PUISI, SAJAK, KATA-KATA, PENAWAR HATI, CERPEN DAN CERITA.
26 subscribers
14 photos
4 videos
104 links
RUANG KARYA PUISI, SAJAK, KATA-KATA, PENAWAR HATI, CERPEN DAN CERITA oleh nama pena @PuteriNurCahaya @ Cikgu ieta. T.me/puisi_ieta.
T.me/WujudnyaAllahZahirPadaManusia
BLOG
iEta-myblog.blogspot.com
WujudnyaAllahZahirPadaManusia.Blogspot.com
Download Telegram
Usah dipanggil pak jerubu
Kelak kesiangan pak penubu
Mengapa hati kau kuat berjerubu?
Akibat mengigau diam dikalbuku?

Gila bayang seolahnya bujang
Trang tang tang
Pekat meroyan galak melenting
Puing yang hilang
Rona merinding
Kelak bersambut si jalak lenteng

๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคญ๐Ÿคญ๐Ÿคฃ

๐Ÿ”๐Ÿ”๐Ÿ”๐Ÿ”๐Ÿ”๐Ÿ”๐Ÿ”๐Ÿ”๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ
RUANG KARYA
๐ŸŒน Puisi, Kata-kata & Motivasi Hati.
๐ŸŒน Adakala terlalu jiwang dan seksi.
๐ŸŒน Kolaborasi puisi tekan sini @PuteriNurCahaya

T.me/puisi_ieta
PALIT LUMPUR

Memalitkan lumpur kepada orang lain ibarat palitkan lumpur ke wajah sendiri.

Inilah tamsilan gang psikik scammer mempergunakan agama sedang lakukan jenayah cyberbully dan body shaming terhadap aqidah dan Niqab saya.

RUANG KARYA
๐ŸŒน Puisi, Kata-kata & Motivasi Hati.
๐ŸŒน Adakala terlalu jiwang dan seksi.
๐ŸŒน Kolaborasi puisi tekan sini @PuteriNurCahaya

T.me/puisi_ieta
Bayangan

Dunia umpama fatamorgana
Ditangkap lepas dibuang sayang
Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering didambakan
Nikmat yang dikejar timbul rasa jemu
Ditangkap hilang umpama bayangan
Dunia yang ku buru timbul rasa jemu
Bila sedar hanyalah bayangan

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mencengkam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Memilih dua cinta
Hanya padamu ku harap ampun
Dosa yang pernah menggunung

RUANG KARYA
๐ŸŒน Puisi, Kata-kata & Motivasi Hati.
๐ŸŒน Adakala terlalu jiwang dan seksi.
๐ŸŒน Kolaborasi puisi tekan sini @PuteriNurCahaya

T.me/puisi_ieta
Nusantara hanya fatamorgana ๐Ÿ˜…

Dipegang bayangnya menghilang
Dicari tidak ditemui ke mana-mana
Dicampak hilang ada pada bayang
Diambil juga rosak iman aqidah disayang
Pulangkan kembali ke asal ia datang
Agar diri tidak menghilang
Akibat sayang pada bayang-bayang
Memabukkan isi hati kadang-kadang
Buanglah ia akan terus menghilang
Tidak berpaling lagi ke belakang
Campaklah hilang tinggallah bayang
Mabuk setara isi lautan mencari keredhaan
Wujudnya Allah zahir pada manusia
Hidup biarlah tahu dan kenal TUHAN
Tidakkan menjadi hidup sia-sia belaka
Bukan makhluk yang didambakan
Biar mabuk mengenal TUHAN
Dari diganggu fatamorgana
Jauhi syirik jaga aqidahnya

Nama pena,
@PuteriNurCahaya @ Cikgu iEta
Jumaat 7/1/2021
3:45pm

#PNC #Ci #PuisiiEta #mabukmengenalTuhan
๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ
๐Ÿ”ฅBismillah๐Ÿ”ฅ
๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ

Ku tutup sudah kenangan indah
Bersusur tongkah menantiku gelisah
Rebah sudah bertongkah arus pun sudah
Tolak dakyah, ajaran amalan salah

Cuba menyesatkan aqidah
Sesat, syiah, wahabi, jahil, bipolar aku difitnah
Ada jin, mata keluar api aku ditohmah
kahkahkahkah kelakarlah

Tidak pernah sekalipun aku mengalah
Syukur Alhamdulillah hikmah difitnah
Aku diambil Tuan Guru dengan berijazah
Nikmat Allah inikah perlu aku berkeluh-kesah?

Awan berarak mendung itu pelangi yang indah
Tak ingin berpaling lagi menongkah arah
DIA yang maha tahu segala yang tersurat
Di sebalik tersiratnya berselirat

Lihat yang tersurat,
di sebalik yang tersirat;
Lihat dengan mata hati,
Bukan hanya lihat dengan jari jemari.

