Rakan Masjid UTP
398 subscribers
908 photos
12 videos
5 files
380 links
"Tautan Dakwah Untuk Semua"

Rakan Masjid adalah unit sokongan pelajar kepada Pusat Islam An-Nur.
Download Telegram
[ KURSUS IMAM DAN MUAZZIN ]
"Bakal Imam untuk Keluarga dan Ummah"

Assalamualaikum wbtโ˜บ,

InshaAllah Pusat Islam An-Nur Universiti Teknologi Petronas (NIC)akan mengadakan kursus Imam dan Muazzin UTP 2019!

Kursus ini akan mendedahkan kepada bakal-bakal imam dan muazzin ilmu-ilmu asas dan penting untuk untuk menjadi imam dan muazzin. Serta ianya untuk memberi ruang memperbaiki bacaan solat, doa-doa, dan azan! insya-Allah.

Butiran Kursus adalah seperti di bawah:

๐Ÿ“šNama Kursus:Kursus Imam.
๐Ÿ—“Tarikh: 9 Mac 2019 / 3 Rejab 1440H (Sabtu)
๐Ÿ›ฃTempat: Galeri Pusat Islam An-Nur.
๐Ÿ’ตYuran: RM 10

๐Ÿ“šNama Kursus: Kursus Muazzin.
๐Ÿ—“Tarikh: 10 Mac 2019 / 4 Rejab 1440H (Ahad)
๐Ÿ›ฃTempat: Galeri Pusat Islam An-Nur.
๐Ÿ’ตYuran: RM 10

Bagi kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kursus ini, anda boleh berbuat demikian dengan mendaftar melalui pautan di bawah ini ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSenwJLUd9FKLA07Mokm0u7kLCLkoCiMTh42b02MXtuD9abTEQ/viewform?usp=sf_link

Jazakamullah khairan kathira semua,
Pusat Islam An-Nur
๐Ÿ”ฎ Liqa' Fikri Rakan Masjid UTP ๐Ÿ”ฎ

Assalamualaikum, warga UTP.
Liqa Fikri, iaitu satu medan perkongsian yang dianjurkan oleh Rakan Masjid telah kembali lagi!


๐Ÿ“: 60 Hari Ku Menantimu
๐ŸŽค: Al-Fadhil Ustaz Mohd Nuri Al-Amin bin Endut
๐Ÿ—“: 8 Mac 2019 (Jumaat)
โฐ: 9.20 malam - 11.00 malam
๐ŸŒ: Dewan Kuliah 2


"Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikan kepada seseorang,Allah akan memberi kefahaman Agama kepadanya"
[Bukhari dan Muslim]

Semua dijemput hadir! ๐Ÿญ

Facebook: https://www.facebook.com/rmutpofficial
Instagram: https://www.instagram.com/rakanmasjidutp/
Telegram: https://telegram.me/rakanmasjidutp

#MenyelesaikanMehnahMempergiatDakwah
#TautanDakwahUntukSemua
#RakanMasjidUTP
#LajnahTarbiyahdanKepimpinan
[ TENGGELAMNYA MORAL KOMPAS MASYARAKAT ]

Pada tanggal 22 Februari 2019 yang lalu, satu konsert oleh sekumpulan penyanyi wanita daripada Korea Selatan telah berlangsung di Stadium Tertutup Melawati Shah Alam. Melihatkan etika dan kelakuan remaja kita yang berhibur secara melampau seperti kerasukan ketika program itu berlangsung telah membuktikan bagaimana moral masyarakat kita perlahan-lahan telah tenggelam ke dalam kancah dunia hiburan tanpa sempadan ini.

Allah telah berfirman dalam satu ayat,
โ€œDan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakah kamu mahu berfikir?โ€ (Al-Anโ€™am: 32)

Ini jelas membuktikan bahawa dunia ini tidak lain hanyalah dikaburi dengan perkara-perkara yang lalai lagi melekakan. Ayat ini berkait dengan budaya Hedonisme yang semakin menjadi-jadi di abad 21 ini. Budaya ini sangat bertentangan dengan prinsip yang disebutkan di dalam Surah Luqman yang menekankan kepentingan membudayakan persekitaran masyarakat yang sihat dengan ilmu.

Walau bagaimanapun kontradiksi kepada masyarakat yang berilmu ini pula ialah masyarakat yang jahil atau bodoh. Jahil ataupun bodoh yang disebutkan di dalam konteks penulisan ini merujuk kepada masyarakat โ€œIgnorantโ€ yang gagal melihatkan โ€œsense of moralityโ€ sebagai satu faktor utama kepada pembangunan rohaniah yang membentuk sesuatu peradaban. Akhirnya, negara akan dibangunkan dengan masyarakat yang kering-kontang dari sudut kerohaniannya dan hanya dipandu dengan sifat materialistik dunia semata.

