Info Rasmi SK Putrajaya Presint 8 (1)
817 subscribers
343 photos
41 videos
147 files
234 links
Saluran Rasmi Telegram SK Putrajaya Presint 8 (1)
Official Telegram Channel of SK Putrajaya Presint 8 (1)
Download Telegram
*PENYERAHAN ID MOE & PENGAKTIFAN ID NILAM AINS 2024*
Assalammualaikum dan salam sejahtera:

_Makluman kepada *ibu bapa TAHUN 1 2024*, taklimat pengaktifan id moe dan penggunaan delima serta NILAM AINS akan diadakan seperti berikut:_

📍Sabtu 22 Jun 2024 
📍10:00AM-11.00AM
*pautan google meet* https://meet.google.com/vjo-osxp-hjm

*TENTATIF*
10.00 am masuk /pendaftaran
10.15 Pengenalan portal delima dan cara nak masuk
10.30 Pengenalan sistem AINS

Hanya seorang ibu bapa sahaja digalakkan masuk untuk mewakili seorang anak.

TERIMA KASIH
Assalamualaikum dan selamat sejahtera

TWINKLE 8(1) TV PSS
SHINE BRIGHT LIKE A STAR 🌟

Baru-baru ini, kami berpeluang untuk melakukan liputan di Kejohanan Sepak Takraw MSS JPWPP Tahun 2024

Berikut merupakan episod liputan kami :

🎥 EPISOD 85 : HARI TERAKHIR KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSS JPWPP 2024

https://youtu.be/vmJqC_UnnGQ

Jangan lupa untuk share, like dan subscribe

"SHINE BRIGHT LIKE A STAR"

#twinkle8(1)tvpss
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Jom sertai Pertandingan Energy Efficiency Challenge 2024!
Pertandingan ini dibawakan khas oleh Suruhanjaya Tenaga khusus untuk semua pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah dengan pelbagai hadiah yang menarik.
Untuk maklumat lanjut berkenaan pertandingan ini, sila layari laman web rasmi EE Challenge 2024 di www.st.gov.my/eechallenge.
Tarikh tutup: 12 Sept 2024
Forwarded from Pendidik2u
Melatih anak supaya bangun awal pagi, untuk solat Subuh, memerlukan kesabaran dan pendekatan yang konsisten. Berikut adalah beberapa cara yang boleh membantu:

1. Tetapkan Rutin Tidur: Pastikan anak tidur pada waktu yang sama setiap malam, termasuk pada hari cuti. Waktu tidur yang konsisten membantu tubuh menyesuaikan diri dengan pola tidur yang tetap.

2. Kurangkan Gajet Sebelum Tidur: Elakkan penggunaan gajet seperti telefon bimbit atau tablet sekurang-kurangnya satu jam sebelum tidur. Cahaya biru dari skrin boleh mengganggu pengeluaran hormon melatonin yang penting untuk tidur.

3. Cipta Suasana Tidur yang Nyaman: Pastikan bilik tidur anak nyaman, gelap, dan tenang. Suhu bilik yang sesuai dan tilam yang selesa boleh membantu anak tidur lebih nyenyak.

4. Beri Contoh yang Baik: Tunjukkan teladan dengan bangun awal setiap hari, termasuk untuk solat Subuh. Anak-anak sering meniru tingkah laku ibu bapa mereka.

5. Beri Penghargaan: Beri pujian atau ganjaran kecil apabila anak berjaya bangun awal. Ini boleh memberikan motivasi kepada mereka untuk terus melakukannya.

6. Bacaan Doa dan Zikir Sebelum Tidur: Amalkan membaca doa dan zikir sebelum tidur. Selain menenangkan hati, amalan ini juga boleh memudahkan anak bangun untuk solat Subuh.

7. Ajarkan Kepentingan Solat Subuh: Terangkan kepada anak tentang pentingnya solat Subuh dan manfaat bangun awal pagi. Pengajaran ini boleh diberikan melalui cerita atau kisah-kisah teladan.

8. Gunakan Jam Penggera: Bantu anak dengan menggunakan jam penggera. Pilih bunyi yang tidak terlalu kuat tetapi cukup untuk mengejutkan mereka.

9. Bangunkan Anak dengan Lembut: Apabila membangunkan anak, lakukan dengan lembut dan penuh kasih sayang. Elakkan mengejutkan mereka dengan cara yang kasar.

10. Latihan Secara Bertahap: Mulakan dengan bangun 15 minit lebih awal dari biasa dan secara beransur-ansur laraskan waktu bangun sehingga mencapai waktu yang diinginkan.

Dengan konsistensi dan kesabaran, anak-anak akan terbiasa bangun awal pagi, termasuk untuk menunaikan solat Subuh.
Jam tangan jenama G-Shock.. sesiapa yang ada kehilangan boleh berjumpa dengan Ust. Elias. Terima kasih
Assalamualaikum wbt.

Y.M / YBhg. Datin/ YBrs Dr/ Tuan / Puan/ Saudara / Saudari,

Sukacita dimaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Islam, Surau Al-Imtiyaz SK Putrajaya Presint 8(1) akan mengadakan *Sambutan Maal Hijrah 1446H/2024* peringkat sekolah secara dalam talian seperti ketetapan berikut:

🗓️Tarikh: 19 Julai 2024 (Jumaat - Malam)
Masa: 8.00 -9.00 malam
🏚️Tempat: Kediaman masing-masing
📌Sasaran: Kulawarga SK Putrajaya Presint 8(1), Warga SK Putrajaya Presint 9(1) serta seluruh muslimin dan muslimat Presint 8 dan Presint 9.


📹 *Watch Youtube Live*
https://www.youtube.com/watch?v=1p13Alx4Oyg


Semoga kehadiran Tuan/Puan memeriahkan majlis.

Terima kasih.

*ANJURAN*
🕌Panitia Pendidikan Islam SKPP8(1)
🕌Surau Al-Imtiyaz SKPP8(1)
Forwarded from Pendidik2u
Melatih anak supaya bangun awal pagi, untuk solat Subuh, memerlukan kesabaran dan pendekatan yang konsisten. Berikut adalah beberapa cara yang boleh membantu:

1. Tetapkan Rutin Tidur: Pastikan anak tidur pada waktu yang sama setiap malam, termasuk pada hari cuti. Waktu tidur yang konsisten membantu tubuh menyesuaikan diri dengan pola tidur yang tetap.

2. Kurangkan Gajet Sebelum Tidur: Elakkan penggunaan gajet seperti telefon bimbit atau tablet sekurang-kurangnya satu jam sebelum tidur. Cahaya biru dari skrin boleh mengganggu pengeluaran hormon melatonin yang penting untuk tidur.

3. Cipta Suasana Tidur yang Nyaman: Pastikan bilik tidur anak nyaman, gelap, dan tenang. Suhu bilik yang sesuai dan tilam yang selesa boleh membantu anak tidur lebih nyenyak.

4. Beri Contoh yang Baik: Tunjukkan teladan dengan bangun awal setiap hari, termasuk untuk solat Subuh. Anak-anak sering meniru tingkah laku ibu bapa mereka.

5. Beri Penghargaan: Beri pujian atau ganjaran kecil apabila anak berjaya bangun awal. Ini boleh memberikan motivasi kepada mereka untuk terus melakukannya.

6. Bacaan Doa dan Zikir Sebelum Tidur: Amalkan membaca doa dan zikir sebelum tidur. Selain menenangkan hati, amalan ini juga boleh memudahkan anak bangun untuk solat Subuh.

7. Ajarkan Kepentingan Solat Subuh: Terangkan kepada anak tentang pentingnya solat Subuh dan manfaat bangun awal pagi. Pengajaran ini boleh diberikan melalui cerita atau kisah-kisah teladan.

8. Gunakan Jam Penggera: Bantu anak dengan menggunakan jam penggera. Pilih bunyi yang tidak terlalu kuat tetapi cukup untuk mengejutkan mereka.

9. Bangunkan Anak dengan Lembut: Apabila membangunkan anak, lakukan dengan lembut dan penuh kasih sayang. Elakkan mengejutkan mereka dengan cara yang kasar.

10. Latihan Secara Bertahap: Mulakan dengan bangun 15 minit lebih awal dari biasa dan secara beransur-ansur laraskan waktu bangun sehingga mencapai waktu yang diinginkan.