ูŠูˆู… ุงู„ุซู„ุงุซุงุก
Puteri Nur Cahaya Cikgu ieta
Hanya nama pena.
1:38 - 2:28 pm
Parkir basement dan perjalanan ambil anak-anak dari sekolah

โค๏ธโค๏ธโค๏ธโค๏ธโค๏ธโค๏ธโค๏ธโค๏ธโค๏ธโค๏ธโค๏ธโค๏ธ

RUANG KARYA
๐ŸŒน Puisi, Kata-kata & Motivasi Hati.
๐ŸŒน Adakala terlalu jiwang dan seksi.
๐ŸŒน Kolaborasi puisi tekan sini @PuteriNurCahaya

T.me/puisi_ieta

BLOG
iEta-myblog.blogspot.com
WujudnyaAllahZahirPadaManusia.Blogspot.com
Dulu lain sekarang lain
Dulu ambil pusing
Semua kawan akan dapat pesanan
Sekarang tidak ambil pusing
Kepada Allah sudah diserahkan dikembalikan

Hari ini engkau di atas
Engkau merosak binasakan
Engkau memporak-perandakan
Esok belum tentu engkau akan bahagia
Sudah tersurat kehidupan engkau bagaimana
Melainkan engkau kembalikan diri segera
Mengesakan Allah semata-mata

Hari ini engkau menipu dunia alam maya
Esok lusa terbuka semua pekung di dada
Baru engkau tahu langit tidak selalu biru
Hari ini engkau bersandiwara berpura-pura
Menipu berlagak sedemikian rupa
Esok belum tentu engkau tidak binasa
Akibat penipuan engkau menganiaya

Hari ini engkau berpencak silat
Hari esok belum tentu engkau berkudrat
Qadak dan Qadar Allah itu benar
Apa yang perlu kita gusar?
Percayalah kebaikan akan menang atas kejahatan. โค๏ธ

Tinta nama pena,
@PuteriNurCahaya @ Cikgu iEta
Sabtu 17 Februari 2022, 7:22 pm
#MyQuotes #Quotes #Puisi #KataKata
Berhati-hati

Berhati-hati di selekoh,
Usah sampai kamu dirempuh;
Berhati-hati bersepakat lagi berselingkuh,
Usah sampai kena pelangkuh,
Akibat jari-jemari dan hatimu yang angkuh.

@PuteriNurCahaya @ Cikgu iEta
Jumaat 5 Mac, 2022 9: 59 am
Petronas AU2.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hidupnya ulat di dalam batu,
Kerana sudah tersurat bagai ditaqdir;
Kita ni manusia bukan ulat dalam batu,
Sebab itu kena berusaha usah salahkan taqdir!

Assalamu'alaikum warga muka buku,
Selamat pagi teruskan usahamu;
Usah berharap pada yang belum tentu,
Kelak menyesal menangis tak berlagu.

23/3/2022 rumahku syurgaku. โค๏ธ๐ŸŒน๐Ÿฅฐ

@PuteriNurCahaya @ Cikgu iEta
@WujudnyaAllahZahirPadaManusia @tersesatkebatilangerakannewage @Puisi_iEta @jagaaqidahkita
#jagaadab
#jangantaksub
#jauhisyirik
#janganmenipu
#janganmencarut
#toksidnyahdarihidupku
Di dunia ini ada wali
Biasa sahaja di mata kasar
Tapi hatinya berani
Berjiwa besar

Kata-katanya sering terkena dan benar
Mungkin kebetulan tidak nampak tersasar
Hanya yang nampaknya yang benar
Tidak berdolak-dalik tulisannya benar

Di dunia ini juga ada syaithon
Bertopengkan manusia di mata kasar
Pada awam mereka bukan syaithon
Pada awam mereka semuanya benar

Walau mereka hina fitnah tohmah orang
Tetap benar merekalah wira yang dijulang
Pada mereka apa ada kisah conteng arang?
Asal puas membenamkan penghalang

Mereka tidak ingat dosa api neraka
Mereka tidak kisah walaupun menderhaka
Aqidah sesat lagi murtad jadi perkara biasa
Gabungan mantap idola negara

Tinta pena,
@PuteriNurCahaya @ Cikgu iEta
Khamis 24 Mac 2022 @ 8:43 pagi
Rumahku syurgaku. โค๏ธ๐Ÿ˜˜

Sumber : https://bit.ly/3wNJ5rJ
Andai ada cambuk dikelilingku
Mahuku ambil cambuk itu
Mahuku cambukkan mereka itu
Biar kering kontang darah membeku

Andai ada pedang mahupun parang di sisiku
Ku tebas ku pangkas leher mereka
Biadap sesuka hati memangkas aqidahku
Baru mereka tahu aku ini siapa

Andai ada senapang mahupun mortar
Mahuku tembak ku bedil
Biar berjurai batang tubuh mereka beronar
Biar hancur isi perut terbuntang mata terjegil

Biar jadi Ardudja Wimala Singha kedua
Mencantas leher si Raja
Yang bangsat mahu memperkosa
Meratah maruah AQIDAH wanita juga bangsa

Lalu aku puas biar mereka tewas
Hamba nafsu iblis syaithon yang dungu
Cukup aku puas menolak serakah mawas
Umpama haiwan buas kering hati bisu

Terendam ke dalam nafsu niang rapik
Ucap kata mulut janji terlebih manis
Bertanjak berkeris rupanya gila isim gedik
Perangai masing-masing serupa iblis

Tinta pena,
@PuteriNurCahaya @ Cikgu iEta
Khamis @ 1:51 pm
Rumahku syurgaku โค๏ธ๐Ÿ˜˜
Bebel

Ada masa di atas ada masa di bawah. Tiada masalah. Yang penting jaga aqidah. Hebat macam mana pun tapi pendakyah pemesong aqidah hingga barai aqidah tetap pengkhianat kepada Allah dan Rasulullah. Hendak sangat ikut iblis inikah ๐Ÿ‘‰๐Ÿป ๐Ÿ˜ˆ๐Ÿ‘น Di akhirat hangpa sendiri jawablah.

Jin hanya boleh diarah ikut perintah bukan dibuat kawan atau menjadi khodam dipercayai kata-kata mereka semua. Menjadi sesat (sihir, syirik dan khurafat) bila hang perguna aniaya orang jadi perantara hang berkomunikasi dengan jin. Bila jin dah mai hang kalut kecut teloq lari tak mau bertanggungjawab serupa pelaq. Itulah doktor perawat ajaran sesat penyebar ilmu karuuhun. Bila ditegur terus taboq fitnah. Video di you tube saya buat banyak. Saja, suka hobi isi masa lapang. Itu lebih baik dari saya tebas leher mereka. Laporan polis pun ada. Penjenayah dan pemberontak negara ni ramai. Pelbagai cara nak sesatkan orang.

Alah maki pi lah. Allah pun melaknat golongan musyrikun dan munafiqun. Saidina Umar pun marahkan pengkhianat Allah dan Rasulullah. Apa salahnya saya maki depa yang mendakyah ajaran amalan sesat Gerakan New Age fitnah saya tu. Bukan depa berani saman saya pun. Depa lagi seghonok taboq fitnah dan bangga menyesatkan aqidah ghamai semua yang idolakan depa. ๐Ÿคญ

Penulis :
@PuteriNurCahaya @ Cikgu iEta
Freelancer. @WujudnyaAllahZahirPadaManusia kita ni hambaNYA mentauhidkan DIA sahaja.
https://www.instagram.com/reel/Cbola8fDrlP/?utm_medium=share_sheet
1/4/2022

Sudah setahun Abah pergi
Rindu yang tidak bertepi
Perginya menemui Ilahi
Jumpa Emak dan dua adik lelaki

Muhammad Siddiq pergi waktu baby
Ibrahim pergi tak ku sangka sekali
Semuanya tidak akan kembali lagi
Walau berdarah luka air mataku lagi

Rindunya Ya Allah
Rindu Emak Abah
Rindu yang telah pergi
Ampunkanlah dosa hambamu ini
Hanya Al-Fatihah pengubat jiwa diri.

Selepas Abah pergi fitnah menjadi-jadi
Berterusan difitnah lagi
Berterusan aku dipulau lagi
Tapi aku tidak hiraukan semuanya lagi

Cukuplah aku ada suami
Cukuplah aku ada anak-anak
Ada Tuan Guru bimbing diri ini
Biarlah hati mereka terus berkeladak

21/4/2022
Masih ada lagi agen yang mesej aku
Sorry beb, tidak akan berkompromi dengan kamu
Lagi-lagi psikik scammer penunggang agama
Cukuplah Islam peganganku sahaja.

