SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN OFFICIAL
3.08K subscribers
14.7K photos
492 videos
112 files
470 links
Channel rasmi untuk salurkan maklumat terkini tentang S.T.A.R. Ipoh
Download Telegram
Assalamualaikum. Mohon bantuan semua warga STAR, ibu bapa dan STAROBA untuk memberikan ‘likes’ akaun instagram peserta FRSIS STAR.
Pertandingan Kawad Kaki (Formasi) NGO Daerah Kinta Utara 2023

Tarikh : 14 September 2023
Tempat : Aeon Klebang
Masa : 8.00 pagi
Pencapaian : Johan Daerah dan ketua platun lelaki terbaik iaitu Saudara Raiff bin Mohamad Shukor

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Pengakap Sekolah Tuanku Abdul Rahman atas kejayaan muncul johan dalam pertandingan tersebut. Terima kasih kepada barisan jurulatih, guru penasihat Ustaz Saiful Bahri bin Abu Bakar, En Mohd Khairil Abdul Hak dan semua ahli Pengakap yang terlibat.
PROGRAM JERAYAWARA STRATEGI 3 (PBL) PEMBELAJARAN BERTEMA BIDANG SAINS SOSIAL SEKOLAH MENENGAH DAERAH KINTA UTARA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

TARIKH: 14 SEPTEMBER 2023 (KHAMIS)
MASA: 7.30 PAGI - 2.30 PETANG
TEMPAT: AEON IPOH FALIM
PENGLIBATAN: 50 BUAH SEKOLAH MENENGAH

Matlamat utama projek ini adalah mengintegrasikan ilmu Sejarah, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Islam dalam menghasilkan sebuah pakaian dan arca. Pelaksanaan aktiviti adalah selama 4 minggu dimana murid mengumpul maklumat, bahan dan menghasilkan karya. Dapatan hasil kajian lebih menjurus kepada Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka & Pakaian Tradisional serta Perhiasan Diri masyarakat Melayu.

Hasil Akhir:
Arca Binaan : Kapal Mendam Berahi
Pakaian Tradisional & Perhiasan Diri:
-Baju Melayu Teluk Belanga/ Samping Dagang Dalam
-Baju Melayu Cekak Musang/ Samping Dagang Luar
-Baju Kurung Riau Pahang/ Dokoh
-Baju Kebaya Labuh/ Cucuk Sanggul

Guru Penasihat:
Cik Alya Syazwina binti Abd Malek
En. Mohd Syafarizwan bin Abdul Azis

Pembentang:
1. Amir Mu'az Shah bin Alimudin Shah
2. Fahim Harraz bin Faisal
3. Muhammad Afif Hazim bin Azrizal
4. Muhammad Amirul Aiman bin Mohd Yunus

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada murid-murid tingkatan 3 yang telah melaksanakan projek ini. Terima kasih juga buat semua guru dan pihak yang terlibat secara atau tidak langsung dalam menjayakan program ini secara keseluruhan.