#lukisanHATI
86 subscribers
26 photos
8 videos
73 links
Semoga perkongsian #senyumanlukisanHATI ini memberi impak kepada HATI kalian agar terus mengukir senyuman.
Download Telegram
Terasa hati?

Tak kira dengan siapa pun. Dengan adik-beradik, dengan kawan, dengan orang sekeliling.Perasaan itu perlu ada kerana kita manusia. Perasaan itu tak salah, yang salah diri kita sebab pupuk perasaan itu kepada sesuatu yang negatif.

Saat perasaan itu hadir, berbicara dengan Allah. Mohon pada Allah permudahkan jalan agar semuanya baik. Tanam sifat percaya akan Allah. Yakin yang semunya Allah yang atur.

Teruskan senyum dan melangkah ke hadapan.
.
.
.
#senyumanlukisanHATI❤️
Assalamualaikum dan selamat pagi.

Jom panjatkan rasa syukur dan terima kasih atas nikmat kita hari ini. Moga dipermudahkan urusan kalian.
.
.
.
#senyumanlukisanHATI❤️
Channel name was changed to «#lukisanHATI »
Selamat petang🌸

Bila lakukan sesuatu perkara, niat kerana Allah, ikhlaskan hati, buat dengan bersungguh-sungguh. In shaa Allah hasil yang kita dapat sangat-sangat memuaskan.

Akan datang kita akan buat yang terbaik dalam setiap gerak kerja kita. Ibaratkan, kita sudah jatuh cinta.
.
.
.
#senyumanlukisanHATI❤️
Nak simpan di sini sebagai kenangan. Ada cerita di permulaan untuk rasai nikmat ini.
.
.
.
#senyumanlukisanHATI❤️
Assalamualaikum dan selamat pagi😊

Hari baru mulakan dengan pembukaan tirai syukur kerana masih ada kesempatan untuk hirup udara di dunia ini. Mungkin ada yang sudah menghembuskan nafas yang terakhir ketika tidur atau selain itu.

Mulakan derapan langkah Lillahhita`ala. In shaa Allah dengan niat kerana Allah semua akan dipermudahkan. Kebergantungan dengan Allah itu adalah sebaik-baik pergantungan.
.
.
.
#senyumanlukisanHATI
Selamat malam🌸

Al-mulk tau😁 Maafkan orang sebelum tidur, baca doa tidur.

#senyumanlukisanHATI❤️
Selamat petang🌸

Pedih? Sakit? Kecewa?

Ini semua akan hadir bila ada yang menjatuhkan usaha yang telah dilakukan.

Tak salahkan nak rasa semua itu? Ye, tak salah pun nak rasa semua ini. Kitakan manusia yang dikurniakan perasaan.

Apa yang salah? Adalah bagaimana kita respon terhadap perasaan itu. Adakahkan hasilnya sebuah dendam, amarah, maki hamun atau perasaan yang terus semangat untuk buat yang terbaik?

Pilihan ada pada diri kita. Akalkan ada? Gunakan sebaik mungkin.


#senyumanlukisanHATI❤️
Kisah yang terlalu panjang, terlalu pahit, terlalu mencabar

Tetapi. . . .


Ia adalah sebuah perjalanan yang akan beri kenangan terindah.
.
.
.
#senyumanlukisanHATI❤️
Bahgia sangat dalam nilaikan sesuatu dalam bentuk analogi. Indah dan mudah untuk diterima. Namun, tak semua akan terima analogi itu. Masing-masing ada pendirian tersendiri. Bercanggah pendapat jangan terus menghukum, cukup sekadar dengar agar tiada yang terguris.


#senyumanlukisanHATI❤️
Assalamualaikum😊

Moga sihat selalu. Alway be positive everyone🥰

#senyumanlukisanHATI❤️
Berapa banyak helaian Al-quran yang perku dibaca?😕

Berapa banyak kebahagiaan yang diinginkan😊

#senyumanlukisanHATI❤️
Jadilah seperti Rasulullah S.A.W yang sentiasa senyum dalam apa jua situasi😊
#senyumanlukisanHATI❤️
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah (39:53)
Gagal bukan satu kesalahan, tetapi ia satu punca kepada sebuah kejayaan💫


#senyumanlukisanHATI❤️
Channel photo updated
Apa jua keadaan kembalilah pada Dia. Susah senang, suka duka, hanya Dia yang setia menanti kita.

Allah tahu kemampuan hambaNya, rintihlah pada Dia, mohonlah pada Dia, ngadulah pada Dia. Hanya Dia yang satu dan setia.

#senyumanlukisanHATI❤️