Seandainya tabiat hedonisme ini tidak dibendung dari awal maka negara kita berpotensi dibanjiri dengan sikap fanatisme yang obses terhadap sesuatu kelompok. Mereka akan berbuat apa sahaja untuk mempertahankan โ€œidolโ€ mereka sekiranya ditegur orang lain walaupun mereka telah melakukan perkara yang salah.

Perkara ini dapat dibuktikan dengan kecaman dan tohmahan yang mereka lontarkan terhadap Timbalan Exco Kesenian & Kebudayaan Kelab PERKIM UUM, Maryam Jamilah bt. Abdullah di atas teguran yang disampaikan untuk menyedarkan masyarakat kita tentang bahaya hedonisme. Budaya fanitisme ini akan menyebabkan masyarakat terdidik untuk berada di dalam keadaan jumud yang tidak meletakkan pertimbangan akal pada tahap rasional malah menghukum tanpa berlaku sifat adil.

Professor Bert van den Brick, seorang Professor di dalam bidang Politik dan Falsafah Sosial mengatakan "The fanatic is less human than he could be and de-humanizes his others exactly because he steps outside of, goes beyond the laws of human connectedness. The fanatic treats neither himself nor his other as human.โ€

Mengisyaratkan bahawa sikap fanatisme ini juga mampu menjatuhkan masyarakat ke dalam gaung kebobrokan realiti rohani manusia.

Selaku penuntut di institusi pendidikan, golongan remaja perlu menyedari bahawa konteks membendung budaya yang merosakkan masyarakat ini lebih berkepentingan daripada sekadar mengikut kehendak nafsu dalam dunia hiburan.

Ketua Majlis Expert Team,
Ahmad Zuhairi bin Tusiman.

Facebook: https://www.facebook.com/rmutpofficial
Instagram: https://www.instagram.com/rakanmasjidutp/
Telegram: https://telegram.me/rakanmasjidutp

#MenyelesaikanMehnahMempergiatDakwah
#TautanDakwahUntukSemua
#RakanMasjidUTP
#tolakhiburanmelampau
#mahasiswatolakhedonisme
#solidaritiuntukmaryam
[ Kempen #UTPHealthGetAway ]

Kempen ini akan dijalankan oleh AJK Rakan Masjid yang terbuka untuk semua warga UTP yang tidak tertakluk pada AJK Rakan Masjid. Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan di bawah kempen ini seperti coaching dari segi senaman dan pemakanan, Healthy Morning dan sebagainya.

Objektif:
1. Memenuhi tarbiyah jasadiah
2. Mengamalkan gaya hidup sihat.

Pelaksanaan:
1. Peserta akan dipantau dari segi latihan dan pemakanan sehingga week 12.
2. Kekerapan perjumpaan sesama ahli group yang dah join sebanyak sekali setiap minggu untuk aktiviti senaman.

Bagi yang berminat, boleh masuk ke Whatsapp group menggunakan pautan dibawah untuk arahan yang selanjutnya.

https://chat.whatsapp.com/FLJGs3RWWitAGX643gJvn3

Lajnah Rekreasi, Kesenian dan Kebudayaan,
Rakan Masjid UTP.

Facebook: https://www.facebook.com/rmutpofficial
Instagram: https://www.instagram.com/rakanmasjidutp/
Telegram: https://telegram.me/rakanmasjidutp

#MenyelesaikanMehnahMempergiatDakwah
#TautanDakwahUntukSemua
#RakanMasjidUTP
[ PENGHINA NABI : APAKAH WAJIB DIKENAKAN HUKUMAN BERAT MENURUT FEQAH ISLAM? ]

Program Bicara Agama

๐Ÿ“Œ TERBUKA KEPADA SEMUA WARGA UTP

Penceramah : Al-Fadhil Ustaz Mohamad Ridhauddin Bin Mohd Salleh
Tarikh : 17 Mac 2019 | Ahad
Masa : 8.30 pagi - 10.30 pagi
Tempat : Galeri An-Nur, NIC


"Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikan kepada seseorang,Allah akan memberi kefahaman Agama kepadanya"
[Bukhari dan Muslim]

#RakanMasjidUTP
#TautanDakwahUntukSemua
[ SEMANGAT JAHILIAH QURAISY DITIUP KEMBALI ]

1. Seluruh dunia sedang menangisi kejadian yang menimpa korban peristiwa keganasan di New Zealand. Pemimpin-pemimpin politik seluruh dunia seperti Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan juga mengutuk perbuatan bersifat resisme ini yang dipercayai berpunca daripada propaganda islamofobia mainan media barat.

