Akak Adoi - Perihal Lppsa
924 subscribers
925 photos
6 videos
24 files
264 links
Channel ini khas untuk perkongsian ilmu LPPSA.

Akak sedia menjawab persoalan Ampa.

Jika persoalan Ampa specific Dan sulit boleh hubungi WhatsApp www.wasap.my/+60189794501/TClppsa
Download Telegram
#CeritaLppsa

Salam.
Saya nak beli tanah dan Bina rumah. Boleh bantu saya bagaimana saya mahu buat permohonan?

Waalaikummussalam. Boleh. Kena semak dulu Kelayakan sebelum buat apa-apa step.
Kelayakan Beli Tanah ni 50% daripada Kelayakan semasa.
50% Lagi untuk Bina rumah. Buat Beli Tanah dulu. Selesai proses Beli Tanah, baru Mohon Bina rumah.

1. Semak Kelayakan 50% Tu berapa.
2. Cari Tanah Dalam range harga Kelayakan.
3. Buat urusan Jual Beli
4. ISI Permohonan online.
5. Alhamdulillah Lulus Dan tunggu tukar Nama.
6. Dah start Potong gaji.+-6 Bulan
7. Dah boleh Mohon untuk Bina rumah.

#akakadoi
#CeritaLppsa

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA nak Tanya. Kes yang bagaimana yang boleh teruskan pembayaran bulanan tapi rate 7%.
Rasanya, sekarang ni semua kena buat settlement 30 hari selepas bersara.
Terima Kasih.

Kadar faedah bagi pelanggan yang memungkiri perjanjian/ meninggalkan perkhidmatan masih dikekalkan pada kadar 4% dengan syarat pelanggan hendaklah membayar pembiayaan secara sekaligus dalam tempoh 30 hari daripada tarikh meninggalkan perkhidmatan. Sekiranya gagal, kadar faedah akan dikenakan sebanyak 7% setahun atas baki pokok. Pelanggan disarankan membayar balik sekaligus baki pembiayaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh kemungkiran bagi mengelakkan dikenakan kadar faedah 7% tersebut. Terima kasih.

#akakadoi
#CeritaLppsa

Kwsp untuk Penjawat Awam biasa
LTAT untuk anggota tentera yang bersara tak berpencen

Dua-dua Sama. Kena settle Kan dalam masa 30 hari selepas bersara untuk dapat 4%. Jika tidak, automatik akan jadi 7%.

#akakadoi
#CeritaLppsa

Lppsa tak melantik agent bagi pihak Lppsa. Ini kerana, Lppsa sarankan pemohon menguruskan sendiri Permohonan tersebut. Garis Panduan, tutorial mengisi telah pun di sediakan dalam website rasmi Lppsa.

Namun begitu, Lppsa tak menghalang jika pemohon menggunakan pihak ketiga untuk membantu menguruskan permohonan.

Akak ingin nasihatkan Ampa semua yang menggunakan pihak ketiga untuk take note beberapa perkara ni.

1. Semak maklumat yang pihak ketiga isi sebelum submit dokumen.
Ada kes dah lulus baru bagitau nak mohon 90% saja Pembiayaan, tapi Lulus 100%. Sebab nak instalment rendah sikit. Lepas tu salahkan pihak ketiga. Jangan camtu. Semak betoi-betoi sebelum hantar ya. Ni untuk elakkan masalah kemudian hari. Ambik masa sikit untuk settle permohonan tak pa daripada terpaksa buat pindaan @ pembatalan selepas dapat kelulusan.

2. Tukar password selepas dapat kelulusan ya. Pihak ketiga dah tak PERLU guna akaun Ampa lagi. Ampa yang perlu pantau maklumat dalam tu. Banyak info untuk Ampa. Sampai la Ampa abih bayar. So penting akaun ni. Jangan dedah info kat pihak lain. Cukup setakat dia tolong isi Permohonan Pembiayaan.

Semoga dipermudahkan Dan bermanfaat

#akakadoi
Kat FB akak ada buat free consultation. Limited time.
Boleh pm FB akak ya. Tq.
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐀𝐇𝐀𝐁𝐀𝐓 ❤️

Alhamdulillah. Makin bertambah sahabat dalam Telegram channel ni. Terima kasih support akak. Meh nak perkenalkan diri sikit pada yang baru join. Ada sahabat Ren dari agensi sama dan berbeza, ada dari FB, IG dan ada juga yang jalan-jalan di telegram dan terjumpa channel ni. Terima Kasih.

