Sejarah spmnetic!β„’
51.5K subscribers
3.61K photos
88 videos
1.7K files
1K links
This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises 🀘🏻

For any enquiries, please directly ask in our discussion group ✨
Download Telegram
3 minutes left πŸ«‚
seminit lagi
bismillah
simpan je result sendiri ya ? tak apa , spm is just the beginning . apa pun dapat , bangga dengan diri . sending loves to all of you !
admin admin sini dapat koloni A gak . jangan risau . batch 08 , you'll do well . kami ada untuk kamu !
tahniah semua batch 07
yg penting awak,saya kita semua dah buat yg terbaik
Tarikh Penting SPM 2025:

A. Pertengahan Tahun

5 - 28 Mei 2025

B. Percubaan SPM.

15 - 17 Julai: Amali

18-25 Julai: UBBM/UBBI

28 Julai: UMBMBI

29 - 15 Ogos: Ujian Bertulis.

C. SPM

10 - 13 November: UBBM

18 - 20 November: Amali

24 - 27 November: UBBI

1 Disember: UMBMBI

2-31 Disember: SPM Bertulis


Masa sangat terhad. Bersedialah dari sekarang
Hlowwww...baru sempat nak gurau dengan batch 07 walaupun sudah lambat nak tanya ni...πŸ‘€

Batch 07 yang masih ada dekat channel ni HAPPY TAK?πŸ˜ƒβ€οΈ...walaupun saya tak kenal korang ni tapi I wish the best for you guys

From admin
Sri
Salam perjuangan, Batch 08,

Aku nak cerita satu kisah dari Batch sebelum ni. Bukan untuk buka aib, tapi sebagai cermin untuk kau tengok masa depan sendiri.

Dulu, ada yang ambil ringan pasal SPM. Rasa macam masih jauh. Rasa macam boleh kejar bila-bila. Latihan tak buat. Trial tak hadir. Tak kisah langsung markah naik ke turun. Tapi bila SPM betul-betul menjelma, baru semua rasa nak mula panik. Baru nak buka buku. Baru nak cari cikgu. Baru nak tanya format soalan.

Tapi masa tu, ramai yang dah jauh ke depan.
Yang bersedia awal, dia tenang.
Yang leka, dia terkapai.
Yang ingat β€œboleh tangguh,” akhirnya terpaksa menyesal.

Jadi Batch 08, tolong jangan ulang silap kami.

SPM ni bukan sekadar ujian atas kertas β€” ini ujian disiplin, semangat, dan masa depan kau.
Apa yang kau buat hari ni, itulah yang akan tentukan tempat kau berdiri esok.
Bukan pasal siapa paling pandai, tapi siapa paling konsisten dan kuat melawan rasa malas.

Bermula hari ni:
β€’ Hadir setiap kelas.
β€’ Tanya kalau tak faham.
β€’ Ulangkaji walau sikit, tapi buat hari-hari.
β€’ Latih tubi soalan sebenar.
β€’ Lawan rasa malas. Lawan rasa selesa.

SPM bukan penamat. Tapi ia pintu pertama. Dan sama ada pintu tu terbuka atau tertutup, kau yang tentukan.

Batch 08, kami doakan kau bangkit lebih kuat.
Belajar dari kisah kami, dan cipta kisah hebat kau sendiri.


- abang irwan
Salam batch 07 , kepada yang cemerlang tu share lah petua sikit dekat batch 08 😘.
Satu bnda yg perlu ikut, slalu baca dan gunakan akronim, itu akan memudahkan otak kita ingat - cikgu Izan SMK Ibrahim
Dan dari saya, yg klau nk ikut bleh x ikut pun bleh, tkdklah berguna sngt, dari T4 smpailah hbis SPM, sejarah x prnah bwk buku teks, dan akhirnya, alhamdulillah cun 😭


- Sedikit perkongsian dari pelajar cemerlang batch 07 (Amizal Amin )
Forwarded from MENG-STUDY SPM 🧠 (Afif)
NOTA BAB 2 SEJARAH TINGKATAN 5: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

0⃣1⃣ MAKSUD PERLEMBAGAAN
Undang2 tertinggi yang menjadi teras pemerintahan negara.

