QUANTUM METAL BY COACH HAFIZ
2.74K subscribers
722 photos
55 videos
2 files
610 links
Let's learn how to preserve your wealth through gold using shariah compliant way.
Download Telegram
#morningbooster

1-Buat sajalah dengan berani.
πŸ”ΉTidak ada teknik betul atau salah. Cuma ada untung dan rugi. Buat dulu baru tahu.

2-Kawal nafsu berguru.
πŸ”ΉBelajar dan terus buat satu persatu. Bukan belajar dan terus belajar sampai nipis poket kita.

3-Mulakan dengan langkah kanan.
πŸ”ΉMulakan langkah dengan berani. Kalau berani tak usahlah takut-takut lagi. Jika takut jangan berani-berani.

4-Gagal adalah guru paling jujur dalam hidup kita.
πŸ”ΉLebih baik gagal berkali-kali berbanding terus termakan puji. Gagal itu bukan mati. Gagal itu penghidup berkali-kali.

5-Bila sudah mula bisnes, usah toleh ke belakang lagi.
πŸ”ΉLihat apa yang ada di depan dengan pandangan luas. Lihat ke belakang hanya menyempitkan usaha dan menyakitkan kepala.

6-Mulut orang tak boleh tutup.
πŸ”ΉTak usah sakit otak fikir pasal apa orang cakap. Mereka nak meroyan,menyindir-menyindir,biarkan.Kita bukan berniaga untuk mereka. Kita berniaga untuk semua orang yang menyokong kita.

7-Menyimpan bila buat untung dan berjimat bila bisnes sedang berkembang.
πŸ”ΉRamai orang lingkup dalam masa dua tahun kerana tidak ada tunai di
tangan, bukan kerana tidak pandai berjualan.

8-Bina hubungan dengan semua orang.
πŸ”ΉUsah jadi orang bisnes yang sukar di dekati. Orang yang berasa 'senang' dengan kita akan senang berurusan dengan kita. Satu senyuman, satu saham kita naik.

9-Tak usah berlawan-lawan dengan sesiapa.
πŸ”ΉKita tidak ada pesaing pun. Itu semua persepsi kita sahaja. Orang itu pun tak kenal siapa kita. Lebih baik fokus kepada usaha kita.

10-Mesti agresif setiap hari.
πŸ”ΉHasil kita bergantung kepada usaha kita. Rehat bila penat, bukan rehat bila berasa selesa. Biar demam, biar kurus cuping telinga. Momentum mesti selalu deras.

11-Bisnes itu ada beberapa tahap.
πŸ”ΉTahap pertama ialah tahap awal yang banyak ajar kita erti susah payah dunia bisnes. Tahap pertama ajar kita kenal orang. Tahap pertama ajar kita bertahan. Itulah tempoh 2 tahun pertama.

12-Tahap kedua ialah fasa bertahan.
πŸ”ΉWaktu ini juga banyak dugaan. Fasa bertahan ini akan saksikan banyak perubahan. Waktu ini juga banyak kisah kawan makan kawan. Teruskan bertahan.

13-Tahap seterusnya ialah fasa bisnes terus berkembang.
πŸ”ΉWaktu ini hati kita sudah kuat, jiwa kita sudah kental. Tolak tak tumbang, ditekan tak pernah goyang. Akar sudah kuat, pasak sudah ampuh. Orang nak kata apa,silakan.

πŸ›Ž Terimalah hakikat bahawa berniaga itu adalah pilihan yang datang bersama pakej penat lelah,tekanan & ujian yang datang berulang-ulang.

πŸ›Ž Tenang sahaja hadapi semuanya,in sha Allah kita akan menang.

Setuju? Say YES if u gais setuju 😊

πŸ”πŸ”πŸ”
BACK TO TOP
#jombelajar

4 KESILAPAN YANG SERING BERLAKU DALAM MEMBELI EMAS

1) Beli dan tunggu harga emas naik untuk dijual dengan nilai yang lebih tinggi.

πŸ”ΉKesannya mereka akan rasa rugi apabila harga emas jatuh untuk jangka masa panjang.

