Science Spmnetic!β„’ πŸ”¬
9.44K subscribers
2.09K photos
18 videos
722 files
353 links
This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises 🀘🏻

For inquiries, directly ask in a discussion group ✨
Download Telegram
IC JANGAN LUPA BAWAKK !
❀23πŸ‘4
sekali dengan min nervous, korang la ni 😞
😒12❀2
semoga korang sihat sihat je la eh jawab paper esok, bawak ubat jugak fresh care ke minyak yu yee cap limau
❀53
jangan la doa soalan mudah, soalan dah siap πŸ˜† doa korang boleh jawab soalan tu macam jawapan dalam skema
❀77πŸ”₯2😁1
insyaAllah A+ semua !!
❀128
min usya soalan tahun ni banyak aloi, tapi lembaga ni tak boleh expect, kadang masuk kadang tak
πŸ‘8
korang baca je la semua eh, semangat ! min nak lari dulu la pukul 11 min muncul balik ( InsyaAllah )
πŸ‘8
cepat tengok !! tengah live
❀2
Forwarded from qaisar (qaisar)
KOLEKSI TOPIKAL OBJEKTIF TRIAL SPM 24

- senang nak fokus kat bab yang masih lemah
- untuk ulang kaji last minute

SEJARAH - COMPLETE βœ…
SAINS - COMPLETE βœ…
MATEMATIK (with analisis) - COMPLETE (F1-F3) βœ…
πŸ‘1
wah esok sains combo dengan srt eh ? ada ke pejuang srt dekat sini ?? mesti tengah stress kan, takpela study sains dulu πŸ˜†πŸ˜†
πŸ”₯18🀯7
bahagian A ( basic )

pemboleh ubah dimanipulasi ( pm) = tengok dekat eksperimen apa yang berbeza contohnya jenis larutan
dekat depan mesti kena ada " jenis " / etc ataupun kalau taktau sangat tulis je larutan ..... dan larutan ....

Cara Mengawal : menggunakan .............. yang berbeza iaitu .....
wajib ada berbeza dekat belakang

pemboleh ubah bergerak balas ( pb ) = apa yang kita tengok
contoh : diameter lekukan / etc

Cara Mengawal : memerhati / menggunakan / mengukur ( kalau mengukur mesti ada radas dekat blkng )
contoh : mengukur diameter lekukan menggunakan pembaris meter

pemboleh ubah yang dimalarkan : apa yang sama
contoh : saiz hirisan epal
**** JANGAN LETAK RADAS
Contoh : menggunakan saiz bikar yang sama ❌

Cara Mengawal : mengekalkan ........ yang sama
wajib ada sama dekat belakang
❀25πŸ‘3
maaf typo sikit πŸ™πŸ»πŸ™πŸ»πŸ™‡πŸΌβ€β™€οΈ
❀4
Forwarded from kren
PM
1.faktor yg diubah
2.faktor yg dimanipulasi

PB
1.faktor yang diperhati
2.faktor yang diukur

P.Malar
1.faktor yang dimalarkan
2.faktor yang ditetapkan
3.faktor yang dikawal
❀43πŸ‘7
nama lain untuk pemboleh ubah
makin lama, makin sakit perut la pulak. sains lebih mendebarkan dari math πŸ₯°
πŸ‘21πŸ”₯8❀1
lembaga peperiksaan jangan macam macam laa letak soalannya πŸ˜‡ semoga yang baik baik sahaja
❀33πŸ‘1
❀12
Forwarded from kren
tips menjawab DEFINISI SECARA OPERASI πŸ“ :

- definisi secara operasi ataupun lebih dikenali sebagai DSO ialah definisi yang menerangkan sesuatu sifat dan pemerhatian yang akan terjadi terhadap perkara yang didefinisikan apabila sebarang tindakan dilakukan.

cara menjawab :
tajuk ialah perkara yg describe tajuk yang menyebabkan pemerhatian apabila operasi/tindakan.

contoh eksperimen : (Bab 9 Tingkatan 4)
jenis bongkah            kedalaman lekuk
bongkah kuprum                15cm
bongkah gangsa                  6cm

soalan :
berikan definisi secara operasi bagi bongkah gangsa.

highlight perkara penting mengikut tips diatasπŸ‘‡πŸ»

tajuk : bongkah gangsa
perkara yg describe tajuk : bahan
pemerhatian : lekuk yang terhasil lebih kecil berbanding lekuk pada bongkah kuprum
operasi/tindakan : pemberat 100g dijatuhkan dan menghempap bola keluli

susunan bentuk ayat lengkap :
bongkah gangsa ialah bahan yang menyebabkan lekuk yang terhasil lebih kecil berbanding lekuk pada bongkah kuprum apabila pemberat 100g dijatuhkan dan menghempap bola keluli.

apa yang patut awak buat sekiranya awak tidak tahu perkataan apa yang sesuai untuk describe tajuk tersebut ??
- caranya ialah awak ambil semula perkataan yg ada pada tajuk.
contohnya :
- bongkah gangsa ialah bongkah βœ…
- nilai kalori ialah nilai βœ…
- larutan metilena biru ialah larutan βœ…
- kadar tindak balas ialah kadar βœ…

contoh perkataan yang sesuai ialah :
1) BAHAN
- aloi, logam, antibiotik, minyak kelapa sawit, alkohol, sel kimia, bahan antioksidan
2) KEADAAN
- suhu, tekanan, inersia, tarikan graviti, jatuh bebas, denyutan nadi
3) PROSES (sesuai utk tajuk yg ada imbuhan pe-, pem-, per-, peng-)
- pengoksidaan, pertumbuhan, pengaloian, pemvulkanan, penapaian, pengesteran, elektrolisis
4) NILAI/UKURAN
- nilai kalori, kadar tindak balas, kadar denyutan nadi, pecutan
5) PRINSIP
- prinsip Pascall, prinsip Bernoulli
❀34πŸ‘8