SisQuote
101 subscribers
147 photos
115 videos
1 file
35 links
Terima kasih sudi subscribe channel kami. Semoga apa yg dikongsikan bermanfaat untuk semua.

Random Quotes ✍️
- Since 2020 -

Al-faqeera
Quotes lover
Download Telegram
Jangan Berbuat Zalim Dan Bakhil

Daripada Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah ﷺ bersabda:

إِيَّاكُمْ وَالظُّلْمَ فَإِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَإِيَّاكُمْ وَالْفُحْشَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفُحْشَ وَالتَّفَحُّشَ وَإِيَّاكُمْ وَالشُّحَّ فَإِنَّهُ دَعَا مَنْ قَبْلَكُمْ فَاسْتَحَلُّوا مَحَارِمَهُمْ وَسَفَكُوا دِمَاءَهُمْ وَقَطَّعُوا أَرْحَامَهُمْ

Maksudnya: "Janganlah kalian berbuat zalim, kerana kezaliman akan menjadi kegelapan pada hari kiamat di sisi Allah, janganlah berbuat keji kerana Allah tidak suka kekejian dan perbutan keji, janganlah berbuat kikir, kerana itu yang menyebabkan kerosakan orang-orang sebelum kalian, sehingga mereka menghalalkan kehormatan, menumpahkan darah dan memutus hubungan silaturahim mereka."

Sahih Riwayat Ahmad, 9202

- Muslim dilarang melakukan kezaliman kepada dirinya dan orang lain.
- Muslim juga dilarang bersifat kikir atau bakhil. Bakhil adalah buah dan akibat dari kecintaan kepada dunia.
- Semoga kita dijauhkan daripada memiliki sifat zalim, keji dan bakhil.

@sisQuote🧚‍♀
Arabic Class (Part 1)

Assalamualaikum… Jom kita mempelajari beberapa ungkapan biasa yang digunakan didalam Bahasa Arab.

• Selamat Pagi - Sobahul khair ( صَبَاحُ الْخَيْر )
• Ucapan Balas Selamat Pagi - Sobahun nur ( صَبَاحُ النُّوْر)
• Selamat Petang - Masaul khair ( مَسَاءُ الْخَيْر)
• Ucapan Balas Selamat Petang - Masa un nur ( مَسَاءُ النُّور)
• Selamat Malam - Laila sa'edah ( ليلة سعيدة )
• Terima Kasih - Syukran (شكرًا )
• Sama-sama - Afwan ) عفوًا )
• Semoga Allah Membalas Jasamu (L) - Jazakallahu khairan ( جزاكَ الله خيرًا )
• Semoga Allah Membalas Jasamu (P) - Jazakillahu khairan ( جزاكِ الله خيرًا )
• Semoga Allah menyembuhkan Awak (L) - Syafakallah ( شفاكَ الله )
• Semoga Allah menyembuhkan Awak (P) - Syafakillah ( شفاكِ الله )
• Semoga Bertemu Lagi - illal liqa’ ( الى اللقاء )

Semoga Bermanfaat
Arabic Class (Part 2)

Assalamualaikum… Jom kita mempelajari anggota badan kita didalam Bahasa Arab.

• Rambut - Sha’run (شَعْرٌ)
• Mata - Ainun (عَيْنٌ)
• Telinga - Uzunun (أُذُنٌ)
• Hidung - Anfun (أَنْفٌ)
• Mulut - Famun (فَمٌ)
• Lidah - Lisanun (لِسَانٌ)
• Gigi - Sinnun (سِنٌّ)
• Kepala - Ra’sun (رَأْسٌ)
• Dada - Sadrun (صَدْرٌ)
• Perut - Batnun (بَطْنٌ)
• Tangan - Yadun (يَدٌ)
• Kaki - Rijlun (رِجْلٌ)

Semoga Bermanfaat
Doa Memohon Ketetapan Hati

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةًۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami setelah Engkau beri hidayah kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.

Surah Ali-Imran: 8
Ikhlas Dalam Beramal

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata; Rasulullah ﷺ bersabda:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ.

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu."

Riwayat Muslim, 2564.

@sisQuote🧚‍♀
Kebaikan Dibalas Kebaikan

Firman Allah SWT :

هَلْ جَزَاءُ الْإِحْسَانِ إِلَّا الْإِحْسَانُ

Yang Bermaksud: “Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula).”

Surah Ar-Rahman: 60

Maka berbuat baiklah. Karena kebaikan tersebut akan kembali kepada diri anda sendiri.