πŸ”ΉDan lebih rugi lagi apabila mereka ambil tindakan untuk menjual kesemua emas mereka yang dibeli dengan harga yang tinggi.

2) Beli emas sekadar untuk suka-suka.

πŸ”ΉKebiasaannya, mereka yang membeli emas sekadar untuk suka-suka tidak serius tentang pentingnya ilmu tentang emas.

πŸ”ΉMereka mungkin tidak tahu bagaimana untuk mengfungsikan emas.

πŸ”ΉIni akan menjadi masalah yang besar apabila mereka dalam keadaan terdesak untuk gunakan β€˜wang tunai’ di saat memerlukan, mereka tidak tahu nak jual di mana. Mereka tidak tahu bagaimana nak jual.

πŸ”ΉManakala bagi yang mempunyai kewangan yang sudah cukup kukuh, mereka juga akan alami masalah besar apabila mereka merasakan emas tidak penting bagi mereka dan dirasakan ia hanyalah suatu bebanan untuk menyimpannya, lalu mereka jual tanpa berfikir panjang.

πŸ”ΉSedangkan emas adalah alat persedian sewaktu berlaku kegawatan ekonomi, politik dan kewangan.

3) Beli emas tetapi untuk simpanan jangka masa pendek.

πŸ”ΉAda orang beli emas dan berhajat untuk menjualnya semula dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Ia juga sangat merugikan jika menjualnya di saat nilai emas turun.

πŸ”ΉTetapi dari sudut positif, ia berjaya mengawal wang simpanan yang ditukar dalam bentuk emas itu bertahan di dalam gengaman untuk beberapa tempoh tertentu.

πŸ”Ή Jika tidak, mungkin wang simpanannya akan habis dalam tempoh yang lebih singkat akibat keborosan atau keterpaksaan untuk gunakan wang tunai.

4) Beli emas bagi tujuan untuk pelaburan.

πŸ”ΉPersepsi ini amat salah, kerana membeli emas bukan satu pelaburan, tetapi beli emas adalah sebagai simpanan.

πŸ”ΉKeuntungan membeli emas adalah dengan memiliki emas, semakin banyak emas yang disimpan, makin bertambah nilai emas dan juga kekayaan seseorang.

πŸ”ΉPerlu faham apa itu pelaburan. Pelaburan adalah sesuatu bentuk untuk mendapat keuntungan melalui kebergantungan individu terhadap usaha orang lain atau syarikat mahupun persatuan.

πŸ”ΉKonsep asas kepada pelaburan adalah untung dan rugi. Apabila kita melabur, yang pastinya kita akan ternantikan keuntungan dan juga perlu berani untuk menangung risiko kerugian.

πŸ”— Artikel asal disiarkan di keluarga.my

»»»»»»»»»»»»»»»»

πŸ›Ž Jadi, tunggu apa lagi? Jom cuba dulu buka 1 account di QM.

It's FREE! It's FREE! It's FREE! 😍

<TEKAN SINI UNTUK BUKA ACCOUNT DI QM>

Contact coach DEKAT SINI untuk dapat personal/group coaching secara percuma 😊

πŸ”πŸ”πŸ”
BACK TO TOP
πŸ‘5
#morningbooster

Bisnes kalau nak melawan sapa lagi hebat memanglah penat.

βœ… Lawan jer dengan diri sendiri,

βœ… Buat lebih baik daripada semalam
Improve diri hari demi hari.

βœ… Apa orang kata jangan ambil peduli.

Boleh ke boleh? Komen sikit πŸ‘‰

πŸ”πŸ”πŸ”
BACK TO TOP
πŸ‘2
#goldnews #goldupdate #alert

Jangan Gembira Sebelum Harga Emas Naik, Masa Depan Masih Suram

Jakarta
, CNBC Indonesia - Emas diunjurkan memasuki tempoh sukar minggu ini selepas inflasi di Amerika Syarikat (AS) tidak merosot seperti yang dijangkakan oleh pasaran. Harga emas pagi Isnin memang naik. Bagaimanapun, peningkatan itu agak tipis dan dijangka mencerun ke hadapan.

Pada hari Isnin (17/10/2022) dagangan pada pukul 05:50 WIB, harga emas dunia di pasaran spot berada pada US$ 1,644.02 per troy auns. Harga emas naik 0.14%.

Pengukuhan ini adalah berkadar songsang dengan dua hari dagangan sebelumnya di mana emas secara keseluruhan jatuh 1.8%. Dalam dagangan Jumaat (14/10/2022), emas turun 1.44% kepada AS$1,641.76 per troy auns. Harga itu adalah yang terendah sejak 27 September.

πŸ”— Read more here

Nota Kaki:
πŸ”ΉTak perlu nak bersedih tentang khabar berita ni. Yang penting anda semua kena alert on PERGERAKAN (TURUN NAIK) HARGA EMAS.

πŸ”ΉBila harga emas turun, tambah sahaja lagi simpanan emas anda 😊

Setuju tak? Komen sikit πŸ‘‰

»»»»»»»»»»»»»»»»

πŸ›Ž Jadi, tunggu apa lagi? Jom cuba dulu buka 1 account di QM.

It's FREE! It's FREE! It's FREE! 😍

<TEKAN SINI UNTUK BUKA ACCOUNT DI QM>

Contact coach DEKAT SINI untuk dapat personal/group coaching secara percuma 😊

πŸ”πŸ”πŸ”
BACK TO TOP
😁1πŸ€”1
#morningbooster

🎯 Proses pembelajaran takkan pernah berhenti. Jadi teruslah belajar dan berusaha untuk mendapatkan sesuatu! πŸ’ͺ🏻

🎯 Jangan pernah menyerah kalah. Tetap usaha sehingga berjaya! πŸ₯°

Assalammualaikum & Selamat Pagi Sahabat!

πŸ”πŸ”πŸ”
BACK TO TOP
πŸ‘1
HUBUNGAN & KAITAN HARGA EMAS DENGAN KEJATUHAN NILAI WANG RINGGIT MALAYSIA

πŸ”Ή
Harga emas dunia diniagakan dalam dolar amerika iaitu us/oz.

πŸ”ΉMaka harga emas dalam sesuatu negara berubah apabila nilai matawang berubah kerana perubahan nilai matawang berbanding matawang dolar.

πŸ”ΉIni bermaksud, kejatuhan nilai wang akan menaikkan harga emas dalam ringgit malaysia.

πŸ”ΉHarga emas dalam dolar Amerika us/oz atau harga emas dalam ringgit Malaysia boleh dirujuk dekat sini.

Faham or Faham Sangat? 😊


πŸ”— Article Source : Klik Sini

»»»»»»»»»»»»»»»»

πŸ›Ž Jadi, tunggu apa lagi? Jom cuba dulu buka 1 account di QM.

It's FREE! It's FREE! It's FREE! 😍

<TEKAN SINI UNTUK BUKA ACCOUNT DI QM>

Contact coach DEKAT SINI untuk dapat personal/group coaching secara percuma 😊

πŸ”πŸ”πŸ”
BACK TO TOP
πŸ‘1
#morningbooster

WORK HARD But.....

Make Sure You Enjoy LIFE Too.....

Good Morning & Happy Wednesday Everyone!!! 😊

πŸ”πŸ”πŸ”
BACK TO TOP
❀1πŸ‘1πŸ‘1
#JOMBELAJAR

HUBUNGAN HARGA EMAS DENGAN WANG DOLLAR

πŸ”ΉKebiasaannya hubungan harga emas dengan wang dolar AS adalah hubungan songsang iaitu jika wang dollar jatuh, maka harga emas naik & apabila dollar meningkat maka harga emas akan menurun.

πŸ”ΉPerkaitan songsang harga emas dengan matawang dollar sebenarnya di sebabkan bekalan & permintaan, supply & demand.

πŸ”ΉJumlah permintaan tinggi akan menyebabkan harga meningkat tinggi & sebaliknya.

πŸ”ΉJika bekalan banyak &n permintaan sedikit akan menyebabkan harga akan turun.

πŸ”ΉKalau supply sedikit & permintaan banyak maka harga akan naik.

πŸ”ΉBekalan atau supply emas adalah tetap & semakin berkurang.

πŸ”ΉMatawang Dollar Amerika merupakan mata wang antarabangsa sehingga Dollar Amerika diminati & dijadikan bahan pelaburan mata wang.

