Ujian Psikometrik 2026 by Cikgu Khairul
20.7K subscribers
231 photos
247 links
Channel ini ditubuhkan untuk berkongsi info & tips persediaan dalam mengambil ujian psikometrik SPA
Download Telegram
Antara perkara yang cuba dicungkil dalam ujian psikometrik ialah kecenderungan sifat empati dan ketegasan seseorang.

Ada jawatan memerlukan dominan sifat empati, ada jawatan perlukan dominan sifat ketegasan. Dan ada juga jawatan memerlukan keseimbangan antara empati dan ketegasan.

Contoh soalan empati:

Soalan 1: Saya akan bertanya jika ada kawan yang memerlukan pertolongan.

A. Sangat setuju
B. Setuju
C. Tidak setuju
D. Sangat tidak setuju

Contoh soalan ketegasan:

Soalan 2: Saya akan mempertahankan pendapat saya walaupun ada rakan yang membantah.

A. Sangat setuju
B. Setuju
C. Tidak setuju
D. Sangat tidak setuju

Dalam ujian psikometrik, satu jawapan tidak akan membentuk apa-apa karakter.

Bermaksud, jika anda pilih jawapan 'sangat setuju' untuk soalan 1, belum tentu karakter anda akan membentuk satu profil yang tinggi empati.

Sama juga dengan soalan 2, walaupun anda pilih jawapan 'sangat setuju' sekalipun, belum tentu karakter anda akan membentuk satu profil yang tinggi ketegasan.

Kenapa?

Kalau anda nak tahu, inilah bagaimana ujian psikometrik berfungsi.

Andaikata dalam satu set soalan itu dicampurkan soalan empati dan ketegasan. Jumlah 40 soalan kesemuanya.

Satu daripada 40 jawapan tidak dapat membentuk apa2 karakter. Dua jawapan, tiga jawapan ataupun 10 jawapan, tidak boleh membentuk apa2 karakter.

Kena pastikan jawapan itu cukup: 40/40, barulah kecenderungan karakter itu akan muncul. Daripada situ pihak penilai akan tahu apakah karakter anda yang sebenar.

Dengan kecenderungan karakter inilah akan digunakan dalam menentukan kesesuaian karakter seseorang dengan jawatan.

Anda boleh try jawab 200 soalan simulasi kalau nak tahu kecenderungan karakter jawapan yang anda pilih. Cikgu Khairul berikan akses percuma kepada pembeli rujukan.

https://ujiansimulasi.com

Semoga bermanfaat.
Cikgu Khairul

Psss..
Jika ada pertanyaan pasal ujian psikometrik, sila whatsapp cikgu di sini » WHATSAPP
Salah satu karakter yang cuba dicungkil dalam ujian psikometrik ialah keterbukaan. Satu kategori wajib dalam ujian psikometrik.

Tapi anda jangan salah faham, keterbukaan ini bukan bermaksud anda kena terbuka terima pendapat atau idea orang lain.

Tapi keterbukaan ini menfokuskan kepada pengalaman, ataupun lebih tepat lagi dikenali sebagai 'openness to experience'.

"Apa sebenar keterbukaan ini cikgu?"

Secara ringkasnya, kategori keterbukaan ini mencerminkan sejauh mana tahap imaginasi, kreativiti, rasa ingin tahu, dan keterbukaan terhadap idea, nilai, seni dan pengalaman baharu.

Orang yang tinggi skor keterbukaan ini selalunya akan suka bereksperimen, suka pembaharuan dan juga suka kepada perkara abstrak.

Perkara abstrak ini merujuk kepada sesuatu yang berbentuk idea, imaginatif, atau kesenian.

Contoh soalan yang digunakan untuk mencungkil skor keterbukaan:

Soalan 1: Saya suka mencari kaedah yang baharu dalam menyelesaikan masalah.

Soalan 2: Saya suka idea yang bersifat abstrak berbanding perkara fakta.

Dalam ujian psikometrik, tidak semua jawatan memerlukan skor yang tinggi dalam keterbukaan. Ada jawatan perlukan skor rendah, dan ada juga perlukan skor sederhana.

Persoalannya sekarang...

Adakah jawatan kali ini memerlukan kepada penyelidikan? Berkaitan dengan seni? Ataupun berkaitan dengan penyelesaian masalah yang bersifat abstrak?

Kalau tak ada, itu bermaksud skor terbukaan tinggi tidak diperlukan untuk jawatan kali ini.

Sekiranya profil personaliti anda membentuk skor tinggi dalam keterbukaan, itu juga boleh menjadi punca kenapa anda tak terpilih untuk jawatan kali ini.

Ingat, ujian psikometrik tidak mencari skor siapa paling tinggi. Tapi mencari skor siapa yang paling sesuai.

Jika sesuatu jawatan itu bersifat rutin, individu dengan skor keterbukaan rendah / sederhana adalah lebih sesuai.

Anda belajar sesuatu tak dari sharing ini?

Jika anda nak lebih lagi contoh soalan dan jawapan, boleh download di bawah:

https://go.ujianpsikometrik.my

Setiap pembelian disertakan sekali akses percuma kepada simulasi psikometrik.

Semoga bermanfaat.
Cikgu Khairul

Psss..
Jika ada pertanyaan pasal ujian psikometrik, sila whatsapp cikgu di sini » WHATSAPP
🎉2
“Betul ke cikgu pihak SPA cakap soalan psikometrik ni tak ada jawapan salah atau betul?

Tapi saya pelik, macam mana boleh wujud status calon lulus dan calon gagal kalau jawapan tak ada salah betul.

Pihak SPA nilai macam mana sebenarnya ujian ni?”

Sebenarnya jawapan kepada persoalan ini berkait rapat dengan bagaimana ujian psikometrik ini berfungsi.

Saya ada tulis artikel khas untuk menjawab persoalan ini. Boleh baca di bawah:

» https://huraian.com/salah-betul

Semoga bermanfaat.

Ikhlas
Cikgu Khairul

Psss..
Jika ada pertanyaan pasal ujian psikometrik, sila whatsapp cikgu di sini » WHATSAPP
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ada tak yang dapat panggilan ujian psikometrik pada hari ini?

Nak dapatkan vibe sebenar menjawab ujian psikometrik tak?

Jom try simulasi psikometrik ini. Susun atur 100% sama seperti ujian yang sebenar.

Try: https://ujiansimulasi.com

Semoga bermanfaat.
Cikgu Khairul

Psss..
Jika ada pertanyaan pasal ujian psikometrik, sila whatsapp cikgu di sini » WHATSAPP
🔥 Program Referral Simulasi Psikometrik

Kumpul 20 point → unlock akses simulasi percuma.
👉 https://ujiansimulasi.com/#referral

Semoga bermanfaat.
Cikgu Khairul
Soalan: Saya selalu membantu orang yang mempunyai masalah.

A. Sangat tidak setuju
B. Tidak setuju
C. Setuju
D. Sangat setuju

Soalan ini nampak simple, tapi ia cuba mencungkil satu sifat dalam diri anda tanpa anda sedari.

"Soalan ini mudah jer cikgu, mestilah jawapan dia 'sangat setuju'".

Anda pasti?

Dalam ujian psikometrik, setiap soalan akan disandarkan kepada teori personaliti.

Bukan disandarkan kepada "aku rasa jawapan ini betul, mesti ini lah jawapan dia".

Untuk soalan ini, ia cuba mencungkil sifat agreeableness dalam diri anda.

Antara ciri2 agreebleness ialah kecenderungan seseorang untuk gemar menolong orang lain.

"Jadi kena pilih jawapan 'sangat setuju' ke cikgu?"

Tidak semestinya, sebab ujian psikometrik ditentukan berdasarkan kepada kecenderungan karakter sesuatu jawatan.

Jika jawatan kali ini memerlukan skor agreeableness yang rendah, jawapan 'sangat setuju' boleh menjadi perangkap untuk gagal.

Dalam ujian sebenar, agreeableness ini akan dipecahkan kepada lima kategori:

1. Sangat rendah
2. Rendah
3. Sederhana
4. Tinggi
5. Sangat tinggi

Persoalannya sekarang, jawatan kali ini memerlukan kecenderungan sifat agreeableness yang mana?

Jika kecenderungan tinggi diperlukan, kecenderungan 'sangat rendah', 'rendah', 'sederhana' dan 'sangat tinggi' pula akan digagalkan.

Ingat! Ujian psikometrik bukan tentang jawapan siapa paling betul, tapi jawapan siapa paling sesuai.

Belajar sesuatu?

Nak tak cuba simulasi psikometrik yang menyerupai 100% ujian psikometrik sebenar?

Jom try di bawah ini:

https://ujiansimulasi.com

Semoga bermanfaat.
Cikgu Khairul
👍3🎉1
Kenapa tak ada jawapan salah betul dalam psikometrik?

