Yayasan Islam Pulau Pinang
154 subscribers
943 photos
43 videos
5 files
545 links
Channel Telegram YIPP ini adalah untuk info mengenai kegiatan YIPP dan isu- isu berkaitan umat Islam di Pulau Pinang
Download Telegram
Ujian Penilaian Akhir Pulau Pinang Mengajar

Sabtu, 11 Disember 2021 - Alhamdulillah selesai ujian penilaian akhir di kesemua lokasi Pulau Pinang Mengajar iaitu, PPR Jalan Sungai (secara fizikal), Taman Guar Perahu, Padang Cempedak dan Simpang Tiga, Nibong Tebal yang melibatkan hampir 106 orang pelajar.

Ujian ini adalah bertujuan untuk menilai tahap prestasi pelajar Pulau Pinang Mengajar (PPM) sepanjang tahun 2021.

Bittaufiq wan najah.
Kursus Pemantapan Guru KAFA Menengah Pulau Pinang (Siri 1)

Alhamdulillah, selesai sudah Kursus Pemantapan guru KAFA Menengah Pulau Pinang Siri 1 anjuran Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) yang berlangsung selama dua hari pada 11 dan 12 Disember yang lepas bertempat di SIRIM Pulau Pinang.

Pihak YIPP merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang sudi berkongsi ilmu tentang cara mengendalikan silibus kelas KAFA Menengah kepada para guru KAFA Menengah Pulau Pinang yang terlibat.

Pihak YIPP berharap agar semua guru KAFA Menengah Pulau Pinang dapat memanfaatkan ilmu yang diberi dengan sebaiknya dalam usaha mendidik para pelajar KAFA Menengah Pulau Pinang untuk menjadi insan yang berguna kepada agama dan bangsa.

InsyaAllah KAFA Menengah Pulau Pinang akan bermula pada tahun hadapan di 11 buah lokasi di seluruh Pulau Pinang dengan 26 orang guru yang akan menjadi orang harapan YIPP dalam mendidik pelajar-pelajar KAFA Menengah Pulau Pinang.

Doakan usaha murni ini berjaya !

---------------------------

Kelas KAFA Menengah Pulau Pinang adalah kesinambungan KAFA peringkat sekolah rendah. Usaha ini adalah untuk memperkukuhkan kefahaman agama Islam kepada pelajar di peringkat sekolah menengah.

Permohonan kemasukan pelajar tingkatan satu 2022 KAFA Menengah Pulau Pinang kini dibuka.

Untuk memohon sila klik pautan di bawah:
https://bit.ly/PendaftaranPelajarKAFAMenengahPulauPinang

Daftar segera! Tempat adalah TERHAD.
๐๐ž๐ง๐ ๐ค๐ž๐ฅ ๐Š๐š๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐Š๐ก๐š๐ข๐ซ๐š ๐”๐ฆ๐ฆ๐š๐ก : ๐“๐š๐ง๐š๐ก ๐๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐›๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ ๐ƒ๐ข ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ข๐ง๐š๐ง๐  ๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐ž๐ฅ๐š๐ง๐  ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ‘๐ŸŽ: ๐‚๐š๐›๐š๐ซ๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฅ๐ž๐ฌ๐š๐ข๐š๐ง๐ง๐ฒ๐š.

Dalam usaha merealisasikan Agenda Khaira Ummah 2030, Yayasan Islam Pulau Pinang ( YIPP) telah menganjurkan Bengkel Kajian Khaira Ummah pada 14 Disember 2021 bertempat di Kompleks Eureka,Universiti Sains Malaysia ,Pulau Pinang.

Bengkel ini diadakan untuk meneliti dan memurnikan kertas kajian yang telah disediakan oleh pihak YIPP dan Penyelidik dari Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pihak YIPP ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua agensi dan jabatan yang terlibat dalam bengkel ini.

Kertas kajian ini akan diangkat kepada stakeholder untuk penelitian lanjut.

#Penang2030
#yipp
#PemangkinPembangunanUmmah
๐๐ž๐ง๐ ๐ค๐ž๐ฅ ๐Š๐š๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐Š๐ก๐š๐ข๐ซ๐š ๐”๐ฆ๐ฆ๐š๐ก: ๐๐ž๐ง๐œ๐ž๐ซ๐š๐ข๐š๐ง ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ค๐š๐ฅ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐†๐ž๐ง๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐”๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐ฎ๐๐š ๐๐ข ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ข๐ง๐š๐ง๐  : ๐Š๐š๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐€๐ง๐š๐ฅ๐ข๐ฌ๐ข๐ฌ ๐ญ๐ž๐ซ๐ก๐š๐๐š๐ฉ ๐…๐š๐ค๐ญ๐จ๐ซ-๐…๐š๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐๐š๐ง ๐‚๐š๐๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฅ๐ž๐ฌ๐š๐ข๐š๐ง

Rabu, 15 Disember 2021 :
Hari kedua bengkel ini telah membentangkan isu penceraian perkahwinan yang semakin membarah terutamanya generasi muda di Pulau Pinang. Hasil kajian mendapati terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi penceraian dalam sesebuah perkahwinan.

Pihak YIPP merakamkan ribuan terima kasih kepada Pusat Pengajian Perniagaan Islam, Universiti Utara Malaysia(UUM) yang telah bertungkus lumus menyiapkan kajian bermula Julai 2021.

