RAHSIA KEJAYAAN (HQ)
2.66K subscribers
362 photos
5 videos
18 links
hilang fokus?cepat mengantuk?daya ingatan lemah? Jum cuba gneuz . PROMOSI 🎉 PM @Nadianad99
Join my second telegram @tipscantikmenawan
Download Telegram
Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan🦋
5 Tips untuk anda terapkan pada anak-anak untuk minat mempelajari subjek Matematik. Semoga memberi manfaat

1) Berlakon.

Kalau nak pandai dalam sesuatu subjek itu, kita perlu ada minat tidak banyak sedikit pun cukup. Tetapi bagaimana kalau kita memang tak suka dengan subjek itu? Jadi cubalah berlakon untuk suka subjek itu dulu. Kemudian, buat latihan sedikit-sedikit. Jangan terus buat latihan 100 atau 200, mungkin akan lebih susah dan menambah kebencian kita pada subjek itu


2) Latihan.

Matematik adalah subjek yang memerlukan latihan untuk menjadi mahir. Ini bukan subjek membaca. Jarang pula rasanya melihat seseorang itu membca buku teks matematik. Apa yang perlu adalah anda sentiasa membuat latihan. Semakin banyak latihan, maka semakin anda mahir dan yakin untuk menjawab soalan yang berkaitan


3) Disiplin.

Matematik memerlukan disiplin yang tinggi. Mungkin anda tahu cara menjawab sesuatu topik tertentu, namun mempunyai masalah menjawab dalam masa yang ditetapkan. Oleh itu, banyakkan membuat latihan dan catat masa anda seperti semasa dalam peperiksaan agar anda biasa dengan tekanan masa tersebut. Maka InsyaAllah, lama kelamaan anda akan berjaya


4) Hafal Sifir.

Mungkin pada zaman sekarang tidak ramai anak-anak yang gemar mghafal sifir, Ada yang tidak mahu menghafal kerana mereka mengatakan boleh guna kalkulator. Ya, memang betul. Tetapi dengan menghafal sifir akan menjadikan otak lebih cepat dan cekap mengira. Zaman sekarang banyak cara mudah menghafal sifir yang diajar. Orang yang handal matematik selalunya sangat cekap dalam sifir


5) Azam.

Akhir sekali inilah yang penting, berazam dan kemahuan yang kuat untuk menjadi hebat dalam matematik akan membantu anda. Sentiasa tanamkan azam untuk berjaya dan kuatkan semangat, jangan mudah putus asa jika anda gagal buat kali pertama dan jangan lupa juga doalah pada yang Esa. InsyaAllah. Semoga berjaya
6 Sebab Kenapa Anda Kerap Digigit Nyamuk Berbanding Orang Lain

Siapa kat sini yang sering menjadi mangsa gigitan nyamuk? Kadang – kala bila kita berada di kawasan banyak nyamuk anda sering menjadi tumpuan gigitan berbanding rakan yang lain

Pernah tak anda terfikir kenapa anda yang menjadi pilihan nyamuk – nyamuk terbabit? Sebenarnya perkara ini berlaku disebabkan banyak faktor dan iantaranya ialah :

1. Badan yang lebih banyak mengandungi karbon dioksida menjadi salah satu sebab anda lebih tampak menyelerakan pada serangga. Manusia yang memiliki tubuh besar atau mengandung akan mengeluarkan lebih banyak karbon dioksida dan secara tidak langsung ia menjadi pilihan gigitan serangga.

2. Mempunyai suhu badan yang lebih tinggi berbanding yang lain

Sekali lagi, manusia yang memiliki tubuh besar dan wanita mengandung kebiasaannya mempunyai suhu badan yang lebih itu, selain itu, orang yang baru lepas melakukan senaman juga akan memiliki suhu badan tinggi berbanding normal.

3. Jenis darah menjadikan faktor anda digigit

Kajian menyatakan darah jenis O lebih digemari oleh nyamuk berbanding darah jenis A. Walaupun begitu, tiada kajian lanjut tentang perkara ini.

4. Kajian yang sama juga menunjukkan bahawa sesetengah orang akan mengeluarkan bahan kimia melalui kulit mereka yang menyatakan jenis darah mereka.