Pelik tak apabila pihak SPA bagitau, tak ada jawapan salah atau betul dalam ujian psikometrik. Tapi bagaimana mereka menilai jawapan kalau tak ada jawapan salah atau betul?

Jom cikgu tunjukkan contoh pengiraan ringkas dalam menentukan kecenderungan karakter seseorang.

1. Saya berasa bertenaga apabila berada dalam kumpulan yang ramai.
2. Saya merupakan orang pertama memulakan perbualan dengan orang yang baru dikenali.
3. Saya gemar terlibat dalam aktiviti berkumpulan berbanding bersendirian.
4. Saya sering menjadi orang yang menceriakan suasana dalam sesuatu kumpulan.
5. Saya berasa selesa apabila menjadi pusat perhatian dalam sesuatu situasi.

Pilihan jawapan A. Ya B. Tidak.

Kalau anda nak tahu, kelima-lima soalan ini dalam kategori extraversion. Antara ciri2 yang terdapat dalam soalan2 ini ialah:

1. Suka interaksi sosial.
2. Bertenaga dalam suasana sosial.
3. Talkative (suka bercakap).
4. Suka menjadi pusat perhatian.

Andaikata jawatan kali ini memerlukan kecenderungan extraversion 60% (sebab bukan semua jawatan perlukan extraversion tinggi).

Ketika ini, skor extraversion 60% dianggap sebagai skor ideal untuk jawatan kali ini.

Pada asasnya, untuk membentuk kecenderungan 60% itu, hanya perlu gabungkan 3 jawapan YA dan 2 jawapan TIDAK.

Jadi, akan terbentuk 10 kombinasi jawapan di bawah:

1. A A A B B = 60 extraversion.
2. A A B A B = 60 extraversion.
3. A A B B A = 60 extraversion.
4. A B A A B = 60 extraversion.
5. A B A B A = 60 extraversion.
6. A B B A A = 60 extraversion.
7. B A A A B = 60 extraversion.
8. B A A B A = 60 extraversion.
9. B A B A A = 60 extraversion.
10. B B A A A = 60 extraversion.

Walaupun 10 kombinasi ini mempunyai jawapan yang berbeza-beza, tapi kecenderungan karakter adalah sama.

Kenapa tak ada jawapan salah atau betul?

Jika saya kata jawapan paling betul untuk soalan 1 ialah A, jawapan saya tu sebenarnya tak betul.

Kenapa?

Cuba tengok pada kombinasi 7-10. Walaupun jawapan 1 itu adalah B, kecenderungan karakter 60% tetap boleh terbentuk. Nampak tak dekat sini, walaupun jawapan berbeza, 10 kombinasi jawapan ini tetap membentuk karakter yang sama.

Inilah yang SPA cuba cari dalam ujian psikometrik. Mereka tak cari sama ada jawapan anda itu betul atau salah, sebab mereka tak check satu persatu jawapan. Apa yang mereka check hanyalah kecenderungan karakter sahaja.

Dengan kecenderungan karakter inilah boleh menentukan sama ada profil personaliti seseorang itu sesuai ataupun tidak dengan jawatan.

Dalam ujian sebenar, pengiraan tak seringkas ini. Sangat complicated disebabkan soalan menggunakan 5 skala jawapan. Akan ada terlalu banyak kombinasi jawapan yang akan terbentuk.

Nak mudah, boleh cuba simulasi psikometrik ini:

https://ujiansimulasi.com

Sistem akan kira kecenderungan jawapan anda secara automatik. Berapa peratus kecenderungan jawapan anda menyerupai profil ideal jawatan.

Semoga bermanfaat.
Cikgu Khairul

Psss..
Jika ada pertanyaan pasal ujian psikometrik, sila whatsapp cikgu di sini » WHATSAPP
Soalan: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

A. Sangat tidak setuju
B. Tidak setuju
C. Setuju
D. Sangat setuju

Ini merupakan antara salah satu soalan psikometrik yang pernah ditanya dalam exam sebelum ini.

Objektif soalan ini adalah untuk mencungkil kecenderungan karakter extrovert dalam diri seseorang.

Jika anda pilih jawapan 'sangat setuju', akan trigger satu signal menunjukkan dalam diri anda ada ciri-ciri extrovert.

Tapi, kena pilih 'sangat setuju' ke baru boleh lulus ujian ni?

Jawapannya, TIDAK.

Kalau anda nak tahu, extrovert ini merupakan salah satu karakter dalam extraversion.

Dalam extraversion, terdapat tiga kategori utama.

1. Extraversion skor rendah = introvert.
2. Extraversion skor sederhana = ambivert.
3. Extraversion skor tinggi = extrovert.

Setiap jawatan memerlukan skor extraversion yang berbeza-beza. Ada jawatan perlukan skor rendah, ada perlukan skor sederhana, dan ada perlukan skor tinggi.

Jika sesuatu jawatan itu memerlukan seorang calon yang skor sederhana, tapi jawapan anda pula membentuk satu skor tinggi. Itu juga boleh menjadi punca kenapa anda tak terpilih.

Ingat! Ujian psikometrik tidak mencari skor siapa paling tinggi, tapi mencari skor siapa paling sesuai sahaja.

Untuk skor extraversion terlalu tinggi, ia mencerminkan satu karakter yang:

- Mudah mesra.
- Energetik & ceria.
- Komunikator yang baik.
- Suka bersosial.
- Suka bergurau-senda.
- Mengutamakan keseronokan (party-focused).
- Banyak bercakap / berborak (overly talkative).

Persoalannya sekarang, adakah jawatan kali ini memerlukan ciri-ciri seperti ini?

Saya ada sediakan simulasi psikometrik untuk menguji ke arah mana kecenderungan karakter anda yang sebenar-benarnya.

Nanti boleh akses di bawah ini:

https://ujiansimulasi.com

Semoga bermanfaat.
Cikgu Khairul

Psss..
Jika ada pertanyaan pasal ujian psikometrik, sila whatsapp cikgu di sini » WHATSAPP
Salah satu karakter yang cuba dicungkil dalam ujian psikometrik ialah keterbukaan. Satu kategori wajib dalam ujian psikometrik.

Tapi anda jangan salah faham, keterbukaan ini bukan bermaksud anda kena terbuka terima pendapat atau idea orang lain.

Tapi keterbukaan ini menfokuskan kepada pengalaman, ataupun lebih tepat lagi dikenali sebagai 'openness to experience'.

"Apa sebenar keterbukaan ini cikgu?"

Secara ringkasnya, kategori keterbukaan ini mencerminkan sejauh mana tahap imaginasi, kreativiti, rasa ingin tahu, dan keterbukaan terhadap idea, nilai, seni dan pengalaman baharu.

Orang yang tinggi skor keterbukaan ini selalunya akan suka bereksperimen, suka pembaharuan dan juga suka kepada perkara abstrak.

Perkara abstrak ini merujuk kepada sesuatu yang berbentuk idea, imaginatif, atau kesenian.

Contoh soalan yang digunakan untuk mencungkil skor keterbukaan:

Soalan 1: Saya suka mencari kaedah yang baharu dalam menyelesaikan masalah.

Soalan 2: Saya suka idea yang bersifat abstrak berbanding perkara fakta.

Dalam ujian psikometrik, tidak semua jawatan memerlukan skor yang tinggi dalam keterbukaan. Ada jawatan perlukan skor rendah, dan ada juga perlukan skor sederhana.

Persoalannya sekarang...

Adakah jawatan kali ini memerlukan kepada penyelidikan? Berkaitan dengan seni? Ataupun berkaitan dengan penyelesaian masalah yang bersifat abstrak?

Kalau tak ada, itu bermaksud skor terbukaan tinggi tidak diperlukan untuk jawatan kali ini.

Sekiranya profil personaliti anda membentuk skor tinggi dalam keterbukaan, itu juga boleh menjadi punca kenapa anda tak terpilih untuk jawatan kali ini.

Ingat, ujian psikometrik tidak mencari skor siapa paling tinggi. Tapi mencari skor siapa yang paling sesuai.

Jika sesuatu jawatan itu bersifat rutin, individu dengan skor keterbukaan rendah / sederhana adalah lebih sesuai.

Anda belajar sesuatu tak dari sharing ini?

Jika anda nak lebih lagi contoh soalan dan jawapan, boleh download di bawah:

https://go.ujianpsikometrik.my

Setiap pembelian disertakan sekali akses percuma kepada simulasi psikometrik.

Semoga bermanfaat.
Cikgu Khairul

Psss..
Jika ada pertanyaan pasal ujian psikometrik, sila whatsapp cikgu di sini » WHATSAPP
👍3
1. Saya berasa sangat bimbang tentang wang.
2. Saya berpuas hati dengan jumlah wang/gaji yang diperoleh.

Secara asasnya, dua ayat ini membawa arah yang agak berbeza.

Soalan 1 menunjukkan seseorang itu ada kebimbangan kewangan.

Soalan 2 pula menunjukkan seseorang itu ada kepuasan terhadap pendapatan.

Kalau seseorang jawab setuju untuk kedua-dua soalan ini, ia nampak seperti ada sedikit kecelaruan identiti:

“Saya sangat bimbang tentang wang, tetapi saya juga berpuas hati dengan gaji saya.”

Jawapan ini tidak semestinya salah. Dalam kehidupan sebenar, ia masih boleh berlaku.

Contohnya, seseorang mungkin berpuas hati dengan gaji semasa kerana merasakan gaji itu adil dengan kerja yang dibuat.

Tetapi pada masa yang sama, dia masih bimbang tentang wang kerana ada komitmen bulanan, hutang, kos sara hidup, tanggungan keluarga, atau simpanan kecemasan yang belum cukup.

Maksudnya, seseorang boleh puas hati dengan pendapatan, tetapi masih risau tentang kestabilan kewangan.

Namun, dari sudut ujian psikometrik, jika terlalu banyak jawapan seperti ini berlaku, sistem boleh melihatnya sebagai tanda bahawa jawapan calon kurang konsisten.

Bukan kerana satu pasangan jawapan terus dianggap bermasalah, tetapi kerana pola keseluruhan jawapan mungkin menunjukkan calon menjawab tanpa memahami maksud soalan.

Dalam simulasi psikometrik, Cikgu Khairul sudah masukkan indikator skor konsisten. Nanti boleh cuba versi demo di bawah ini.

https://ujiansimulasi.com

Semoga bermanfaat.
Cikgu Khairul

Psss..
Jika ada pertanyaan pasal ujian psikometrik, sila whatsapp cikgu di sini » WHATSAPP
🎉2
Jawapan Realistik Ada Sifat Manusiawi.

Manusia bukan sentiasa tenang.

Manusia pernah marah, tersinggung dan melakukan kesilapan.

Sebab itu dalam ujian psikometrik, jawapan yang terlalu sempurna boleh kelihatan kurang realistik dan sukar dipercayai.

Contohnya:

❌ “Saya tidak pernah berasa marah.”
✅ “Ada masanya saya berasa marah.”

Jawapan realistik bukan bermaksud sengaja memilih jawapan buruk. Ia bermaksud menjawab dengan jujur serta mengakui bahawa diri mempunyai kekuatan dan kelemahan.

Dalam ujian psikometrik, pola jawapan yang realistik dan konsisten lebih dipercayai berbanding cubaan untuk kelihatan sempurna.

Nak cuba uji kecenderungan personaliti anda? Dan berapa skor realistik personaliti itu?

Jom cuba kuiz ini
👉 https://free.ujiansimulasi.com

Semoga bermanfaat
Cikgu Khairul
Soalan: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

A. Sangat tidak setuju
B. Tidak setuju
C. Setuju
D. Sangat setuju

Ini merupakan antara salah satu soalan psikometrik yang pernah ditanya dalam exam sebelum ini.

Objektif soalan ini adalah untuk mencungkil kecenderungan karakter extrovert dalam diri seseorang.

Jika anda pilih jawapan 'sangat setuju', akan trigger satu signal menunjukkan dalam diri anda ada ciri-ciri extrovert.

Tapi, kena pilih 'sangat setuju' ke baru boleh lulus ujian ni?

Jawapannya, TIDAK.

Kalau anda nak tahu, extrovert ini merupakan salah satu karakter dalam extraversion.

Dalam extraversion, terdapat tiga kategori utama.

1. Extraversion skor rendah = introvert.
2. Extraversion skor sederhana = ambivert.
3. Extraversion skor tinggi = extrovert.

Setiap jawatan memerlukan skor extraversion yang berbeza-beza. Ada jawatan perlukan skor rendah, ada perlukan skor sederhana, dan ada perlukan skor tinggi.

Jika sesuatu jawatan itu memerlukan seorang calon yang skor sederhana, tapi jawapan anda pula membentuk satu skor tinggi. Itu juga boleh menjadi punca kenapa anda tak terpilih.

Ingat! Ujian psikometrik tidak mencari skor siapa paling tinggi, tapi mencari skor siapa paling sesuai sahaja.

Untuk skor extraversion terlalu tinggi, ia mencerminkan satu karakter yang:

- Mudah mesra.
- Energetik & ceria.
- Komunikator yang baik.
- Suka bersosial.
- Suka bergurau-senda.
- Mengutamakan keseronokan (party-focused).
- Banyak bercakap / berborak (overly talkative).

Persoalannya sekarang, adakah jawatan kali ini memerlukan ciri-ciri seperti ini?

