Puisi JalanπŸ•Š
48 subscribers
11 photos
3 links
Bermula Kisah Dengan Satu Luahan
Download Telegram
T^T

My love is like a red rose
It may be beautiful now
But my sharp thorns will hurt you


@puisijalan
T^T

this girl,has so many problems,but still keep itself working the best it could


@puisijalan
^ - ^

"jika doaku boleh terlihat mukim dilangit,sudah penuh dengan namamu"


@puisijalan
^_^

hanya sekadar pandangan bukan sebagai pegangan,hanya sekadar hadir,bukan takdir.


@puisijalan
🀣

bagaimana mungkin cintaku bisa masuk dihatinya

kalau wajahku saja tidak masuk akalnya
Hanya sebuah cinta yang hadir tanpa dipinta,
Semoga ianya baik baik saja,
Meski berakhir entah kapan bila.
Mungkin kita punya rasa yang sama,
Namun tak terluah dengan kata.

Mungkin juga hanya aku yang rasa,
Bagimu tiada apa-apa.

Namun apapun akhir cerita,
Dengan izin tuhan,
Aku terima dengan hati terbuka.

@puisijalan
" mempersiapkan bekal
untuk perjalanan terakhir "


@puisijalan
Keterbatasan manusia itu dicipta supaya kita tak lupa dan leka,
Sehebat apapun kita,
Tetap Allah berkuasa atas segalanya.
sebatang pena melakar puisi,
menjadi penawar dan terapi.


@puisijalan
Love 🀍

It’s funny,
How love can change people.

It’s funny,
How a strong become weak,
How a smart become dumb,
And how a saint become a sinner,
Just because some mere little feeling of love.

It’s funny,
How love can be so pleasingly sweet,
And how it can be so cruelly hurtful.

It’s funny,
How love holds onto someone’s life,
And how love can take it from someone.

Love is just funny.
So ironically funny.

@puisijalan
; Dari perkataan "SANTAI DI POSISI" aku mengerti apa yang dimaksudkan "SEDAR DIRI" .

Bila disedari,
Keluarlah dikau dari apa yang disedari,
Supaya tidak makan diri,
Di lain hari,
Ambil lah masa untuk tenangkan diri,
Supaya dikau boleh terbang tinggi,
Dilain hari,
Semua yang berlaku atas izin Allahu rabbi .

@puisijalan
Assamualaikum
Dengan kehendak-Nya Ilahi

Bila dirimu faham,
Pastikan hadam,
Biar makan dalam,
Jangan pula dipendam,
Takut-takut menjadi dendam,
Maka dengan itu simpan lah ia jangan kasi padam.

@puisijalan
Assamualaikum
Dengan kehendak-Nya Ilahi

Jadikan diri MANFAAT,
Supaya boleh menjadi SYAFAAT,
Kepada MASYARAKAT,
Pepatah Melayu pernah berkata MUAFAKAT,
Membawa BERKAT.

Yang benar insan yang sering menzalimi diri sendiri .

@puisijalan
Assamualaikum
Dengan kehendak-Nya Ilahi

Kiasan bukan sekadar hiasan,
Dalam memahami yang tersurat,
Carilah juga apa yang tersirat.

Yang busuk jangan dipukul,
Yang wangi pula jangan menganjing,
Yang berat sama dipikul,
Yang ringan sama dijinjing.

#gubahan Melayu moden

@puisijalan
Cinta,
Harta,
Di antaranya,
Manakah yang lebih berkuasa?

Bilang orang kota,
Dengan harta,
Datanglah cinta.

Namun bagi orang desa,
Cukup dengan cinta,
Mereka sudah punya segala.

Sejenak aku mengelamun berfikir,
Kakiku bergerak membawa tubuh mundar-mandir,
Tiba-tiba terbit rasa khuatir,
Pada perkara yang aku fikir.

Dusta!
Bila kata kita tak perlu harta.

Namun,
Perkara yang lebih utama itu,
Terisinya jiwa.