5. Komposisi mikrob pada kulit anda

Kita semua mempunyai flora mikrob yang unik dan cantik yang hidup di kulit kita. Malah, kita mempunyai lebih banyak mikrob pada kulit kita berbanding sel-sel kulit yang sebenarnya. Dan komposisi unik mikrob kami mempengaruhi berapa nyamuk yang mahu menggigit kami.

6. Aktif Bersukan

Senaman meningkatkan jumlah asid laktik yang dirembeskan oleh kulit anda, serta meningkatkan suhu tubuh keseluruhan anda. Untuk nyamuk, ini adalah makanan yang lazat dan kopi segar di hadapan seseorang yang baru sahaja bangun dari tempat tidur.

Sumber: Sinar fm
6 cara berkesan mendorong anak rajin belajar

Kenapa ada pelajar lebih rajin berbanding pelajar yang lain?

Apakah yang bermain dalam fikiran mereka?

Bagaimana mereka mengatur kehidupan?

Bagaimana pula mereka mengatasi masalah harian?

Adakah semua ini suatu kebetulan memang wujudnya satu jalan?

Alangkah lebih baik ibu bapa hari ini bukan bertindak sebagai seorang 'pendesak' tetapi sebagai seorang 'pendorong'. Pasti jika pendekatan ini yang digunakan, anak dengan sendirinya akan rajin belajar dan kejayaan dengan sendirinya dapat diperolehi

Berikut adalah 6 cara berkesan mendorong anak rajin belajar.

1. Rajin Iktiraf

Tidak tertumpu pada bidang pelajaran semata-mata malah pujilah setiap perbuatan atau perkara baik yang dilakukan oleh anak-anak anda. Ini akan memberi keyakinan diri yang tinggi kepada anak untuk terus membuat yang terbaik.

2. Kagum

Lahirkan rasa kagum dengan pencapaian yang diperoleh. Katakan pada anak-anak bahawa setiap usaha yang dilakukan amat anda hargai. Jika kurang berjaya masa ini gandakan lagi usaha di masa akan datang.

3. Kenal pasti

Cari dan gali potensi anak yang boleh dikenal pasti untuk diketengahkan agar serasi dengan jiwa dan kebolehan yang dimiliki. Jika ibu bapa nampak anak suka melukis maka berikan galakan untuk si anak terus berkarya menghasilkan hasil seni yang diminati.

4. Gilap

Potensi atau bakat yang dianugerahkan kepada anak harus digilap oleh ibu bapa dengan sebaik mungkin. Usaha yang berterusan pasti akan menyerlahkan potensi diri anak yang sebenar.

5. Beritahu

Dedahkan kepada anak-anak bahawa melalui bakat yang dimiliki juga boleh membawa dirinya berjaya. Sebaiknya perkenalkan kepada anak anda dengan beberapa personaliti yang telah pun mencipta nama di dalam bidang tersebut. Ini bagi memberi galakan untuknya agar terus sukses di dalam bidang yang digemarinya itu.

6. Intai Peluang

Sentiasa mencari peluang untuk memajukan anak-anak. Umpamanya kehebatan anak anda adalah dalam bermain catur, maka carilah peluang untuk anak dapat menyertai sebarang pertandingan catur yang dianjurkan bagi mengasah bakatnya itu.

Melahirkan anak yang rajin belajar bukannya mengambil masa satu atau dua bulan. Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum kita lihat sikap rajin belajar itu mula berputik dan menjadi tabiat mereka
Tazkirah Hati

Kalau hati ada berkata "elehh"
itu tandanya anda mula beraksi RIAK
.
Kalau hati ada berkata "biarlah"
itu tandanya anda mula beraksi TIDAK MEMPERDULI.

Kalau hati ada berkata "menyampah aku"
itu tandanya anda mula beraksi CEMBURU.
.
Kalau hati ada berkata "lantaklah"
itu tandanya anda mula beraksi SOMBONG.
.
Kalau hati ada berkata
"malas campurlah"
itu tandanya anda mula beraksi MEMULAU.
.
Kalau hati ada berkata "aku kaya"
itu tandanya anda mula beraksi BONGKAK.
.
Kalau hati ada berkata "aku lebih hebat"
itu tandanya anda mula beraksi EGOIS.
.
Kalau hati ada berkata_ "berbulu mata aku tgk dia"
itu tandanya anda mula beraksi DENGKI.
.
Kalau hati ada berkata "aku sayang kpd semuanya"
itu tandanya anda mula kembali kepada FITRAH yang mengatasi segala aksi di atas
.
Tanyalah diri .. siapa aku sebenarnya

SIAPA KATA USTAZ
tαk pernαh
buαt DOSA.
.
SIAPA KATA PAKAR KAUNSELING
tαk αdα
MASALAH.

SIAPA KATA CIKGU
tαk pernαh
buαt SILAP.

SIAPA KATA CHEF
tαk pernαh
mαsαk NASI MENTAH

SIAPA KATA DOKTOR
tαk pernαh
SAKIT.

SIAPA KATA PROFESOR
tαk Pernαh
kenα tipu.
(wαlαupun PROFESOR serbαTAHU)
.
INGATLAH bαhαwa semuα
MANUSIA yang HIDUP Di DUNIA ini

ALLAH
berikαn KELEBIHAN dαn
KEKURANGAN mαsing-mαsing.
.
ALLAH berikαn KELEBIHAN,
Bukαnlαh 100%
.
diBERI-NYA
semuα
pengetahuαn.
.
ALLAH
berikαn KEKURANGAN,
Bukαnlαh sehinggα iα mengHINAkαn.
.
Terkαdαng sengαjα
ALLAH
menyulitkαn perkαrα yαng kitα
PAKAR

αgαr kitα tidαk perlu
SOMBONG.
.
AGAR kitα sentiαsα
menjαdi HAMBA yαng
berSYUKUR kepαdα-NYA.

Jika SEDIH
jangan pendam dalam hati,
Ada ALLAH tempat BERBAGI.

Jika MARAH,
Jaga fikiran & hati,
Ada ALLAH tempat MENENANGKAN DIRI...

Jika SUSAH
jangan merasa pilu,
Ada ALLAH tempat MENGADU...

Jika GAGAL
jangan berputus asa,
Ada ALLAH tempat MEMINTA
Anda menghadapi masalah untuk tidur?

Tahukah anda, kurang tidur boleh membuatkan anda tidak bahagia dan menjadi gila?

Namun ada pelbagai kaedah untuk membantu kita tidur, antaranya dengan teknik pernafasan .

Teknik pernafasan ini boleh membantu anda untuk tidur dan melelapkan mata dalam masa kurang dari satu minit .

Kaedah ini diperkenalkan oleh pengamal kesihatan, Dr. Andrew Weil, pakar dalam bidang pernafasan, meditasi, dan bagaimana ia boleh digunakan untuk melawan rasa stress .

Bagaimana Kaedah Ini Dilakukan?

Ianya sangat senang .

Hanya bernafas melalui hidung selama 4 saat, tahan nafas selama 7 saat, dan hembus keluar melalui mulut selama 8 saat .

Cara ini akan memperlahankan kadar denyutan jantung dan juga akan merangsang otak kita melepaskan hormon yang akan membuatkan kita berasa tenang .

Dengan menggunakan kaedah pernafasan ini, ia membantu anda melawan kesan semulajadi adrenalin (hormon yang membuatkan tubuh kita sentiasa berjaga terutamanya dalam situasi bahaya.

Mungkin pada permulaan anda mengamalkan kaedah ini, anda akan berasa pelik dan sedikit tidak selesa. Namun jika anda teruskan, anda akan merasa sangat rileks, kadar denyutan jantung yang perlahan dan fikiran yang aman .

Juga jangan lupa baca doa tidur
NAK KURUS TIDUR KENA CUKUP

Tidur Boleh Kurangkan Berat Badan, Punyalah Senang Nak Kurus!

Haaa... macam tak percayakan, tapi betul! Kalau anda tidak cukup tidur, ini akan memberi kesan pada berat badan. Masa itulah badan akan letih. Sesetengah orang juga akan bergantung pada kopi untuk membuka mata. Sebab terlalu letih juga, anda tidak akan bersenam.

