Tahniah diucapkan kepada pasukan Inovasi kerana berjaya mendapat Bronze Award (Tuck In Pro) dan Silwer Award (Foldably) dalam Invention, Innovation & Design Exposition (iidex 2019) yang berlangsung di Dewan Agong Tuanku Canselor, Uitm Shah Alam.
Alhamdulillah, tahniah kepada pasukan bola sepak STAR Cougars yang telah mengalahkan MCKK 1 - 0 serta berada di tempat kedua pada peringkat kumpulan Kejohanan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Premier Negeri Perak Tahun 2019 yang dianjurkan oleh SMK Iskandar Shah, Parit. Pasukan STAR Cougars bagaimanapun terkandas di peringkat separuh akhir setelah ditewaskan oleh SMK Anderson, Ipoh 1 - 0 lalu berkongsi tempat ketiga bersama SMK King Edward VII, Taiping. Kejohanan tersebut telah dimenangi oleh SMK Clifford, Kuala Kangsar. Antara sekolah premier lain yang turut menyertainya ialah SMK St. Michael, Ipoh dan SMK Sultan Yusoff, Batu Gajah.
Pada 12-14 September 2019, Program Mentorship STAR - STAROBA telah diadakan di Ayer Keroh Country Resort, Melaka. Seramai 112 orang pelajar Tingkatan 5 telah berkampung di Melaka menjalankan pelbagai aktiviti khususnya bersama STAROBA. Terima kasih diucapkan kepada pihak STAROBA atas kesudian menaja program ini. Semoga semua para pelajar mendapat manfaat daripada program yang dilaksanakan.