𝙉𝙖𝙢𝙖 akak, Shazura Hashim. Panggil Akak Adoi saja. Tak perlu formal puan-puan bagai na. Ni adalah nama. Jadi semua peringkat Umur boleh panggil akak. Selesa begitu. #akakadoi

𝙐𝙢𝙪𝙧 Dah pencen dah. Boleh agak kot no. Akak dah 3 tahun pencen awai.

𝙋𝙚𝙠𝙚𝙧𝙟𝙖𝙖𝙣 Akak ni seorang Ren di sebuah Agensi Hartanah terkenal di utara. Dulu Penjawat Awam di agensi bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Ren di salah sebuah Agensi Hartanah di Puchong n wangsamaju, sebelum balik Kedah for good.
Akak juga seorang Consultant yang membantu menguruskan permohonan Lppsa.

𝙏𝙪𝙜𝙖𝙨 Membantu Semua Mencari Jodoh Hartanah di Lembah Klang n utara. Roger saja. Akak bantu carikan ikut Kelayakan.
Akak juga membantu menguruskan permohonan online Lppsa. In shaa Allah yang mana termampu dan terdaya, akak akan bantu sehabis baik menggunakan sedikit pengalaman dan ilmu Lppsa ni. Seluruh Malaysia pun boleh sebab Permohonan adalah secara online. Kita guna teknologi yang ada.

𝙋𝙚𝙧𝙨𝙤𝙣𝙖𝙡 𝙡𝙞𝙛𝙚 Tak pa la. Kita fokus Hartanah Dan Lppsa dah la na.

Suka posting pasal apa? Buat yang telah lama 𝙛𝙤𝙡𝙡𝙤𝙬 𝙥𝙚𝙣𝙪𝙡𝙞𝙨𝙖𝙣 #akakadoi, mereka tau bahawa akak selalu berkongsi ilmu dan cerita pasai Lppsa Dan Hartanah. Akak berkongsi Di Telegram channel, FB page, fb personal Dan IG. Sedang belajar Tik Tok. Susah gak ek.

Tulisan berkenaan Lppsa, Ampa boleh Cari Di FB Dan IG menggunakan #CeritaLppsa.

Semoga bermanfaat Dan dipermudahkan segalanya.

Terima Kasih kerana sudi berkeluarga di Telegram channel ni.
Jangan lupa ya. Kita sama-sama tambah ilmu. 😘
#CeritaLppsa

Nak bagitau ni. Pada Ampa yang nak beli rumah masa umur 55 tahun dan ke atas (Umur masa buat Permohonan), Ampa sebagai pemohon perlu kemukakan anggaran bayaran pencen yang di sahkan oleh Ketua jabatan.

Bukan apa, takut pencen tu tak cukup nak bayar tiap-tiap bulan.

#akakadoi
Perhatikan perbezaan antara 2 ni. Sama tapi tak serupa. Yang Sama ialah harga harta tanah/ rumah. RM 250000.
#CeritaLppsa

Rancang elok-elok bila nak guna Pembiayaan Lppsa na. Ambik tahu. Tambah-tambah lagi pada Yang nak guna 2 Kali Pembiayaan sepanjang perkhidmatan. Jumlah Dan Timing kena betul. Baru dapat Kelayakan Yang besar.

Tempoh Lppsa berbeza antara Lppsa kali pertama dan kali kedua. Lppsa kali pertama 35 tahun. Lppsa kali kedua 30 tahun.

Berbeza juga dengan skim pencen dah skim kwsp.

Bagi Skim Pencen, tempoh pembiayaan tidak melebihi 35 tahun atau tidak melebihi umur 90 tahun yang mana terdahulu.

Bagi Skim KWSP, tempoh pembiayaan terhad kepada umur tamat perkhidmatan atau 35 tahun yang mana terdahulu.

Skim Kwsp Lagi la kena plan. Pembiayaan pertama buat secepat mungkin. Tempoh Pembiayaan tak lama. Kena well plan.

Semoga dipermudahkan.

#akakadoi
#CeritaLppsa
Nak Tanya.. Kalau rumah masih master title dan sekarang owner nak jual kepada penjawat awam guna Lppsa. Boleh tak.


Boleh. Konsepnya, Pemaju jual kpd pembeli pertama..
Pembeli pertama jual kpd Pembeli ke dua..
Ini Kes Sekunder Assignment sebab geran Masih atas nama Pemaju.

#akakadoi