Sembang Maths
Selamat Hari Raya semua, maaf zahir dan batin. Pada hari yang mulia ni, saya rasa nak bagi satu bab free addmath untuk subs channel ini. Jadi siapa yang nak boleh reply NAK . Nanti saya reply satu2. Minta maaf semua kalau ada salah silap🤲
saya perasan ramai yang buat acc tapi tak komen NAK kat sini. Jadi saya tak boleh on access
👍4
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Untuk batch 08, saya doakan awak semua dapat result yang cemerlang dan mencapai target awak. Tapi saya nak pesan walau apa2 pun result japgi, bersyukur lah kerana awak semua dah buat yang terbaik sepanjang SPM. Peluklah orang2 yang sentiasa support awak terutamanya orang tua yang dah berkorban banyak membesarkan awak semua dari kecil. Tahniah yang berjaya dapat keputusan yang cemerlang, yang belum berjaya jangan terlalu bersedih dan perlulah berlapang dada.
Saya menunggu berita2 dari awak semua. Update yee jangan lupaa
Saya menunggu berita2 dari awak semua. Update yee jangan lupaa
👍9
Alhamdulillah ramainya dah shareee sangat powerr result2 hampa semua noh
👍4
terima kasih semua yang share dengan saya. Siapa yang nak share lagi boleh share ye, saya okay lagii nii baca sambil tersenyum
sebagai seorang yang mengajar math dan addmath, saya nak minta maaf kalau banyak benda yang saya lack atau terlepas pandang semasa mengajar awak semua. Saya juga nak cakap terima kasih kerana percayakan saya untuk ajar awak semua sampai dapat result. Saya doakan awak semua lebih berjaya kat luar sana