Science Spmnetic!β„’ πŸ”¬
9.35K subscribers
2.09K photos
18 videos
722 files
357 links
This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises 🀘🏻

For inquiries, directly ask in a discussion group ✨
Download Telegram
Nk bg set spm punya soalan
Nk tk
Ada 5 set, korg nak semua ke?
Help, nak print semua kertas ni,, sebab sekolah guna ipad. Very sakit mata ye ges 😭😭😞
Tp kira2 semua sekali 146helai πŸ˜“
Yg nak jawapan boleh pm @nwooyana
assalamualaikum and hiii ! sayaa admin baru n korg bole panggil sayaa harith 🫣 i hope semuaa yang dalam ni dapat science a+ spm nnt insyaallah πŸ˜πŸ’— im not really good at teaching but i will try my best ^^
❀9
"Buli bukan perkara biasa yang patut didiamkan. Kadang-kadang kita fikir ia gurauan, tapi sebenarnya boleh meninggalkan luka yang dalam. Sama ada diejek, dihina, dipukul, disisihkan daripada kawan, atau dibuli secara online β€” semua itu tetap buli.

Kalau awak pernah rasa disakiti atau nampak kawan dibuli, jangan diam. Cerita pada guru, kaunselor, atau orang dewasa yang dipercayai. Ingat, awak bukan keseorangan. Ramai yang sedia bantu.

Mari kita sama-sama jadi pelindung, bukan penonton. Semua orang berhak rasa selamat dan dihormati." πŸ’œπŸ’ͺ

Cr: @irwansyah0107
❀19
Forwarded from SAINS SPM 2026 πŸ’œ (tutor sains)
⚑️ Ready to unlock your A+?

πŸ“’ Live Webinar: Teknik Skor Daya & Tekanan (Bab 8 Tingkatan 5) bersama Adam Iqbal
πŸ† A+ Sains SPM 2023 | Mentor Sains SPM

🎯 Fokus : Tips and Trick Daya & Tekanan
πŸ—“ Hari/Tarikh : Sabtu (16/8/2025)
πŸ•˜ Masa : 8.30 malam
πŸ“ Platform : Voice chat Telegram "sainsspmwithadamiqbal"

Jangan lepaskan peluang ini untuk mantapkan persediaan SPM anda πŸ’ͺ🏻 !

β€œTidak Mengapa untuk Gagal, Yang Penting adalah Bangkit Kembali ❀️‍πŸ”₯!”

#SainsSPM2025 #Batch08 #sainsspmwithadamiqbal
❀3
Tomorrow !
Forwarded from Adam Iqbal
Teknik menjawab soalan ni guna siri elektrokimia :

Kalau - Kalium
Nak - Natrium
Kahwin - Kalsium
Mesti - Magnesium
Ada - Aluminium
Zakat - Zink
Fitrah - Ferum
Supaya - Stanum
Pasangan - Plumbum
Hidup - Hidrogen
Kekal - Kuprum
Abadi - Argentum


jawapan A : zink-kuprum
Zink - Ferum - Stanum - Plumbum - Hidrogen - Kuprum (jarak dipisahkan oleh 4 logam lain)

jawapan B : kuprum-kuprum
Kuprum (tiada logam diantaranya)

jawapan C : aluminium-kuprum
Aluminium - Zink - Ferum - Stanum - Plumbum - Hidrogen - Kuprum (jarak dipisahkan oleh 5 logam lain)

jawapan D : magnesium-kuprum
Magnesium - Aluminium - Zink - Ferum - Stanum - Plumbum - Hidrogen - Kuprum (jarak dipisahkan oleh 6 logam lain)


semakin jauh jarak antara dua pasangan logam , semakin tinggi bacaan voltmeter

semakin dekat jarak antara dua pasangan logam , semakin rendah bacaan voltmeter

jika pasangan logam yang digunakan sama , maka tiada bacaan voltmeter akan dihasilkan


credit : @sainsspmwithadamiqbal
❀18
https://vt.tiktok.com/ZSSEqn9nx/


dekat komen , mimin ada sediakan beberapa soalan. bole guna pakai untuk revision. mimin nak tengok seberapa ramai yang sudi nak jawab. mimin doakan for those yg jawab soalan soalan tu konfem" A masa SPM nanti 🀍
Forwarded from SAINS SPM 2026 πŸ’œ (tutor sains)
tips menjawab HIPOTESIS dan HUBUNGAN πŸ“ :

- hipotesis ialah ayat jangkaan untuk sesuatu eksperimen

cara menjawab :
1) semakin...semakin
- semakin bertambah/berkurang PM, semakin bertambah/berkurang PB
contoh :
semakin bertambah kepekatan antibiotik, semakin bertambah diameter kawasan jernih.
2) jika...maka
- jika PM bertambah/berkurang, maka PB bertambah/berkurang.
contoh :
jika antibiotik berkepekatan tinggi digunakan, maka diameter kawasan jernih lebih luas.
3) perbandingan
- guna perkataan β€œlebih banyak”, β€œlebih sedikit”, β€œlebih besar”, β€œlebih kecil” dan sebagainya mengikut kesesuaian eksperimen.
contoh :
antibiotik berkepekatan tinggi mampu membunuh lebih banyak bakteria berbanding antibiotik berkepekatan rendah.

- hubungan ialah ayat dapatan sesuatu eksperimen

cara menjawab :
1) semakin...semakin
- semakin bertambah/berkurang PM, semakin bertambah/berkurang PB
2) perbandingan
- guna perkataan β€œlebih banyak”, β€œlebih sedikit”, β€œlebih besar”, β€œlebih kecil” dan sebagainya mengikut kesesuaian eksperimen.

#NOTAπŸ“
untuk hubungan TAK BOLEH guna kaedah β€œjika...maka” sbb jika...maka seakan kita berkata β€œkalau buat macam ni...akan jadi macam ni” (macam ramalan kan ayat ni ?) sbb tu tak boleh.

#NOTAπŸ“
kalau nak guna kaedah β€œsemakin...semakin” pastikan ada julat (angka). contohnya, 7Β°C, 37Β°C, 70Β°C (suhu), 3kg, 5kg, 10kg (jisim) dan lain lain.

#INFO🌷
- paling mudah buat ayat perbandingan. bila buat nanti nampak macam pemerhatian tapi sama je boleh jugak βœ…. pastikan bijak atur struktur ayat supaya tidak salah faham/konsep/fakta.
❀18
Notice to All Thespmnetic Members πŸ“’

To join our discussion group, you must complete a simple captcha within 240 seconds. This helps us keep the community safe from bot spam & scammers 🚫.

How to complete the captcha:
1. When you join the group, a captcha message will appear automatically.
2. Just click the correct button or type the required code.
3. Once verified, you can chat freely in the group and leave a comment.

If you are accidentally banned (but you’re not a bot/scammer), kindly directly messages @autophlee for assistance.

- TheSPMnetic Team