PUISI, SAJAK, KATA-KATA, PENAWAR HATI, CERPEN DAN CERITA.
25 subscribers
13 photos
4 videos
100 links
RUANG KARYA PUISI, SAJAK, KATA-KATA, PENAWAR HATI, CERPEN DAN CERITA oleh nama pena @PuteriNurCahaya @ Cikgu ieta. T.me/puisi_ieta.
T.me/WujudnyaAllahZahirPadaManusia
BLOG
iEta-myblog.blogspot.com
WujudnyaAllahZahirPadaManusia.Blogspot.com
Download Telegram
PENGUMUMAN 📢

Page beta ada banyak. Ini antara page beta nama pena @PuteriNurCahaya @ Cikgu ieta.

1) puteri.nurcahaya page baru.
2) Kisah Cikgu ieta page lama.

Selain itu menggunakan nama pena beta Puteri Nur Cahaya adalah fake account. Beta malas melayan. Atas faktor keselamatan, beta buat laporan polis terus. Boleh rujuk di sini https://ieta-myblog.blogspot.com/2024/03/sejarah-keturunan-bukan-untuk-dibangga.html Harap maklum na. 😊

Tiada Disiplin dan tidak beri komitmen antara punca keGAGALan.

#SelfReminder

Perbezaan antara Sedekah, Infaq dan Zakat. :

Masa beta study di UTM dulu Pensyarah bagitau, beza Infaq dan Zakat.

💠 Infaq ialah duit yg diberikan kepada orang yang menjalankan kerja-kerja agama.

Cth : Saya infaqkan duit ni untuk program Israk Mi'raj.

💠 Sedekah ialah apa sahaja yang diberikan tapi tidak boleh ditentukan oleh pemberinya untuk tujuan apa.

💠  Zakat diberikan kepada golongan Asnaf yang 8 orang.

💠 Isteri boleh beri zakat kepada suami sebab Isteri bukan menanggung Suami jika suami kurang berupaya dari segi kewangan.


BIAR

Biar kita jadi luar biasa dari manusia biasa-biasa.

Biar kita tak punya rupa segak bergaya tapi kita beradab dan berbudi bahasa bila kita berkata-kata.

Walau ada yang melekehkan kita, kita tetap ada pendirian kita.

Biar orang guna taktik Kotor atau apa jua untuk naik ke atas tapi kita guna cara kita. Cara kita, minta dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Biarlah apa pun orang hina yang penting kita bukan manusia rela diperkuda mereka yang buat dosa durjana.

Terluka itu menderita
Ketawalah kala duka.

Allahu Allah. Astaghfirullahal'azim 'Azim.

10:42
Khamis

🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃

Pesan nama pena @PuteriNurCahaya

Kadangkala kita perlu buat keputusan drastik untuk kepentingan diri kita sendiri tanpa perlu tunduk membuta-tuli ikut telunjuk orang lain yang merugikan masa dan Tenaga kita.

@Puisi_ieta
🍃🍃🍃🍃🍃🍃