Saya ada sediakan simulasi psikometrik untuk menguji ke arah mana kecenderungan karakter anda yang sebenar-benarnya.

Nanti boleh akses di bawah ini:

https://ujiansimulasi.com

Semoga bermanfaat.
Cikgu Khairul

Psss..
Jika ada pertanyaan pasal ujian psikometrik, sila whatsapp cikgu di sini » WHATSAPP
Ada ke yang dapat panggilan ujian psikometrik Pembantu Pendaftaran gred KP1?

Jom cuba simulasi khas untuk jawatan ini.

Selepas selesai jawab, ada laporan khas untuk tunjuk skor keserasian personaliti, skor realistik jawapan, skor konsisten jawapan.

Boleh cuba di:

https://ujiansimulasi.com/pembantu-pendaftaran

p/s.. akses percuma turut diberikan, boleh baca di bahagian bawah page.

Semoga bermanfaat.
Cikgu Khairul

Jika ada pertanyaan pasal ujian psikometrik, sila whatsapp cikgu di sini » WHATSAPP
Kenapa pihak SPA cakap ujian psikometrik tak ada jawapan betul atau salah?

Pernah tak terfikir pasal ni?

Tapi memang betul, ujian ni tak mencari jawapan siapa yg betul. Ujian ni hanya nak mencari kecenderungan karakter shj.

Contohnya:

1. Saya orang pertama menegur orang yang saya belum kenali.

2. Saya seronok menghadari majlis sosial.

Kedua-dua soalan ini dalam kategori extraversion. Tujuan nak uji ciri-ciri sosial dalam diri seseorang.

Adakah dengan memilih jawapan YA+YA boleh luluskan seseorang calon?

Jawapannya tidak.

Sebab ujian ni tak berfungsi macam tu.

Ia bermula dari personaliti apakah yg cuba dicari untuk jawatan kali ini?

Jika personaliti extraversion sederhana dicari, jawapan YA+YA boleh menyebabkan anda gagal dalam ujian kali ini.

Extraversion sederhana bermaksud 50% kecenderungan ke arah sosial.

Jadi, akan ada dua kombinasi jawapan yg boleh terjadi.

1. YA+TIDAK = 50%
2. TIDAK+YA = 50%

Kedua-dua kombinasi ini akan menghasilkan kecenderungan yg sama walaupun jawapan berbeza.

Saya tidak boleh kata jawapan 1=YA, tak boleh kata jawapan 1=TIDAK.

Tak boleh kata jawapan 2=YA dan tak boleh kata jawapan 2=TIDAK.

Itu baru dua soalan, bagaimana dengan 199 soalan?

Akan terdapat banyak kombinasi jawapan yg boleh berlaku untuk membentuk kecenderungan karakter.

Jadi sekarang, anda dah tahu ke ke arah mana kecenderungan jawapan anda?

Profil personaliti apakah yg terbentuk dari jawapan itu?

Jom cuba simulasi psikometrik.

Lengkap dengan laporan profil personaliti, skor keserasian jawatan, skor realistik, skor konsisten jawapan.

https://ujiansimulasi.com

Semoga bermanfaat.
Cikgu Khairul

Jika ada pertanyaan pasal ujian psikometrik, sila whatsapp cikgu di sini » WHATSAPP
🎉1
Soalan:

Sikap saya terhadap orang yang telah melayan saya dengan buruk ialah ‘maafkan dan lupakan’.

A. Sangat setuju
B. Setuju
C. Neutral
D. Tidak setuju
E. Sangat tidak setuju.

Ini merupakan salah satu soalan ujian psikometrik baru-baru ini.

Cuba teka, soalan ini nak uji personaliti apa?

Kalau anda nak tahu, soalan ini berfungsi untuk cungkil apakah gaya anda apabila berdepan dengan konflik.

Jika anda bersetuju dengan soalan ini, itu bermaksud dalam diri anda ada ciri-ciri gaya accommodating.

"Accommodating ini apa cikgu?"

Satu kecenderungan seseorang mengutamakan kepentingan orang lain berbanding diri dia sendiri.

Antara ciri-cirinya ialah:
1. Empati tinggi.
2. Mudah memaafkan.
3. Mengutamakan keharmonian.
4. Sanggup berkorban.
5. Tidak suka bertengkar.
6. Rendah ego.
7. Menghormati pandangan orang lain.

"Jadi apa jawapan terbaik tu cikgu?"

Tak ada jawapan salah betul. Objektif soalan ini bukan nak cari jawapan anda betul atau tak.