πŸ”ΉHubungan harga emas dengan dollar berlaku apabila permintaan dollar AS jatuh menyebabkan pelabur di seluruh dunia beralih kepada pelaburan emas yang lebih selamat untuk melindungi kejatuhan nilai wang.

πŸ”ΉPermintaan yang tinggi terhadap emas akan menyebabkan harga emas meningkat.

πŸ”ΉBegitu juga sebaliknya apabila matawang dollar AS mengukuh, peningkatan jumlah pelabur mengalihkan pelaburan mereka dari emas kepada dollar AS yang menyebabkan nilai emas menyusut.

πŸ”ΉHubungan songsang antara emas & dollar AS sebenarnya adalah tingkah laku pelabur & tidak sesuai membuat kesimpulan bahawa harga emas & dollar AS sentiasa bergerak dalam arah yang bertentangan kerana faktor-faktor luaran yang lain juga memberi kesan kepada harga emas.

πŸ›Ž Esok coach akan share faktor-faktor yang memberi kesan kepada harga emas pula. 😊


❗️Ada yang nak tahu ker? Komen NAK! 😊


πŸ”— Article Source :
Klik Sini

»»»»»»»»»»»»»»»»

πŸ›Ž Jadi, tunggu apa lagi? Jom cuba dulu buka 1 account di QM.

It's FREE! It's FREE! It's FREE! 😍

<TEKAN SINI UNTUK BUKA ACCOUNT DI QM>

Contact coach DEKAT SINI untuk dapat personal/group coaching secara percuma 😊

πŸ”πŸ”πŸ”
BACK TO TOP
πŸ‘3
#morningbooster

πŸ”ΉNak berjaya, kita kena sentiasa follow orang yang sudah berjaya dan sentiasa berada dalam circle positif.

πŸ”ΉJangan pandang pada halangan tapi cari jalan penyelesaian dan berusaha apa yang terbaik semampunya.

πŸ”πŸ”πŸ”
BACK TO TOP
πŸ‘1
#jombelajar

FAKTOR YANG MEMBERI KESAN KEPADA KENAIKKAN & PENURUNAN HARGA EMAS

1) Situasi Ekonomi & Politik Dunia
πŸ”ΉSituasi ekonomi dan politik dunia mempengaruhi harga emas seperti peperangan, krisis ekonomi Amerika, brexit, frexit termasuklah nilai matawang utama lain seperti mata wang Euro, Pounds Sterling, Yen Jepun & sebagainya.

2) Permintaan Emas
πŸ”ΉPermintaan emas yang tinggi untuk pembuatan sesuatu produk atau teknologi menyebabkan emas banyak dibeli dan memberi kesan kepada harga emas.

πŸ”ΉNegara Cina & India adalah pembeli emas terbesar di Dunia yang boleh mempengaruhi harga emas dunia.

πŸ”ΉFederal Reserve Amerika, Bank Pusat Amerika atau US Central Bank (dikenali dengan Federal Reserve) adalah sistem Rizab Persekutuan yang merupakan tonggak utama yang paling berkuasa dalam ekonomi AS & seterusnya mempengaruhi ekonomi dunia.

πŸ”ΉSistem Perbankan Rizab Persekutuan ini juga dikenali FED adalah pihak berkuasa kebangsaan yang bebas dan paling berpengaruh terhadap kesihatan ekonomi, mengawal bank-bank serta kestabilan sistem kewangan AS yang mempengaruhi ekonomi global.

4) Inflasi
πŸ”Ή Semasa inflasi atau ekonomi meleset atau kejatuhan nilai wang, permintaan terhadap emas tinggi & akan menyebabkan harga emas meningkat.

5) Harga Minyak
πŸ”ΉKenaikan harga minyak biasanya memberi kesan kenaikan harga emas atau sebaliknya.

πŸ”ΉNamun kesannya tidak terjadi secara langsung kerana semasa harga minyak naik boleh menyebabkan terjadi inflasi sehingga menyebabkan harga emas juga turut naik.

πŸ›Ž Harga emas amat susah untuk di ramal kerana mempunyai banyak faktor luaran yang dapat memberi kesan ke atas harga emas.

