Sastera Spmnetic!β„’
4.69K subscribers
197 photos
4 videos
180 files
89 links
This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises 🀘🏻

For any enquiries, please directly ask in our discussion group ✨
Download Telegram
Cemerlang Sajak mesti ada lebih 5 gaya Bahasa.✨

1. Ada metafora
2. Sinkope
3. Anafora
4. Kata ganda
5. Simile

'Mesti ada gaya bahasa'

πŸ“ŒKATA GANDA SUDAH TIDAK DIKATEGORIKAN SEBAGAI GAYA BAHASA LAGI YE START THN 2024 DAN SETERUSNYA..

tapi bole je letak kata ganda dlm sajak sbb sajak bebas

πŸ“ŒTAJUK HURUF BESAR
Nama penuh penulis 

πŸ“ŒSajak mula dengan huruf besar
lepas tu huruf kecil
akhir rangkap letak titik.

πŸ“ŒMasuk rangkap kedua tulis balik huruf besar
dibawah huruf kecil begitulah seterusnya.
.
.
Macam mana ayatΒ² puitis dlm Sajak❓

πŸ“ŒKalau yg lemah sangat ambil serba sikit ayat dalam puisi spt Sajak yg diberi tapi ubahΒ²ayatnya ikut tema yg diberikan

AYAT YG KORANG BOLEH GUNA DALAM SAJAKβ—οΈβœ¨

☺️sy dah analisis ayat² ni berdasarkan cth karya sajak

Korang kena rajin baca sajak, kaji ayatΒ² dlm sajak okeyhπŸ‘Œ

-guna ayat ni ikut kesesuaian tema

πŸ‘‰Tersergam di tanah batini
πŸ‘‰Berpaksikan akal budi
πŸ‘‰Walau datang desiran dari....
πŸ‘‰Lebuh kehidupan
πŸ‘‰Berjuang demi kebebasan
πŸ‘‰gerak langkah perjuangan
πŸ‘‰menyusup jati diri
πŸ‘‰Takkan layu walau....
πŸ‘‰ bersendikan agama dan bangsa
πŸ‘‰menggemgam jaya
πŸ‘‰Terkubur bagai kenangan
πŸ‘‰....Berjelaga hedonism(budaya seronok)
πŸ‘‰Ayuhlah
πŸ‘‰Marilah
πŸ‘‰Dinding imanmu
πŸ‘‰Jiwa menganggam bayu
πŸ‘‰Demi mencorak generasi yang bebas dari belenggu akar berduri
πŸ‘‰Dihiris cengkaman...


Dan byk lagi....tak larat nk taipπŸ˜‚

Sajak cemerlang kena ada gaya bahasa ☝️
Buat sajak jgn lari dari tema.

πŸ“ŒSajak ni mcm sebuah cerita, ada jalan ceritanya sendiri..kena menarik

πŸ“ŒBahasa kena menarik

πŸ“ŒBykkan penggunaan gaya bahasa estatik@lebih menarik. Kalau boleh lebih kreatif

πŸ“ŒBila baca sajak tu ada penceritaan dan bahasa yg puitis yg sedap didengar
NOVEL.docx
395.5 KB
NARATIF OGONSHOTO
.
.
-β€’@sasteramelayunotespmβ€’-
PROSA TRADISIONAL.docx
107.5 KB
πŸ“ŒSastera Panji:Raden puspa kencana

πŸ“ŒSastera Epik:Hang Tuah diutus ke siam

πŸ“ŒSastera Hikayat:Hikayat Parang puting

-β€’ @sasteramelayunotespm -β€’
bsm sastera.docx
148.2 KB
Nota:
✨ Novel
✨Cerpen
✨Puisi
✨Puisi Tradisional
✨Prosa Tradisional


-β€’@sasteramelayunotespmβ€’-
Untuk sajak...Jika penulisan puisi betul, pemeriksa akan terima puisi yang ditulis dan diberi markah, iaitu: cemerlang, sederhana dan rendah,,,

Korang tau kan gaya bahasa Hiperbola❔ bahasa berlebih-lebihan mcm sajak la jgk...cth sajak

Ku cengkam tanah pusaka ini penuh erat,
Tidak akan ku lepaskan walau taufan melanda,
Tidak akan ku biarkan walau badai melanda....bla..bla..bla..