Tujuan dia hanya nak tahu adakah dalam diri anda ada ciri accommodating ataupun tidak sahaja.

Jika jawatan kali ini memerlukan tahap accommodating yang tinggi, jawapan 'sangat setuju' atau 'setuju' memberikan satu signal anda serasi dengan jawatan kali ini.

Belajar sesuai tak?

Sudah uji tahap keserasian personaliti anda dengan jawatan yang anda mohon?

Cuba simulasi ini: https://ujiansimulasi.com

Sesuai untuk jawatan pembantu pendaftaran dan pegawai sains.

Semoga bermanfaat.
Cikgu Khairul

Jika ada pertanyaan pasal ujian psikometrik, sila whatsapp cikgu di sini » WHATSAPP
Pembantu Pendaftaran - Tips Ujian Psikometrik.

Anda tahu tak personaliti apa dicari dalam ujian psikometrik pembantu pendaftaran?

Salah satunya ialah disiplin.

Jika soalan 'kau tinggi tak disiplin' ditanya kepada 100 orang calon, dengan mudah mereka boleh jawab:

'Ya! Disiplin aku tinggi'. (dengan nada yakin)

Persoalannya sekarang, boleh percaya ke jawapan tu?

Sebab itu dalam ujian psikometrik ada satu indikator yg diberi nama lie scale.

'Lie Scale tu apa cikgu?'

Selepas selesai jawab ujian, satu laporan profil personaliti anda akan dijana.

Lie scale pula berfungsi untuk mengukur sejauh mana kebolehpercayaan profil tu.

Kalau lie scale anda tinggi, itu bermaksud adanya cubaan untuk memalsukan personaliti.

Jawapan anda akan jadi fake good. Jadi tak realislik, terlalu sempurna bagi manusia normal.

Kalau lie scale anda tinggi, memang GAGAL terus lah jawab dia.

Sebenarnya anda boleh jer nak cuba dulu tengok berapa skor lie scale anda.

Cikgu Khairul ada sediakan satu kuiz khas untuk jawatan pembantu pendaftaran.

Dalam kuiz ini, lie scale diterjemahkan kepada skor realistik.

Ada 5 tahap:
- Sangat rendah
- Rendah
- Sederhana
- Tinggi
- Sangat tinggi.

Skor realistik yg terbaik ialah tinggi sehingga sangat tinggi.

Jom cuba kuiz psikometrik ini 👇

https://free.ujiansimulasi.com/pendaftaran?ref=65F7DF13BA

Pss... Kuiz ini khas untuk calon pembantu pendaftaran shj.

Semoga bermanfaat.
Cikgu Khairul

Jika ada pertanyaan pasal ujian psikometrik, sila whatsapp cikgu di sini » WHATSAPP
Ada ke yang dapat panggilan ujian psikometrik pembantu pembangunan masyarakat gred S1 dekat sini?

Cikgu Khairul ada sediakan satu study portal khas untuk jawatan ini.

Lengkap dengan:
1. Kecenderungan personaliti yg dicari.
2. Kuiz interaktif jawapan konsisten, lie scale, skor konsisten, jawapan songsang, flashcard.
3. Simulasi psikometrik pembangunan masyarakat.
4. Nota dibuat khas untuk jawatan gred S1, S2 & S9 pembangunan masyarakat.

Boleh dapatkan di bawah ini:

https://notakairul.com/masyarakat

Semoga bermanfaat.
Cikgu Khairul

Jika ada pertanyaan pasal ujian psikometrik, sila whatsapp cikgu di sini » WHATSAPP
Tips Psikometrik - Gaya Berkonflik

Salah satu personaliti yg dicari dalam ujian psikometrik ialah pihak SPA nak tahu apa pendekatan yg anda guna apabila berhadapan dengan konflik.

Gaya berkonflik pula ada 5 kategori, dan salah satunya ialah gaya competing.

So apa competing tu Cikgu?

Dari sudut personaliti, ada beberapa ciri orang yg dominan dalam gaya competing:

1. Tegas.
2. Berani buat keputusan.
3. Yakin dgn pendirian.
4. Dominan dalam konflik.
5. Suka akan kemenangan.
6. Sukar mengalah.
7. Suka mempengaruhi orang lain.
8. Mengutamakan matlamat sendiri.
9. Teguh dengan pendirian.
10. Tidak mudah terpengaruh dgn orang lain.

