Damiera
63 subscribers
5 photos
2 videos
2 links
It’s all about sharing beauty tips , lifestyle , poetries, motivation & business tips πŸ’œ
Download Telegram
Channel created
Channel photo updated
Assalamualaikum hai semua☺️

Sebelum tu, miera nak say thanks
sudi subscribe channel telegram premium Damiera

Miera doakan moga hari ini & seterusnya dipermudahkan untuk segala urusan ☺️
Kebahagiaan itu bermula dari hati. Fikiran yang tenang
dan hati yang penuh dengan keikhlasan. Bahagia bukan hanya bergantung atas apa yang kita peroleh tetapi rasa syukur yang menjadikan hidup kita bahagia
πŸ’œ

[T.me/sharingdamiera]
Damiera pinned «Assalamualaikum hai semua☺️ Sebelum tu, miera nak say thanks sudi subscribe channel telegram premium Damiera Miera doakan moga hari ini & seterusnya dipermudahkan untuk segala urusan ☺️»
[ FIKIR PERKARA YANG BAIK ]

Assalamualaikum dan Selamat Pagi..Kita kuasakan minda dengan perkara-perkara POSITIF. Cakap yang baik-baik, fikir yang baik-baik.. InsyaAllah yang baik-baik akan hadir dalam hidup kita.

Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua hari ini..Aamiin 🀲
πŸ‘2
5 TIPS MULAKAN MOMENTUM PAGI ANDA πŸ”₯πŸ”₯πŸ˜ƒ



Dalam Psikologi, momentum pagi kita sangat berkait rapat dengan emosi. Kita boleh bermula dengan melakukan sekecil kecil perkara untuk menaikkan momentum mood kita terdahulu,


1. Bersyukur

Sebaik sahaja bangun pagi, sebelum melangkah kaki untuk solat, minda kita masih level "alpha state" dimana gelombang paling rendah.

Mulakan pagi kita dengan mencipta tenaga positif dengan mensyukuri diberi peluang menikmati kehidupan seperti biasa. Lihat kiri dan kanan. Alhamdulilah.


2. Senyuman

Sudah bersyukur, ini langkah seterusnya dengan ukirkan senyuman. Tak percaya cuba senyum fake sampai pipi nak cramp. Pipi kita ada otot.

Otot tersebut perlu dilatih selalu. Jadi lepas ni bila ada paksa senyum lama lama akan terbiasa dengan senyum.


3. Positif Self Talk

Sambil senyum selitkan sekali self talk yang positif positif. Berkata yang baik-baik pada diri sendiri wujudkan imiginasi keterujaan untuk mulakan pagi anda. Sambil tarik nafas sedalam dalamnya dan hembuskan.


4. Makan Breakfast Kegemaran

Apa emosi anda apabila melihat atau dapat makan makanan yang anda suka? Mesti teruja bukan?

Ya, salah satu untuk mewujudkan suasana pagi yang menyeronokan adalah dengan makan sarapan kegemaran. Kalau nasi lemak hari hari haha. (fikir sendiri) Makanan yang ringan seperti kuih.


5. Lihat Warna Terang

Dalam psikologi, warna warna yang terang atau "striking colour" dapat merangsang neuron neuron minda kita iaitu hormon kegembiraan.

Secara tak langsung warna tersebut akan mendatangkan mood semangat pada pagi kita.


Semoga Bermanfaat πŸ˜ƒ
πŸ‘3