54: Nama Hazirah.
Puan Zabarija meminta saya menjelaskan maksud beberapa nama; Hazirah, Zulaikha, dan Ariq. Saya mulakan dengan nama Hazirah.
Adapun nama Zulaikha, wallah a`lam, Setakat ini, saya belum menemui maksudnya. Kemungkinan ia berasal daripada bahasa Mesir kuno. Saya telah bertanyakan orang Mesir sendiri -seorang pengkaji sejarah-, namun beliau sendiri tidak mengetahui maksud nama ini.
Ada 2 bentuk ejaan Hazirah yang perlu dipertimbangkan; antara حزيرة dengan . Saya mulakan dengan nama yang pertama dahulu.
Satu: Nama Hazirah dengan ejaan حزيرة berasal daripada perkataan al-hazrah الجزرة yang bermaksud sesuatu yang terbaik. Sebagai contoh dikatakan, حزرة المال, maksudnya harta yang paling bernilai.
Jika kita katakan, هذا حزرة نفسي, maksudnya "Inilah sesuatu yang paling baik saya miliki."
Jadi, nama Hazirah bermaksud sesuatu yang paling bernilai. Nama ini ada pengertian yang sama dengan nama Nafisah نفيسة.
Dua: Hazir dengan ejaan حاذرة pula bermaksud orang yang berhati-hati. Ia diambil daripada perkataan hazira حذر yang maksudnya berhati-hati.
Boleh jadi juga nama Hazirah dieja حذيرة yang maksudnya ialah orang yang memberikan peringatan -agar orang lain berhati-hati dan bersiap sedia-
Ini bererti, nama ini merupakan doa anak itu agar nanti dia membesar sebagai seorang yang berilmu dan bermaklumat, lalu dengan ilmu dan maklumat itulah dia boleh memberikan peringatan kepada orang lain.
Terpulanglah Puan Zabarija untuk memilih yang mana.
Wallah a`lam.
17/6/2020, Rabu.

55: Nama Ariq.
Masih lagi berkenaan permintaan Puan Zabarija. Kali ini, nama Ariq.
Nama Ariq ini menurut ejaan arabnya ialah عريق. Menurut pembacaan saya, nama ini berasal daripada perkataan al-`irqu العرق yang bermaksud asal semulajadi; akar. Ia juga bermaksud urat; saluran darah.
Berhubung dengan maksud asal semulajadi, maka terbitlah perkataan al-`araqah العراقة yang bermaksud bakat semulajadi atau disebut talented.
Perkataan al-`uraqah pula bermaksud air yang jernih. Bukankah air itu asalnya jernih?
Kuda asli, atau bukan kacukan disebut sebagai فرس عريق.
Berasaskan maksud yang saya nyatakan di atas, nama Ariq bermaksud orang yang berasal daripada keturunan yang mulia; seerti dengan nama Nasibah atau Nusaibah.
Maksudnya ialah, orang yang bernama Ariq didoakan agar menjadi orang yang mulia dan pandai menjaga air muka keluarga. Dia ialah orang yang bermaruah dan pandai menjaga maruah.
Wallah a`lam.
#ariqbermaruah

56: Rayyan.
Puan Ilyazan sedang berkira-kira antara nama Rayyan Iskandar dan Raeef Iskandar. Insha Allah saya sudi membantu beliau, dan didoakan agar beliau kelak mendapat anak lelaki yang baik-baik.
Sebetulnya saya telah menulis panjang berkenaan nama Rayyan dan saya tidak bercadang untuk mengupas sepanjang itu di sini. Cukuplah sekadarnya cuma.
Rayyan ريان ialah nama sebuah pintu syurga yang disediakan khas untuk orang yang berpuasa sepenuh hati. Perkataan ray ري bermaksud hilang perasaan dahaga. Ini merujuk kepada orang berpuasa yang lebih memerlukan air dibandingkan makanan.
Rayyan bermaksud pokok yang hijau dan subur. Pokok yang subur pastilah pokok yang mendapat bekalan air yang secukupnya.
Orang yang memiliki banyak ilmu disebut, [ريان من العلم].
Secara ringkasnya ialah, Rayyan bermaksud orang yang memiliki ilmu yang banyak, lalu dengan ilmu yang banyak itulah dia memberikan manfaat kepada ramai orang seperti air yang menghilangkan haus. SElain itu, Rayyan juga didefinisikan sebagai orang yang tampan.
Wallah a`lam.
#rayyanberilmu

