SAVE PALESTINE πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ
130K subscribers
64.6K photos
21.4K videos
5 files
2.2K links
Perjuangan islam,Perjuangan palestinπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡Έ

Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolonganMU, kami meminta ampun kepadaMU, kami memohon petunjuk dariMU, kami beriman kepadaMU, kami berserah kepadaMU dan kami memujiMU dengan segala kebaikan.
Download Telegram
Pengganas IOF sekali lagi melakukan serangan udara di Khan Younis,menyasarkan peralatan pertahanan awam dan jentera berat berhampiran Bank of Palestine,mengakibatkan kebakaran besar-besaran.

Sementara itu,kebakaran terus marak di Jabalia berikutan serangan ke atas jentolak dan gudang milik perbandaran Jabalia Al-Nazla.

Dari Beit Lahia ke Rafah,tentera rejim zionis secara khusus menyasarkan peralatan yang digunakan untuk menyelamatkan mangsa yang cedera dan syahid di tengah malam.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tentera rejim Israel memaksa penduduk mengosongkan rumah di sekeliling rumah Mohammad Shehab di bandar Al-Ram,Baitulmaqdis sebagai persediaan untuk merobohkannya.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sebuah video yang disiarkan di media sosial menunjukkan seorang pemandu bas Palestin diserang oleh peneroka haram Israel,selepas dia enggan membenarkan lebih ramai penumpang menaiki bas kerana terlalu sesak.

saksi berkata serangan itu bermotifkan identiti Palestin semata-mata."Mereka mengheretnya keluar dan memukulnya dijalanan"cerita seorang saksi lagi.Pemandu tersebut segera dihantar ke hospital untuk rawatan segera.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Saluran 12: Polis rejim Israel menindas dan menangkap sejumlah peneroka haram yahudi semasa demonstrasi besar di Tel Aviv.Untuk menuntut peletakan jawatan Netanyahu dan perjanjian pertukaran tawanan yang komprehensif.
Angka penduduk Palestin yang syahid meningkat kepada 9 orang dan beberapa yang lain cedera termasuk dua kanak-kanak dalam serangan udara penjajah Israel yang menyasarkan sebuah bangunan kediaman di Jalan Al-Sikka di Khan Younis,selatan Semenanjung Gaza.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tentera rejim Israel meletupkan rumah pelaku serangan Sarafand,di bandar Al-Ram,utara Baitulmaqdis yang diduduki.
Wartawan Al Jazeera:

β€œJumlah kematian meningkat kepada 11 dalam serangan udara rejim Israel yang menyasarkan sebuah rumah di Khan Yunis,selatan Gaza, pada waktu subuh hari ini.”
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Serangan dron rejim Israel menyasarkan sebuah kenderaan di Baawerta,selatan Beirut,dengan sekurang-kurangnya seorang syahid.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Detik pengeboman pesawat Zionis ke atas sebuah rumah di kawasan kejiranan at-Tuffah,timur Gaza, semalam.
Seorang wartawan radio tentera Israel melaporkan tentang komander Briged ke-205, satu-satunya briged simpanan yang mengambil bahagian dalam perang di Rafah:

Peratusan tentera simpanan yang bertindak balas untuk menyertai pertempuran tidak melebihi separuh hingga dua pertiga,iaitu 60%.
Akhbar Ibrani Haaretz,memetik sumber tentera:

Briged Golani telah kehilangan 114 askar dan pegawainya sejak permulaan perang,dan beribu-ribu anggotanya telah cedera.

"Kita mula menyedari keletihan di kalangan askar biasa yang menanggung beban dan tekanan yang berat."
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Wartawan Hani Mahmoud melaporkan mengenai serangan rejim Israel baru-baru ini di seluruh Semenanjung Gaza,yang mengakibatkan berpuluh-puluh korban dalam kalangan orang awam .
Bekas Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant mengakui kepada Perbadanan Penyiaran Awam Israel bahawa imej yang diterbitkan oleh tentera semasa perkhidmatannyaβ€”kononnya menunjukkan "terowong super" milik penentangan Palestin di Gaza di persimpangan Koridor Philadelphi/Rafah,sebenarnya hanyalah parit sedalam satu meter untuk saliran air.

Propaganda tentera zionis bertujuan untuk membesar-besarkan kepentingan "Koridor Philadelphia" dan menangguhkan mencapai perjanjian untuk membebaskan tahanan Israel yang ditahan di Gaza.
TERKINI

Terdapat Kecederaan dilaporkan dalam kalangan orang awam Palestin berikutan serangan dron rejim Israel di bandar Bani Suheila, timur Khan Younis,menurut sumber tempatan.
Wartawan Al-Akhbar di selatan Lubnan:

"Dua serangan rejim Israel menyasarkan pinggir Al-Haniyah (daerah Tyre)."
Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza:

Laporan statistik harian mengenai jumlah syahid dan cedera akibat pencerobohan "israel" di Semenanjung Gaza.

26 syahid dan 60 cedera tiba di hospital Semenanjung Gaza sejak 24 jam lalu.

Sebilangan mangsa masih berada di bawah runtuhan dan di jalan raya, tidak dapat dihubungi oleh ambulans dan krew pertahanan awam.

Angka syahid dan kecederaan sejak 18 Mac 2025 telah mencecah 1,890 syahid dan 4,950 cedera.

Jumlah syahid akibat pencerobohan "israel" telah meningkat kepada 51,266 syahid dan 116,991 cedera sejak 7 Oktober 2023.

Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza.
22 April 2025
SAVE PALESTINE πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ
Wartawan Al-Akhbar di selatan Lubnan: "Dua serangan rejim Israel menyasarkan pinggir Al-Haniyah (daerah Tyre)."
Seorang warga Lubnan terbunuh dalam serangan udara rejim Israel di pinggir bandar Al-Haniyah ketika dia sedang mengumpul besi buruk.