SarahCikguSejarah
2.34K subscribers
7.26K photos
166 videos
2.68K files
5.63K links
Setiap persoalan, kemusykilan, pertanyaan,blh direct PM @PnSarahNoor
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 6 TAHUN 2024: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DUAL LANGUAGE PROGRAMME KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2024.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sy jual RM20 shj
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Iklan Kekosongan Jawatan Pensyarah Kanan Gred DG48 Dan Pensyarah Gred DG44 Di Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands (IABCGH) Kementerian Pendidikan Malaysia
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hari ini sekitar 719 tahun Hijrah yang lalu, dipercayai tarikh Osman Gazi, pengasas Dinasti Uthmaniyah, meninggal dunia.

Lahir sekitar tahun 1258 Masihi di Sogut, Osman merupakan anak kepada Ertugrul, penghulu (bey) puak Kayi dari bangsa Turk Oghuz yang bergerak di bawah perintah Empayar Seljuk. Beliau mengambil alih peranan bapanya selepas Ertugrul meninggal dunia pada 1280M.

Osman pantas mengembangkan wilayah jajahannya dengan menakluk penempatan-penempatan kecil di bawah kuasa Byzantine merentas Anatolia. Pada 1298M beliau menawan Yarsihar, kemudian Bilecik, di mana beliau memindahkan pusat pentadbirannya.

Ketika itu wilayah Seljuk telah pun terpecah susulan kekalahan kepada Mongol pada 1293M. Osman mengisytihar kemerdekaan beylik (kerajaan kecil)nya & menakluk wilayah Inegol pada 1299M. Menurut legenda, nama Osman disebut dalam khutbah Jumaat di istana Karacahisar pada tahun itu sebagai kenyataan pertama kedaulatan & kekuasaannya. Peristiwa ini umum dianggap sebagai detik kerajaan Uthmaniyah diasaskan.

Tahun sama, Osman cuba menawan Nicaea (hari ini Iznik), kota penting Byzantine di barat laut Anatolia. Namun dek keampuhan tembok pertahanan kota itu, misi Osman gagal selepas 2 tahun mengepungnya (ia kemudian berjaya ditakluk pada 1330M).

Beliau mengalihkan tumpuannya untuk menakluk Prusa (hari ini Bursa), juga berdepan kesukaran apabila kota itu mendapat bekalan terus dari Constantinople (ibu kota Byzantine). Pengepungan bermula 1308M berlanjutan selama lebih sedekad hinggalah pelabuhan utama Prusa ditawan Osman.

Prusa akhirnya berjaya ditawan pada 1326M, ketika itu takhta telah diserahkan kepada anaknya Orhan Ghazi apabila beliau tak mampu lagi memimpin ekoran sakit gout yang dihidapi selama beberapa tahun. Diriwayatkan, Osman menghembuskan nafas terakhirnya selepas mendengar berita kejayaan di Prusa.

Jasadnya dikebumi di Sogut sebelum dipindahkan ke Prusa mengikut wasiatnya. Kerajaan Uthmaniyah yang diasaskan berkembang menjadi salah satu empayar paling berkuasa dalam sejarah yang menjangkau 3 benua & berdaulat selama lebih 500 tahun.

Sumber: AA, World History Encyclopedia

#PeristiwaHariIni
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hari ini 1,056 tahun yang lalu, putera & penyair Arab, Abu Firas al-Hamdani, mati dibunuh.

Nama penuhnya Al-Harith ibn Abi’l-ΚΏAlaΚΎ SaΚΏid ibn Hamdan al-Taghlibi, lahir sekitar 932/933, mungkin di Mosul, Iraq. Berbangsa Parsi, Abu Firas merupakan ahli dinasti Hamdaniyyah yang mentadbir utara Iraq & Syria di bawah Empayar Abbasiyah.

Ketika usianya 2/3 tahun, bapanya Sa’id ibn Hamdan dibunuh oleh sepupunya Nasir al-Dawlah dalam perebutan kuasa memerintah Mosul. Abu Firas dibawa ibunya berpindah ke Aleppo di mana beliau dibesarkan di bawah perlindungan & tunjuk ajar sepupunya Emir Aleppo Sayf al-Dawlah - adik kepada Nasir al-Dawlah. 

Selain pahlawan terkenal, Sayf al-Dawlah juga mashyur sebagai penaungannya terhadap ilmuan & penyair. Minda-minda terhebat dunia Islam dihimpun di Aleppo, seperti ahli falsafah & pemuzik al-Farabi, pendakwah Ibn Nubata & penyair ulung al-Mutannabi.

Abu Firas membesar dalam suasana penuh budaya, menjadi pemimpin terbilang dalam kerajaan Hamdaniyah termasuk sebagai gabenor Manbij di persempadanan Empayar Byzantine (kemudian Harran juga diletak bawah pentadbirannya) & menyertai beberapa kempen ketenteraan menyerang wilayah Byzantine.

Pada 962, Byzantine menyerang Manbij & Abu Firas ditangkap & menghabiskan masa di dalam penjara di Constantinople selama beberapa tahun. Ketika tempoh ini Abu Firas menghasilkan karya-karya puisi terulungnya, koleksi dikenali sebagai β€œAl-Rumiyyat.”

Lepas dibebaskan pada 966, Abu Firas dinamakan sebagai gabenor Homs. Tapi tak lama lepas beliau dibebas, Sayf al-Dawlah meninggal dunia & emiriah Hamdaniyyah di Aleppo berantakan. Tercetus perselisihan dengan anak saudaranya Sa’d al-Dawlah pewaris takhta Aleppo lalu Abu Firas melancarkan pemberontakan yang berakhir dengan kematiannya pada 4 April 968.

Abu Firas merupakan antara sosok terulung dalam sastera klasik Arab dianggap sebagai penyair agung Arab yang terakhir.

*Gambar: Representasi moden Abu Firas pada setem pos Syria tahun 1963.

Sumber: Message International, Pantheon.World 

#PeristiwaHariIni
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Calling all changemakers!

The second cycle of the Southeast Asian Educational Innovation Awards (SEA EIA) has finally opened its call for nominations. This award is dedicated to recognizing exceptional efforts of educators and education personnel who have significantly contributed to improving teaching and learning practices in Southeast Asia.

The theme for this cycle is β€œInnovative Human-Centered Learning for Future-Ready Schools”, underscoring the importance of prioritizing human-centric approaches in education and preparing schools to adapt to the evolving needs of the future. It emphasizes tailoring educational experiences and technology interventions to meet the diverse needs of students, fostering holistic development, and cultivating skills essential for success in an ever-changing world.

Are you or is someone you know a visionary teacher or school head? Nominate them now to recognize their outstanding contributions to human-centered learning and future-ready education.

Grant of the Award

Β· Trophy of Recognition
Β· Study visits in Southeast Asian countries to share ideas and innovative practices with other education workers
Β· The study visits will be organized by SEAMEO INNOTECH in consultation with the Awardee and his/her organization
Β· The travel grant(s) awarded should amount up to USD 3,000.00 to cover international travel, per diem and incidental costs
Β· The report will be published by SEAMEO INNOTECH

Check the eligibility and other details:
https://www.seameo-innotech.org/sea-eia/

Visit the official FB page:
https://www.facebook.com/innotech.seaeia/
Make sure to submit by June 30, 2024!
Let's celebrate excellence in education together!

--------------------------------

Inquiries:
Email: info@seameo-innotech.org, jason@seameo-innotech.org
Tel No.: +632 8924 7681 to 84 loc. 159
Direct Line: +632 8926 44 76
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM