PUISI, SAJAK, KATA-KATA, CERPEN dan CERITA.
24 subscribers
12 photos
4 videos
93 links
RUANG KARYA
๐ŸŒน Info, Puisi Kata-kata Penawar Hati.
๐ŸŒน Adakala terlalu jiwang dan seksi.
๐ŸŒน Kolaborasi puisi DM @PuteriNurCahaya
T.me/puisi_ieta. BLOG
iEta-myblog.blogspot.com
WujudnyaAllahZahirPadaManusia.Blogspot.com
Download Telegram
Aduhai cintanya aku pada ilmu.

Hingga setiap hari setiap saat kurasa rindu untuk berguru. Berguru itu perlu. Ilmu agama terutamanya ilmu aqidah belajar kena berguru. Berguru itu pula kena berhadap antara dirimu dengan gurumu. Bukan boleh belajar online dan terima lafaz qabiltu begitu sahaja. Itulah antara adabnya berguru. Baru rasa puasnya berguru, rasa zauknya, rasa cinta dan nikmatnya berguru dalam menuntut ilmu.

Guru itu pembimbing diri. Perlu jiwa bersabar menanti. Guru mursyid tidak perlu dicari. Sampai masa Allah hadirkan saat ujian melanda diri. Latih jiwa cinta ilmu diredhoi Allah untuk meningkatkan maqam diri.

Biar mabuk cinta ilmu akhirat dari mabuk ilmu merepek jelas sesat hingga berhalusinasi. Yakin setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya yang tersembunyi. Setiap kejadian ciptaan Allah itu pasti ada nikmat, bala dan maksiat perlu kita tempuh dan lalui. Barulah manisnya alam kehidupan sebelum alam kematian menuju negeri yang kekal abadi.

Asal

@PuteriNurCahaya @ Cikgu iEta
@JagaAqidahKita
@BloggerSocialMediaCoach
@WujudnyaAllahZahirPadaManusia
Diaibkan di laman sosial, ribuan hadir ceramah mereka di luar sana. Yang mengaibkan, setakat followers ramai di media sosial ajak mengumpat sini-sana, Aqidah Tauhid sudah hadamkah untuk bekalan mati nantinya?

Pada mereka, biarlah di dunia ni orang tidak pandang kita. Asalkan di akhirat nanti kita dilihat Allah SWT dan Rasulullah SAW yang kita cinta. Pandangan makhluk tidak penting pun. Makhluk manusia menipu biarkanlah. Kita teruskan kehidupan seperti biasa.

Biarlah tiada siapa peduli pun. Kita ada Allah SWT yang pedulikan kita. Sentiasa sayangkan kita walaupun kita berdosa kepadaNya. Kita taubat dia tetap terima. Manusia, kita explainlah apa pun fitnah juga mereka percaya. Selagi kita tidak mereka nampak berharta, berpangkat dan disanjung ramai, kita hina di mata mereka. Tapi Allah tidak begitu kepada kita. Kita tidak rebah dek masalah. Tidak jatuh dek tohmah dan fitnah.

Nama pena,
@PuteriNurCahaya @ Cikgu iEta iEta-myblog.blogspot.com
Masih ada cinta belas kasihan

Kita pernah bermula dari kebodohan
jadi cerdik di pertengahan
hidup penuh kebebalan
tiba-tiba jatuh tanpa arah tujuan

Bila bangun dari kejatuhan
terus berjuang penuh kepayahan
kerapkali air mata bertitisan
tidak dapat disembunyikan

Kita pernah melalui zaman keperitan
bila saat kita tidak diperlukan
kita pernah rasa sakitnya perasaan
bila ditikam belakang dan dijatuhkan

Ada orang hidup tidak karuan
hilangnya tidak dipedulikan
mengharapkan belas ehsan
hidupnya dalam ketakutan

Perlukah kita terus dalam kesedihan
sedangkan kita hidup masih bertuhan
bersyukur kita masih ada pasangan
masih ada rasa cinta belas dan kasihan

@PuteriNurCahaya @ Cikgu iEta iEta-myblog.blogspot.com | @Puisi_ieta
25/7/2022 @ 1:11am, Selangor
Benci [Sumber]

Ada orang dibenci kerana harta, pangkat dan rupanya yang lawa.
Ada orang dibenci hasad dengki kerana ilmu yang ada pada diri.

Ada orang dibenci kerana degil
tidak mahu terima
dakyah sesat masuk neraka!

Jika kita tidak tahu kisah seseorang itu, baik diamkan jari-jemari itu
dari menulis merapu seolahnya masuk syurga tanpa dihisab penulisanmu.

Kita tidak duduk di tapak kasut orang itu
Menuduh melulu jalan cerita pun tidak tahu

Tidakkah terasa malu sindir menyindir melalui penulisanmu seolahnya syurga itu milik kamu?

--------------------------------

Kita diuji dengan duka dan bahagia
Tanda Allah sayangkan kita
Kenapa bergundah gulana
Anugerah dariNya yang maha Esa

-------------------------------

Neraka dicintai walaupun mahal
Syurga dibenci walaupun murah
Di dunia kita buat nakal
Di akhirat kita dibelasah

Malaikat azab kita di neraka
Malaikat rahmat kita di syurga
Pilihlah mana kita suka
Tiada siapa pedulikan kita

Nama pena,
@PuteriNurCahaya @ Cikgu iEta
21 Ogos 2022 @ 10:27 malam
Rumahku Syurgaku, Selangor Darul Ehsan
Usah sibuk mencari kesilapan dan kesalahan orang lain. Sebaiknya kaji muhasabah renungkan di mana salah dan silap diri sendiri. Istighfar banyakยฒ. ~ @PuteriNurCahaya @ Cikgu ieta ~
Channel name was changed to ยซ๐ŸŒน PUISI | SAJAK | KATA-KATA NASIHAT PENAWAR HATI DAN CERPEN.ยป
HIMPUNAN KISAH BENAR CERPEN CIKGU iEta | KISAH CIKGU IETA
http://www.blogieta.com/2020/04/himpunan-kisah-benar-cerpen-cikgu-ieta.html
Forwarded from ADAB, AKIDAH, SOLUSI MASALAH DAN SEJARAH. (Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta ieta-myblog.blogspot.com)
JANGAN MALAS MEMBACA.

YY : Assalamualaikum, boleh bagi pendapat?

Aku : Wa'alaikumussalam.
Apa tu? Attachment unavailable. Cuba screenshot.

YY : I boleh buka. Resent

Aku : Attachment unavailable.
Sebab tu saya minta screenshot.

YY : Yg ni boleh tak buka?

AKU : Tak. Fb siapa tu?

YY : Shamsuddin Ali

AKU : ๐Ÿคฃ bomoh tu ka... Gang Haniz Zerstoren fitnah saya. Patutlah. Dah lama saya block dia.Dia fitnah saya serang dia. Sama macam bekas awek Haniz Zerstoren fitnah saya serang dia. Lawak depa ni. ๐Ÿคฃ

YY : Sapa Haniz Zerstoren?

AKU : Yang fitnah saya tu lah. Gang bomoh2. Dia bekas client personal life coaching saya. Depa semua taksubkan leluhur. Leluhur tu jin. Depa mengaku jin keturunan depa.

Baca di pinned post fb saya. Dah pin terus sebab ramai asyik tanya.

YY : Apa yg dia tulis tu buat org gelak lagi ada. Kalau kat temples memanglah ada.

AKU : Tu lah suami saya dah cakap dah, siapa buat aniaya kat saya tu, diorang memang penjahat. Tak berhati perut.

"Yang sakit akan semakin sakit. Gila isim semakin gila isim". Saya tak tahulah adakah itu sumpahan.

Tapi setiap hari ada je orang mengadu pada saya hal diorang. Semuanya dah menunjukkan confirm diorang tu memang dah sesat menyesatkan dan semakin menyerlahkan gila isim sakit jiwa. Bomoh ilmu hitam gang akhir zaman teori konspirasi memang macam tu. Akhirnya akan jadi gila isim sakit jiwa. Saya dah share senarai nama scammer dan bomoh di fb saya link ada dalam posting saya pinned post tu.

YY :
Baru lepas baca.
Mereka ni solat, puasa buat ke?

Aku :
Entahlah. Tak tahulah saya. Tapi bomoh yang buat ritual kat saya tu memang maghrib selalu online dan dakyah fahaman hindu majapahit.