Di bawah ini pula soalan2 yg pernah ditanya dalam ujian sebelum ini:

1. Apabila berlaku konflik, saya berusaha memastikan pendapat saya diterima.

2. Saya akan cuba mempengaruhi orang lain supaya mereka menerima pendapat saya.

3. Saya berani membuat keputusan yang tidak popular sekiranya yakin keputusan itu betul.

4. Saya berani mengambil keputusan yang sukar walaupun tidak mendapat persetujuan semua pihak.

5. Individu yang mengalah semasa pertandingan adalah lemah.

A. Sangat tidak setuju (STS)
B. Tidak setuju (TS)
C. Setuju (S)
D. Sangat setuju (SS)

Jika pihak SPA mahukan kecenderungan competing sederhana tinggi (60-80%) untuk jawatan kali ini, anda pula tonjolkan kecenderungan competing yg rendah (contoh 30%), itu juga akan jadi punca kenapa anda tak lulus dalam ujian kali ini.

Ataupun kecenderungan competing anda terlalu tinggi (contoh 100%), itu pun boleh jadi punca kenapa anda gagal dalam ujian ini.

Gagal bukan sebab jawapan yg anda pilih tu salah, tapi disebabkan oleh jawapan anda membentuk satu profil diluar julat yg dikehendaki shj.

So, bagaimana nak pilih jawapan yg boleh mencerminkan skor competing yg sederhana tinggi?

Terlalu banyak kombinasi jawapan yg boleh hasilkan skor sederhana tinggi itu, antaranya ialah:

1. SS, SS, SS, SS, STS = 80%
2. SS, SS, SS, STS, STS = 60%
3. SS, SS, SS, TS, STS = 67%
4. STS, STS, ST, SS, TS = 60%
5. STS, TS, SS, SS, S = 60%
6. STS, S, SS, SS, SS = 73%
7. SS, SS, S, TS, SS = 80%
8. S, S, SS, SS, STS = 67%
9. SS, STS, SS, S, S = 67%
10. ...
11. ...
12. ...
...
336. SS, SS, SS, TS, TS = 73%

Akan ada 336 kombinasi jawapan dapat membentuk kecenderungan sederhana tinggi dalam personaliti competing.

So... nampak tak sekarang..

... psikometrik ini bukannya tentang berapa banyak jawapan positif yg anda pilih.

Tapi tentang keserasian personaliti.

Adakah jawapan yg anda pilih itu boleh hasilkan satu profil yg serasi dgn jawatan?

Jika ya, anda ada peluang untuk lulus. Jika tidak, memang akan digagalkan walaupun jawapan yg anda pilih itu positif.

Sebab itu ada ramai calon yg complaint:
dah jawab positif pun masih gagal. Dah tak tahu nak jawab macam mana lagi.

Ia bukan tentang positif atau tak, tapi tentang keserasian personaliti.

Untuk check skor keserasian, anda boleh cuba simulasi psikometrik di bawah:

1. Pembantu Pendaftaran ==> SINI
2. Pembantu Pembangunan Masyarakat ==> SINI
3. Lain-lain jawatan ==> SINI

Semoga bermanfaat.
Cikgu Khairul

Jika ada pertanyaan pasal ujian psikometrik, sila whatsapp cikgu di sini » WHATSAPPA
Calon KP1 Pembantu Pendaftaran

Ada tak calon Pembantu Pendaftaran yang nak cuba dahulu exam psikometrik sebelum ujian sebenar esok?

Interface versi desktop 100% sama seperti ujian sebenar.

Boleh cuba di:
https://ujiansimulasi.com/pembantu-pendaftaran

Lain-lain jawatan boleh dapatkan di ==> SINI

Semoga bermanfaat.
Cikgu Khairul

Jika ada pertanyaan pasal ujian psikometrik, sila whatsapp cikgu di sini » WHATSAPP
👍4
SPA nak cari apa sebenarnya?

Jawab jujur dah, jawab konsisten dah, jawab positif pun dah, tapi kenapa masih gagal?

Ini merupakan keluhan ramai calon psikometrik. Menimbulkan satu persoalan.

SPA nak cari apa sebenarnya?

Jawapannya cukup ringkas... iaitu keserasian.

Ya, keserasian personaliti anda kepada sesuatu jawatan.

Walaupun anda dah jawab jujur, jawab konsisten, jawab positif sekalipun, tapi skor keserasian personaliti anda rendah, peluang nak lulus tetap akan rendah.

So sekarang, anda dah tahu ke berapa skor keserasian personaliti anda?

Adakah skor itu cukup tinggi ataupun sekadar sederhana shj?

Jom check skor keserasian anda, cuba simulasi psikometrik ini: