🌻 KONGSI APA HARI INI 🌻
715 subscribers
5.96K photos
788 videos
40 files
6.79K links
Berkongsi Kata² Motivasi, Pelbagai ILmu & Iklan, Tips Rezeki, Doa & Amalan Harian

Skrip Doa 📚 bukudoaku.wasap.my
Nafas Doa 💻 https://osini.co/kelasnafasdoa99
Buku FTR 📒 bit.ly/rezkiimelimpah
Wakaf FTR 💚 bit.ly/jomswakaf
Download Telegram
Tips Doa Qiamullail Lailatul Qadar. Semoga bermanfaat ya 😊👍.
Doa banyak² berbaki berapa hari saja lagi. Malam ni malam jumaat, malam ganjil, malam ke 25 ramadan.
Mana tau kan kemungkinan yang berlaku. Segalanya rahsia Allah.
Yang penting jangan tinggal amalan² kita setiap malam terakhir ni naa.
09042024
29Ramadhan 1445H

DOA AKHIR RAMADHAN

Ya Allah...
Jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati-hati kami.

Ya Allah...
Jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.

Ya Allah...
Jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.

Ya Allah...
Jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa kami.

Ya Allah...
Jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak2 ke Syurga utk kami.

Ya Allah...
Jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi sblm Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu dpd tergelinciran kaki kami.

Ya Allah...
Lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dlm Ramadhan maupun selepas Ramadhan.

Ya Allah...
Sblm mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.

Ya Allah...
Lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkanlah setiap seorang dari kami dgn Iman dan Taqwa.

Jadikanlah kami calon Syurga Mu.

Sempurnakanlah akhlak kami dan lindungilah kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.

Ya Mujibbasailin...
Limpahilah kami dgn sifat2 kebaikan dan terpuji.
Jadikanlah kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.

Ya Allah...
Jgnlah Kau jadikan Ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan datang.

Andainya ini Ramadhan terakhir buat kami...

▪️Jadikanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati
▪️Jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayang Mu
▪️Jadikanlah Ramadhan ini sbg penghapus segala dosa2 kami

Ya Allah…
Temukanlah kami dgn Lailatul Qadr dan Kau pilihlah kami dikalangan hamba Mu yg dpt beramal di malam Al-Qadr

Ya Allah...
▪️Terimalah amalan kami
▪️Terimalah taubat kami
▪️Ampunkanlah dosa kami
▪️Amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi
▪️Kurniakanlah kpd kami Syurga Mu yg maha luas nikmatnya

Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni
(dibaca 3 kali)

Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.🤲🏼
Wahai diri….
Cuba amalkan, insyaAllah yang baik-baik akan datang kembali. 😊❤️

Semoga Allah merahmati sahabat dunia dan akhirat. Aamin ya Allah 😊
Syawal ni apa amalan yang boleh dibuat? Teruskan yang mana dok buat time ramadan hari tu macam biasa 😍
No 1 tu usaha la naa. ada 30 hari, just spent 6 hari ja puasa. Buat puasa 6. Cukup terus pahala puasa setahun.
Ali radhiyallahu’ anhu berkata: Mahukah aku ajarkan kepada kamu beberapa perkataan yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ kepadaku, jika engkau sebutkannya, jika engkau mempunyai hutang sebesar bukit TSABIR maka Allah akan menunaikan hutang tersebut bagi kamu.

Katakanlah:

اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal, tanpa perlu kepada yang haram. Kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu, tanpa aku mengharapkan kepada selain-Mu. [Sunan Tirmizi, Hadis Hasan Gharib]

Bacalah selepas solat fardhu.
Selamat beramal!
HARI ini sudah masuk 15 Syawal 1445H. Semoga amalan kita di sepanjang Ramadan diterima ALLAH S.W.T.

Apabila masuknya Syawal, antara amalan penting yang disarankan oleh Baginda S.A.W ialah puasa enam hari.

Nabi S.A.W bersabda;

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di Bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.”

Kelebihan Berpuasa 6 Di bulan Syawal : -

1. Mendapat Ganjaran Pahala Seperti Berpuasa Setahun.
2. Menampung kekurangan Puasa Ramadhan.
3. ALLAH Menjanjikan Syurga buat yang rajin berpuasa.
#SemogaBermanfaat
1)
السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ‏.‏
salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba ALLAH yang soleh

2)
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Semoga ALLAH melimpahkan keselamatan, rahmat, dan keberkahan untukmu.