0⃣2⃣ ASAS PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN

Undang2 Melayu
- Raja sebagai pemerintah
- Rakyat memberi ketaatsetiaan
- Undang2 dan sistem pemerintahan ditentukan oleh raja
- Undang2 KMM mempengaruhi undang2 negeri lain
- Contoh: Undang2 99 Perak

Charter of Justice
- Diperkenalkan di NNS
- Diambil daripada undang2 di England
- Piagam yg sesuai sahaja digunapakai
- Contoh: COJ 1807

Sarawak
- Council Negri diberi kuasa menggubal undang2 pada tahun 1956
- Dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha
- Pada tahun 1959, kuasa pentadbiran diberikan kepada Majlis Tertinggi dan Council Negri

Sabah
- Majlis Kerja dan Majlis Undangan ditubuhkan
- Majlis Undangan beri kuasa kepada Gabenor utk gubal undang2

0⃣3⃣ LANGKAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

1877
- Mesyuarat Majlis Negeri Perak berlangsung
- Dipengerusikan oleh Raja Muda Yusuf
- Majlis Negeri Perak berkuasa gubal undang2

1946
- Majlis Undangan Negeri gubal undang2 NNS
- Majlis Persekutuan gubal undang2 NNMB
- Majlis Negeri gubal undang2 NNMTB

1948
- Perjanjian PTM 1948
- Antara kandungan laporan ialah kewarganegaraan

1957
- Penubuhan Suruhanjaya Reid
- Perlembagaan PTM 1957 disesuaikan dgn model Westminster
- Asas perlembagaan negara

0⃣4⃣ TERMA RUJUKAN UTAMA
- Kewarganegaraan yang sama
- Kerajaan Persekutuan yg kukuh
- Menjamin kedudukan Raja2 Melayu
- Parlimen mempunyai dua Dewan

0⃣5⃣ CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Ciri tradisional

Pemerintahan Beraja
- Sultan pemerintah berdaulat
- Disesuaikan dgn Demokrasi Berparlimen
- Yang di-Pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi negara
- YdPA berkuasa mengampun dan menangguhkan hukuman
- Raja ketua negeri
- Raja dianggap tonggak keadilan dan kehormatan

Agama Islam
- Di bawah kuasa raja negeri

Bahasa Melayu
- Pada awalnya, lingua franca dan bahasa ilmu
- Kini, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan

Kedudukan Org Melayu dan Bumiputera
- YdPA bertanggungjwb melindungi kedudukan org Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak
- YdPA juga memelihara kepentingan sah kaum lain
Forwarded from MENG-STUDY SPM 🧠 (Afif)
Sejarah spmnetic!β„’
NOTA BAB 2 SEJARAH TINGKATAN 5: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 0⃣1⃣ MAKSUD PERLEMBAGAAN Undang2 tertinggi yang menjadi teras pemerintahan negara. 0⃣2⃣ ASAS PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN Undang2 Melayu - Raja sebagai pemerintah - Rakyat memberi ketaatsetiaan - Undang2…
PART 2

Ciri Moden

Kerajaan Persekutuan
- Laporan Suruhanjaya Reid saran pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
- Kuasa autonomi diberikan kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak

Demokrasi Berparlimen
- Asasnya ialah PRU 1955
- Pilihan raya beri kebebasan kpd rakyat utk memilih wakil pemimpin
- Penubuhan Suruhanjaya Pilihan Raya

Kewarganegaraan
- Sama kepada semua rakyat

0⃣6⃣ PINDAAN PERLEMBAGAAN

Pindaan 1963

Strukur Mahkamah Atasan
- Mengikut Mahkamah Tertinggi England
- Mahkamah Persekutuan juga ditubuhkan

Mahkamah Tinggi Borneo
- Urus soal keakiman di Sabah dan Sarawak
- Jawatan Ketua Hakim Borneo diwujudkan

Jawatan Yang di-Pertua Negeri
- Sebagai ketua negeri Sabah dan Sarawak
- Dilantik oleh YdPA

Pindaan 1965
- Tunku Abdul Rahman membasa usul pemisahan Singapura daripada Malaysia
- Diluluskan oleh Parlimen
- Perkara berkaitan Singapura dimansuh dlm Perlembagaan Malaysia
haii 08 , since result spm dah kluar semalam untuk 07 .. semoga 08 pun mempunyai semangat yang sama untuk capai result yang sama. so adik adik 08 , kak daa plan nak buat class sejarah secara percuma untuk semua malam ni. ada sesiapa yang nak join? 🫣
InshaAllah class pukul 830 or pukul 9
kita bagi semuaa habis isya' duluu okay? before kita terima sesuatu ilmu , kita kena utamakan yang wajib duluu
semua dah habis isya' ke?
kalau mcmtu kita start pukul 850 ya