Tidak lupa juga kepada para peserta dari pelbagai agensi yang turut hadir menyumbang idea dan buah fikiran terhadap kajian-kajian yang telah dibentangkan.

Sudah tiba masanya untuk kita bersama-sama berganding bahu demi melahirkan masyarakat Islam yang berkualiti khususnya di Pulau Pinang !

#Penang2030
#yipp
#PemangkinPembangunanUmmah
Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) mengucapkan Tahniah dan Selamat Datang kepada YB. Dato' Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

#penang2030
#yipppemangkinummah
๐Š๐ก๐š๐›๐š๐ซ ๐๐š๐ข๐ค ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐ž๐ง๐๐ฎ๐๐ฎ๐ค ๐๐ข๐›๐จ๐ง๐  ๐“๐ž๐›๐š๐ฅ

Kelas KAFA Menengah akan dibuka di Masjid Al Amin, Simpang Tiga, Nibong Tebal

Bagi anda yang mempunyai anak berusia 13 tahun pada 2022 boleh mengambil peluang untuk mendaftarkan anak-anak di KAFA Menengah di pautan berikut:

https://bit.ly/PendaftaranPelajarKAFAMenengahPulauPinang

๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ถ๐—ธ๐˜‚๐˜๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜€ ๐—ž๐—”๐—™๐—” ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ต ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต:

1. ๐™†๐™š๐™ก๐™–๐™จ ๐™™๐™ž๐™Ÿ๐™–๐™ก๐™–๐™ฃ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ฅ๐™–๐™™๐™– ๐™ฌ๐™–๐™ ๐™ฉ๐™ช ๐™ข๐™–๐™ก๐™–๐™ข ๐™ž๐™–๐™ž๐™ฉ๐™ช (7 ๐™ข๐™–๐™ก๐™–๐™ข ๐™๐™ž๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™– 10 ๐™ข๐™–๐™ก๐™–๐™ข ๐™ฅ๐™–๐™™๐™– ๐™๐™–๐™ง๐™ž ๐™„๐™จ๐™ฃ๐™ž๐™ฃ, ๐™Ž๐™š๐™ก๐™–๐™จ๐™– ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™†๐™๐™–๐™ข๐™ž๐™จ)

2. ๐˜ฝ๐™ช๐™ ๐™ช ๐™ฉ๐™š๐™ ๐™จ ๐™™๐™ž๐™จ๐™š๐™™๐™ž๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ

3. ๐™Ž๐™ช๐™ ๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ ๐™ฅ๐™š๐™ก๐™–๐™Ÿ๐™–๐™ง๐™–๐™ฃ ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™—๐™š๐™ง๐™จ๐™ž๐™จ๐™ฉ๐™š๐™ข๐™–๐™ฉ๐™ž๐™ 

4. ๐™‹๐™š๐™ก๐™–๐™Ÿ๐™–๐™ง ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™™๐™–๐™ฅ๐™–๐™ฉ ๐™จ๐™ž๐™Ÿ๐™ž๐™ก ๐™†๐˜ผ๐™๐˜ผ ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™š๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ ๐™จ๐™š๐™ก๐™š๐™ฅ๐™–๐™จ ๐™ฉ๐™–๐™ข๐™–๐™ฉ ๐™ฅ๐™š๐™ฃ๐™œ๐™–๐™Ÿ๐™ž๐™–๐™ฃ

5. ๐™”๐™ช๐™ง๐™–๐™ฃ ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ง๐™š๐™ฃ๐™™๐™–๐™ ( ๐™๐™ˆ 10 ๐™จ๐™–๐™๐™–๐™Ÿ๐™– ๐™จ๐™š๐™—๐™ช๐™ก๐™–๐™ฃ )

6. ๐™‹๐™–๐™ ๐™–๐™ž๐™–๐™ฃ ๐™—๐™š๐™—๐™–๐™จ
KUNJUNGAN HORMAT YIPP KE International Modern Arabic School (IMAS)

22 Disember 2021 - Yayasan Islam Pulau Pinang telah mengadakan kunjungan hormat ke International Modern Arabic School (IMAS), Putrajaya. Deligasi YIPP diketuai oleh Encik Mohd Fitri Ibrahim, Pengurus Besar.

Pihak YIPP merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak IMAS yang sudi menerima kunjungan YIPP.

#penang2030
#yipppemangkinummah
๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐ค๐ž ๐€๐ƒ๐€๐ ๐˜๐จ๐ฎ๐ญ๐ก ๐†๐š๐ซ๐š๐ ๐ž (๐€๐˜๐†)

25 November dan 26 November 2021 : Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) telah mengadakan satu lawatan kerja ke pusat komuniti anak muda iaitu ADAB Youth Garage - AYG yang berpusat di Al-Biruni Zakat Selangor, Tanjong Karang dan Desa Mentari di Petaling Jaya , Selangor Darul Ehsan.

Antara tujuan lawatan kerja tersebut adalah untuk melihat pelaksanaan pusat komuniti belia dan sukarelawan serta gerak kerja yang dilakukan oleh AYG. Pertemuan ini juga mengambil peluang antara YIPP dan AYG untuk bertukar pandangan serta buah fikiran untuk memantapkan lagi pembangunan sosial di PPR.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak ADAB Youth Garage - AYG kerana sudi menerima lawatan dari pihak Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP)