mesti dimanifestasikan, apabila ada mana-mana pihak yang mencuba membuat provokasi terhadap agama Islam.

Kami tutupkan dengan sebuah hadis yang mana ia menceritakan tanda keimanan seseorang. Diriwayatkan oleh Saidina Anas bin Malik رضي الله عنه, daripada Nabi , baginda bersabda:

ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَمَنْ أَحَبَّ عَبْدًا لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَمَنْ يَكْرَهُ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ إِذْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُلْقَى فِي النَّارِ

“Tiga perkara di mana sesiapa mempunyainya, maka dia akan merasai kemanisan iman: Seseorang yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya sebagai yang paling dicintai, tidak mencintai seseorang melainkan kerana Allah dan membenci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia tidak suka untuk dicampakkan ke dalam api neraka.”

Hadis riwayat Al-Bukhari (21) Muslim (43) dan lain-lain.

Wallahua’lam. Sollu’alannabi.

-MTS-

https://t.me/skuadpemudaislam
BERLUMBA-LUMBA DALAM BERBUAT KEBAJIKAN

⚫️Segera Berbuat Kebajikan & Anjuran Kepada Orang Yang Hendak Berbuat Kebaikan Untuk Bersungguh-Sungguh & Tidak Ragu-Ragu Mengerjakannya

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

...فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ ۚ ... {١٤٨}

“....Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan....”

(Surah Al-Baqarah [2]: ayat 148)

Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan kepada setiap hamba-Nya untuk bersegera di dalam berbuat kebajikan serta berlumba-lumba di dalam mengerjakan amal soleh.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

۞ وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ {١٣٣}

“Dan bersegeralah kamu mencari pengampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.”

(Surah Ali ‘Imran [3] ayat: 133)

Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan kepada semua hamba agar bersegera dalam berbuat kebaikan serta bersegera dalam mendekatkan diri kepada-Nya. Dia menyuruh mereka agar berusaha masuk ke Syurga yang luasnya sahaja seluas langit dan bumi, lantas bagaimana panjangnya?

Apabila ada yang bertanya terkait ayat sebelumnya: “Jika luas Syurga sama dengan luas langit dan bumi, lantas di manakah Neraka?” Maka jawapan terbaik atas pertanyaan ini adalah sebagaimana yang dikemukakan oleh golongan Salaf al-Soleh -generasi tiga kurun awal selepas kewafatan Nabi ﷺ-,yakni dengan bertanya semula hal yang serupa: “Jika malam muncul, di manakah siang?”

Berkaitan dengan jawapan itu, Al-Hafiz Ibnu Kathir (774H) rahimahullahu ta’ala menerangkan: Tanggapan ini mengandungi dua maksud.

Pertama: Kalimah itu menunjukkan bahawa ketidakmampuan kita melihat malam di siang hari tidak bermaksud tida adanya malam di suatu tempat, walaupun kita tidak mengetahuinya secara pasti. Sama halnya dengan api, keberadaannya di mana-mana sesuai dengan kehendak Allah Subhanahu wa Ta’ala. Pengertian pertama ini tampaknya lebih jelas (jika dibandingkan daripada pengertian berikutnya).

Kedua: Kalimah itu menunjukkan bahawa jika waktu siang berada di satu sisi bumi; maka waktu malam pasti berada di sisi bumi yang lain. Sama halnya dengan Syurga yang berada di A’la ‘Illiyyiin (tempat tertinggi), di atas semua langit dan di bawah Arasy Allah, yang luasnya sebagaimana yang difirmankan-Nya iaitu seluas langit dan bumi; sedangkan Neraka, ia berada di asfala safilin (tempat yang terendah). Dengan demikian, keberadaan Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi tidak bertentangan dengan keberadaan Neraka. Wallahua’lam.

Semoga kita dapat menyegerakan sesuatu urusan dengan perkara-perkara kebaikan, yang akan memberatkan amal baik kita di neraca Mizan kelak, insya Allah.

Wallahua’lam. Sollu’alannabi.

-MTS-

https://t.me/skuadpemudaislam
CATATAN DHUHA : SAHABAT NABI YANG MATI SYAHID

Kita memandang dengan pandangan yang zahir, kita katakan mereka mati berdarah, kita katakan mereka mati terbunuh, itulah mengapa Saidina Umar Ibnu al-Khattab (23 H) رضي الله عنه mati syahid ditikam oleh Abu Lu’luah al-Majusi (laknat Allah ke atasnya)1️⃣. Saidina Uthman Ibnu ‘Affan (35 H) رضي الله عنه dibunuh tak tahu siapakah pembunuhnya, juga mati syahid.

Saidina Ali Ibnu Abi Talib (40 H) رضي الله عنه juga mati syahid ditikam oleh Abdur Rahman Ibnu Muljam (laknat Allah ke atasnya)2️⃣. Meleleh air mata Saidina Khalid Ibnu al-Walid (21 H) رضي الله عنه, terbaring ia di atas tempat tidurnya, di pandang tangannya tidak ada satu pun sejengkal yang terlepas daripada belahan tombak, pedang, pisau, anak panah semuanya ada bekas-bekas itu.

Semuanya ada cacat bekas tombak anak panah dan pedang. Tetapi ternyata mati di atas tempat tidur bukanlah kebahagiaan, tetapi beliau tetap redha kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, Allah Azza wa Jalla menempatkan beliau sebagai orang yang mendapatkan pahala jihad tetapi tidak mendapatkan syahid.

Wallahua’lam. Sollu’alannabi.

-MTS-

Nota:

1️⃣Inilah pengkhianat yang menikam Saidina Umar al-Khattab رضي الله عنه sewaktu beliau mengimamkan solat Subuh. Abu Lu’luah al-Majusi (laknat Allah keatasnya) menikam beliau dengan sebilah pisau yang memiliki dua mata. Orang ini sering diagung-agungkan oleh kelompok Syiah, suatu ajaran yang terseleweng daripada ajaran Ahlus Sunnah wal Jama’ah.

2️⃣Inilah pembunuh yang diracuni pemikiran Khawarij (suatu kelompok yang terkeluar daripada ajaran Ahlus Sunnah wal Jama’ah). Al-Imam al-Dzahabi (748 H) rahimahullah berkata tentang Ibnu Muljam: “Sebelumnya, dia adalah seorang ahli ibadah, taat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Akan tetapi, akhir kehidupannya ditutup dengan kejahatan (su’ul khâtimah). Dia membunuh Amirul-Mu’minin Saidina Ali رضي الله عنه dengan alasan mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui titisan darahnya. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala memberi pengampunan dan keselamatan bagi kita.” [Mizan al-‘Itidal, 2/592].

https://t.me/skuadpemudaislam
NASIHAT AGAMA : AL-QURAN BUKAN MENTERA

Membaca Al-Quran akan menurunkan ketenangan. Saya sudah baca Al-Quran kenapa tidak tenang turun ke dalam jiwa? Al-Quran itu bukan mentera, Al-Quran itu bukan surat khabar, bahkan Al-Quran juga bukan buku novel yang dibaca sebegitu sahaja.

Quran adalah makna (untuk ditadabbur), ketika dibaca renungkan isinya, fahami maknanya, baca kisah tentang Nabi Ibrahim عليه السلام, baca tentang kisah Nabi Nuh عليه السلام, baca tentang kisah Nabi Sulaiman عليه السلام.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman

وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

“Dan apabila ayat-ayat Quran itu dibacakan, bertambah imannya kemudian dia serahkan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.”

(Surah Al-Anfal [8]: ayat 2)

Sampai di hari ini, waktu ini, saat ini, kebahagiaan masih tak bisa dibeli, ubat sakit perut ada, ubat sakit kepala ada, makin hebat doktor makin hebat ubatnya tetapi belum pernah kita pergi ke hospital ditulis “Ubat Bahagia”.

Wallahua’lam. Sollu’alannabi.

-MTS-

https://t.me/skuadpemudaislam
MALAM 1 REJAB 1440 -MALAM INI- MALAM MUSTAJAB DOA

1. Riwayat dari Khalifah Umar Abd al-Aziz

Al-Imam Khatib al-Baghdadi (463H) meriwayatkan di dalam kitabnya “Ghunyat al-Multamis fi Tawdih al-Multabis” bahawa:

أنه (عمر بن عبد العزيز كتب) إلى عدي بن أرطاة: عليك بأربع ليال في السنة، فإن الله يفرغ فيهن الرحمة : أول ليلة من رجب، وليلة النصف من شعبان، وليلة الفطر، وليلة النحر.

“Umar bin Abd al-Aziz (101H) menulis kepada ‘Adi bin Artah: Hendaklah engkau memerhatikan (menghidupkan) empat malam dalam setahun, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala memancarkan padanya rahmat: (i) Malam pertama dari bulan Rajab, dan (ii) malam Nisfu Syaaban, dan (iii) malam Raya al-Fitri, dan (iv) malam al-Nahr (al-Adha).”

2. Riwayat dari al-Imam al-Syafi’i

Imamuna Muhammad bin Idris al-Syafi’i (204H) رضي الله عنه menyebut di dalam kitabnya yang masyhur “al-Umm” ;

وَبَلَغَنَا أَنَّهُ كَانَ يُقَالُ: إنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ فِي خَمْسِ لَيالٍ فِي لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ ، وَلَيْلَةِ الْأَضْحَى ، وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ، وَأَوَّلِ لَيْلَةٍ مِنْ رَجَبٍ ، وَلَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ

“Dan telah sampai kepada kami (riwayat yang menyatakan) bahawa sesungguhnya dikatakan doa itu diterima pada lima malam: pada (i) Malam Jumaat, (ii) Malam Hari Raya al-Adha, (iii) Malam Hari Raya al-Fitri, (iv) Malam pertama daripada bulan Rajab, dan (v) Malam Nisfu Syaaban.”

Kemudian beliau menyebut di hujung perbincangan ini:

وَأَنَا أَسْتَحِبُّ كَلَّ مَا حُكِيَتْ فِي هَذِهِ اللَّيَالِي مِنْ غَيْرِ أَنْ يَكُونَ فَرْضًا.

“Dan aku menyukai (memandang ia sebagai sunat) setiap apa yang diriwayatkan berkenaan malam-malam ini (menghidupkannya dengan doa, zikir dan lain-lain) tanpa menjadikan ia sebagai satu kefardhuan.” [al-Umm, 1/231]

Kata-kata al-Imam al-Syafi’i ini juga telah dinukilkan oleh al-Imam al-Baihaqi di dalam kitab beliau “al-Sunan al-Kubra”.

Wallahua’lam. Sollu’alannabi.

https://t.me/skuadpemudaislam
CATATAN DHUHA : UJIAN NEGARA DERHAKA

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا قَرْيَةً كَانَتْ آمِنَةً مُطْمَئِنَّةً يَأْتِيهَا رِزْقُهَا رَغَدًا مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ اللَّهِ فَأَذَاقَهَا اللَّهُ لِبَاسَ الْجُوعِ وَالْخَوْفِ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ

“Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.”

(Surah Al-Nahl [16] : ayat 112)

Dalam ayat ini Allah Subhanahu wa Ta’ala buat satu perumpamaan tentang satu قَرْيَة satu kampung / satu negeri / satu negara, kata Allah ; Aku bagi dekat negeri itu / negara itu aman damai tenang dan tenteram. Tidak cukup Aku bagi dekat negeri itu, keamanan, ketenangan, ketenteraman keharmonian, aku bagi pula dekat kampung itu rezeki yang melimpah ruah dari segenap tempat ; rezeki itu datang!

Allah buat contoh, dari satu negeri yang pada mula; aku jadikan negeri itu aman, tidak cukup dengan aman, aku bagi dekat negeri itu rezeki yang melimpah ruah. Tetapi malangnya, penduduk di negeri itu memilih untuk ingkar kepada Allah. Tuhan bagi negeri aman, Tuhan bagi negeri tenang tenteram, Tuhan bagi rezeki melimpah ruah, mereka lupa dengan nikmat Allah yang dibagi bahkan mereka lawan Allah.

Allah kata: Sudah sampai masa, maka kami bawakan kepada penduduk negeri itu (ujian) kelaparan dan ketakutan. Allah tunjuk banyak di dalam dunia ini tuan-tuan. Negeri yang pada mulanya aman damai, tenang tenteram, rezeki melimpah ruah.. kufur kepada Allah! Kerana kufur mereka kepada Allah, Allah bawakan azab sehingga akhirnya negeri yang tadinya aman, negeri yang tadinya rezeki melimpah ruah ditukarkan menjadi kebuluran, menjadi kelaparan, menjadi ketakutan.

Semua itu tiada sebab melainkan dengan sebab perbuatan mereka sendiri. Apabila manusia pilih untuk derhaka kepada Allah maka Allah ambil tindakan, itu sahaja ceritanya. Ujian Allah ini datang lepas dari satu siri kepada satu siri, lepas daripada satu episod kepada satu episod, ia akan datang satu tahap yang maksimum yang akan datang ini; dalam sebuah hadis riwayat daripada Saidina Abu Hurairah رضي الله عنه , beliau berkata, Rasulullah bersabda:

لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَمُرَّ الرَّجُلُ بِقَبْرِ الرَّجُلِ فَيَقُولُ يَا لَيْتَنِي مَكَانَهُ

“Akan sampai suatu masa (nanti) menjelang kiamat (nanti) seseorang yang sedang berjalan, lalu dia melintasi kawasan perkuburan terbit di mulutnya : ‘Ya Allah, ya Tuhanku! Alangkah baiknya, kalau sekiranya aku duduk ditempat ini’.”

HR. Imam Malik (53) dalam al-Muwattha’, Imam Ahmad (7227) dalam musnadnya, Al-Bukhari (7115), Muslim (157), Ibnu Majah (4037) dan Ibnu Hibban (6707) dalam sahihnya.

Dalam syarah hadis dinyatakan; manusia ini tidak boleh tahan dengan ujian yang Allah bagi pada dia. Dia tak boleh tahan menyebabkan stress | tension dia dengan ujian yang Allah bagi pada dia. Dalam ujian di rumah sendiri dia diuji dengan isterinya, dalam rumah sendiri dia diuji dengan karenah anak-anaknya, tepi rumah dia diuji dengan perangai jiran-jirannya, keluar pergi tempat kerja dia diuji dengan rakan sekerjanya, ditempat kerja dia diuji dengan majikannya, dalam kampungnya | dalam negerinya.. macam-macam ujian melenyek kat kepala dia, menyebabkan terlampau stress sehinggakan dia lalu kawasan perkuburan terbit di mulutnya; “ya Allah, ya Tuhanku! Alangkah baiknya kalau aku dah tak hidup (dah mati) aku duduk ditempat mereka yang di dalam kubur itu, senang aku tidak payah melalui segala ujian yang aku tak boleh tanggung ni.”

Tuan-tuan, siapa yang kena (ujian) dia tahu. Kita tak pernah kena uji, tak boleh nak gambarkan suasana tersebut, tetapi orang yang kena ujian demi ujian ini, dia tak boleh tahan (dia stress).
Sampai satu tahap, dia kata; “ya Allah, kalau aku ni mati lagi senang daripada aku hidup ni.” Tuan-tuan, dahsyat sungguh ujian-ujian yang datang kepada orang-orang yang tertentu ni.

Wallahua’lam. Sollu’alannabi.

-MTS-

https://t.me/skuadpemudaislam
SIFAT-SIFAT YAHUDI : BANGSA PERTAMA KALI KAFIR KEPADA NABI MUHAMMAD

DALAM Al-Quran surah al-Baqarah ayat 41 Allah menyatakan, bahawa Bangsa Yahudi atau Bani Isra’il adalah bangsa yang pertama kali kafir kepada Nabi ﷺ.

وَآمِنُوا بِمَا أَنْزَلْتُ مُصَدِّقًا لِمَا مَعَكُمْ وَلَا تَكُونُوا أَوَّلَ كَافِرٍ بِهِ ۖ وَلَا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلًا وَإِيَّايَ فَاتَّقُونِ

“Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.”

(Surah al-Baqarah [2]: ayat 41)

Dalam ayat ini Allah menerangkan kepada Bangsa Yahudi, sebagai bangsa yang telah sering diutus Rasul kepada mereka. Bangsa ini menerima kitab-kitab suci dari langit, tetapi merupakan bangsa yang paling benci kepada orang-orang mukmin. Bangsa Yahudi diajak untuk menjadi orang pertama untuk beriman kepada Nabi Muhammad supaya bangsa-bangsa lain bersedia mengikuti jejaknya.

Kepada bangsa Yahudi Allah berfirman supaya mereka beriman kepada Al-Quran sebagai memenuhi janji kepada Allah. Perkara ini menunjukkan bahawa memenuhi janji kepada Allah dengan mengikut perintah agar beriman kepada Al-Quran dan Nabi Muhammad adalah suatu tindakan lebih penting dari yang lainnya. Sebab merupakan dasar dan tujuan utama.

Al-Quran diturunkan untuk membenarkan keterangan-keterangan yang tersebut dalam Taurat dan kitab-kitab para Nabi sebelumnya. Perintah-perintah yang tersebut di perintah iaitu berupa seruan bertauhid, meninggalkan perbuatan-perbuatan keji yang dilakukan dengan terang-terangan mahupun dengan tersembunyi, menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah perbuatan kemungkaran dan sebagainya yang membawa kepada kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Ini sama dengan ajaran Nabi Musa dan para Nabi sebelumnya, kerana semuanya itu tujuannya satu, iaitu menetapkan kebenaran dan memberi petunjuk kepada manusia serta melenyapkan kesesatan dalam aqidah.

Tetapi bagaimanakah sikap Bangsa Yahudi terhadap teguran Allah dalam Al-Quran ini? Mereka cepat-cepat bersikap kufur kepada Al-Quran. Padahal seharusnya mereka berada pada barisan hadapan untuk beriman kepada Nabi Muhammad dan Al-Quran. Kerana mereka telah mengetahui kebenaran Nabi berdasarkan kitab-kitab suci mereka, yang telah menyampaikan khabar kedatangan Nabi di akhir zaman.

Dalam buku-buku tarikh dijelaskan, bahawa Nabi datang hijrah ke Madinah, kaum Yahudi Madinah mendustakannya. Kemudian langkah mereka ini diikuti oleh orang-orang Yahudi Bani Quraizah, Bani Nadhir, Yahudi Khaibar dan meluas kepada golongan Yahudi lainnya.

Terhadap sikap mereka yang kufur ini, maka Allah kemudian memperingatkan secara keras dengan firman-Nya: “Janganlah kamu bersikap mendustakan kenabian Muhammad dan kitab suci yang dibawanya serta menolak petunjuknya, kerana ingin menukar dengan kesenangan dunia yang sedikit.”

Para pendeta dan pemimpin Yahudi kerana ingin memperoleh pengaruh, harta, pangkat dan kedudukan di mata rakyatnya, mereka sanggup mendustakan kebenaran Nabi. Sedangkan golongan awam bangsa Yahudi menolak kebenaran Nabi Muhammad kerana ingin mendapatkan kasih sayang dari para pemimpin mereka. Ingin memperoleh nasib baik dan takut menghadapi permusuhan dan kemarahan para pemimpin dan masyarakatnya.

Sikap pemimpin dan masyarakat Yahudi mendustakan kebenaran Nabi Muhammad adalah perbuatan yang merugikan diri sendiri. Perbuatan mereka ini dikatakan menukar keredhaan dengan kemurkaan, rahmat dengan seksaan, baik di dunia mahupun di akhirat.
Seharusnya Bangsa Yahudilah sebagai bangsa yang menerima wasiat Nabi Musa عليه السلام dan Nabi Isa عليه السلام untuk beriman kepada Nabi akhir zaman menjadi perintis menyambut kebenaran Al-Quran, bukan menjadi perintis yang pertama kafir kepada Al-Quran dan Nabi Muhammad .

Wallahua’lam. Sollu’alannabi.

-MTS-

https://t.me/skuadpemudaislam
ISU SEMASA : SIAPAKAH YANG AKAN MEMBANTU KAUM MUSLIMIN?

1. Pembunuhan beramai-ramai ke atas kaum Muslimin di New Zealand bukanlah insiden yang pertama yang menimpa kaum Muslimin. Di zaman Rasulullah, para sahabat pernah dibunuh beramai-ramai ketika mereka cuba membantu kaum Ri’l dan Zakwan. Perkara ini direkodkan di dalam hadith yang menyebutkan:

أَنَّ رِعْلاً، وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ اسْتَمَدُّوا رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَلَى عَدُوٍّ، فَأَمَدَّهُمْ بِسَبْعِينَ مِنَ الأَنْصَارِ، كُنَّا نُسَمِّيهِمُ الْقُرَّاءَ فِي زَمَانِهِمْ، كَانُوا يَحْتَطِبُونَ بِالنَّهَارِ وَيُصَلُّونَ بِاللَّيْلِ، حَتَّى كَانُوا بِبِئْرِ مَعُونَةَ قَتَلُوهُمْ، وَغَدَرُوا بِهِمْ، فَبَلَغَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم، فَقَنَتَ شَهْرًا يَدْعُو فِي الصُّبْحِ عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ، عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ‏.‏

“Bahawasanya Ri’lan, Zakwan, Usaiyah dan puak Lahyan meminta bantuan daripada Nabi untuk menyediakan kepada mereka beberapa orang lelaki untuk memerangi musuh mereka. Maka Baginda menghantarkan kepada mereka tujuh puluh orang lelaki dari golongan Ansar yang dikenali sebagai Al-Qura’ (penghafaz al-Quran).

Maka mereka ini membantu untuk mengumpul kayu api pada siang, dan bermunajat kepada Allah pada waktu malam. Ketika mana mereka (golongan Ansar) sedang berada di lembah Ma’una, mereka dibunuh dan dikhianati. Apabila berita ini sampai kepada Rasulullah, baginda membaca qunut (nazilah) selama sebulan dalam solat subuh mendoakan (kecelakaan) ke atas puak arab, Ri’lan, Zakwan, Usaiyah dan puak Lahyan.

2. Pembunuhan dan pengkhianatan ke atas kaum Muslimin ini telah menyebabkan Baginda berasa sangat sedih lalu Baginda membaca Qunut Nazilah selama sebulan, mendoakan kecelakaan ke atas mereka yang membunuh kaum Muslimin.

3. Saidina Abu Hurairah رضي الله عنه, turut pernah menceritakan bahawa Rasulullah membaca Qunut Nazilah ini pada Solat Isya, mendoakan azab ke atas mereka yang menganiaya orang-orang Islam. Kata Saidina Abu Hurairah:

أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فِي الرَّكْعَةِ الْآخِرَةِ مِنْ صَلَاةِ الْعِشَاءِ قَنَتَ اللَّهُمَّ أَنْجِ عَيَّاشَ بْنَ أَبِي رَبِيعَةَ اللَّهُمَّ أَنْجِ الْوَلِيدَ بْنَ الْوَلِيدِ اللَّهُمَّ أَنْجِ سَلَمَةَ بْنَ هِشَامٍ اللَّهُمَّ أَنْجِ الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اللَّهُمَّ اشْدُدْ وَطْأَتَكَ عَلَى مُضَرَ اللَّهُمَّ اجْعَلْهَا عَلَيْهِمْ سِنِينَ كَسِنِي يُوسُفَ

Maksudnya: Bahawa sesungguhnya Nabi apabila berkata “سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ” pada raka’at terakhir ketika solat ‘Isya’, beliau membaca qunut “Ya Allah selamatkanlah ‘Ayyasy bin Abi Rabi’ah, Ya Allah selamatkanlah al-Walid bin al-Walid, Ya Allah selamatkanlah Salamah bin Hisyam, Ya Allah selamatkanlah orang-orang yang lemah dari kalangan orang-orang yang beriman, Ya Allah keraskanlah ‘azab-Mu ke atas Mudhar, Ya Allah jadikanlah (‘azab-Mu) ke atas mereka dalam bentuk musim kemarau yang panjang sepertimana musim kemarau zaman Nabi Yusuf عليه السلام”.

4. Berdasarkan hadis-hadis di atas, Imam al-Nawawi mengatakan bahawa pendapat yang sahih di sisi mazhab al-Syafie adalah:

ان نزلت بالمسملين نَازِلَةٌ كَخَوْفٍ أَوْ قَحْطٍ أَوْ وَبَاءٍ أَوْ جَرَادٍ أَوْ نَحْوِ ذَلِكَ قَنَتُوا فِي جَمِيعِهَا وَإِلَّا فَلَا

“Sekiranya ditimpa ke atas orang-orang Islam musibah seperti ketakutan, kebuluran, wabak, (serangan) belalang dan lain-lain, maka dibacakan qunut pada semua solat, namun jika tiada musibah, maka tidak perlu membaca qunut”. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3/475)

5. Marilah bersama-sama kita mendoakan kesejahteraan ke atas saudara-saudara kita di sana. Semoga Allah memudahkan segala urusan mereka.

Moga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

https://www.facebook.com/630358917301238/posts/832739967063131?sfns=cl

https://t.me/skuadpemudaislam
HADITH : DOA UNTUK MUSUH ISLAM

Daripada Saidina Abdullah bin Abi Aufa رضي الله عنه bahawa Rasulullah pada hari-hari baginda berperang melawan musuh, baginda menunggu hingga matahari condong ke barat, kemudian baginda berdiri dan bersabda:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ لَا تَتَمَنَّوْا لِقَاءَ الْعَدُوِّ وَاسْأَلُوا اللَّهَ الْعَافِيَةَ فَإِذَا لَقِيتُمُوهُمْ فَاصْبِرُوا وَاعْلَمُوا أَنَّ الْجَنَّةَ تَحْتَ ظِلَالِ السُّيُوفِ

“Wahai manusia, janganlah kamu mengharapkan bertemu musuh dan mohonlag perlindungan kepada Allah. Apabila kamu bertemu mereka, maka bersabarlah. Dan ketahuilah bahawa syurga itu berada di bawah naungan pedang.”

Kemudian Nabi berdiri sambil bermunajat:

اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الْكِتَابِ وَمُجْرِيَ السَّحَابِ وَهَازِمَ الْأَحْزَابِ اهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ

“Ya Allah, Dzat yang menurunkan kitab, Dzat yang menjalankan awan, Dzat yang menghancurkan sekutu, hancurkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka.”

Hadis riwayat Muslim (1742)

Dalam riwayat al-Bukhari dengan lafaz berikut:

اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الْكِتَابِ سَرِيعَ الْحِسَابِ اللَّهُمَّ اهْزِمْ الْأَحْزَابَ اللَّهُمَّ اهْزِمْهُمْ وَزَلْزِلْهُمْ

“Ya Allah, Dzat yang menurunkan kitab, Dzat yang Maha cepat hitungannya, hancurkanlah sekutu. Ya Allah, hancurkanlah mereka dan goncangkanlah mereka.”

Hadis riwayat Al-Bukhari (2933)

Keterangan Hadis:

⚫️Bila Doa Qunut Nazilah Sunat Dibaca?

Doa qunut yang dikenali dengan qunut Nazilah disunatkan pembacaannya pada tiap-tiap kali sembahyang fardhu termasuk sembahyang fardhu Jumaat iaitu ketika i‘tidal rakaat akhir setelah membaca tahmid (zikir ketika i‘tidal) untuk menolak kecelakaan, bala bencana atau bahaya yang menimpa umat Islam seperti ketakutan, kemarau, wabak penyakit atau bahaya yang menyebabkan adanya permusuhan dari orang-orang kafir dan lain-lain seumpamanya. Apabila bahaya yang mengancam itu telah berakhir, maka berakhirlah pembacaan qunut Nazilah itu.

🔹Berkata Imam al-Nawawi (676H):

يُشْرَعُ الْقُنُوتُ فِي سَائِرِ الْمَكْتُوبَاتِ لِلنَّازِلَةِ لاَ مُطْلَقًا علَى الْمَشْهُوْرِ.انتهى

“(Mustahab) disunatkan membaca doa qunut di dalam tiap-tiap sembahyang fardhu kerana ditimpa an-nazilah (malapetaka) bukan secara mutlak menurut pendapat yang masyhur.” [Minhaj al-Thalibin, 1/172]

Ketika menjelaskan kedudukan hukum doa qunut Nazilah di dalam sembahyang fardhu dan apakah bentuk malapetaka itu, Imam al-Nawawi berkata:

مَذْهَبُ الشَّافِعِى رَحِمَهُ اللهُ أَنَّ الْقُنُوْتَ مَسْنُوْنٌ فِى صَلاَةِ الصُّبْحِ دَائِمًا، وَأَماَّ غَيْرِهَا فَلَهُ ثَلاَثَةُ أَقْوَالٍ، الصَّحِيْحُ الْمَشْهُوْرُ أَنَّهُ إِنْ نَزَلَتْ نَازِلَةٌ كَعَدُوٍّ وَقَحْطٍ وَوَبَاءٍ وَعَطَشٍ وَضَرَرٍ ظَاهِرٍ فِى الْمُسْلِمِيْنَ وَنَحْوِ ذَلِكَ قَنَتُوا فِى جَمِيْعِ الصَّلَوَاتِ الْمَكْتُوْبَةِ وَ إِلاَ فَلاَ. انتهى ملخصا

“Menurut mazhab Syafi‘e bahawasanya doa qunut itu sunat (dilakukan) di dalam sembahyang fardhu Subuh secara berkekalan. Adapun selain daripada sembahyang Subuh, maka ada tiga pendapat mengenainya. Pendapat yang sahih lagi masyhur ialah bahawasanya jika berlaku malapetaka seperti (bahaya) musuh, kemarau, wabak penyakit, kehausan, bahaya yang jelas berlaku ke atas umat Islam dan seumpamanya maka (sunat) mereka membaca qunut Nazilah pada keseluruhan sembahyang fardhu dan jika tidak maka tidaklah (disunatkan qunut tersebut).” [Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 2/319]

Malapetaka atau bahaya yang menimpa orang-orang Islam yang disunatkan membaca doa qunut Nazilah pada setiap sembahyang fardhu itu sama ada berbentuk umum atau khusus dalam erti umum.

