PIBG SK SERI KUNDANG
1.31K subscribers
750 photos
13 videos
36 files
148 links
Saluran Komunikasi Sekolah SK SERI KUNDANG
Download Telegram
Forwarded from Aznin Haida Abu Hasan
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Forwarded from Aznin Haida Abu Hasan
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Forwarded from Aznin Haida Abu Hasan
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Forwarded from Aznin Haida Abu Hasan
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Forwarded from Aznin Haida Abu Hasan
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Forwarded from Erwanis Ehsham
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Forwarded from Cahaya Liana
Kempen Hour of Code kini dah kembali.

Sertai webinar HOC pada Khamis ini 8 September 2022 pada jam3-4 petang

Maklumat lanjut : https://www.btpnsel.edu.my/.../kempen-hour-of-code.../

Jom semua sertai program anjuran bersama MDeC
Assalamualaikum... masalah murid hadir lewat masih lagi berlaku. Harap ibu bapa/penjaga cakna tentang waktu kehadiran ke sekolah iaitu sebelum 7.30 pagi bagi sesi pagi. Harap maklum dan terima kasih.
38 org yg lewat hari ini.
Selamat Bercuti
Assalamualaikum & salam sejahtera.

ISU KESELAMATAN MURID DI LUAR PAGAR SEKOLAH

Pihak sekolah dan PIBG sentiasa mengambil cakna isu keselamatan murid waktu datang dan balik sekolah. Murid telah dipesan melalui sesi perhimpunan waktu pagi dan waktu petang serta pesanan keselamatan diri juga di dalam kelas masing-masing.

Cadangan pihak sekolah :

1. Semua murid MESTI berada dalam kanopi kelas masing-masing waktu balik sekolah dengan pemantauan guru bertugas dan pengawal keselamatan
2. Ibu bapa dan pengusaha van, DIWAJIBKAN menghantar dan mengambil murid dari kanopi kelas masing2.
3. Murid tidak dibenarkan menunggu di luar kawasan kanopi untuk menjaga keselamatan mereka
4. Ibu bapa diminta mengambil anak dengan segera dan tidak membiarkan anak menunggu lama sehingga melepasi jam 1.30 tengahari dan 6.40 petang
5. Pengusaha van juga perlu cakna dengan keselamatan murid2, tidak membiarkan mereka melintas jalan sendirian dan tidak menyuruh mereka menunggu di luar kawasan kanopi.
6. Kanopi telah disediakan hasil sumbangan ibu bapa dan penjaga murid. Kita manfaatkan sumbangan ini dengan sebaiknya agar pahala jariah terus mengalir.
7. Ibu bapa /pengusaha van diminta mengingatkan anak2, agar tidak membeli ais krim atau makanan di luar pagar sekolah.

Jika semua langkah keselamatan telah kita ambil, insyaallah.. tiada kejadian tidak diingini akan berlaku di SERIKU. Sama-sama kita doa semoga semua murid-murid SERIKU diberi kesihatan yang baik dan selamat sepanjang berada di sekolah.

Kerjasama semua pihak dalam perkara ini amat diperlukan.

Sekian, Terima kasih

GB Liana@SERIKU
28 Sept 2022
*INFO KESELAMATAN MURID KETIKA PULANG DARI SEKOLAH*

Berikut adalah beberapa langkah pencegahan yang perlu diambil oleh semua murid dan ibubapa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku dalam kalangan anak-anak kita.

1️⃣ Sila pastikan murid berada dalam kawasan kanopi sekolah kerana ada pemerhatian daripada Pengawal Keselamatan Sekolah dan guru bertugas.

2️⃣ Ingatkan murid agar tidak menaiki kenderaan orang lain yang tidak dikenali.

Segera beredar dari tempat berkenaan atau jangan dilayan pujukan untuk dihantar balik ke rumah.

3️⃣ Ingatkan murid untuk sentiasa prihatin dengan persekitaran dan orang yang mencurigakan.

4️⃣ Sentiasa bekalkan murid dengan maklumat nombor telefon untuk dihubungi, nama ibu bapa dan alamat rumah di dalam beg sekolah atau lanyard.

5️⃣ Ibu bapa diminta simpan nombor telefon sekolah, nombor telefon pemandu bas/van, nombor telefon kecemasan dan segera hubungi nombor berkenaan jika anak tidak sampai ke rumah.

6️⃣ Jika terlewat mengambil anak sila berjumpa pengawal keselamatan atau hubungi guru kelas segera.

7️⃣ Pastikan murid menunggu van sekolah/kereta sewa bersama rakan yang naik bersama. Kenali kawan anak anda.

8️⃣ Keselamatan anak anda di luar kawasan sekolah tidak berada dalam kawalan pihak sekolah.

Justeru itu, pihak sekolah tidak bertanggungjawab jika berlaku insiden atau kemalangan.

Bersama-sama kita pastikan keselamatan anak murid kita semua terutama sekali ketika pulang ke rumah.

🚨 Kerjasama dan perhatian semua berkaitan perkara ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Semoga kita semua berada dalam keadaan sihat, selamat dan sejahtera serta dijauhi dari segala bahaya.

Terima kasih
GB Liana@SERIKU
29 Sept 2022
Pengumuman ini bermaksud, sekolah cuti pada 18 Nov 2022/Jumaat. Murid tidak perlu hadir ke sekolah. Terima kasih
Photo from Cahaya Liana