Dengan harta?

Tidak,
Dengan cinta.
Ya, terisinya jiwa dengan cinta.

Jika dengan harta,
Datangnya cinta,
Nescaya bila harta sudah tiada,
Cinta juga turut sama tiada?

Keji sekali pernyataan cinta yang sedemikian.

Orang yang bernafas dengan cinta,
Titik hujan,
Panas sinarnya mentari,
Hembusan angin yang bertiup ke tubuh,
Segalanya tu indah!
Asal ada dia dan yang dicinta.

Dengan cinta,
Yang tak berkaki,
Masih juga mampu berlari.

Begitulah,
Hebatnya cinta.
RASA

Selalu aku bayangkan dia bersamaku,
Meski kami tak pernah bersua,
Meski kami teman saja,
Meski kami menyimpan rasa.

Apa yang aku rasa,
Dia turut rasa?

Senyuman di wajah pada setiap fotonya yang tak bersuara,
Begitu indah sekali ku tatap di mata.

Terkadang dengar suaranya di kotak ajaib kecil,
Sumpah!
Indah tak terkata.

Apa dia rasa apa yang aku rasa?

Meski rasa ini ada,
Sayang sekali jika hancur semuanya dek perasaan.

Perasaan yang gopoh,
Perasaan yang egois,
Perasaan yang tak pernah cukup.

Akan ku cuba yang sebaiknya dalam menjaga rasa ini,
Walau aku sudah tewas berkali-kali.
Mencintai seseorang yang tidak pasti ibarat menempah luka yang dalam di kemudian hari. Namun, apalah daya diri ini. Tidak mampu aku undurkan diri andaikan bukan engkau sendiri yang menolakku. Jika tidak mendengar di telingaku bahawa lisanmu sendiri yang menyuruh aku pergi, tak mampu aku. Bukanlah aku tidak mahu, tetapi tak mampu.Hadirnya aku dalam hidupmu mungkin cuma beban, kadang aku harapkan engkau bahagia atau gembira atas wujudnya aku. Dahulunya kita sering berbicara itu ini, berbeza dengan hari ini. Jauh di sudut hati terbit rasa rindu. Namun tidak mampu aku ungkapkan kepadamu. Timbulnya rasa malu. Aku takut engkau tidak selesa dengan diriku. Semoga kita masih tetap dengan yang sama. Walau apa yang berlaku di ke depan hari.
Begitu banyak kata yang tak aku ungkapkan saat denganmu. Sering fikiran ini berperang sama ada harus aku luahkannya atau simpan saja. Risauku jika banyak hal yang aku katakan, ianya menjadikanmu semakin tidak selesa denganku. Apa jadi pada kita selepas itu? Kembali menjadi asing? Aku tidak mahu hal itu berlaku. Lantas, jika aku memendamnya sendiri, sikapku tanpa sedar berubah sedikit demi sedikit. Pada akhirnya, wujud tanda tanya dalam dirimu mengapa aku bersikap demikian. Apa sebenarnya yang harus aku lakukan? Kerana yang aku lihat semuanya berakhir dengan aku yang salah.
Akal dan perasaan.

Akal dan perasaan selalu tidak sependapat. Perasaan meronta inginkan itu. Namun akal memujuk nanti dulu.

Jika diikutkan perasaan, mungkin kita akan nikmati hal hal yang indah sekarang. Namun apabila tiba harinya nanti, kita sudah tidak dapat merasa di mana kemanisannya.

Lain pula halnya jika diikut petunjuk akal. Pastinya sekarang menempuh derita yang tak terperi, namun di hujungnya ada keindahan yang menanti.

Bak kata orang, pasti munculnya pelangi selepas hujan.

Aku faham bahawa kondisi kita saat ini begitu sulit. Apakan tidak? Rasa itu mungkin iya mungkin juga tidak.

Pada akhirnya, kita membiarkan masa dan keadaan memutuskan bagaimana cerita kita.