PIBG SK SERI KUNDANG
1.28K subscribers
776 photos
15 videos
38 files
153 links
Saluran Komunikasi Sekolah SK SERI KUNDANG
Download Telegram
Assalamualaikum... daripada maklumat yang disampaikan oleh SMK Seri Kundang, masih ramai murid yang belum membuat pengesahan ke tingkatan 1. Seperti yang telah dimaklumkan SEMUA MURID MESTI MEMBUAT PENGESAHAN. Saya sertakan sekali lagi makluman yang telah disampaikan sebelum ini dalam group kelas tahun 6.
Assalamualaikum & selamat sejahtera,

PENEMPATAN MURID TINGKATAN 1 TAHUN 2021 KE SMK SERI KUNDANG

*Makluman untuk ibu bapa/penjaga murid-murid yang ditempatkan di SMK SERI KUNDANG*, mohon tuan/puan daftar pengesahan penempatan anak tuan/puan di link berikut : Sila isi SEKALI sahaja

https://forms.gle/32sNRzYQnfLHd1FM8

1. Pengesahan penempatan ini perlu dibuat mulai 24/12/2020(Khamis) hingga 29/12/2020 (Selasa). Untuk pengesahan penempatan, tuan/puan tidak perlu hadir ke sekolah.

2. Untuk urusan pertukaran sekolah sila muat turun dan isi borang tukar PUA 275 yang disertakan. Borang ini juga boleh didapati di pejabat sekolah menengah. Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke SEK MENENGAH bersama dokumen yang diperlukan, setelah borang ini ditandatangan oleh pentadbir sekolah menengah, tuan/puan perlu menghantar borang & dokumen pertukaran ini ke Pejabat Pendidikan Daerah Gombak.

3. Hari Orientasi akan dilakukan secara dalam talian kerana keadaan pandemik Covid19 yang tidak mengizinkan dilakukan secara bersemuka.

Terima kasih.

Pn Rahmat Bee bt SS Abdul Razak
Pengetua
SMK SERI KUNDANG
Berkaitan dengan makluman di atas :

1. Untuk pengesahan ke tingkatan 1, ibubapa hanya perlu isi form/borang melalui link yang diberikan di atas. TIDAK PERLU HADIR KE SMK.

2. Bagi ibubapa yg menghadapi masalah untuk mengisi form/borang melalui link, boleh lakukan pengesahan secara manual iaitu dengan cara :
ambil surat penempatan di SK Seri Kundang (pondok pengawal keselamatan)
bawa surat tersebut ke SMK Seri Kundang untuk pengesahan.

Harap maklum.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Untuk makluman

Ibu bapa dan penjaga murid yang hendak berurusan di pejabat sekolah atau di kedai buku sekolah, hanya dibenarkan berurusan SEORANG sahaja bagi mengelakkan jangkitan covid-19.

Sila patuhi sop kerana kita masih belum menang.

Bersama2 kita putuskan rantaian covid-19 ini.

Terima kasih
Drpd,
GB Liana@SERIKU
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

MAKLUMAN KEPADA PENJAGA MURID TAHUN 1/2021
SK SERI KUNDANG

1. Tiada Hari Orientasi bagi murid Tahun 1 / 2021
2. Murid dikehendaki hadir ke sekolah pada sesi petang bertarikh 20 Januari 2021/Rabu.
(Masa persekolahan murid tahun 1 pada hari pertama akan dimaklumkan kemudian)
3. Murid dikehendaki memakai baju sekolah yang lengkap.
4. Murid tidak perlu membawa buku teks atau buku tulis kecuali dokumen yang ditetapkan (rujuk perkara no.7).
5. Ibu bapa / Penjaga dibenarkan menghantar anak ke sekolah hingga di depan pintu pagar A sahaja
6. Ibu bapa / Penjaga dilarang masuk ke dalam kawasan sekolah untuk mengelakkan suasana sesak dan tiada penjarakan fizikal
7. Ibu bapa / Penjaga murid sila ambil bahan berkaitan persediaan persekolahan murid tahun 1 di pondok pengawal sekolah (pintu pagar B) bermula 11 Januari 2021/Isnin, untuk memudahkan urusan persediaan persekolahan.
8. Kedai Buku akan ditutup pada minggu pertama persekolahan 20. 21 dan 22 Januari untuk melancarkan perjalanan hari persekolahan.
9. Semua ibu bapa / Penjaga murid diminta menyelesaikan pembelian di Kedai Buku sebelum sesi persekolahan bermula.