Firman Allah SWT:

إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ

Yang Bermaksud:“Jika kamu berbuat kebaikan, maka kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu.”

Surah Al-Isra: 7

@sisQuote🧚‍♀
Arabic Class (Part 3)

Assalamualaikum… Jom kita mempelajari nama-nama buah dalam Bahasa Arab.

• Buah - Fawakeh (فَوَاكِه)
• Epal - Tuffahun (تُفًّاحٌ)
• Anggur - Innabun (عِنَبٌ)
• Pisang - Mauzun (مَوزٌ)
• Oren - Burtuqalun (بُرْتُقَالٌ)
• Tembikai - Bittihun (بِطِّيخٌ)
• Betik - Baabaayaa (بَابَايَا)
• Mangga - Manjuu (مَانْجُو)
• Durian - Abu Syaukatin (أَبُوشَوكَةٍ)
• Belimbing - Najmiyatun (نَجْمِيَّةٌ)
• Strawberi - Farawilatun (فَرَاوِلَةٌ)
• Jambu - Jawwafatun (جَوَّافَةٌ)
• Manggis - Manjisun (مَنْجِسٌ)
• Jagung - Zurratun (ذُرَّةٌ)
• Nenas - Ananasun (أَنَانَاسٌ)
• Kelapa - Narajilun (نَارَجِيلٌ)
• Kurma - Tamrun (تَمْرٌ)
• Delima - Rummanun (رُمَّانٌ)

Semoga Bermanfaat.
Arabic Class (Part 4)

Assalamualaikum… Jom kita mempelajari nama sayur-sayuran dalam Bahasa Arab.

• Sayuran - Khodrowatun (خَضْرَاوَاتٌ)
• Tomato - Tomatimun (طَمَاطِمٌ)
• Cili - Filfilun (فِلْفِلٌ)
• Kentang - Batotisun (بَطَاطِسٌ)
• Sawi - Khordalun (خَرْدَلٌ)
• Terung - Bazinjanun (بَازِنْجَانٌ)
• Kubis - Kurunbun (كُرُنْبٌ)
• Bayam - Isbanakhun (اِسْبانَخٌ)
• Bawang Putih - Thaumun (ثَومٌ)
• Bawang Merah - Basolun (بَصَلٌ)
• Lobak Merah - Jazarun (جَزَرٌ)
• Timun - Khiyarun (خِيَارٌ)
• Bunga Kubis - Qornabitun (قَرْنَبِيطٌ)
• Labu - Yaqtinun (يَقْطِينٌ)
• Halia - Zanjabilun (زَنْجَبِيْلٌ)

Semoga Bermanfaat.
Tanda-Tanda Kecil Kiamat

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقْبَضَ العِلْمُ، وَتَكْثُرَ الزَّلاَزِلُ، وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ، وَتَظْهَرَ الفِتَنُ، وَيَكْثُرَ الهَرْجُ

Maksudnya: “Tidak akan berlakunya Kiamat sehingga diangkat ilmu, banyaknya berlaku gempa, masa berlalu dengan pantas, terzahirnya fitnah-fitnah dan banyaknya pembunuhan.”

Riwayat al-Bukhari, 1036

@sisQuote🧚‍♀
Arabic Class (Part 5)

Assalamualaikum… Jom kita mempelajari panggilan keluarga dalam Bahasa Arab.

• Keluarga - Usrah (الأُسْرَةُ)
• Ayah - Abun (أَبٌ)
• Ibu - Ummun (أُمٌّ)
• Datuk - Jaddun (جَدٌّ)
• Nenek - Jaddatun (جَدَّةٌ)
• Anak L - Ibnun (اِبْنٌ)
• Anak P - Bintun (بِنْتٌ)
• Abang - Akhun (أَخٌ)
• Kakak - Ukhtun (أُخْتٌ)
• Adik L - Akhun Soghirun (أَخٌ صَغِيرٌ)
• Adik P - Ukhtun Soghiratun (أُخْتٌ صَغِيرَةٌ)
• Bayi - Sobiyyun (صَبِيٌّ)
• Pakcik Sebelah Ayah - Ammun (عَمٌ)
• Makcik Sebelah Ayah - Ammatun (عَمَّةٌ)
• Pakcik Sebelah Ibu - Khalun (خَالٌ)
• Makcik Sebelah Ibu - Khalatun (خَالَةٌ)
• Sepupu L Sebelah Ayah - Ibnul Ammi (اِبْنُ العَمِّ)
• Sepupu P Sebelah Ayah - Ibnatul Ammi (اِبْنَةُ العَمِّ)
• Sepupu L Sebelah Ibu - Ibnul Khali (اِبْنُ الخَالِ)
• Sepupu P Sebelah Ibu - Ibnatul Khali (اِبْنَةُ الخَالِ)
• Anak Saudara L - Ibnul Akhi (اِبْنُ الأَخِ)
• Anak Saudara P - Bintul Akhi (بِنْتُ الأَخِ)

Semoga Bermanfaat.
Zuhud Dalam Kehidupan

Dari Sahl bin Sa'd As Sa'idi dia berkata, "Seorang laki-laki datang kepada Nabi ﷺ berkata, "Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu amalan yang jika aku kerjakan maka Allah dan seluruh manusia akan mencintaiku". Rasulullah ﷺ bersabda:

ازْهَدْ فِي الدُّنْيَا يُحِبَّكَ اللَّهُ وَازْهَدْ فِيمَا فِي أَيْدِي النَّاسِ يُحِبُّوكَ


Maksudnya: "Berlakulah zuhud dalam urusan dunia nescaya kamu akan dicintai Allah, dan zuhudlah kamu terhadap apa yang dimiliki orang lain nescaya kamu akan dicintai oleh manusia."

Sahih Riwayat Ibnu Majah, 4092

- Zuhud bermakna bersederhana dalam kehidupan, tidak memandang dunia melebihi akhirat namun dalam masa yang sama tidak meninggalkan dunia secara keseluruhan.
- Zuhud bukan bererti menolak dunia malah dia akan bekerja bersungguh-sungguh dengan niat semata-mata kerana Allah. Menggunakan segala yang dimiliki dalam usaha memberi khidmat kepada orang ramai dan hanya mengambil sekadar yang perlu.

@sisQuote🧚‍♀
Arabic Class (Part 6)

Assalamualaikum… Jom kita mempelajari makanan dan minuman dalam Bahasa Arab.

• Makanan - Ma’kulat (المَأْكُولَاتُ)
• Minuman - Mashrubat (المَشْرُوبَاتُ)
• Roti - Khubzun (خُبْزٌ)
• Nasi - Aruzzun (أَرُزٌّ)
• Makaroni - Makrunatun (مَكْرُونَةٌ)
• Bihun - Sya’riyatun (شَعْرِيَّةٌ)
• Roti Canai - Fatiratun (فَطِيْرَةٌ)
• Telur - Baidun (بَيْضٌ)
• Daging - Lahmun (لَحْمٌ)
• Ayam - Dajajun (دَجَاجٌ)
• Ikan - Samakun (سَمَكٌ)
• Burger - Birjirun (بِرْجِرٌ)
• Pizza - Bitza (بِيتْزَا)
• Kek - Ka’kun (كَعْكٌ)
• Biskut - Baskawitun (بَسْكَوِيْتٌ)
• Sup - Hasaa un (حَسَاءٌ)
• Air - Maa un (مَاءٌ)
• Susu - Halibun (حَلِيبٌ)
• Kopi - Qahwatun (قَهْوَةٌ)
• Teh - Syaiyun (شَايٌّ)
• Jus - ‘Asiirun (عَصِيرٌ)

Semoga Bermanfaat.
STARTS SMALL.

Dalam semua perkara,
Mulakan dengan langkahan kecil.

Semua.

Dalam ibadah.
Dalam bisnes.
Dalam menuntut ilmu.
Dalam menegur.
Dalam menasihat.

Semuanya.

Mengapa perlu mula dengan langkahan kecil?

Supaya diri kita dapat belajar untuk kenal kemampuan diri.

Jadi.. kalau kita nampak orang lain dapat sesuatu yang kita mahukan lebih AWAL berbanding kita, itu tidak bermakna kita tak dapat capai perkara yg sama.

It's just a matter of time.

So, just slowly but surely
Bentuk Nikmat Kubur

Daripada Abdullah bin Umar R.Anhuma, Rasulullah ﷺ bersabda:

إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا مَاتَ عُرِضَ عَلَيْهِ مَقْعَدُهُ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ إِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَمِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَإِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ فَيُقَالُ هَذَا مَقْعَدُكَ حَتَّى يَبْعَثَكَ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: Setiap seorang daripada kamu, apabila telah mati akan diperlihatkan kepadanya kedudukan tempatnya setiap pagi dan petang. Jika dia daripada ahli syurga maka (akan diperlihatkan seperti) ahli syurga dan jika dia ahli neraka maka daripada ahli neraka. Dikatakan kepadanya, “Inilah tempatmu sehingga dibangkitkan semula pada hari kiamat.”

Riwayat al-Bukhari: 1379

- Sesungguhnya kubur satu taman daripada taman-taman Syurga atau satu gaung daripada gaung-gaung neraka.
- Semoga Allah kurniakan kepada kita nikmat kubur sehingga membawa kita ke syurga.

@sisQuote🧚‍♀
Menutup aurat bukan pilihan . Menutup aurat bukan seksaan . Tetapi , menutup aurat adalah untuk menjaga diri kita daripada terjerumus dalam perkara yang boleh mendatangkan maksiat .

Menutup aurat boleh menjaga diri kita daripada hawa nafsu lelaki yang dahagakan wanita .

Allah telah memberi peringatan kepada kita , rambut kita (wanita) akan dibakar di dalam api neraka walau sehelai pun yang terlihat oleh ajnabi .

Namun , Allah Maha Pengampun . Bertaubat jika berbuat dosa dan jangan mengulanginya .

Wallahua'lam🌸👌

@sisQuote🧚‍♀
Hidup ceria dan bahagia, amalkan 7 tabiat hidup ini:

1. Nikmati sendiri

Ambil masa sejenak dalam sehari untuk lakukan hal yang kamu sukai. Pecahkan rutin normal kamu hari ini.

Kalau ada masa, habis kerja nanti, singgahlah mana-mana tempat yang kamu suka, nikmati pemandangan dan perhati ragam orang sekeliling.

2. Pilih diet yang seimbang.

Perhatikan apa yang kamu makan setiap hari. Pilih makanan berkhasiat dan berhentilah sebelum kenyang.

3. Senaman.

Senaman merembeskan endorphins untuk buat kamu gembira. Senaman tak perlu berat. Amalkan hal semudah berlari anak dan buat sedikit push up.

4. Tidur yang cukup.

Pastikan tidur 6 jam sehari untuk lebih produktif, ada mood yang baik dan kurang sakit. Tidur yang cukup ye anak-anak. Bukan tidur yang berlebihan.

5. Bersembang dengan kawan-kawan.

Pilih circle yang positif. Yang bincangnya hanya tentang idea dan masa depan. Bukan kawan yang mengeluh, membawang dan mencerita keburukan orang.

Jangan masukkan toksik dalam kepala ye.

6. Berani berkata 'tidak'.

Jangan asyik mengangguk saja tanpa berfikir dan bersuara. Hidup perlu berani meneguhkan pendirian kita sebagai manusia.

Hormati kesihatan mental kamu sendiri.

7. Susunatur ruangan kamu sendiri.

Bukan setakat ruangan rumah dan pejabat, tetapi apa juga ruangan yang ada dalam minda kamu. Pastikan ia bersih, teratur dan tenang untuk didiami.

--
Anak cucu dan semua sahabat Tok Abah,

Semoga terus ceria dan bersemangat ya untuk menghadapi hari. Biarpun apa pun yang menghalang dan melemahkan kita, ingat, kita adalah kita dan kita tahu kekuatan kita di mana!

Teguh dan teruskan berjuang dalam hidup ini!

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Perkasakan mental dan diri kamu ya.
Doa Ketika Sedih

Daripada Ibn 'Abbas RA, Rasulullah ﷺ akan membaca disaat tertekan:

‏ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ، وَرَبُّ الأَرْضِ، وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

Maksudnya: "Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah yang Maha Agung lagi Maha Lembut. Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah, tuhan kepada Arsy yang sangat mulia. Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah, tuhan kepada langit, bumi dan tuhan kepada Arsy yang mulia".

Riwayat al-Bukhari, 6345

@sisQuote🧚‍♀
belajarlah dari matahari walaupun cantik bersinar tetapi tetap buat orang tunduk dari melihatnya .

@sisQuote🧚‍♀
Jahiliah to Jannah ,

It's sound so cliche right ?

But jangan jadikan alasan untuk tidak berubah dengan mengatakan diri bukannya datang dari keluarga yang islamik ,

Takde yang support ,
Takut hilang kawan ,
Di perli orang ,

Itu semua dugaan ,
sememangnya itu adalah untuk menguji ketabahan dan kesabaran kita untuk kembali kepada yang Maha Esa .

_KeepQowiy

@sisQuote🧚‍♀