57: Raeef dan Iskandar.
Sekarang, saya akan menjelaskan maksud nama Raeef pula.
Nama Raeef dieja رئيف. Jika perempuan Raeefah. Boleh juga dieja رائف. Namun ejaan رئيف lebih sesuai untuk ejaan Raeef.
Nama ini berasal daripada perkataan ra'afa رأف yang bermaksud mengasihi. Perhatikan firman Allah Taala yang berbunyi,
وَلَا تَأۡخُذۡكُم بِهِمَا رَأۡفَةٞ فِي دِينِ ٱللَّهِ
Terjemahan: "Dan janganlah perasaan belas kasihan terhadap mereka berdua menghalang kamu dalam menegakkan hukum Allah." (Al-Nur:2)
Perkataan ra'fah dalam ayat tersebut bermaksud belas kasihan.
Nabi salla Allah
#raeefpengasih

alaih wa sallam sendiri bersifat dengan ra'uf seperti firman Allah Taala,
بِٱلۡمُؤۡمِنِينَ رَءُوفٞ رَّحِيمٞ (128)
Terjemahan: "(Baginda) amat belas kasihan dan penyayang terhadap orang beriman." (Al-Taubah:128)
Jadi, nama Raeef bermaksud orang yang penyayang.
Jika puan mengubah nama Raeef -yang menurut hemat saya, nama yang sangat baik- kepada Rif ريف atau Rifah ريفة; ia bermaksud tanah yang subur dengan tanaman. Orang yang dinamakan Rif didoakan agar menjadi seperti tanah yang subur, sentiasa memberikan hasil yan baik kepada orang ramai.
Puan, adapun berkenaan nama Iskandar, pastilah saya perlu melakukan pengkajian yang sangat lama. Nama Khadijah pun saya mengambil masa lebih setahun, barulah saya menemui.
Menurut kamus almaany, Iskandar ini dikatakan berasal daripada bahasa yunani kuno yang berasal daripada Alexander. Perhatikan ejaannya,
Iskandar إسكندار
Alexander الكساندر.
Ejaan kedua-dua nama ini tidak jauh. Kamus almaany mentakrifkan nama Iskandar sebagai [ البطال الحامي للرجال، المعين] maksudnya, tentera yang melindungi; pembantu.
Insha Allah kita diharuskan untuk menggunakan nama Iskandar kerana ia tidak membawa maksud yang buruk dan bukanlah nama yang menjadi keagamaan bagi agama lain.
Wallah a
lam.#raeefpengasih
17/6/2020, Rabu.
58: Nama Qanita.
Puan Zaleha meminta saya mengupas nama Qanita. Nama ini sebenarnya terlalu panjang untuk dikupas secara filosofi, jadi, saya akan meringkaskan kupasan ini.
Nama Qanita ini berasal daripada perkataan qanata قنت yang bermaksud taat dan patut beribadah kepada Allah Taala.
Allah Taala berfirman,
يَٰمَرۡيَمُ ٱقۡنُتِي لِرَبِّكِ وَٱسۡجُدِي وَٱرۡكَعِي مَعَ ٱلرَّٰكِعِينَ (43)
Terjemahan: "Wahai Maryam, taatilah Tuhanmu." (Ali `Imran:43)
Dalam ayat yang lain, Allah Taala menyatakan,
عَسَىٰ رَبُّهُۥٓ إِن طَلَّقَكُنَّ أَن يُبۡدِلَهُۥٓ أَزۡوَٰجًا خَيۡرٗا مِّنكُنَّ مُسۡلِمَٰتٖ مُّؤۡمِنَٰتٖ قَٰنِتَٰتٖ تَٰٓئِبَٰتٍ عَٰبِدَٰتٖ سَٰٓئِحَٰتٖ ثَيِّبَٰتٖ وَأَبۡكَارٗا (5)
Terjemahan: "Boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, - yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa, (meliputi) yang janda dan yang anak dara." (Al-Tahrim:5)
Jika nama Qanita itu lelaki, maka ejaannya ialah قانت, dibaca Qanit. Jika perempuan, maka ejaannya ialah قانتة, dibaca Qanitah. Orang melayu biasa membuang huruf h di belakang, seperti Sara, Nabila, Tohira, dan seumpamanya.
Tidak ada masalah jika ejaan melayu tiada huruf h, namun daripada aspek ejaan arab dan bacaan, perlu ada huruf h atau ta' marbutah.
Oleh itu, kesimpulannya, Qanita bererti orang yang taat dan patuh kepada perintah Allah Taala.
#qanitapatuh
18/6/2020, Khamis.

59: Nama Nuha.
Biasanya Nuha diletakkan kepada anak perempuan; seperti nama Nurul Nuha. Kita hampir tidak berjumpa orang lelaki -di Malaysia- yang bernama Nuha.
Nama Nuha ini ada disebutkan oleh Allah Taala.
Perkataan ulu al-nuha ada disebutkan dalam al-Quran. Allah Taala berfirman,
إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّأُولِي النُّهَى
Terjemahan: “Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar menjadi petanda buat orang yang mempunyai nuha.” (Taha:54)
Fakhr al-Din al-Razi menjelaskan,
أَيْ لَدَلَالَاتٍ لِذَوِي النُّهَى أَيِ الْعُقُولِ ، وَالنُّهْيَةُ الْعَقْلُ . قَالَ أَبُو عَلِيٍّ الْفَارِسِيُّ : النُّهَى يَجُوزُ أَنْ يَكُونَ مَصْدَرًا كَالْهُدَى وَيَجُوزُ أَنْ يَكُونَ جَمْعًا
Terjemahan: “Iaitu menjadi tanda-tanda kepada orang yang mempunyai penghalang iaitu orang yang berakal. Penghalang itu ialah akal. Abu ‘Ali al-Farisi berkata: Perkataan nuha boleh difahami sebagai masdar seperti perkataan huda, juga harus dikatakan jama‘ (plural).” (Tafsir al-Kabir)
Berdasarkan keterangan al-Razi di atas, kita memahami bahawa Nuha bermaksud akal. Cuma, ia lebih spesifik atau khusus berbanding perkataan akal itu sendiri.
Al-Raghib al-Asfahani menjelaskan, "Al-nuhyah ialah ‘aqal yang menghalang daripada segala anasir keburukan. Perkataan plural ialah nuha." (Al-Mufradat)
Berdasarkan beberapa keterangan di atas, kita memahami orang yang dinamakan Nuha ialah; orang yang didoakan agar memiliki keilmuan dan keimanan yang baik, yang akhirnya membentuk akal sejahtera yang menghalang dia daripada melakukan perbuatan yang terlarang dalam agama.
Sebagai tambahan:
Seorang sahabat saya bernama Nahi; Ustaz Nahi. Baik, apakah maksud Nahi?
Jawabnya ialah, wallah a`lam, nama Nahi dieja نهي, iaitu nahiyyun, atau النهي al-nahi. Nahi bermaksud orang yang mencapai petunjuk akal, atau mencapai ketinggian dan kematangan dalam akal fikiran.
Daripada ketinggian akal tersebut, maka terbitlah satu nama iaitu ناهي yang bermaksud orang yang mencegah daripada berlakunya keburukan dan kemungkaran.
Wallah a`lam.
#nuhaorangberakal

60: Nama Hafiy.
Puan Balqis meminta saya menghuraikan nama Hafiy Sufyan. Menurut beliau, ini ialah cadangan untuk nama anak beliau. Saya akan bermula dengan menjelaskan nama Hafiy terlebih dahulu.
Apapun, kedua-dua nama membawa maksud yang sangat baik.
Nama Hafiy dieja حافى. Cuma ya, huruf y di belakang itu mungkin style yang menjadi pilihan puan, tidak ada masalah.
Nama Hafiy berasal daripada perkataan hafiya حفي yan bermaksud memuliakan dan sangat mengambil perhatian tentang seseorang.
Ini bermakna, Hafiy bermaksud orang yang sangat memuliakan dan mementingkan orang lain.
Jika pun menamakan anak puan dengan ejaan حفي atau الحفي, ia bermaksud:-
1- Ulama yang teliti dan berdisiplin dalam bidang ilmu. Ertinya, anak ini didoakan agar menjadi orang berilmu dan mengikut dsiplin pengajian dengan baik.
2- Nama Hafiy dengan ejaan ini juga bermaksud yang lembut dan pemurah, seperti firman Allah Taala,
قَالَ سَلَٰمٌ عَلَيۡكَۖ سَأَسۡتَغۡفِرُ لَكَ رَبِّيٓۖ إِنَّهُۥ كَانَ بِي حَفِيّٗا (47)
Terjemahan: "Sesungguhnya Dia (Allah Taala) sangat pemurah terhadapku." (Maryam:47)
Wallah a`lam.
#hafiypenyantun

61: Nama Sufyan.
Menyambung permintaan Puan Balqis yang ingin menamakan anak beliau, Hafiy Sufyan. Saya telah menjelaskan maksud nama Hafiy, sekarang saya akan menjelaskan nama Sufyan pula.
Sekurang-kurangnya 2 orang sahabat Nabi salla Allah `alaih wa sallam yang terkenal bernama Abu Sufyan. Baik, apakah maksud nama Sufyan?
Apakah usul nama Sufyan dan apakah maksudnya?
Satu: Kemungkinan nama Sufyan yang dieja سفيان berasal daripada perkataan safana سفن yang bermaksud angin yang berhembus. Jika betul ialah membawa maksud angin, ia mengandungi maksud yang baik.
Ini kerana angin membawa banyak kebaikan seperti memberikan kedamaian. Puan Balqis boleh melanjutkan pembacaan berkenaan angin.
Menurut Ibn Duraid di dalam kitab al-Ishtiqaq, nama Sufyan ini berdasarkan wazan fu`lan فعلان.
Dua: Menurut kamus almaany, Sufyan bermaksud [ المسرع في مشيه] iaitu orang yang berjalan laju. Maknanya, orang ini ialah mempunyai sekurang-kurangnya dua karakter yang terpuji:-
1- Tidak suka membuang masa.
2- Efisien dan efektif dalam gerak kerja.
Saya melihat, tafsiran bergerak laju ini ada kaitan dengan takrifan pertama, iaitu angin yang berhembus.
Wallah a`lam.
Adapun berkenaan nama Puan Balqis, saya telah mensyarahkannya panjang lebar memakan belasan muka surat di dalam e-book saya, Rahsia di Sebalik Nama.
#sufyananginberhembus

62: Nama Nazhan.
Seseorang meminta saya menjelaskan nama Nazhan. Sempat saya membuat carian di google dan saya dapati ramai juga orang arab bernama Nazhan.
Nama Nazhan dieja نزهان. Nama ini berasal daripada perkataan naziha نزه yang bermaksud bersih. Jika kita katakan [نزه الأرض], ia bermaksud tempat yang dihiasi dengan tanaman dan bunga.
Orang yang bernama Nazih نزيه atau orang perempuan yang bernama Nazihah نزيهة, bermaksud orang yang menjauhi diri daripada melakukan perkara yang terlarang dan perkara yang menjelakkan.
Atau orang yang bernama Nazih boleh dieja نازه dan نازهة yang membawa maksud yang sama; orang yang suci dan bersih jiwa lalu menjauhi larangan Allah Taala.
Begitulah maksud nama Nazhan ataz wazan [فعلان] yang membawa maksud yang sangat baik.
Wallah a‘lam.
#nazhanbersihjiwa

63: Nama Wafiq.
Sahabat saya meminta saya untuk mengupas nama Wafiq. Seimbas lalu, kita dapat mengecam bahawa ini merupakan nama yang sangat baik, dan kita doakan agar Wafiq -anak bongsu sahabat saya- benar-benar menepati maksud nama ini.
Amin.
Nama ini sebenarnya ada hubung kait dengan nama Taufiq. Boleh baca semula nota atau tulisan saya berkenaan nama Taufiq.
Baik, kalau kitakan katakan وفق الأمر, ia bermaksud urusan itu menepati atau betul. Ataupun, perkara itu mempunyai kesesuaian dan secocok. Ia juga bermaksud, menyetujui pendapat tersebut.
Sehubungan itu, kamus almaany mentakrfikan nama Wafiq yang dieja وفيق sebagai al-muwafiq; orang yang bersetuju. Maksudnya, bersetuju dengan kebenaran semata-mata.
Dalam bahasa mudah, dia akan bersama dengan kebenaran di mana sahaja dia berada. Dia mempunyai prinsip yang jelas bahawa kebenaran itu perlu disokong dan didokong.
Kamu almaany juga mentakrifkan nama Wafiq sebagai sahabat baik. Kalau kita perhatikan, hanya sahabat baik sahaja yang akan menyetujui dan mendokong perjuangan kita -dalam konteks kebenaran sahaja-. Mereka tidak akan membiarkan kita keseorangan.
Tafsiran yang sama disebut di dalam Kamus al-Asma' al-`Arabiyyah wa al-Mu`arrabah.
Nama Wafiq juga boleh membawa maksud al-muwaffaq الموفق yang bermaksud orang yang mendapat petunjuk dan taufiq daripada Allah Taala. Orang yang mendapat petunjuk Allah Taala, pasti akan berada pada landasan kebenaran.
Wallah a`lam.
#wafiqbersamakebenaran
19/6/2020, Jumaat.