3) Baca Surah Al Ikhlas 1 / 3 kali

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
قُلۡ هُوَ اللّٰهُ اَحَدٌ‌
اَللّٰهُ الصَّمَدُ‌
لَمۡ يَلِدۡ ۙ وَلَمۡ يُوۡلَدۡ
وَلَمۡ يَكُنۡ لَّهٗ كُفُوًا اَحَدٌ
Kehidupan ini sarat dengan perjalanan, di mana setiap langkah membawa akibat dan setiap penangguhan mempunyai kosnya. Kata-kata ini mengingatkan kita tentang pentingnya menggunakan masa yang ada dengan bijak dan tidak mengabaikan tanggungjawab kita.
Hidup Ini Satu Perjalanan

Jangan sesekali pergi terlalu jauh dalam mengejar dunia sehingga kita lupa cara untuk kembali kepada hakikat kehidupan kita, iaitu hubungan kita dengan Allah. Dunia ini penuh dengan godaan yang boleh membuat kita tersasar dan melupakan jalan pulang ke pangkuan asal kita yang sebenar. Ingat, jalan pulang itu penting, kerana itulah tempat hati kita berteduh.

Menghargai Masa dan Tanggungjawab

Jangan tangguh peluang untuk memperbaiki diri. Penundaan bukan sahaja mengurangkan masa kita tetapi juga boleh melemahkan semangat kita untuk bangkit semula. Apabila kita menunda-nunda, terutamanya dalam hal ibadah, kita mungkin kehilangan kekuatan dan motivasi untuk melakukannya sama sekali. Setiap penundaan membawa kita semakin jauh dari potensi terbaik kita.

Manfaatkan Peluang untuk Sujud

Masih ada masa, manfaatkanlah untuk sujud sebaik mungkin. Sujud bukan sekadar gerakan dalam solat, tetapi adalah simbol penyerahan diri, ketaatan, dan keakraban dengan pencipta kita. Dalam sujud, kita menunjukkan kerendahan hati terbesar kita, mengakui bahwa segala kekuatan dan kejayaan yang kita miliki datang dari Allah. Oleh itu, jangan sia-siakan peluang untuk berkomunikasi dengan-Nya dalam doa dan sujud.

Kesimpulan

Setiap kata dalam nasihat ini mengingatkan kita bahawa masa adalah amanah yang tidak boleh disia-siakan. Jangan melangkah jauh kecuali langkah itu mendekatkan kita kepada Allah. Jangan menunda, kerana setiap saat adalah berharga. Dan gunakan setiap peluang untuk sujud, membenamkan diri kepada yang Maha Kuasa, kerana itulah hakikat kehidupan yang sebenar. Mari kita hidup dengan penuh kesedaran akan setiap saat yang Allah berikan, menggunakan setiap momen dengan sebaik-baiknya, dan tidak membiarkan peluang berlalu begitu sahaja.

#SemogaBermanfaat
https://vt.tiktok.com/ZSFEDcp8R/

Setiap kali habis solat, jangan tergesa-gesa bangun, duduk atas sejadah BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH.
Dia kan Maha Memberi.
Jangan minta dengan manusia.
Minta pada Allah.🤲
1)Dibacakan
-Al Fatihah 7/21x
-Ayatul Kursi 7x
-Al Ikhlas 11x
-Al Falaq 3x
-An Naas 3x
-Selawat 21x

Mohon pada ALLAH hajat yg diinginkan.

Air diberi minum kepada yg sakit.
Air untuk sapuan ke tubuh diasingkan.
Jika utk mandian, dibacakan pada garam dan dicampurkan ke dalam baldi air biasa, sambil gaul sebati sambil Selawat.

2) Untuk kaedah jarak jauh.
Terlebih dulu diberi peringatan.
DIHARAMKAN kalian yg menerima ijazah ini MENAWARKAN perkhidmatan rawatan jarak jauh. Jika ada, ijazah ini dibatalkan ke atas kalian. Ini merupakan peringatan keras.

Kaedah jarak jauh ini untuk ahli keluarga/sahabat/saudara yg tinggal berjauhan

- Diminta mereka sediakan air sebaldi
- Kalian dari jauh Bacakan semua ayat di atas dengan diniatkan kepada Roh mereka yg bermasalah tersebut.
- Mohon pada ALLAH sampaikan hajat kita melalui air yg mereka sediakan
- Selesai semuanya, minta mereka minum/sapu/mandi seperti perkara (1)

3) Diijazah izin amal kepada sekalian yg dapat membaca Edaran ini.
Ajaztukum.
بارك الله فيكم
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM


Jadilah Pembuka Pintu Kebaikan


عن أنس بن مالك قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إِنَّ مِنَ النَّاسِ مَفَاتِيحَ لِلْخَيْرِ مَغَالِيقَ لِلشَّرِّ وَإِنَّ مِنَ النَّاسِ مَفَاتِيحَ لِلشَّرِّ مَغَالِيقَ لِلْخَيْرِ فَطُوبَى لِمَنْ جَعَلَ اللَّهُ مَفَاتِيحَ الْخَيْرِ عَلَى يَدَيْهِ وَوَيْلٌ لِمَنْ جَعَلَ اللَّهُ مَفَاتِيحَ الشَّرِّ عَلَى يَدَيْهِ

Daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW bersabda,

“Sesungguhnya di antara manusia ada orang yang menjadi pembuka pintu kebaikan dan menutup pintu keburukan. Dan sesungguhnya di antara manusia ada yang menjadi pembuka pintu keburukan dan menutup pintu kebaikan. Beruntunglah orang yang Allah jadikan dirinya sebagai pembuka pintu kebaikan melalui tangannya. Dan celakalah orang yang menjadi pembuka pintu keburukan melalui tangannya.”