Dengan konsistensi dan kesabaran, anak-anak akan terbiasa bangun awal pagi, termasuk untuk menunaikan solat Subuh.
Salam kepada semua ibu bapa
🌹Surat memohon sumbangan PIBG telah diedarkan pada 29hb Julai 2024
🌹Sumbangan diterima bermula 1hb Ogos 2024 hingga 31hb Oktober 2024
🌹Sebarang masalah berkaitan boleh berhubung dengan guru kelas anak masing-masing

💗 Terima kasih diucapkan atas keprihatinan ibu bapa
Harap ibu bapa/penjaga ambil maklum untuk keselamatan anak-anak.☝🏻

Terima kasih.
📝 KUIZ MYNINJA HARI ASEAN KE-57

📆 (Unlimited Ends at 11.59am 11/8/2024), ***Sangat sesuai untuk penglibatan semua pelajar dan individu. Tiada had keterlibatan. 60% markah lulus.

 PAJSK - KPM Approved (Ref No. KPM.600-12/1/4 Jld.54 (23) Date : 5/7/2024).
Link adalah seperti berikut : https://bit.ly/MyninjaHariASEAN

‼️Peringatan Penting!! Sila pastikan email yang anda masukkan adalah betul bagi tujuan menjimatkan masa dan memastikan semua sijil dapat diterima oleh semua di dalam tempoh 7 hari daripada tarikh tutup Kuiz ini.

💡 Semoga melalui usaha ini, kita mendapat sedikit ilmu bagi mengenal Subjek Kuiz seperti di atas. Bantu Kami dengan #Like, #Follow dan #Share Post in ya! Terima kasih! Selamat Menjawab! #myninja #enjoyninjas
Forwarded from Siti Rohana
PELANCARAN DAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2024
📆 12/8/2024 (ISNIN)

📍PAKAIAN MURID :
BAJU UNIFORM SEKOLAH

Murid diminta untuk membawa bendera kecil
Assalamualaikum, Salam Sejahtera ibubapa/penjaga yang di rahmati dan di hormati
Salam Malaysia MADANI

Penutupan 1 Lorong Jalan P8 Dihadapan Pagar SKPP8(1)

Untuk makluman semua, proses naik taraf padang & trek Kompleks Sekolah Presint 8(1) telah bermula. Pihak kontraktor menggunakan laluan pagar SKPP8(1) untuk keluar/masuk ke kawasan projek.

Pihak kontraktor membina interlocking pavement dihadapan pagar SK dan kerja-kerja tersebut hanya dapat diselesaikan sehingga lewat malam ISNIN (esok)

Di mohon agar semua ibubapa/penjaga dapat ambil maklum perkara ini.
Mohon kerjasama untuk hantar anak-anak awal ke sekolah, tidak menunggu lama di sepanjang hadapan pagar sekolah dan berhati-hati semasa melalui kawasan pembinaan tersebut.
Mohon ibubapa juga sentiasa mengingatkan anak- anak untuk menjaga keselamatan dan disiplin diri masing- masing dan patuhi arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Kerjasama anda amatlah diharapkan bagi menjamin keselamatan anak-anak, kelancaran trafik dan keselesaan semua pengguna jalanraya

Terima Kasih

Pentadbir
SK Putrajaya Presint 8(1)
Cara Claim Baucer Buku

Pemberian baucer buku menerusi aplikasi DELIMA menggunakan kaedah berikut;

1. Murid log masuk aplikasi DELIMa
https://d2.delima.edu.my menggunakan id/pasword DELIMa dan klik ikon Perbadanan Kota Buku.

2. Daftar akaun dan kredit akan dipapar di akaun masing-masing. Gunakan emel delima untuk pendaftaran.

3. Murid boleh memilih judul yang disukai daripada kepelbagaian judul yang ada.

4. Setelah selesai memilih, murid boleh daftar keluar (check out) dan memilih pilihan bayaran kredit e-kedai (e-store credit).

5. Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan.

6. Proses selesai.

Semoga pemberian kerajaan ini dapat meningkatkan minat murid untuk membaca.

Boleh rujuk video ini sebagai panduan
https://www.facebook.com/share/r/iRXFvTShb1tyooF4/?mibextid=V2iOCx

Share via: https://t.me/pendidik2u/10372

🚩🚩🚩🚩 🚩🚩🚩🚩🚩 🚩🚩
Salam sejahtera
Makluman dan tindakan ibubapa/ penjaga yang dihormati
Berdasarkan data Penebusan Baucar Buku KPM, hanya 69/607 orang murid tahap 2 SKPP8(1) yang telah menebus baucar buku. Mohon ibu bapa memanfaatkan pemberian baucer buku dan membuat penebusan segera sebelum terlambat.
Sekian terima kasih