64: Nama Aira.
Beberapa orang meminta saya menjelaskan maksud nama Aira, yang kelihatan agak kabur. Sehingga ada yang bersedih mengenangkan anak saudaranya yang bernama Airaa, dikhuatiri membawa maksud yang buruk.
Dalam tulisan sebelum ini, saya ada menyatakan bahawa saya tidak mengetahui maksud nama Aira. Dan saya juga mengatakan bahawa nama Aira menurut bahasa arab; sama ada dieja أيرا atau عير, kedua-duanya tidak sesuai dijadikan nama. Malah, ada yang membawa maksud yang tidak baik.
Saya memakulumkan kepada yang bertanya, nama Aira berkemungkinan bukan nama bahasa arab. Jika bukan bahasa arab, maka kita tidak perlu memikirkan definisi nama ini menurut bahasa arab.
Kita perlu menilai nama ini menurut definisi bahasa asalnya.
Wallah a`lam, saya belum menemui kajian yang betul-betul memuaskan, lantaran ia melibatkan bahasa lain. Namun, saya akan kongsikan setakat pembacaan saya sahaja.
Aira atau dibaca Ira;Eira;Eyra, atau ejaan arab إيرا dikatakan berasal daripada bahasa Turki yang bermaksud orang yang bercakap dengan bahasa yang baik dan suara yang lembut.
Ada juga pendapat mengatakan nama ini berasal daripada bahasa yunani; ringkasan daripada Nama Irin yang bermaksud al-salam atau kesejehateraan.
Ada juga mengatakan nama Ira berasal daripada bahasa Wales yang bermaksud salji. Jika benar ia bermaksud salji, ertinya dia ialah seorang yang baik dan membahagiakan orang lain, seperti sifat yang pada salji itu sendiri.
Wallah a`lam.
Saya sendiri tidak berani mengesahkan manakah maksud terbaik bagi nama ini. Sekadar saya ingin menegaskan 2 perkara:-
1- Nama ini berkemungkinan bukan bahasa arab. Jika betul definisi yang saya jelaskan di atas, alhamdulillah. Nama ini membawa maksud yang baik.
2- Walaupun kita mengejanya Aira, tetapi jika kita ingin menerima penjelasan di atas, panggilannya ialah Ira, atau Eira, atau Era. Tulisa Ai pada nama Aira perlu dibaca Ey.
Wallah a`lam.
#eyrayangmerendahkansuara

65: Nama Faizal.
Kenalan saya meminta saya mengupas nama Fazal. Saya agak berat hati menyentuh nama ini kerana nama ini agak mengelirukan di samping, tersangat ramai orang yang bernama Faizal.
Sehingga, ada beberapa 'Persatuan Faizal' pula di dalam facebook.
Wallah a`lam, hasil pembacaan saya, saya boleh rumuskan di peringkat awal:-
"Beberapa sumber carian google saya mendefisinikan nama Faizal sama seperti definisi nama Faisal."
Saya telah syarahkan nama Faisal sebelum ini. Jadi, saya mengesyaki berlaku kekeliruan antara nama Faizal dengan nama Faisal. Jika benar nama Faizal sebenarnya ialah Faisal, maksud nama ini ialah orang yang bijaksana dan boleh menjadi hakim.
Sila baca kupasan saya berkenaan nama Faisal.
Ada satu lagi kemungkinan, iaitu nama Faizal sebenarnya berasal daripada nama Faiz.
1- Faiz dengan ejaan فائز.
2- Fayiz dengan ejaan فايز.
Kedua-duanya bermaksud orang yang berjaya; beruntung.
Bagaimana pula dengan nama 'al' di belakang? Huruf 'al' atau 'ul' di belakang sebenarnya ialah huruf alif dan lam. Huruf alif dan lam sebenarnya ialah perkataan seterusnya, namun telah bersambung dengan nama pertama.
Seperti orang bernama Khairul. Sebenarnya tidak ada nama Khairul dalam bahasa arab. Yang ada ialah, seperti nama Khairul Rijal.
Khair خير dan al-rijal الرجال. Perkataan, huruf 'al' ialah untuk nama seterusnya.
Lama-kelamaan, orang melayu hanya meletakkan nama Khairul terus, tanpa ada nama selepasnya. Sepatutnya, cukuplah Khair.
Seperti itu jugalah nama Nurul. Pun tiada ada nama Nurul dalam bahasa arab. Yang ada ialah seperti nama Nurul al-Qamar.
Nur نور dan al-qamar القمر.
Lama-lama, orang melayu hanya menamakan anak mereka, Nurul, malah dipanggil Nurul. Sepatutnya Nur.
Nama Zainal pun sama. Sepatutnya hanya Zain yang bermaksud perhiasan. Begitulah nama saya, Zul. Sepatutnya hanya Zu. Apapun, Zu bukanlah nama.
Jadi, saya melihat inilah isunya dalam nama Faizal. Sepatutnya, hanyalah Faiz atau Fayiz. Atau, mungkin nama sebenarnya ialah Faisal.

66: Nama Darwish.
Sahabat saya, Ustaz Hafiz Saidin mewakili sahabat beliau meminta jasa baik saya untuk mengupas nama Darwish. Darwish ini merupakan nama yang unik. Guru dan rakan saya, Dr Fahimah juga menamakan anak kedua beliau, Darwish.
Darwish atau Darwisy, sama lah maksudnya. Ejaannya ialah درويش.
Satu: Sepengetahuan saya, Darwish bukanlah nama arab, sebaliknya nama asing yang telah digunakan dalam bahasa arab -nama diarabkan-. Ia berasal daripada bahasa parsi.
Dua: Darwish ialah gelaran kepada orang-orang sufi yang hidup dalam keadaan faqir dan mengabdikan diri kepada Allah Taala. Saya melihat, unsur faqir di sini perlu difahami dalam maksud zuhud dan tidak mementingkan keduniaan, serta lebih mengutamakan orang lain.
Tiga: Walaupun mungkin kehidupan sebahagian Darwish atau Darawish -darwish-darwish- itu tidak menepati sunnah salla Allah `alaih wa sallam, namun dalam bab nama kita natkan Darwish yang mengikut cara kehidupan Rasulullah salla Allah `alaih wa sallam.
Empat: Darwish dalam bahasa parsi berasal daripada 2 perkataan; dar در yang bermaksud pintu.
Kedua, bish بيش yang bermaksud mendatangi.
Saya tidak memahami daripada usul bahasa, mengapa perkataan bish bertukar menjadi wish. Kita perlu menelusuri kaedah dalam bahasa parsi pula.
Ertinya, orang yang mendatangi pintu Allah Taala; orang yang mengabdikan diri kepada Allah dan mengharapkan keredhaan-Nya.
Wallah a`lam.
#darwishabidzahid

67: Nama Mazaya.
Seorang kenalan sedang mencari nama untuk anak. Saya fikir, ana perempuan. Jadi, beliau meminta saya menjelaskan maksud nama Mazaya.
Mazaya dieja dalam bahasa arab مزايا. Mazaya ini berbentuk plural, sedangkan singular bagi Mazaya ialah Maziyyah مزية. Maziyyah bermaksud kesempurnaan. Mazaya bermaksud keistimewaan-keistimewaan.
Atau boleh kita definisikan sebagai, kelebihan yang ada pada seseorang berbanding orang lain; disebutkan sebagai keistimewaan. Seperti sikap murah hati, berani, mengutamakan orang miskin dan menyantuni anak yatim.
Dengan sedikit penjelasan:
Satu: Mazi atau Maziyyu مزي bermaksud keistimewaan. Namun saya tidak mencadangkan kita memilih nama Mazi, kerana kelak berlaku kekeliruan dengan perkataan 'air' mazi مذي.
Dua: Saya juga melihat juga perlu menjauhi nama Mazi dengan ejaan مازي, kerana selain wujud kekeliruan seperti di atas, nama Mazi ini juga bermaksud orang yang takabbur.
Tiga: Nama Maziyyah sama ada dieja مزية atau مازية dilihat selamat. Ia bermaksud kelebihan; keistimewaan.
Empat: Nama Mazaya yang menjadi pilihan puan pula bermaksud keistimewaan-keistimewaan seperti saya jelaskan di atas.
Wallah a`lam.
#mazayakeistimewaan

68: Nama Farah.
Puan Alia meminta saya mensyarahkan nama Farah `Aliaa. Saya akan mulakan dengan nama Farah terlebih dahulu, secara ringkas.
Perkataan farih فرح bermaksud gembira atau amat gembira. Orang yang bergembira dipanggil Farih فارح dan Farhan فرحان. Itu untuk nama anak lelaki.
Anak perempuan -yang gembira- pula dinamakan Farihah, Farha فرحى dan Farhanah فرحانة.
Sama dengan kertaan farih, farah juga bermaksud kegembiraan. Berkait dengan unsur kegembiraan yang wujud, maka kenduri kahwin menurut bahasa arab juga dipanggil al-farah.
Ada beberapa ayat al-Quran yang menggunakan perkataan farah serta perkataan yang terbit daripadanya seperti al-farihin; sebahagiannya membawa maksud bermegah-megah. Ini maksud yang tidak elok.
Dalam bab nama, kita hanya memilih maksud gembira.
Ada juga orang yang bernama Farhah فرحة. Farhah juga membawa maksud yang sama.
Wallah a`lam.
#farahgembira
20/6/2020, Sabtu.