Kebanyakan pakar bersetuju bahawa mendapatkan tidur yang cukup adalah penting untuk kesihatan tubuh dan juga berat badan sebagai mana pentingnya diet dan senaman.

Mengurangkan tidur akan menyebabkan otak membuat keputusan yang tidak baik. Umpama anda berada dalam keadaan sedikit mabuk. Minda tidak dapat membuat keputusan yang baik.

Tidur umpama nutrisi untuk otak. Kebanyakan orang memerlukan antara 7 hingga 9 jam waktu tidur setiap malam. Jika tubuh mendapat waktu tidur kurang dari itu, berkemungkinan tubuh akan memaksa anda mencari makan untuk mengisi perut yang lapar.

Kenapa pula keadaan ini berlaku? Semuanya kerana kurang tidur akan memberi kesan pada hormon lapar dan hormon rasa kenyang yang dikenali sebagai ghrelin dan leptin.

Ghrelin akan beri isyarat pada otak masa untuk makan. Apabila kita kurang tidur, tubuh akan menghasilkan lebih banyak ghrelin.

Leptin pula, akan memberi isyarat pada otak untuk berhenti makan. Apabila anda tidak mendapat tidur secukupnya, tahap leptin akan jatuh menjunam. Ia akan memberi isyarat pada otak untuk makan lebih banyak.

TIPS TIDUR YG SEMPURNA

Zaman sekarang, hendak mendapatkan tidur yang sempurna agak susah. Ditambah pula apabila semua skrin gajet yang ada menggoda kita untuk berjaga lebih lama.

Asas untuk mendapatkan tidur yang cukup dan sempurna amat mudah.

Lakukan tip berikut:

1. Tutup komputer, telefon bimbit, dan televisyen sekurang-kurangnya sejam sebelum anda tidur.

2. Jadikan bilik tidur hanya untuk tidur dan bukan perkara lain. Fikirkan tentang rehat dan bukannya tentang hiburan dan kerja sewaktu berada dalam bilik tidur.

3. Cipta ritual waktu tidur. Sebagai contoh, mandi air panas sebelum tidur.

4. Berpegang pada jadual waktu tidur dan waktu bangun yang sama setiap hari. Ikut juga jadual ini pada hari minggu.

5. Jaga makan. Elakkan makan hidangan berat sebelum tidur yang akan menyebabkan pedih ulu hati dan menyukarkan anda tidur. Elakkan minum soda, teh, kopi dan coklat selepas pukul 2 petang. Kafein boleh berada dalam sistem tubuh selama 5 hingga 6 jam.

6. Tutup lampu. Kegelapan boleh memberi isyarat pada tubuh untuk melepaskan hormon tidur asli iaitu melatonin. Jika lampu terbuka, cahaya terang akan menahan hormon ini daripada keluar.

Belajar sesuatu drp info di atas....Mudahkan nak kurus...share pada kawan2 yg suka berjaga malam tp nak kurus😄
Sahabat yg baik mengajak kita mengenali Allah & Rasullulah.

Sahabat yg jahat mengajak kita mengenali kemaksiatan & kemungkaran.

Maka kita berhak dan mesti bijak untuk memilih mana yg terbaik untuk kita sama ada nak tenang dan aman disyurga atau merasa siksaan setiap saat dineraka🌸
Ingat ! Kita yang menentukan hidup kita sendiri, bukan orang lain🌈
Apabila bercakap mengenai soal hidayah , ramai yg memilih untuk menunggu walaupun kita tahu hidayah itu perlu dicari . Tetapi, Apabila bercakap mengenai soal jodoh, ramai yg memilih berusaha keras untuk mencarinya. Walaupun kita tahu, jodoh kita sudah ditentukan sejak awal lagi oleh ALLAH SWT. 🌹
Personaliti yang baik perlu dibentuk sejak kanak-kanak lagi. Didiklah anak-anak dengan pendidikan personaliti dahulu, iaitu “didik anak berakhlak, bukan sibuk ajar anak menjadi bijak”.

Rukun Islam, dapat membina personaliti diri yang positif atas beberapa faktor.

Pertama, syahadah, mendidik mengaku menjadi hamba Allah.

Kedua, solat melatih kita menyembah dan tunduk hanya kepada Allah.