2. Disebalik perasaan gusar dan bimbang yang dialami umat Islam di New Zealand dan tangisan umat Islam seluruh dunia, masih ada golongan tertentu yang bersifat apologetik terhadap keganasan ini kerana mangsa insiden ini hanya melibatkan penganut agama Islam di tengah-tengah Bandar Christchurch. Menurut mereka, tindakan pelampau ini berpunca daripada perasaan takut dan fobia mereka terhadap entiti Islam rentetan daripada peristiwa 9/11.

3. Sejak kejadian itu, pelbagai aktiviti keganasan cuba dikaitkan dengan Islam dan menjadikan setiap ajaran yang diterapkan dalam Islam sebagai ajaran yang menatijahkan kepada keganasan termasuklah laungan suci takbir. Kini, terdapat pula golongan yang merasa imigrasi umat Islam ke seluruh dunia adalah satu pencerobohan dan perlu dibanteras walaupun dengan cara membunuh.

4. Lihatlah, bagaimana sentimen keganasan yang dimainkan oleh media barat berjaya mempengaruhi minda separa sedar masyarakat dunia bahawa umat islam layak diperlakukan sebegini teruk. โ€œWhat you give, you get backโ€. Keberhasilan propaganda ini memuncak apabila wujud kumpulan bersenjata yang meniup semangat juang untuk menghentikan konspirasi mengislamkan Eropah sebagaimana yang tertulis dalam manifesto โ€œThe Great Replacementโ€.

5. Peristiwa ini dirakamkan di dalam Al-quran, yang menceritakan tentang kebangkitan jahiliah Quraisy untuk memerangi Islam kerana merasakan ajaran yang mereka anuti adalah benar.

6. ุฃูŽู„ูŽู…ู’ ุชูŽุฑูŽ ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ุฃููˆุชููˆุง ู†ูŽุตููŠุจู‹ุง ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ูƒูุชูŽุงุจู ูŠูุคู’ู…ูู†ููˆู†ูŽ ุจูุงู„ู’ุฌูุจู’ุชู ูˆูŽุงู„ุทู‘ูŽุงุบููˆุชู ูˆูŽูŠูŽู‚ููˆู„ููˆู†ูŽ ู„ูู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ูƒูŽููŽุฑููˆุง ู‡ูŽูฐุคูู„ูŽุงุกู ุฃูŽู‡ู’ุฏูŽู‰ูฐ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ุงู“ู…ูŽู†ููˆุง ุณูŽุจููŠู„ู‹ุง

Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada benda-benda yang disembah yang lain dari Allah, dan kepada Taghut, dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir (kaum musyrik di Makkah) bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih betul jalan ugamanya daripada orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad s.a.w).
(An-Nisaโ€™ ayat 51)

7. Ayat ini menceritakan tentang peranan syair Kaab Bin Asyraf, seorang yahudi di Madinah yang menjadi peransang kepada Quraisy untuk membalas dendam atas kematian Abu Jahal ketika peperangan Badar. Kaab Bin Asyraf ditanya oleh kaum Quraisy atas sifatnya sebagai ahli kitab (taurat) tentang kebenaran antara agama mereka dan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Tetapi Kaab menyeleweng kandungan Taurat dengan mengatakan bahawa agama kaum Quraisy adalah benar. Kenyataan ini membuatkan kaum Quraisy lebih bersemangat untuk membuat serangan balas terhadap orang Islam kerana merasa seolah-olah mereka berada di jalan yang benar.

8. Senario kebangkitan penentang Islam ini kembali pada abad ke-21 ini dengan merasakan orang Islam perlu dihapuskan atas kebenaran yang mereka yakini. Namun, muslim perlu hadapi serangan ini melalui peluang-peluang yang ada. Rakan Masjid mencadangkan supaya, laporan berita sapaan โ€˜hello brotherโ€™ oleh mangsa kepada pengganas sebelum ditembak yang membuktikan kelembutan dan kesejahteraan Islam perlu disebarluas sebagai usaha individu. Tambahan itu, dari sudut politik, pemimpin-pemimpin Islam perlu menunjukkan keprihatinan dan jangan pula disalahgunakan isu ini untuk memperoleh kepentingan politik golongan tertentu.