69: Nama `Aliaa.
Seterusnya, sebagai memenuhi permintaan puan Alia, saya akan menerangkan nama `Aliaa pula. `Aliaa, ataupun Ali, Alia, sama sahaja.
Nama ini berasal daripada perkataan `ala علا yang bermaksud tinggi atau menjadi tinggi. Orang yang tinggi disebutkan sebagai `Alin عال dan `Ali علي.
Tinggi boleh bermaksud positif dan negatif, seperti firman Allah Taala,
إِنَّ فِرۡعَوۡنَ عَلَا فِي ٱلۡأَرۡضِ
Terjemahan: "Sesungguhnya Fir`aun telah menjadi sombong dan megah di muka bumi." (Al-Qasas:4)
Allah juga dikaitkan dengan ketinggian, dengan kita menyebutkan Ta`ala تعالى, yang bermaksud maha tinggi.
Sehubungan itu, saya akan menjelaskan beberapa nama berkaitan dan maksudnya secara ringkas:-
1- Ali علي bermaksud yang tinggi; tinggi ilmu dan akhlak. Tinggi ditakrifkan juga sebagai orang yang mulia. Orang perempuan dipanggil atau dinamakan Aliah عالية, atau `Aliaa seperti nama anak perempuan Alia.
Walaupun ejaan `Aliaa, ejaan arabnya ialah عالية.
2- `Ula العلا bermaksud ketinggian dan kemuliaan. `Ula atau Ula ialah singular, manakala `Ulya العليا ialah plural yang bermaksud kemuliaan-kemuliaan. Saya fikir, ada orang yang bernama Ulya.
Pun begitu, Ulya boleh difahami sebagai tinggi atau atas, seperti sabda Nabi salla Allah `alaih wa sallam tentang tangan di atas [اليد العليا] lebih baik daripada tangan di bawah.
3- Makna yang sama bagi nama Ulwan علوان.
Wallah a`lam.
#aliatinggimulia

70: Nama Gary.
Antara nama yang dminta oleh Puan Alia ialah Gary. Saya bertanyakan apakah maksud Gary, katanya mungkin nama dalam bahasa Inggeris.
Jika betul nama dalam bahasa tersebut, saya tidak bercadang untuk mengulasnya. Namun, jika Puan Alia mahu mendengar buah pandangan saya yang lain, silakan.
Saya berpendapat nama Gary boleh disantuni lagi dalam bahasa arab iaitu Ghari.
1- Ghari dengan ejaan غري bermaksud orang yang ceria mukanya. Kamus al-Mu`jam al-Wasit mentakrifkan al-ghari sebagai الحسَنُ الوجْه maksudnya, yang elok wajahnya.
2- Menurut al-Mu`jam al-Ra'id, nama Ghari dengan ejaan غري juga bermaksud بناء جيد iaitu binaan yang baik.
Wallah a`lam.
#gharitampan

71: Nama Hauna.
Puan Athirah bertanyakan maksud nama Hauna atau Haunan. Perkataan Hauna ini ada disebutkan oleh Allah Taala seperti berikut:
وَعِبَادُ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلَّذِينَ يَمۡشُونَ عَلَى ٱلۡأَرۡضِ هَوۡنٗا
Terjemahan: "Dan hamba-hamba al-Rahman berjalan di atas muka bumi dengan merendah diri." (Al-Furqan:63)
Maksud berjalan dengan hauna/n dalam ayat ini ialah, dengan ketenangan (sakinah) dan ketertiban (waqar), bukannya menyombong diri dan berlagak.
Boleh difahami Haun bermaksud menghina diri; tetapi menghina diri di sini bukan dengan maksud yang negatif sebaliknya positif. Iaitu, kita menyedari kelemahan kita, lalu kita berasa hina di hadapan Allah Taala.
Tawadhu bukan takabbur.
Ini maksud pertama bagi nama Hauna.
Dua: Hauna juga boleh bermaksud kuda yang taat. Ertinya, walaupun kuda merupakan haiwan yang gagah dan biasa digunakan sebagai tunggangan perang, namun ia kekal mentaati tuannya.
Menurut faham saya, Hauna merujuk kepada orang yang berwibawa, namun kekal tawadhu; mengikut resmi padi, semakin berisi semakin menunduk bukan mendabik dada.
Definisi ini bersangkut paut dengan definisi pertama.
Tiga: Menurut kamus almaany, Hauna juga bermaksud الرِّفقُ والتُّؤَدة, iaitu lemah lembut dan pengasih. Disebabkan itu kita katakan kepada seseorang sebagai contoh, على هونك, ertinya perlahan-lahan; dengan lemah-lembut.
Jika nama Hauna atau Haunan ditukar kepada Huwaina الهوينى, maka ia bermaksud berjalan dengan lembut lembut -gambaran orang yang menjaga adab dan tawadhu- dan kehidupan yang senang.
Mudah cerita, nama ini teramat elok dan molek.
Wallah a`lam.
#haunamerendahdiri

72: Nama Ajar.
Siti Ajar meminta saya menghuraikan nama beliau yang sangat unik, Ajar. Insha Allah saya sudi.
Terlebih dahulu, beliau perlu bertanyakan kedua ibu bapa beliau terlebih dahulu, apakah maksud Ajar dan mengapa dinamakan demikian. Orang tua kita sebahagiannya ada hikmah yang kita tidak ketahui. Dan mereka pasti ada niat menamakan anak mereka.
Ini pula cerita saya.
Satu: Mungkin nama Ajar memang nama dalam bahasa melayu. Menurut DBP, Ajar bermaksud petunjuk yang diberikan agar diikuti. Boleh juga ditafsirkan sebagai nasihat. Jika benar nama Ajar ini asalnya bahasa Melayu, maka maksudnya sangat baik.
Saudari didoakan mempunyai ilmu, hikmah dan akhlak yang baik, agar dengan itu saudari dapat memberikan ilmu, petunjuk dan nasihat kepada orang lain. Nama ini best, bagus dan wonderful.
Dua: Boleh jadi juga Ajar berasal daripada bahasa arab yang dieja أجر. Jika benar, maksud Ajar ialah upah dan ganjaran yang baik. Sebagaimana firman Allah Taala,
إِنَّ ٱللَّهَ عِندَهُۥٓ أَجۡرٌ عَظِيمٞ (22)
Terjemahan: "Sesungguhnya Allah, di sisi-Nya terdapat ganjaran pahala yang agung." (Al-Taubah:22)
Maksudnya, saudari dinamakan Ajar dengan harapan saudari sentiasa diberikan kekuatan untuk melaksanakan perintah Allah Taala, di samping saudari sentiasa didoakan agar murah rezeki sehingga sentiasa mendapat ganjaran dan upah.
Tiga: Boleh jadi nama saudari sebenarnya ialah Hajar bukannya Ajar. Saudari perlukan pengesahan daripada orang tua yang melahirkan saudari. Jika benar nama saudari Hajar هاجر, iaitu nama isteri Nabi Ibrahim `alaih al-sala, maka setakat ini saya belum mengetahui maksudnya.
Pasti maksudnya sangat baik. Saya perlu melanjutkan kajian saya.
Wallah a`lam.
#ajarhajar
21/6/2020, Ahad.

73: Nama Akhir.
Saudara Muhammad Akhir meminta penjelasan saya tentang maksud nama Akhir. Menarik nama ini, dan falsafahnya sangat halus. Apapun, ibu bapa saudara lebih mengetahui dan memahami falsafahnya.
Ejaan nama ini ialah أخير. Jika Akhyar, maksudnya yang terpilih atau yang terbaik. Tapi nama beliau bukan Akhyar, tetapi Akhir.
Satu: Daripada satu sudut, Akhir membawa maksud yang negatif; iaitu belakang. Berada di akhir saf dalam solat. Nombor belakang dalam kelas. Dan seumpama dengannya.
Dua: Meskipun demikian, ada maksud akhir yang membawa maksud yang positif. Perhatikan kalam Allah Taala yang berbunyi,
وَلَلۡأٓخِرَةُ خَيۡرٞ لَّكَ مِنَ ٱلۡأُولَىٰ (4)
Terjemahan: "Dan yang akhir benar-benar lebih baik daripada yang awal." (Al-Dhuha:)
Ini bererti, kehidupan terkemudian Nabi salla Allah `alaih wa sallam lebih baik daripada kehidupan awal baginda. Kehidupan baginda di Madinah lebih baik daripada kehidupan di Makkah.
Hujung kehidupan Nabi salla Allah `alaih wa sallam lebih baik berbanding kehidupan awal baginda.
Kehidupan akhirat juga lebih baik buat orang beriman berbanding kehidupan di dunia.
Tiga: Kalau kita perhatikan dalam ibadah solat, hujung atau akhir peringkat solat iaitu tashahhud akhir juga merupakan tahap yang penting. Pada hujung itulah Nabi salla Allah `alaih wa sallam menggesa kita agar berdoa kepada Allah Taala sebelum kita memberikan salam.
Empat: Hujung hari iaitu iaitu waktu asar sehingga maghrib juga waktu yang penting sehingga dianggap waktu dimakbulkan doa, juga waktu dianjurkan untuk kita bertasbih memuji Allah Taala.
Lima: Hujung waktu malam iaitu sahur juga merupakan waktu yang amat penting; ketika itu Allah Taala turun ke langit dunia untuk mendengar rintihan dan permintaan hamba-hamba-Nya. Waktu itulah kita beristighfar memohon keampunan kepada Allah Taala.
Tujuan saya menjelaskan beberapa perkara di atas, adalah bertujuan untuk memahamkan kita falsafah 'akhir'; membawa banyak maksud yang positif dan menakjubkan.
Enam: Malah, jika kita katakan قَرَأ القُرآن إِلَى آخِرِه maksudnya, "membaca al-Quran sehingga akhir", iaitu membaca sehingga habis atau sempurna.
Ertinya, Akhir membawa maksud sempurna.
Habiskan kerja sehingga akhir; iaitu sempurna.
Kesimpulannya saudara, nama saudara mempunyai falsafah mendalam dan saudara ucapkanlah terima kasih kepada ibu bapa saudara yang memilih nama yang terbaik ini.
Wallah a`lam.
#akhirsempurna