Buat sajak senang sebab dia bebas dan tak terikat macam pantun...letak je ayat yang mana rasa sesuai dan banyakkan rujuk contohΒ² sajak


Begitula sekian~~
KRITIKAN ada 2: KRITIKAN SANJUNGAN / KRITIKAN saranan.✨

πŸ‘‰KRITIKAN SARANAN biasanya untuk watak yang bersikap negatif . Jadi kita meNYARANkan agar watak tersebut sepatutnya bersikap baik.
.
.
Teknik Menjawab:

πŸ“Berpandukan drama Anna KRITIKAN SARANAN menerusi watak Anna.
πŸ‘‰2 KRITIKAN SARANAN
Contoh jawapan
1. Bersabar hadapi dugaan.
Contoh , Anna sepatutnya bersabar hadapi dugaan dalam hidup berumah tangga. Dia tidak SEPATUTNYA  pergi meninggalkan suaminya, Zaki Dan anak nya Tina. Sebaliknya bersabar menjaga ibu mentua yg sakit.

2. Tidak mementingkan diri sendiri.
Contoh, Anna SEPATUTNYA nya tidak mementingkan diri sendiri. Sebaliknya perlu samaΒ² membantu suaminya Zaki menjaga mak munah yang sakit.

πŸ“ŒPerlu ada perkataan SEPATUTNYA
πŸ‘‰KRITIKAN SANJUNGAN✨

🌈KRITIKAN sanjungan biasanya ditujukan kepada watak yg bertindak dengan sikap yang baik.sikap yg baik disanjung..mcm sikap yg terpuji la..Contoh:

πŸ–ŠNyatakan KRITIKAN SANJUNGAN menerusi watak Averah Menerusi cerpen gulai sembilang.
Contoh jawapan:

Prihatin terhadap keluarga / ibu bapa.
Contoh, Averah memohon untuk bertugas di tempat yang paling hampir dengan Kampung agar boleh menjaga ayahnya yang sakit.
2. Bijak membuat keputusan. Contoh,,,,,,

Teknik Menjawab:

πŸ–ŠKRITIKAN sanjungan menerusi watak Zaki drama Anna.
1. Bertanggungjawab menjaga ibu yang sakit.
Contoh Zaki bertanggungjawab menjaga ibunya mak Munah yang sakit sehinggakan dia tetap berada bersama ibunya di tanah air walaupun pernah belajar di luar negara.

2. Bersabar dengan ujian.
contoh ,ZAKI bersabar dengan karenah isterinya Anna yang ingin berpisah kerana tidak sanggup menjaga ibu mentua yang sakit. ZAKI berusaha memujuk isterinya Anna agar kembali kepangkuannya
Teknik Menjawab Ciri/Bentuk Puisi✨
.
.
Cara jwb ciri/bentuk puisi berdasarkan petikan di atas

πŸ“Œkena ada FAKTA dan CONTOH) cara jawabπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

πŸ‘‰i)Mempunyai rangkap
Contoh,3 rangkap.   (2 markah)
    
(cuba kira berapa rangkap pantun kt atas)

πŸ‘‰ii)Mempunyai jumlah patah kata sebaris tidak sama
Contoh,4 hingga 5 patah kata sebaris

(cuba kira minimum dgn maksimum patah kata tiap baris.rujuk pen warna BIRU)

πŸ‘‰iii)mempunyai jumlah suku kata sebaris tidak sama
Contoh,7 hingga 11 suku kata sebaris

(rujuk pen warna Hitam...suku kata ni mcm yg budak tadika belajar tu)
A Yam =2 suku kata 
Ma kan lah=3 suku kata


πŸ‘‰iv)rima akhir sama
Contoh, a,a

(rujuk pen hijau. Sama kan? Rima akhir)

πŸ‘‰v)Mempunyai jumlah baris serangkap sama
Contoh,2 baris serangkap

(kira sendiri)

πŸ‘‰vv)Bentuk terikat
.
.