Ketua Majlis Modal Insan,
Ahmad Amin Akmal bin Rafii

Facebook: Rakan Masjid UTP
Instagram: @rakanmasjidutp
Telegram: @rakanmasjidutp

#MenyelesaikanMehnahMempergiatkanDakwah
#TautanDakwahUntukSemua
#Christchurch
#TerrorismHasNoReligion
[ KURSUS SOLAT MUSAFIR 2019 ]

๐ŸŽค: Ustaz Ahmad Fauwaz Bin Fadzil
๐Ÿ—“: 23 Mac 2019 / 16 Rejab 1440H (Sabtu)
๐Ÿ•: 10.00 Pagi - 4.00 Petang
๐Ÿ›ฃ:Tempat Galeri An-Nur, Pusat Islam AN-Nur, Blok D, Universiti Teknologi Petronas

Majlis Dakwah,
Rakan Masjid UTP.

Facebook: https://www.facebook.com/rmutpofficial
Instagram: https://www.instagram.com/rakanmasjidutp/
Telegram: https://telegram.me/rakanmasjidutp

#MenyelesaikanMehnahMempergiatDakwah
#TautanDakwahUntukSemua
#RakanMasjidUTP
[ EXPERIENCE DURING INTERNSHIP FORUM ]

Have you been wondering how is the internship programme really about? Have you been worrying about your preparation what should be done? Chin up! We proudly bring to you a forum on "Experience During Internship" exclusively presented by our superior panel of excellent post-internship students.

Key topics of this forum will be:

๐Ÿ“ Preparations Before Internship
๐Ÿ“ Do's and Donโ€™ts During The Internship
๐Ÿ“ Proper Actions in Handling Task

The details are as below:

๐Ÿ“† : 28th March 2019 (Thursday)
๐Ÿ•˜ : 9pm to 11pm
๐Ÿข : V5 Cafe

If you have any question to ask about the internship, you may click on the link below:

๐Ÿ”— https://goo.gl/forms/ZdyoeKTSwZKVUJUy2

Well, see you there!

Warm regards,
Department of Intellectual and Welfare of Rakan Masjid.

Facebook: https://www.facebook.com/rmutpofficial
Instagram: https://www.instagram.com/rakanmasjidutp/
Telegram: https://telegram.me/rakanmasjidutp

#MenyelesaikanMehnahMempergiatDakwah
#TautanDakwahUntukSemua
#RakanMasjidUTP
[ DAURAH ISRAK MIKRAJ ]

Mencari sesuatu untuk dilakukan bersempena Israk Mikraj? Ingin tahu dengan lebih mendalam tentang kisah disebalik Israk Mikraj?

Alhamdulillah, tepat pada masanya. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Rakan Masjid UTP akan mengadakan "Daurah Israk Mikraj". Tanpa mengira usia, latar belakang dan kelayakan, marilah kita bersama-sama hadir untuk memeriahkan program ini.

Butiran program adalah seperti berikut:

๐Ÿ—“ : 1hb April 2019
๐Ÿ•˜ : 9.00 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ˜ : Galeri An-Nur, Pusat Islam An-Nur, Blok D, UTP
๐Ÿ’ฐ : RM5 seorang

**Makanan turut disediakan.
**Terhad kepada 20 tempat sahaja

Berminat untuk sertai? Sila daftar melalui pautan di bawah
:: https://bit.ly/2UcloWO

Terima kasih dan jumpa anda di sana

Yang berkhidmat,
Rakan Masjid UTP.

Facebook: https://www.facebook.com/rmutpofficial
Instagram: https://www.instagram.com/rakanmasjidutp/
Telegram: https://telegram.me/rakanmasjidutp

#MenyelesaikanMehnahMempergiatDakwah
#TautanDakwahUntukSemua
#RakanMasjidUTP
[ ISRAK MIKRAJ ]

โ€œMaha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.โ€ (Surah Al-Israaโ€™: Ayat 1)

Sungguh jika difikirkan logik akal kita akan kufur kepada Allah. Ayat ini mengajar kita untuk meletakkan iman di atas berbanding logik akal. Adapun sesungguhnya Allah itu maha benar yang mana telah terdapat beberapa kajian yang membenarkan peristiwa ini. Inilah tugas kita sebagai engineer untuk mengkaji dan membenarkan tanda-tanda kebesaran Allah dari sudut sains.

Yang berkhidmat,
Rakan Masjid UTP.

Facebook: https://www.facebook.com/rmutpofficial
Instagram: https://www.instagram.com/rakanmasjidutp/
Telegram: https://telegram.me/rakanmasjidutp

#MenyelesaikanMehnahMempergiatDakwah
#TautanDakwahUntukSemua
#RakanMasjidUTP