Sejarah spmnetic!β„’
53.1K subscribers
3.61K photos
89 videos
1.71K files
1K links
This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises 🀘🏻

For any enquiries, please directly ask in our discussion group ✨
Download Telegram
Forwarded from Shima Nawawi
Terdapat pelbagai cara untuk anak-anak SPM 2022 nak tackle jawapan semasa menjawab soalan KBAT
🌼Sejarah with HeeraπŸ‘©β€πŸŽ“

🌈Bab 3 - Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara kita

Perang Dunia Pertama dan Kedua
🌷Ingat kod ni
πŸ‘‰14 - 18 - 39 - 45

1914 ➑️ mula pd1
1918 ➑️ akhir pd1

1939➑️ mula pd2
1945➑️ akhir pd2

Tambahan sikit🀏
🐣Jepun sampai ke TM pd tahun 1941
🐣pastu dia pulang ke negara sendiri pd tahun 1945

1941➑️jepun dtg ke TMπŸšΆβ€β™‚
1945➑️ balikkkk~πŸƒβ€β™‚
Jepun memerintah negara kita selama 4 tahun

#sejarah #b3 #f4
#heera

πŸ¦‹*ΰ©ˆβœ©β€§β‚ŠΛš γ€Ž @heeranotes 』
*ೃ TIPS BUAT SOALAN ESEI DAN SOALAN STRUKTUR SEJARAH KSSM SPM 2022

ΰΌ„ Formula bina ayat lengkap:

Kepala Ayat + ialah/adalah/ dengan atau melalui (soalan bagaimana) / kerana (soalan mengapa) + fakta + demi/kerana/agar/bagi/untuk/supaya + huraian + contoh (kalau ada -- guna seperti/misalnya, umpamanya


ATAU


ΰΌ„ Formula bina ayat lengkap:

Kepala Ayat + ialah/adalah/ dengan atau melalui (soalan bagaimana) / kerana (soalan mengapa) + fakta + demi/kerana/agar/bagi/untuk/supaya + huraian + dan/serta/ demi/kerana/agar/bagi/untuk/supaya + huraian lanjutan + contoh (kalau ada -- guna seperti/misalnya, umpamanya)


ΰΌ„ Fakta kedua dan seterusnya, :

Penanda wacana (Selain itu/Seterusnya/Di Samping Itu...) + Kepala Ayat + ialah/adalah/ dengan atau melalui (soalan bagaimana) / kerana (soalan mengapa) + fakta + demi/kerana/agar/bagi/untuk/supaya + huraian + dan/serta/ demi/kerana/agar/bagi/untuk/supaya + huraian lanjutan + contoh (kalau ada -- guna seperti/misalnya, umpamanya)

ΰΌ„ Perenggan Terakhir:

Akhirnya/Oleh Itu/Kesimpulannya + Inferens

Semoga bermanfaat😊πŸ₯°

  ⊹˚.⋆ @soalansejspm 🎞 Λ–ΰ£ͺ Β°β‚Šβ™‘
β€’ β€’ β€’ β€’ β€’ ━━━━━━━━━━━━━━━
RAMALAN NEGERI KEDAH
BAHAGIAN A

Soalan 1:perang dunia pertama(F4)
Fokus tentang faktor berlaku,punca utama,kesan

Soalan 2:pengertian kemerdekaan(F4)
Fokus maksud merdeka,peristiwa di stadium merdeka dan cara menyambut kemerdekaan

Soalan 3:Bab 3 raja berpelembagaan fokus hak asasi,maksud dan aspek hak asasi

Soalan 4:membina kemakmuran negara
Fokus kebudayan kebangsaan,prinsip dan cara pelaksanaan

BAHAGIAM B

Soalan 5:kebangkitan nasionalisme
Fokus idea nasionalisme barat,revolusi,ciri demokrasi

Soalan 6:Usaha kearah kemerdekaan
Fokus aemua pasal sistem ahli,sebab british kenalkan,ciriΒ²,perbezaan dengan kabinet

Soalan 7:Cabaran selepas pembentukan malaysia
Fokus peristiwa 13 mei,sebab berlaku,langkah menamatkan,

Soalan 8:Pembentukan Malayasi
Fokus intipati perjanjian malaysia,hafal konfrontasi indonesia,cara malaysia menangani