🔹Berkata Al-Syeikh Sa‘id bin Muhammad bin Ba ‘Asyin (918H) pada menjelaskan berhubung dengan malapetaka yang menimpa orang-orang Islam:

إِذاَ نَزَلَتْ بِالْمُسْلِمِيْنَ العَامَّةُ كَقَحْطٍ وَخَوْفٍ مِنْ عَدُوٍّ وَجَرَادٍ وَمَطَرٍ مُضِرٍّ بِنَحْوِ زَرْعٍ، وَالخْاَصَّة الَّتِى فِى مَعْنَى الْعَامَّةِ كَأَسْرِ عَالِمٍ وَشُجَاعٍ لِتَضَرُّرِ الْمُسْلِمِيْنَ بِفَقْدِهِمَا.انتهى ملخصا
“(Sunat membaca qunut Nazilah di dalam sembahyang fardhu) apabila berlaku malapetaka yang umum iaitu seperti kemarau, ketakutan daripada pihak musuh, (serangan) belalang, hujan yang memudaratkan (yang mendatangkan bahaya) umpamanya ke atas tanaman dan malapetaka yang khusus yang dalam makna umum seperti penawanan seorang alim dan seorang yang gagah (pejuang Islam) kerana orang-orang Islam akan mudharat (berada dalam keadaan bahaya) dengan kehilangan mereka itu.” [Busyra Al-Karim, 1/175]

Qunut Nazilah itu pula bukan hanya disunatkan untuk dibaca oleh orang-orang Islam yang ditimpa malapetaka, bahkan ia juga sunat dibaca oleh mereka yang tidak terlibat atau terkena malapetaka itu iaitu untuk mendoakan saudara-saudara Islam mereka semoga terlepas dan selamat daripada musibah dan bencana yang menimpa mereka itu.

🔹Hal ini ada dijelaskan oleh as-Sayyid al-Bakari (1310 H) sebagaimana perkataan Bujairimi (1221 H) yang dinaqal beliau katanya:

فَيُسَنُّ لأَهْلِ نَاحِيَةٍ لَمْ تَنْزِلْ بِهِمْ فِعْلُ ذَلِكَ لِمَنْ نَزَلَتْ بِهِ. انتهى

“Maka disunatkan bagi penduduk suatu daerah yang tidak ditimpa ke atas mereka suatu bencana melakukannya (membaca qunut Nazilah) untuk orang yang ditimpa bencana.” [Hasyiyah I‘anah ath-Thalibin, 1/257]

Rasulullah sendiri pernah mempraktikkan pembacaan doa qunut Nazilah di dalam sembahyang fardhu Baginda. Hal ini jelas berlaku sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Nabi apabila hendak mendoakan supaya ditimpakan kecelakaan ke atas seseorang ataupun mendoakan kebaikan untuk seseorang Baginda membaca qunut setelah bangun daripada ruku‘ sehingga terkadang Baginda berdoa setelah membaca (سمع الله لمن حمده) dengan doa:

اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ، اللَّهُمَّ أَنْجِ الْوَلِيدَ بْنَ الْوَلِيدِ، وَسَلَمَةَ بْنَ هِشَامٍ، وَعَيَّاشَ بْنَ أَبِي رَبِيعَةَ. اللَّهُمَّ اشْدُدْ وَطْأَتَكَ عَلَى مُضَرَ وَاجْعَلْهَا سِنِيْنَ كَسِنِى يُوْسُفَ

“Ya Allah! Ya Tuhan kami! BagiMu segala puji dan syukur. Ya Allah! Selamatkan al-Walid bin al-Walid, Salamah bin Hisyam dan ‘Aiyash bin Abi Rabi‘ah. Ya Allah! Kuatkanlah tekananMu ke atas suku Mudhar jadikanlah kesusahan mereka itu bertahun-tahun seperti tahun-tahun (yang dilalui) oleh Nabi Yusuf (seperti terjadinya kemarau).”

Perbuatan sedemikian itu juga dilakukan oleh Baginda apabila sahabat-sahabat Baginda yang digelar al-Qurra’ (mereka ini mencari kayu api pada waktu siang dan melakukan ibadah khususnya sembahyang pada waktu malam) telah dibunuh di Bi’r Ma‘unah sebagaimana yang dinaqal oleh

🔹Ibnu Hajar (973H) di dalam kitabnya At-Tuhfah, katanya:

اَنَّهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَنَتَ شَهْرًا يَدْعُو عَلَى قَاتِلِى أَصْحَابِهِ الْقُرَّاءِ بِبِئْرِ مَعُوْنَةٍ لِدَفْعِ تَمَرُّدِهِمْ. انتهى بحذف