Ketiga, berpuasa melatih disiplinkan diri dan memahami serta prihatin terhadap kesusahan hidup orang lain.

Keempat, berzakat melatih menjadi pemurah dan suka memberi manfaat kepada orang lain.

Kelima, mengerjakan haji membuktikan, kerana Allah kita sanggup membelanjakan harta kita untuk mematuhi segala suruhan-Nya.

Laksanakan semua Rukun Islam yang lima ini dengan sebaik mungkin, personaliti positif akan terbina. 🌸

credit : Prof Dr Muhaya
Jom semak 7 cara untuk fokus dalam belajar

1.Cari tempat belajar yang sesuai.
2.Sediakan semua bahan yang diperlukan untuk belajar.
3.Cari teman belajar
4.Pilih snek sesuai
5.Take 5
6.Rasakan Bahang Motivasi
7.Duduk dan Belajar

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

@rahsiakejayaan
@tipscantikmenawan
6 Penyebab Otak Anda Sulit Mengingat dan Mudah Lupa

1. Terlalu banyak konsumsi lemak jenuh
2. Jarang olahraga
3. Kebiasaan merokok dan penggunaan obat-obatan terlarang
4. Kurang tidur
5. Depresi dan stres
6. Faktor Usia

@rahsiakejayaan
@tipscantikmenawan
Lihatlah kebelakang dengan penuh kepuasan dan lihatlah kehadapan dengan penuh keyakinan 🦋
#TIPS

1. Bila tiba masa nak exam, lapangkan hati, banyak berdoa, jangan ter saiko dengan orang lain. And jangan percaya 100% soalan spot itu ini yang diforward unless it came from your lecturer

2. For muslim, buat lah solat hajat sentiasa, and solat dhuha.

3. Rajin rajinkan diri untuk bersedekah, extra kan masa final exam , sebab kita tak tahu sebenarnya benda benda macam ni la yang tolong kita and dikatakan 'miracle'. Sebab bukan semua final exam boleh jawabb. Ada paper yang tak sempat, salah baca soalan, etc, tapi bila keluar result A , ni semua rezeki Allah.

4. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Don't compare your chapter 2 with someone's chapter 10. Never give up, work hard. Make your parents proud. Always look at the positive side.

5. Waktu saya study - lepas subuh, lepas maghrib, and sebelum tidur. Saya suka pergi hafal dekat tangga. Saya takkan study dlm bilik sebab ada katil!!! . So bila dekat tangga tu rasa tak selesa, in a way saya akan push diri saya untuk study cepat cepat untuk balik bilik cepat and tidur. Lol

Credit to ; dyanahmad
Beranikan diri untuk membuat sesuatu yang kita yakin kita mampu lakukan. Kata kata yang sering menjatuhkan itu perkara biasa apatah lagi orang yang menjatuhkan kita, itu lumrah sifat manusia yang ingin melihat diri kita jatuh

Biarkan diri kita jatuh, tapi belajar untuk bangkit semula. Jangan biarkan mereka yang ingin melihat kita gagal, melihat usaha mereka berjaya

Kita buktikan yang tanggapan mereka itu salah
Ketika kamu mencari yang sempurna, maka yang terbaik akan hilang. Bersyukurlah💖
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahwa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia
Thankyou rachel sudi b'kongsi feedback selepas consume gneuzjusminda. 😍😍 ada perubahan. Tahniahh👏👏
Thankyou dear. Order smpai 30botol👏👏 pilihan yang bijakk , tahniah jadi student yg bijak cari duit pokett sndiri😘♥️
Jatuh bangun dalam kehidupan itu biasa. Hidup tak selalunya indah tetapi selagi masih ada esok, kau boleh bangkit dan baiki kehidupan kau. Kau tak boleh nak expert, semua perkara jadi senang, semua perkara dimudahkan. Ada ketikanya kau harus dan perjuangkan apa yang kau mahu

Bagaimana mahu bangkit?

+lepaskan yang buatkan kau terkurung
+teruskan bangun walau kau diduga pelbagai
+teruskan jalan walau jalan yang kau lalui itu berduri

Akhir sekali

Pejam mata dan ucapkanlah, "Allah, bantu aku. Aku percaya dan yakin kau ada🌈