YY :
Takut tgk dia org. Doa supaya kita tak terpesong. Kalau dah percaya kat Jin mcm Mana nak buat amalan

AKU :
Cik Puan lah doa pada diri Cik Puan sendiri. Kenapa kita pula? Saya dah lama block depa semua. Sebab dah lama tahu depa tu sesat. Yang Cik Puan sibuk tanya minta pendapat saya senghaja nak provoke saya dah kenapa? Cik Puan tanya Cik Puan sendiri dah jawab. Cik Puan yang tak betul sebenarnya sebab masih dok pi baca apa depa semua tulis. Lepastu sendiri pula confuse. Bukan tak tahu saya tak minat dengan ajaran sesat lagi nak provoke saya kenapa? Cik Puan sendirilah yang bermasalah diorang memang dah bermasalah. Eh, kata ada guru tauhid dah. Awat tak tanya dia sahaja? Kan bagus tanya guru Cik Puan tak perlu tanya pendapat saya.

Saya memang dah lama block diorang semua. Bomoh sihir buat apa nak ikut nak baca apa diorang tulis. Sebab tu saya tak hairan dah diorang nak umpat fitnah saya lantaklah. Yang taksub ikut diorang masih baca tulisan diorang sepatutnya berdoa lebih. Sebab saya dah tulis, dah share berkali-kali. Nama pun saya dah share. Masih ikut diorang lagi buat apa? Silap sendirilah masih ikut dan baca tulisan diorang. Pastu semua asyik tanya saya. Sendiri yang tak baca apa saya tulis sendiri yang confuse dok cari silap diorang. Diorang memang dah sesat. Baca follow lagi buat apa? Pastu bila confuse tanya saya. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Ramai tiap hari macam Cik Puanlah ada je tanya saya.

Aku terus block messenger. Malas jawab soalan-soalan bodoh dan semua nak kena suap. Buang masa aku melayan provokasi begini. Ada otak pakai. Bukan letak di lantai.

Nama pena,
@PuteriNurCahaya @ Cikgu ieta
ieta-myblog.blogspot.com
BOHONG

Bila kuat berbohong
Keluarga sanggup dibohong
Sanggup tipu sijil nikah
Title ustaz ustazah ๐Ÿ™„
Play victim tabur fitnah
Langsung tak takut Allah
MALU pun hilang sudah
Bohong sepanjang hayat
Neraka pun tak ingat

20/2/2023
Selangor
@PuteriNurCahaya @ Cikgu ieta
Galau

Kamu yang menggalau
Terus jadi sasau
Gila isim sakit jiwa
Gampang dizahirkannya
Baling batu sembunyi tangan
Nyawa akidah dipermainkan

25 Februari 2023, Selangor
@PuteriNurCahaya @ Cikgu ieta
https://t.me/puisi_ieta
Ni masa study di UTM. BAB SAUM. (PUASA). Alhamdulillah Ramadhan yang ku nanti. Tadi hujan lebat. Harap nampak anak bulan malam ni. Arab esok puasa. Kita? Ikut apa kata yang tengok anak bulan. Jangan ikut rukyah kalau dari penyebar ajaran sesat. Buka quran tafsir baca terjemahan ayat ni. Quran tu lazat dibaca bukan dijadikan hiasan sahaja. Ruqyah dan rukyah berbeza ya. Tak sama. (Mantan Pegawai Pendidikan JAWI. ieta-myblog.blogspot.com)
Audio
Forwarded from Info dan tips kesihatan (Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta ieta-myblog.blogspot.com | t.me/BloggerSocialMediaCoach | t.me/W)
Forwarded from ARTIKEL BLOG KISAH KEHIDUPAN SOLUSI MASALAH (Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta ieta-myblog.blogspot.com | t.me/WujudnyaAllahZahirPadaManusia)
"Bila ramai cakap tidak serupa bikin, memang rasa naik angin. Jika dahulu, dengan semua orang sopan-santun, kini tidak lagi. Terus-terang sahaja. Jadi diri sendiri. Tidak perlu berbahasa bahasi pada sesiapa pun lagi. Puas hati jadi diri sendiri". Nama pena, @PuteriNurCahaya @ Cikgu ieta.
Forwarded from ADAB, AKIDAH, SOLUSI MASALAH DAN SEJARAH. (Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta ieta-myblog.blogspot.com | t.me/WujudnyaAllahZahirPadaManusia)
Individu dan kumpulan-kumpulan penyebar ajaran amalan sesat bomoh guru silat sesat fitnah akidah dan minda kita, jenayah cyberbully body shaming, cyberwar cyber attack diri dan keluarga kita, ugut bunuh, sihir, santau, jurus sampai muntah darah
Anonymous Poll
33%
Jadi bodoh, bacul diamkan sahaja
67%
Report polis dan hebohkan