“Bahawasanya Baginda membaca qunut Nazilah selama sebulan, berdoa (memohon ditimpakan kecelakaan) ke atas orang-orang yang membunuh sahabat-sahabat Baginda al-Qurra’ di Bi’r Ma‘unah untuk menghindarkan mereka itu daripada berbuat sewenang-wenangnya terhadap orang Islam.” [Tuhfah al-Muhtaj, 2/68]

Apabila orang-orang Islam pada zaman Rasulullah dibunuh oleh kabilah Bani Sulaim yang terdiri daripada kabilah Ri’al, Dzakwan dan ‘Ushaiyah, Baginda berdoa supaya ditimpakan kecelakaan ke atas mereka sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas رضي الله عنهما katanya:

قَنَتَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَهْرًا مُتَتَابِعًا فِى الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ فِى دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ، إِذَا قَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فِى الرَّكْعَةِ الآخِرَةِ يَدْعُو علَىَ اَحْيَاءٍ مِنْ بَنِى سُلَيْمٍ عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَيُؤَمِّنُ مَنْ خَلْفَهُ
(رواه داود باسناد حسن أو صحيح)

“Rasulullah membaca qunut Nazilah selama sebulan terus-menerus pada tiap-tiap kali di belakang sembahyang Zohor, Asar, Maghrib, Isya dan Subuh.
Apabila Baginda membaca سمع الله لمن حمده pada rakaat akhir Baginda berdoa (supaya ditimpakan kecelakaan) ke atas suku/puak daripada Bani Sulaim yang terdiri daripada puak-puak Ri‘al, Dzakwan dan ‘Ushaiyah sementara makmum di belakang Baginda mengaminkannya.”
Hadis riwayat Abu Daud (1443) dengan isnad hasan atau sahih

Dinyatakan bahawa Saidina Umar رضي الله عنه, ketika memerangi orang nasrani membaca doa qunut nazilah di dalam solatnya:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعِينُكَ وَنَسْتَغْفِرُكَ وَنُثْنِي عَلَيْكَ وَلا نَكْفُرُكَ ، وَنُؤْمِنُ بِكَ وَنَخْلَعُ وَنَتْرُكُ مَنْ يَفْجُرُكَ ، اللَّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ ، وَنَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخَافُ عَذَابَكَ إِنَّ عَذَابَكَ بِالْكُفَّارِ مُلْحَقٌ ، اللَّهُمَّ عَذِّبِ الْكَفَرَةَ ، وَأَلْقِ فِي قُلُوبِهِمُ الرُّعْبَ ، وَخَالِفْ بَيْنَ كَلِمِهِمْ ، وَأَنْزِلْ عَلَيْهِمْ رِجْسَكَ وَعَذَابَكَ ، اللَّهُمَّ عَذِّبْ كَفَرَةَ أَهْلِ الْكِتَابِ الَّذِينَ يَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِكِ وَيُكَذِّبُونَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُونَ أَوْلِيَاءَكَ ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ، وَالْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ ، وَاجْعَلْ فِي قُلُوبِهِمُ الإِيمَانَ وَالْحِكْمَةَ ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُولِكَ ، وَأَوْزِعْهُمْ أَنْ يُوفُوا بِعَهْدِكَ الَّذِي عَاهَدْتَهُمْ عَلَيْهِ ، وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، إِلَهَ الْحَقِّ وَاجْعَلْنَا مِنْهُمْ

“Ya Allah kami memohon darimu pertolongan dan keampunan, kami memujimu dan tidak sesekali kami mengkufurimu, dan kami beriman kepadamu, kami menjauhi dan meninggalkan mereka yang menderhakaimu, wahai tuhan yang kami sembah,dan kepadamu kami menunaikan solat dan bersujud, dan kepadamu kami menuju, dan kami mengharapkan rahmatMu, dan kami sangat takut akan azabMu, Sesungguhnya azabMu untuk mereka yang mengkufurimu,Ya Allah azabkanlah orang kafir, dan letakkanlah di hati mereka ketakutan, dan berbalikkanlah kesatuan mereka, dan turunkanlah laknat dan azab darimu, Ya Allah azabkanlah orang kafir dari ahli kitab yang menghalang jalanMu dan tidak membenarkan Rasaul-rasulmu dan membunuh para auliya’Mu, Ya Allah ampunkanlah orang-orang mukmin, dan orang-orang Islam, dan perelokkan serta satukan kesatuan mereka, dan letakkanlah di hati mereka iman dan hikmah,dan kekalkan mereka di atas agama rasulMu, dan ilhamkan mereka untuk setia dengan janjiMu yang telah engkau janjikan, dan bantulah mereka dalam menghadapi musuhmu dan musuh mereka, Wahai tuhan yang benar, jadikanlah kami dari golongan yang engkau bantu”. [Futuhat Rabbaniyah, 3/301]

Wallahua’lam. Sollu’alannabi.

Sumber Rujukan:

1. http://fatwairsyadbrunei.blogspot.com/2015/05/qunut-nazilah.html?m=1
2. http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2895-al-kafi-969-hukum-membaca-qunut-nazilah

https://t.me/skuadpemudaislam