Yayasan Islam Pulau Pinang
154 subscribers
935 photos
43 videos
5 files
545 links
Channel Telegram YIPP ini adalah untuk info mengenai kegiatan YIPP dan isu- isu berkaitan umat Islam di Pulau Pinang
Download Telegram
Hari ini Yayasan Islam Pulau Pinang selaku agensi yang diberikan mandat oleh Kerajaan Negeri mengetuai Teras Anak Muda dalam Pelan Khaira Ummah 2030 telah menganjurkan Program Dialog dan Majlis Apresiasi Sukarelawan.

Majlis ini diadakan bagi menghargai sumbangan masa dan tenaga sukarelawan yang terlibat dalam program Kelas Bimbingan Pulau Pinang Mengajar dan program kesukarelaan yang lain.

Pihak YIPP merakamkan penghargaan kepada Tuan Amran bin Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang yang sudi hadir merasmikan majlis.

#KhairaUmmah2030
#Penang2030
𝗧𝗮𝗱𝗮𝗿𝘂𝘀 𝗔𝗹-𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗞𝗔𝗙𝗔 𝗠𝗲𝗻𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗔𝗹-𝗔𝗺𝗶𝗻, 𝗦𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗶𝗴𝗮, 𝗡𝗶𝗯𝗼𝗻𝗴 𝗧𝗲𝗯𝗮𝗹

Dah baca Al-Quran hari ini?

Lihatlah anak-anak pelajar ini rajin bertadarus. Alhamdulillah pelajar KAFA Menengah Pulau Pinang di Masjid Al Amin Simpang 3, Nibong Tebal hari ini sangat memberansangkan.

Aktiviti tadarus Al-Quran bagi kelas ini akan diadakan pada setiap hari Ahad sepanjang bulan Ramadhan.

Aktiviti Tadarus Al-Quran adalah untuk persiapan Majlis Khatam Al-Quran nanti pada 23 April 2022 di Masjid Jamek Al-Hidayah Jalan Baru. Semoga usaha ini menjadi saksi kepada pembangunan generasi muda di Pulau Pinang.
................................................................

Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) merupakan Agensi Kerajaan Negeri di bawah kawalselia Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). YIPP diberikan mandat oleh Kerajaan Negeri melaksanakan KAFA Menengah Pulau Pinang iaitu Kelas Asas Fardhu Ain untuk pelajar peringkat sekolah menengah.

Sehingga kini 11 buah masjid telah melaksanakan KAFA Menengah dengan lebih 360 orang pelajar. Usaha ini dibantu oleh Zakat Pulau Pinang . Berzakatlah di Zakat Pulau Pinang di www.zakatpenang2u.com

#ramadan1443h
#Penang2030
#khairaummah2030
#kafamenengahpulaupinang
𝗞𝗲𝘄𝗮𝗷𝗶𝗽𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿 𝗭𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗙𝗶𝘁𝗿𝗮𝗵

👇 Kadar Zakat Fitrah Negeri Pulau Pinang Tahun 1443H / 2022M 👇

🍚 RM7.00 per seorang
Jika kebiasaaanya anda memakan jenis beras seperti di bawah:
- Beras Super Special Tempatan (5% / 10%)
- Beras tempatan (Standard / Premium)
- Beras putih import
- atau setara

🍚RM13.00 per seorang
Jika kebiasaaanya anda memakan jenis beras seperti di bawah:
- Beras wangi
- Beras pulut
- atau setara

🍚RM20.00 per seorang
Jika kebiasaaanya anda memakan jenis beras seperti di bawah:
- Beras basmati
- atau setara
**Beras berkualiti tinggi

#ramadan1443h
𝐉𝐎𝐌 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋𝐈 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝐊𝐀𝐅𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 𝐘𝐈𝐏𝐏

👉🏼 Ustaz Muhammad Hasnan bin Ahmad Lutfi
👉🏼 Guru KAFA Menengah Pulau Pinang
👉🏼 Masjid AlBukhary Pulau Pinang

Muhammad Hasnan
#kafamenengahpulaupinang
#gurukafamenengah
#Penang2030
Salam Nuzul Al-Quran daripada seluruh warga kerja Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP). Semoga amalan kita semua diterima oleh ALLAH SWT dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran di bulan Ramadan ini dan bulan-bulan lain.

#Ramadan1443H
Persiapan Majlis Khatam al Quran KAFA Menengah Pulau Pinang

YIPP akan menganjurkan Majlis Khatam al-Auran KAFA Menengah Pulau Pinang pada 23 April 2022 di Masjid al Hidayah, Jalan Baru Perai.

Sekiranya rakan facebook dan media sosial lain berkelapangan jemput hadir bersama!

Kita raikan Ramadan ini dengan pesta ibadah.
𝐉𝐎𝐌 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋𝐈 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝐊𝐀𝐅𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 𝐘𝐈𝐏𝐏

👉🏼 Ustazah Azima Zahra Binti Abdul Aziz
👉🏼 Guru KAFA Menengah Pulau Pinang
👉🏼 Masjid AlBukhary Pulau Pinang

Azima Zahra
#kafamenengahpulaupinang
#gurukafamenengah
#Penang2030
𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 : 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐇𝐀𝐓𝐀𝐌 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐅𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆

Inshallah, nantikan sebuah program buat julung kalinya melibatkan 11 masjid diseluruh Pulau Pinang anjuran Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP).

Majlis ini juga melibatkan hampir 360 pelajar KAFA Menengah Pulau Pinang dalam inisiatif YIPP bagi mengimarahkan masjid di bulan Ramadan 1443H.

Semoga usaha ini akan memberikan manfaat kepada seluruh umat Islam di Pulau Pinang.
................................................................

Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) merupakan Agensi Kerajaan Negeri di bawah kawalselia Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). YIPP diberikan mandat oleh Kerajaan Negeri melaksanakan KAFA Menengah Pulau Pinang iaitu Kelas Asas Fardhu Ain untuk pelajar peringkat sekolah menengah.

Sehingga kini 11 buah masjid telah melaksanakan KAFA Menengah dengan lebih 360 orang pelajar. Usaha ini dibantu oleh Zakat Pulau Pinang. Berzakatlah di Zakat Pulau Pinang di www.zakatpenang2u.com

@mainppg
#ramadan1443h
#Penang2030
#khairaummah2030
#kafamenengahpulaupinang