Kerjasama dari semua ibu bapa / penjaga murid diucapkan terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,
Pn. Liana @SERIKU
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,

Berikutan pertambahan murid pada tahun 2021 dan isu kekurangan buku teks, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) amat menggalakkan guru² dan murid² menggunakan Buku Teks Digital Asas (BTDA) agar sesi pembelajaran dan pengajaran dapat berjalan seperti biasa.

Dilampirkan pautan bagi BTDA tersebut:

https://drive.google.com/file/d/1WjJIeZFZss9jkNP_kp9BocOEXmwt4Tky/view?usp=drivesdk

Pihak sekolah amat berharap, ketidakcukupan bilangan buku teks tidak menjadi isu besar kerana sudah ada alternatif spt BTDA ini.

Kepada murid yang telah diberi buku teks, tolonglah jaga buku tersebut agar boleh digunakan pula kepada murid tahun seterusnya. Kekurangan bilangan buku teks berlaku kerana banyak yang koyak dan tidak dipulihara semula kerana kecuaian peminjam.

Sekian, terima kasih.
Pn. Liana@GB SERIKU
Assalamualaikum

Sebagai persediaan persekolahan murid Tahun 1, ibu bapa dan penjaga murid diminta untuk muat turun aplikasi Telegram. Semua maklumat akan disalurkan melalui aplikasi Telegram sahaja.

Tuan/ puan akan dimasukkan ke dalam group Telegram berdasarkan nombor telefon yang telah diberi kepada pihak sekolah.

Terima kasih
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
INFO SERIKU

Kepada Ibu bapa dan Penjaga Murid
Sesi persekolahan akan bermula pada 20 Januari 2021 bersamaan hari Rabu secara dalam talian. Bermaksud murid belajar di rumah dengan bimbingan dan pengawasan ibu bapa sehingga selesai PKP dan setelah mendapat makluman terkini dari KPM.

Jadual waktu pembelajaran atas talian akan diedarkan pada hari Selasa 19 Januari 2021 oleh guru kelas anak masing-masing.

Bagi murid tahun 2 hingga tahun 6, tiada perubahan nama kelas, yang berubah hanya tahun sahaja. Contohnya murid 2 USM akan berada di kelas 3 USM pada tahun 2021.

Manakala bagi murid tahun 1, senarai nama murid mengikut kelas akan dimaklumkan dalam telegram rasmi murid tahun 1 (ibu bapa diminta install aplikasi Telegram) untuk tujuan tersebut.

Ibu bapa/ penjaga murid dan murid TIDAK PERLU HADIR ke sekolah pada hari Rabu 20 Januari 2021 dan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sekian, terima kasih

GB Liana@SERIKU
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Untuk makluman, ibu bapa/penjaga murid, tuan boleh membuat pengemaskinian maklumat profil murid melalui portal public.moe.gov.my

Melalui SPATKPM ini juga penjaga boleh pantau kehadiran anak. Sistem akan papar analisis kehadiran anak ke sekolah.

Bersama-sama ini disertakan manual pengguna sebagai rujukan. Manual juga boleh dimuat turun dari portal SPAT.

Ibu bapa/penjaga yang mempunyai masalah untuk kemaskini, boleh berhubung dengan guru kelas.

Disertakan perkongsian video sebagai panduan kepada ibu bapa semasa mendaftar dan mengemaskini data dalam portal public.moe.gov.my. Dikongsikan juga video dan manual dalam group ibubapa/penjaga supaya memudahkan kerja Ibu bapa. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.

https://youtu.be/Qg9lih4q4F8


Disertakan juga pautan Google Form untuk diisi bagi semakan kata laluan di SPATKPM.

http://gg.gg/spatkpm

*data murid tahun 1 2021 dan murid baharu bertukar dari sekolah swasta/tahfiz (ASBS) hanya akan terpapar selepas 18 Januari.

Kerjasama semua pihak amat dihargai.
Sekian. Terima kasih
Makluman Awal

Assalamualaikum

TAKLIMAT PERSEDIAAN SEKOLAH MURID TAHUN 1/ 2021
SK SERI KUNDANG


Sukacita dimaklumkan bahawa taklimat tersebut akan diadakan secara Google Meet seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 18 Januari 2021
Hari : Isnin
Masa : 3.00 petang

Pautan Google Meet akan diberi dalam telegram 'Tahun 1 SERIKU 2021' 15 minit sebelum taklimat bermula. Penjaga murid tahun 1 akan di'invite' dalam telegram tersebut oleh guru kelas selewat-lewatnya pagi Isnin.
Terima kasih

GB Liana@SERIKU
👍
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

PEMBELIAN PERALATAN SEKOLAH MELALUI TEMUJANJI
DI KEDAI BUKU SK SERI KUNDANG

Ibu bapa yang ingin membuat pembelian peralatan sekolah anak, boleh hubungi Puan Nazirah di talian 0162429589 untuk membuat pembelian secara temujanji.

Sekian, terima kasih

GB Liana@SERIKU
MESEJ PENTING

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera

Kepada Ibu bapa/ Penjaga Murid Yang Dihormati,


PENYERAHAN DOKUMEN DAN PENGAMBILAN MODUL TRANSISI TAHUN 1

📌 1. Ibu bapa dibenarkan hadir ke sekolah mengikut ketetapan berikut untuk tujuan di atas:

HARI JUMAAT ( 22 JANUARI 2021 )
SESI 1 : 2.00 ptg – 4.00 ptg
SESI 2 : 4.00 ptg – 6.00 ptg

HARI SABTU ( 23 JANUARI 2021 )
SESI 1 : 9.00 pg– 11. 00 pG
SESI 2 : 11.00 pg – 1.00 ptg
SESI 3 : 1.00 tgh– 3.00 ptg
SESI 4 : 4.00 ptg. -6.00 ptg

📌 2. Ibu bapa wajib mengisi maklumat pada google form yang diberi

https://forms.gle/p5QYGooKdFaVGYa5A

sebelum hadir ke sekolah mengikut waktu yang dipilih.

📌 3. Penyerahan dokumen dan pengambilan Buku Modul Transisi dijalankan berdasarkan stesen
Penyerahan dokumen  salinan ic ibu bapa, salinan rekod imunisasi, gambar anak 2 keping, salinan surat beranak, slip gaji terkini/pengesahan pendapatan dan borang SMM yang telah lengkap ditulis.

📌 4. Dibenarkan seorang sahaja penjaga yang hadir dan sila patuhi SOP yang ditetapkan.
Pakai pelitup muka, ambil sukatan suhu badan, wajib scan MySejahtera, jaga jarak dan tidak sembang dekat2. Mereka yang bergejala seperti demam, batuk, selsema, pening kepala adalah DILARANG HADIR.

📌 5. Berikut adalah stesen yang ditetapkan untuk tujuan tersebut.
A. Kantin Sekolah - 1 UM, 1 UPM, 1 UIA, 1 USM (Masuk melalui Pagar A)
B. Balai Budaya - 1 UNIMAS, 1UiTM, 1 UPSI, 1 UKM (Masuk melalui Pagar A)
C. Parkir Motosikal - 1 USIM, 1 UUM, 1 UTM (Masuk melalui Pagar B)
* Pagar A, pintu laluan murid masuk sekolah (berbumbung)
* Pagar B, pintu laluan ke SMK Seri Kundang

📌 6. Sila bawa bersama wang bayaran Program Transisi Tahun 1 sebanyak RM15.00 seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini. Masukkan wang tersebut dalam sampul surat dan tulis nama anak, kelas serta nombor telefon ibu atau bapa yang boleh dihubungi. Resit akan diberi.

📌 7. Begitu juga dengan bayaran Kad PSS sebayak RM6.00. Sediakan wang secukupnya kerana wang baki tidak dikembalikan.

📌 8. Pastikan serahan dokumen adalah mengikut senarai semak yang telah diberi.

📌 9. Penjaga DILARANG membeli peralatan sekolah di kedai buku kecuali kepada mereka yang telah membuat temu janji.

Kerjasama semua ibu bapa diucapkan terima kasih dan semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

Terima kasih

GB Liana@SERIKU
Photo from Cahaya Liana
Photo from Cahaya Liana
Photo from Cahaya Liana
Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kepada ibu bapa / penjaga murid yang dihormati

Berikut dimaklumkan jadual pemulangan dan mengambilan buku teks bagi murid tahun 2-6/2021.

Murid tahun 1 akan menerima buku teks selepas selesai program transisi pada bulan Mac nanti.

Sekian harap maklum dan terima kasih

Saya yg menjalankan amanah
Pn Liana@SERIKU