Soalan 9:kecermelangan Malaysia di persada dunia
Fokis usaha mengekalkan kelestarian global,jelaskan isu,hafal deklarasi langkwai

Credit : mawaad

  ⊹˚.⋆ @soalansejspm 🎞 Λ–ΰ£ͺ Β°β‚Šβ™‘
β€’ β€’ β€’ β€’ β€’ ━━━━━━━━━━━━━━━
Forwarded from WM ARIF
Ψ§Ω„Ψ³Ω‘ΩŽΩ„ΩŽΨ§Ω…Ω ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩŠΩ’ΩƒΩΩ…Ω’ ΩˆΩŽΨ±ΩŽΨ­Ω’Ω…ΩŽΨ©Ω اللهِ ΩˆΩŽΨ¨ΩŽΨ±ΩŽΩƒΩŽΨ§Ψͺُه
Salam Sejahtera & Salam Keluarga Malaysia semua! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Jemput kepada semua untuk bersama dalam ulangkaji #sembangsantai mengenai subjek Sejarah Tingkatan 4 KSSM sebelum menduduki ujian percubaan SPM ini.

Tarikh: Jumaat (4 Nov 2022)
Jam: 9.15 - 10.45 malam
Sasaran: Semua pelajar tingkatan 5

Pautan: https://youtu.be/N-vddK-dgMI

Semua dijemput hadir. Sebarluaskan pautan ini kepada semua rakan-rakan di mana jua berada supaya ramai calon SPM dapat manfaat ulangkaji ini!
Jom esok 3pm kita sembang2 tentang Percubaan Sejarah SPM 2022 sambil fokuskan topik2 pnting Tingkatan 5...
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ulangkaji CIRI-CIRI KEDAULATAN (B1T5)..... TEKNIK MENGHAFAL SEJARAH SPM YANG PALING MUDAH
Forwarded from SPM KSSM Easy Sejarah Cikgu Shah (Cikgu Shah)
Contoh soalan KBAT Terbuka dari B10T4:

Pada pendapat anda, mengapakah sambutan kemerdekaan dilakukan secara besar-besaran oleh pemimpin pada masa itu?
(8 markah)

Cadangan jawapan:

Pada pendapat saya, sambutan kemerdekaan dilakukan secara besar-besar oleh pemimpin pada masa itu adalah disebabkan detik itu merupakan detik bersejarah di negara kita (F1). Hal ini disebabkan negara kita berjaya melepaskan diri dari cengkaman penjajah yang menghilangkan banyak hak rakyat sebelum ini (H1). Misalnya, kemerdekaan memberikan kita peluang untuk menentukan hala tuju sendiri (C1). Oleh yang demikian, kemerdekaan itu merupakan lambang kemenangan rakyat dalam mendapatkan semula hak-hak yang selama ini tertindas (I1).

Selain itu, sambutan itu juga bertujuan untuk menunjukkan kemampuan negara dan pemimpin kita untuk menyatupadukan seluruh rakyat berbilang kaum dalam mencapai kemerdekaan (F2). Hal ini kerana untuk mencapai kemerdekaan ini, pemimpin semua kaum sanggup bekerjasama dan berkompromi dalam banyak perkara termasuk isu-isu sensitif (H2). Misalnya kompromi tentang isu kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang Melayu (C2). Ini membuktikan rakyat di negara ini mampu bekerjasama dengan baik dan hal ini perlulah diraikan oleh semua warganegara (I2).
Forwarded from SPM KSSM Easy Sejarah Cikgu Shah (Cikgu Shah)
Contoh penulisan jawapan bagi soalan KBAT:

bagaimana sejarah ni boleh dijadikan iktibar untuk membangunkan diri dan negara ?

β€’ Sejarah boleh dijadikan iktibar untuk membangunkan diri dan negara dengan cara kita bekerjasama antara satu sama lain .

β€’ Hal ini dapat mewujudkan suasana harmoni antara masyarakat dan keamanan negara terjamin .

β€’ Contohnya , kita boleh lihat kegemilangan kerajaan terdahulu dapat dicapai apabila pemimpin dan rakyat bersatu padu dalam urusan pentadbiran negara .

β€’ Kesimpulannya , kita hendaklah berusaha untuk mendalami sejarah agar dapat memajukan negara seiring di peringkat global .
Jom esok 3pm kita sembang2 tentang Percubaan Sejarah SPM 2022 sambil fokuskan topik2 pnting Tingkatan 5...