(HR. Ibnu Majah no. 237)
Status: Hadis Hasan
🌻 KONGSI APA HARI INI 🌻
Jadilah Pembuka Pintu Kebaikan عن أنس بن مالك قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إِنَّ مِنَ النَّاسِ مَفَاتِيحَ لِلْخَيْرِ مَغَالِيقَ لِلشَّرِّ وَإِنَّ مِنَ النَّاسِ مَفَاتِيحَ لِلشَّرِّ مَغَالِيقَ لِلْخَيْرِ فَطُوبَى لِمَنْ جَعَلَ اللَّهُ مَفَاتِيحَ…
Pengajaran:

1.  Allah menciptakan manusia yang pelbagai. Ada diantara manusia yang menjadi pembuka pintu kebaikan dan menutup pintu keburukan.

2.  Namun terdapat di antara manusia yang menjadi pembuka pintu keburukan dan menutup pintu kebaikan.

3.  Beruntunglah kepada orang yang Allah jadikan sebagai pembuka pintu kebaikan melalui tangannya.

4.  Orang yang ingin dirinya menjadi pembuka pintu kebaikan serta menjadi penutup pintu keburukan, maka hendaklah melakukan hal-hal berikut:

a.  Mengikhlaskan segala perbuatan dan perkataan hanya untuk beribadah kepada Allah dan jadikan ia sebagai sumber kebaikan dan kemuliaan kita.

b.  Berdoa kepada Allah agar diberi taufik menjadi seseorang pembuka pintu kebaikan, kerana doa adalah kunci segala kebaikan.

c.  Bersungguh dalam menuntut ilmu kerana ilmu mendorong seseorang kepada kebaikan dan kemuliaan.

d.  Sentiasa beribadah kepada Allah, khususnya solat, kerana solat dapat mencegah dari perbuatan keji dan munkar.

e.  Bersikap dengan akhlak yang mulia dan lemah lembut, serta jauh dari akhlak yang buruk dan tidak beradab.

f.  Bersahabat dengan orang-orang yang soleh dan sering bersama mereka. Menasihati orang lain, baik yang dikenali atau tidak, agar kebaikan bersama kita dan jauh dari maksiat.

g.  Sentiasa ingat hari pembalasan agar kita sentiasa berbuat amal kebaikan sebagai bekalan

h.  Sentiasa berusaha memberi manfaat kepada yang lain.

Marilah kita berusaha menjadi pembuka pintu kebaikan dan sentiasa menutup pintu keburukan.

#SemogaBermanfaat
Himpunan Skrip Doa Bahasa Melayu
http://bukudoaku.wasap.my/
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Teruslah berjalan,
nanti Allah akan selesaikan.
Teruslah berdoa,
nanti Allah akan kabulkan.
Teruslah berusaha,
nanti Allah akan mudahkan.
Tugasmu hanya yakin, bahawa
Allah akan selalu ada untuk
kita.. 🤍

#SemogaBermanfaat
Himpunan Skrip Doa Bahasa Melayu
http://bukudoaku.wasap.my/
RUQYAH DIRI SENDIRI

Tak rugi berzikir setiap hari dan setiap waktu dalam apa jua keadaan. Tambah-tambah kalau zikir tu ittiba' rasul, bukan zikir rekaan yang mengikut logik akal tau.

Untuk apa zikir ruqyah diri sendiri ni?

📌 ALLAH SWT akan nampakkan kepada kita mana perkara yang haq (kebenaran) dan mana perkara yang bathil (kesesatan).

📌 ALLAH SWT nak angkat segala pengaruh yang tidak baik dalam diri kita seperti rasa was-was, rasa ketakutan. Lalu ALLAH SWT gantikan pula dengan kekuatan rabbani dalam jiwa kita sehingga segala yang tidak baik itu hilang.

📌 ALLAH SWT nak keluarkan segala sifat jelek (buruk) dalam diri kita seperti pengaruh dari hawa nafsu dan pengaruh dari bisikan syaitan (perasaan was-was).

📌 ALLAH SWT akan memberikan kecukupan dalam segala urusannya di dunia dan di akhirat.

Ilmu dari Tuan Guru Ustaz Adi Hidayat.

C&P

Jzkk حاجه شيريل