Nama pena,
@PuteriNurCahaya @ Cikgu iEta
18/4/2022 @ 9:27am
Rumahku syurgaku ๐ŸŒนโค๏ธ
[Tiada kisah ini dalam blog]

@Puisi_iEta
@KisahCikguiEta
@WujudnyaAllahZahirPadaManusia
Nikmat air kopi

Aku ada seorang rakan
Juga peserta seminar
Sangat suka minum kopi
Ceritanya penuh dengan
Kecanduan kopi tegar
Hanya kisah kopi

Aku suka baca kisahnya
Kisah kopi sahaja

Kopi migrain sihat
Untuk tenaga pun ada
Tapi tak melekat
Kerana produk cha ya na

Aku dulu pencinta kopi
Kini sudah tidak lagi
Bukan aku benci tapi
Jaga kesihatanku ini

Minum kopi itu nikmat
Ia umpama garam yang melekat
Walaupun masin ia punya nikmat
Payah nak diingat amatlah nikmat

Nama pena,
@PuteriNurCahaya @ Cikgu iEta
3/6/2022 Khamis malam Jumaat
12:21 Rumahku syurgaku

RUANG KARYA
๐ŸŒน Puisi, Kata-kata & Motivasi Hati.
๐ŸŒน Adakala terlalu jiwang dan seksi.
๐ŸŒน Kolaborasi puisi tekan sini @PuteriNurCahaya
T.me/puisi_ieta
BLOG
iEta-myblog.blogspot.com
WujudnyaAllahZahirPadaManusia.Blogspot.com
Apabila mereka telah berjanji
Terpaksa akur pada janji terpateri
Walau terpaksa minum darah
hasil perbuatan merasuah

Dunia dalam genggaman mereka
Moga Allah selamatkan kita semua
Gerak dalam diam tidak nampak
Musuh senyap bertitah gempak

RUANG KARYA
๐ŸŒน Puisi, Kata-kata & Motivasi Hati.
๐ŸŒน Adakala terlalu jiwang dan seksi.
๐ŸŒน Kolaborasi puisi tekan sini @PuteriNurCahaya
T.me/puisi_ieta

BLOG
iEta-myblog.blogspot.com
WujudnyaAllahZahirPadaManusia.Blogspot.com
PUISI, SAJAK, KATA-KATA, PENAWAR HATI, CERPEN DAN CERITA. pinned ยซSIAPA BLOGGER @PuteriNurCahaya @ Cikgu iEta? http://www.ieta-myblog.blogspot.com/2013/08/siapa-blogger-ieta.htmlยป
Aduhai cintanya aku pada ilmu.

Hingga setiap hari setiap saat kurasa rindu untuk berguru. Berguru itu perlu. Ilmu agama terutamanya ilmu aqidah belajar kena berguru. Berguru itu pula kena berhadap antara dirimu dengan gurumu. Bukan boleh belajar online dan terima lafaz qabiltu begitu sahaja. Itulah antara adabnya berguru. Baru rasa puasnya berguru, rasa zauknya, rasa cinta dan nikmatnya berguru dalam menuntut ilmu.

Guru itu pembimbing diri. Perlu jiwa bersabar menanti. Guru mursyid tidak perlu dicari. Sampai masa Allah hadirkan saat ujian melanda diri. Latih jiwa cinta ilmu diredhoi Allah untuk meningkatkan maqam diri.

Biar mabuk cinta ilmu akhirat dari mabuk ilmu merepek jelas sesat hingga berhalusinasi. Yakin setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya yang tersembunyi. Setiap kejadian ciptaan Allah itu pasti ada nikmat, bala dan maksiat perlu kita tempuh dan lalui. Barulah manisnya alam kehidupan sebelum alam kematian menuju negeri yang kekal abadi.

Asal

@PuteriNurCahaya @ Cikgu iEta
@JagaAqidahKita
@BloggerSocialMediaCoach
@WujudnyaAllahZahirPadaManusia
Diaibkan di laman sosial, ribuan hadir ceramah mereka di luar sana. Yang mengaibkan, setakat followers ramai di media sosial ajak mengumpat sini-sana, Aqidah Tauhid sudah hadamkah untuk bekalan mati nantinya?

Pada mereka, biarlah di dunia ni orang tidak pandang kita. Asalkan di akhirat nanti kita dilihat Allah SWT dan Rasulullah SAW yang kita cinta. Pandangan makhluk tidak penting pun. Makhluk manusia menipu biarkanlah. Kita teruskan kehidupan seperti biasa.

Biarlah tiada siapa peduli pun. Kita ada Allah SWT yang pedulikan kita. Sentiasa sayangkan kita walaupun kita berdosa kepadaNya. Kita taubat dia tetap terima. Manusia, kita explainlah apa pun fitnah juga mereka percaya. Selagi kita tidak mereka nampak berharta, berpangkat dan disanjung ramai, kita hina di mata mereka. Tapi Allah tidak begitu kepada kita. Kita tidak rebah dek masalah. Tidak jatuh dek tohmah dan fitnah.

Nama pena,
@PuteriNurCahaya @ Cikgu iEta iEta-myblog.blogspot.com