πŸ›Ž Apa yang coach boleh simpulkan, pelaburan emas adalah paling selamat terutama sewaktu ekonomi tidak menentu, inflasi atau kejatuhan nilai wang.

Belajar sesuatu? Komen YES! 😊


πŸ”— Article Source : Klik Sini

»»»»»»»»»»»»»»»»

πŸ›Ž Jadi, tunggu apa lagi? Jom cuba dulu buka 1 account di QM.

It's FREE! It's FREE! It's FREE! 😍

<TEKAN SINI UNTUK BUKA ACCOUNT DI QM>

Contact coach DEKAT SINI untuk dapat personal/group coaching secara percuma 😊

πŸ”πŸ”πŸ”
BACK TO TOP
πŸ‘1
#morningbooster

Dalam hidup ini gunakan dua cermin :

1. Untuk melihat kekuranganmu.
2. Untuk melihat kelebihan orang lain.

Supaya kau dapat belajar sesuatu.

Belajar sesuatu? Komen YES! 😍

Assalamualaikum & Salam Jumaat Everyone πŸ€œπŸ€›
πŸ‘4
#jombelajar

Cara menukar harga emas dunia dalam dolar us/oz kepada harga emas dalam RM per gram RM/g adalah seperti berikut:

πŸ”ΉTukar unit harga emas oz kepada gram iaitu 1 oz = 31.10 gram
πŸ”ΉNilai wang ringgit Malaysia berbanding dolar semasa boleh dirujuk dekat sini
πŸ”ΉPenambahan harga Premium sebanyak 8% dari harga mentah kepada harga emas fizikal.

Contoh pengiraan penukaran harga emas dari us/oz kepada RM/g iaitu dengan merujuk harga emas yang sama bagi 2 nilai wang ringgit yang berbeza.

πŸ“Œ HARGA EMAS DUNIA 1200 us/oz PADA NILAI RINGGIT MALAYSIA 4.5 SEDOLAR SEMASA

πŸ”ΉTukar harga dari unit oz kepada gram,

πŸ”ΉHarga emas semasa $1200 us/oz di bahagi 31.10 = $38.60 us/g

πŸ”ΉKira kadar tukaran wang harga 1 gram emas dalam matawang dollar kepada Ringgit Malaysia RM boleh di lihat dekat sini dimana kadar tukaran wang kini adalah RM4.50 sedolar us $38.60 x RM 4.50 (1 US = RM 4.50 ) = RM173.70 per gram iaitu harga 1 gram emas mentah dipasaran antarabangsa

πŸ”ΉTambah kos premium 8% kerana kos pemprosesan pembuatan kepada emas fizikal ; RM173.7 x 8% = RM13.90.

πŸ”ΉMaka Harga emas dalam Ringgit Malaysia RM bagi setiap gram emas fizikal ialah : RM173.70 + RM13.90 = RM187.60 per gram.

Belajar sesuatu? Komen YES! 😊


πŸ”— Article Source : Klik Sini

»»»»»»»»»»»»»»»»

πŸ›Ž Jadi, tunggu apa lagi? Jom cuba dulu buka 1 account di QM.

It's FREE! It's FREE! It's FREE! 😍

<TEKAN SINI UNTUK BUKA ACCOUNT DI QM>

Contact coach DEKAT SINI untuk dapat personal/group coaching secara percuma 😊

πŸ”πŸ”πŸ”
BACK TO TOP
πŸ‘1
#deepavali2022 #Diwali2022

On this auspicious festival of lights, may
the light of joy illuminate your days.

Happy Diwali To All My Indian Friends! πŸ€œπŸ€›

πŸ”πŸ”πŸ”
BACK TO TOP
πŸ‘1
#MORNINGBOOSTER

Setiap manusia diuji dengan ujian dan dugaan hidup yang berbeza.

Kenapa berbeza?

Sebab Allah menguji kita mengikut kemampuan hamba-Nya.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Jangan disulitkan.

Amin ya rabbal alamin!

Assalamualaikum & Good Morning Everyone!

πŸ”πŸ”πŸ”
BACK TO TOP
πŸ”₯2